Segelintir orang dalam kalangan masyarakat kita sering terkeliru dengan negara Australia dan Austria. Tahukah anda bahawa Austria merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di dalam cakupan Eropah Tengah?  Ia juga mempunyai lebih kurang 8.5 juta penduduk. 

Bagaimana pula dengan pertuturan mereka? Majoriti penduduk Austria bertutur dengan loghat Bavaria dalam bahasa Jerman sebagai bahasa utama mereka dimana loghat Austria Jerman juga antara banyak dituturkan di sana dan menjadi bahasa rasmi negara.

Biarpun Austria merupakan salah satu negara terkecil di Eropah, namun alam semula jadinya yang kaya dengan pergunungan Alps membuatkan pelancong tak segan untuk bertandang ke sini. Artikel kali ini akan berkongsikan kepada anda 18 tempat menarik di Austria unik dan berstyle untuk anda kunjungi.

 

1.  Opera House Vienna

tempat menarik di austria

Imej via [flickr]

Opera House yang telah dibina sejak pertengahan abad ke 19 ini merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Vienna. Opera ini adalah antara opera yang paling terulung sepanjang zaman dan merupakan salah satu opera yang terbaik di dunia.

Setiap hari, tempat menarik di Austria ini pasti akan dipenuhi dengan pengunjung.  Kebanyakannya teruja untuk melihat persembahan-persembahan hebat daripada lebih 60 opera dan ballet. Persembahan berkonsepkan moden dan klasik boleh dipilih mengikut citarasa pengunjung.

 

2.  Sekolah Menunggang Kuda Sepanyol

tempat menarik di austria

Imej via [tripadvisor]

Jika anda ingin mencuba menunggang kuda, datanglah ke sekolah menunggang yang telah wujud sejak zaman raja Maxximillan II ini. Selain dapat menunggang kuda, anda juga boleh melihat latihan dan pertandingan yang diadakan sejak dari zaman Charles IV.

Tempat ini masih lagi mengamalkan gaya menunggang kuda gaya klasik yang disukai oleh aristokrat. Tidak semestinya anda perlu meluangkan masa berhari-hari di sini, hanya seketika pun anda dapat belajar menunggang kuda.

 

3.  The Styrian Armory

tempat menarik di austria

Imej via [viator]

Bangunan di Graz ini menyimpan koleksi senjata dan baju perang abad ke 17 yang diawet. Segala koleksi ini cukup untuk mempersenjatai hampir 32,000 tentera.

Tempat ini dinobatkan sebagai pameran senjata dan alatan perang terbesar didunia dan sering mendapat tumpuan pengunjung. Oleh itu, tidak hairanlah ia juga terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik di Austria yang perlu anda kunjungi, 

 

4.  Vienna Hofburg Imperial Palace 

tempat menarik di austria

Imej via [musement]

Istana Vienna Hofburg yang merupakan tempat menarik di Austria ini telah dibangunkan sejak berabad yang lalu.  Ruangan yang sama digunakan oleh Kaisar Joseph III digunakan oleh Presiden sekarang dalam urusan bisnes. Hampir setiap penguasa Austria sejak tahun 1275 yang memerintahkan akan melakukan penambahan atau perubahan bangunan. 

Akhirnya, ia menghasilkan banyak pengaruh seni bina yang berbeza termasuk Gothic, Renaissance, Baroque, Rococo dan Classicism.  Untuk pengetahuan anda, pengunjung juga akan disajikan dengan Koleksi Perak Imperial, Muzium Sisi, Apartmen Imperial dan sebagainya.

 

5.  Salzburg Alstadt

tempat menarik di austria

Imej via [planetware]

Tempat menarik di Austria ramai tak tahu juga adalah Salzburg.  Salzburg Alstadt merupakan pusat spiritual di zaman awal Kristian menguasai Eropah dan menjadi tempat kediaman bagi Putera Archbishop. Dia mengarahkan beberapa seniman dan arkitek pada zaman tersebut untuk membina gereja, biara, rumah dan bangunan.

Disini jugalah terdapatnya Biara Benediktin St Petrus yang telah didirikan oleh St. Rupert pada tahun 690 M.  Selain itu, terdapat Katedral, muzium, menara dan juga rumah-rumah Baroque Burgher yang berwarna-warni boleh anda kunjungi. Menarik bukan? Apa kata anda jejakkan kaki ke destinasi percutian ala-ala klasik dan unik ini.

 

6.  Istana Schinbrunn

tempat menarik di austria

Imej via [vietnamtourist]

Salah satu tempat menarik di Austria yang besar adalah Istana Schonbrunn.  Istana Schonbrunn telah dibina pada awal 1700 di Vienna dan kemudian telah diubah oleh Pemaisuri Maria Teresa menjadi tempat tinggal musim panas.

Pengunjung dapat melawat Great Gallery, Salon Maria Theresa dan Hall Of Mirrors yang pastinya mengujakan hati mereka. Di belakang istana juga terdapat sebuah taman dan kebun seluas 500 hektar. Istana ini dinobatkan sebagai Pusat Warisan UNESCO. 

 

7.  Kitzbuheler Horn

tempat menarik di austria

Imej via [fotocommunity]

Kitzbuheler Horn adalah salah satu tempat menarik di Austria yang terbaik bagi para pencinta ski. Kawasan bersalju ini berketinggian 1998 meter dan mempunyai lereng bermain ski sepanjang 170 kilometer. Anda boleh menaiki kereta kabel atau mendaki untuk sampai ke puncak ini.

Dari atas kawasan Kitzbuheler Horn, anda dapat melihat pemandangan semulajadi yang amat menakjubkan.  Kawasan pergunungan ini terletak di rantau Tyrol . Di atas puncak pula terdapat tempat penginapan, restoran taman dan sebagainya. Kebiasaannya kawasan ini menjadi tempat bermain ski bagi pengunjung selain menikmati keindahan alam.

 

8.  Hallstatt

tempat menarik di austria

Imej via [earthtrekkers]

Hallstatt adalah sebuah perkampungan kecil yang diiktiraf oleh Pusat Warisan UNESCO.  Daerah kecil di Salzkammergut ini sangat terkenal dengan pengeluaran garam sejak dari zaman dahulu lagi.

Selain itu, anda dapat mengunjungi danau garam bawah tanah di gua Hörnerwerk terdekat dan menjelajahi Gua Dachstein iaitu gua setinggi 1.174 meter.  Kampung yang turut disenaraikan sebagai tempat menarik di Austria ini sangat kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. 

 

9.  Medieval Burg Hochosterwitz

tempat menarik di austria

Imej via [pinterest]

Tempat menarik di Austria yang agak unik dan klasik adalah Medieval Burg Hochosterwitz.  Burg Hochosterwitz terletak di tebing setinggi 160 meter di sebelah timur St Veit. Ia merupakan istana terpenting di Austria.

Istana ini pertama kali disebut pada tahun 860 dan kemudian diperbesarkan pada tahun 1570 ketika menghadapi penjajahan Turki.  Bangunan yang berdiri megah selama ratusan tahun ini turut mempunyai 14 gerbang pertahanan dan dinding yang utuh disamping lukisan langit-langit sejak 1570.  Di bahagian barat istana juga terdapat sebuah gereja yang berasal dari tahun 1729.

Anda boleh melihat keindahan bangunan dan lukisan yang dipaparkan di sini. Ia umpama istana kisah dongeng kanak-kanak. Apa lagi, bergambarlah sepanjang anda berada di sini!

 

10.  Krimmler Ache 

tempat menarik di austria

Imej via [nationalpark]

Air terjun yang tertinggi di Austria ini berketinggian 1076 meter dalam 3 jurang sepanjang 380 meter.  Air terjun Krimmler Ache ini berdekatan dengan sebuah kampung yang bernama Krimml. Krimml terletak di lembah berhutan dan menjadi salah satu tempat menarik bagi pendaki untuk singgah berehat sebelum menyambung pendakian.

Untuk sampai ke tempat menarik di Austria ini, anda boleh melakukan aktiviti hiking sepanjang lembah berhutan Salzachtal. Pendakian juga boleh ke Schettbrucke dan boleh berlanjut ke Krimmler Tauernhaus. Khas untuk pendaki gunung, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

 

11.  Biara Melk Benediktin

tempat menarik di austria

Imej via [lovepik]

Bangunan-bangunan berkonsepkan monastik ini terletak di atas tebing tinggi Kota Melk dan berhadapan dengan Danube. Bahagian yang sering menjadi tumpuan pelancong kompleks besar sepanjang 325 meter ini adalah hujung barat dan gereja kembar yang berdiri megah.

Sepanjang koridor berukuran 196 meter ini, anda dapat melihat potret-potret penguasa Austria serta bilik mereka yang berhubung dengan sejarah tempat ini.

 

12.  Innsbruck’s Hofburg And Hofkirche

tempat menarik di austria

Imej via [booklooker]

Destinasi unik dan menarik ini telah ditubuhkan oleh Maximilian I yang memerintah pada awal tahun 1500 sebagai tempat tinggal utama dan pusat pemerintahan Hapsburg. Hofsburg yakni istananya didirikan semula pada abad ke 18 oleh Permaisuri Maria Theresa bertemakan Borque dan Rococo.

Horfkirche pula adalah makan Maximilian I yang mati pada tahun 1519. Tarikan utamanya iaitu Sarkofagus berwarna hitam bersama beberapa patung di sini dianggap sebagai karya terbaik. Berhampiran sarkofagus itu terdapat marmer dan 28 patung pahlawan  yang menggambarkan tentang sejarah kaisar.

Biarpun tempat percutian ini merupakan destinasi penuh bersejarah dan unik, ianya tetap merupakan tempat menarik di Austria yang boleh anda kunjungi.

 

13.  Eisreinsenwelt

tempat menarik di austria

Imej via [pinterest]

Siapa sangka gua ais terbesar di dunia yang merupakan keajaiban dunia ini terletak di Austria?  Destinasi ini berada dalam cakupan 3000 meter persegi.  Tahukah anda, gua-gua ini mempunya aliran sungai bawah tanah sejak zaman Tersier. Gua yang pengunjung dapat terokai sejauh 45 kilometer ini mula dibuka pada orang awam sejak 1912, namun telah ditemui sejak tahun 1897 lagi.

Setelah berjalan sepanjang tembok dinding ais yang sepanjang 1775 meter, anda akan sampai ke Hall Hymir yakni sebuah ruangan ais yang besar.  Terdapat sebuah istana ais yang agung di sebalik gua ini. Sudah pasti tempat menarik di Austria ini bakal membuatkan anda teruja!

 

14.  Katedral St. Stephen

tempat menarik di austria

Imej via [theculturetrip]

Gereja tua Rom ini terletak di St Stephen yakni di tenggara kota Vienna.  Tempat menarik di Austria ini didirikan pada abad ke 12 dan ketika abad ke 13, ia diganti dengan gereja Romanesque akhir.  Namun begitu, gerbang besar dan Menara Heathen masih dikekalkan.

Setelah kerosakan teruk yang berlaku pada gereja ini pada perang dunia ke 2, ia dibaiki dan dibina semula.  Anda boleh melihat seluruh pemandangan kota Vienna jika anda menaiki tangga berpusing sebanyak 343 anak tangga. Jangan risau, terdapat lift disediakan bagi anda untuk melihat pemandangan dari Menara Utara. 

 

15.  Jalan Alpine Grossglockner

tempat menarik di austria

Imej via [rove]

Grossglockner iaitu gunung tertinggi di Austria ini dapat diterokai mengikut jalan romazi kuno ini. Jalan yang dikelilingi pergunungan alpine ini mampu membawa anda ke Hohe Taurn yakni salah satu tarikan termasyhur di Austria.

Dari aras 2422 meter gunung Grossglockner, anda dapat saksikan keindahan daerah di sekitarnya. Jalan ini selalunya dibuka pada bulan Mei sehingga Oktober. Pastikan anda berhenti di pusat pengunjung untuk melihat maklumat yang berkaitan dengan sejarah daerah.

 

16.  Biara Klosterneuburg Dan Altar Verdun

tempat menarik di austria

Imej via [donau]

Biara sejak abad ke 12 ini menjadi tempat terletaknya makam St Leopold.  Altar Verdun yang terkenal juga terletak di tempat menarik di Austria ini. Altar Verdun merupakan karya terbaik Enamel abad pertengahan yang mana altar ini terdiri dari 51 panel karya champleve pada tembaga berlapis emas. Altar ini menggambarkan tentang Bible oleh Nicholas sekitar tahun 1181.

 

17.  The Pilgrimage Church

tempat menarik di austria

Imej via [timetravelturtle]

Gereja yang dihias dengan gaya Gothci ini terletak tepatnya di bukit tinggi Zollfeld. Uskup Modestus menyebarkan ajaran Kristian di gereja ini pada tahun 750 M.

Destinasi ini merupakan antara tempat pelancongan yang terunggul di Carinthia Austria selatan. Begitu juga sebagai tempat menarik di Austria yang unik dan klasik boleh anda kunjungi.

 

18.  Seefeld Tirol

tempat menarik di austria

Imej via [orangesmile]

Kawasan ini pernah dijadikan tempat bagi acara olimpik sebanyak 2 kali. Disebabkan permukaan semula jadinya yang sesuai untuk sukan ski, tempat ini sering menjadi pilihan bagi peserta ski seluruh dunia.

Bukan sahaja aktiviti ski boleh dilakukan di sini, malah aktiviti seperti mendaki dan bersiar-siar ketika musim panas juga amat digemari pengunjung. Ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Austria yang boleh anda kunjungi.

tempat menarik di austria

Imej via [sofitel]

Demikianlah 18 tempat menarik di Austria unik dan klasik yang boleh anda kunjungi. Tempat-tempat ini merangkumi tempat bersejarah, tempat berbelanja, penginapan, makanan dan lain-lain lagi.  Walaupun Austria adalah negara terkecil namun siapa sangka destinasinya membuatkan anda teruja dan tak mahu pulang lagi.

Jom baca juga tempat menarik di Venice Italy, tempat menarik di Ho Chi Minh dan tempat menarik di Hungary.

Rujukan:

  1. melancong
  2. tripnholidays
  3. wikipedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.