16 Tempat Makan Best Di Gombak Penuh Selera Dan Citarasa Anda
Gombak merupakan salah satu kawasan yang amat terkenal dengan tempat makanan. Boleh dikatakan semua makanan pasti terdapat di Bandar Gombak ini. Bagi para pelancong dalam dan luar negeri, Gombak merupakan syurga makanan bagi mereka kerana terdapat pelbagai makanan yang boleh dipilih disini. Jom kita ketahui antara beberapa tempat makan best di Gombak.
![tempat makan best di gombak](https://ammboi.my/wp-content/uploads/2019/02/kedai-makan-sedap-di-kl.png)
1. Restoran Medan Selera Taman Sri Gombak
Tarikan utama di Restoran Medan Selera Taman Sri Gombak ini adalah Gulai Kawah. Biasanya Gulai Kawah hanya dijumpai di kenduri kahwin dan amat sukar diperolehi. Jadi bagi anda yang gemarkan Gulai Kawah, anda wajib datang ke sini!
Menu yang terkenal di Medan Selera Taman Sri Gombak ini adalah Gulai Kawah, Budu, Sambal Belacan, Ulam-ulaman, Cencalok, Tempoyak dan banyak lagi. Gaya hidangan di tempat makan best di Gombak ini adalah cara pengambilan makanan adalah ‘layan diri’.
2. Bamboos Thai Cafe
Restoran ini terletak di Jalan Prima, Gombak dan perjalanan untuk ke restoran ini amat mudah. Deko dalaman di Restoran Bamboo Thai Cafe adalah sangat sederhana dan tidak terlalu mewah.
3. Restoran Little Jen Corner
Restoran Little Jen Corner terletak di Taman Sri Gombak dan beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 malam. Makanan di sini boleh ditempah dan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Harganya pula adalah RM35 untuk dua orang.
Semua makanan yang dihidangkan adalah halal. Antara hidangan yang disediakan adalah Sup Kway Teow, Sup Mee Udon, Spaghetti, Steak Salmon, Nasi Ayam Kari, Nasi Goreng Belacan, Ayam Panggang, Nasi Ayam Goreng dan lain-lain lagi.
4. Deli Corn
Makanan seperti Nasi Lemak, Wafel, jagung dan gula-gula boleh anda dapatkan di sini malah anda takkan rasa kesunyian apabila menunggu LRT tiba kerana anda boleh menikmati makanan sambil menunggu.
Jadi bila anda berada berdekatan dengan Stesen LRT Terminal Putra Sri Gombak ini, jangan lupa untuk datang ke Deli Corn. Pasti terpikat dengan keenakan makanan ringannya!
5. Restoran Hot Pot King
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan rasa masakannya yang amat memuaskan. Selain steamboat, terdapat juga nasi goreng, aiskrim dan banyak lagi makanan yang menarik selera anda untuk menikmati makanan di sini.
Suasana restoran ini sangat selesa dengan kerusi mejanya serta dapat memuatkan satu family besar. Selain itu hiasan dalaman restoran ini juga boleh dikatakan cukup menarik dan tidak membosankan.
6. Restoran Amos Curry House
Restoran ini beroperasi setiap hari pada pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah malam. Restoran yang terletak di Taman Sri Gombak ini menyajikan pelbagai jenis masakan India seperti Kari Ayam, Roti Canai dan banyak lagi.
Harga yang dikenakan pula tidaklah terlalu mahal. Biasanya restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggan pada waktu tengah hari, petang dan malam. Bagi anda yang gemarkan roti canai mamak, bolehlah datang ke sini, memang sedap!
7. The Rack Boutique Cafe
Kira okeylah masakan kafe ini kan? Ada dalam kalangan pelanggan menjadikan makanan di sini terutamanya chicken chop sebagai makanan kegemaran mereka. Waktu kafe ini beroperasi adalah pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 11 malam.
Antara masakan yang best adalah chicken chop, shell out, spaghetti dan banyak lagi hidangan yang menarik. Anda pasti terkenang-kenangkan ayam chicken chop yang lembut dan sosnya yang sedap itu.
8. Sushi King Express
Rata-rata pelanggan yang makan di sini berpuas hati dan mengatakan bahawa semua makanannya amat sedap dan harganya pula murah. Disamping itu, suasana yang menarik dan menenangkan turut dirasai bagi siapa-siapa yang hadir ke restoran ini.
Servis yang ditawarkan adalah terbaik dan restoran ini amat bersih dan selesa. Waktu Sushi King Express beroperasi adalah pada pukul 11 pagi sehingga pukul 10 malam. Harga bagi menu utama disini adalah RM3.
9. Restoran Adam Lai
Menu yang disediakan adalah berasaskan ayam dan daging. Antara menu hidangan tempat makan best di Gombak ini adalah Ayam Lemon, Ayam Thai, Ayam Mangga, Sayap Ayam Goreng, Daging Lada Hitam, Ayam Tempayan, Ayam Kong Po, Daging Sizzling, Daging Tempayan dan lain-lain lagi.
Staf di sini pun amat mesra dan peramah serta layanan mereka sama sekali tidak mengecewakan. Sekiranya anda mencari masakan cina yang halal, anda bolehlah datang ke Restoran Adam Lai ini. Wifi akses juga disediakan di sini secara percuma.
10. Warung Nasi Ayam Tradisional
Tidak banyak yang perlu saya perkatakan tentang warung ini kerana ianya sama seperti warung-warung lain, cuma yang bestnya adalah resepi nasi ayamnya yang tradisional dan harganya juga berbaloi.
11. Restoran D’Laman
Menu nasi ayam penyet menadi pilihan ramai dan terkenal di sini. Anda boleh datang bersama keluarga besar dan rakan-rakan kerana ruang meja dan kerusi kedai ini amat banyak untuk anda gunakan. Datang ramai-ramai pun, akan selesa! Nak buat tempahan terlebih dahulu pun dialu-alukan.
12. Restoran Nelayan Gombak
Makanan di Restoran Nelayan Gombak ini pula sangat best terdiri daripada makanan seafood, masakan panas dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga boleh merasai makanan barat seperti chicken chop, lamb chop dan sebagainya lagi. Anda boleh menganjurkan parti atau majlis di sini dan tempah meja terlebih dahulu.
13. Restaurant Jees Seafood (Sri Gombak)
Makanan yang boleh anda rasai di sini adalah makanan berat dan ringan berkonsepkan seafood, masakan panas, makanan western dan banyak lagi. Jus buah-buahan turut menjadi kegilaan ramai terutamanya para wanita. Untuk pengetahuan anda, surau dan toilet juga disediakan di sini, mudah kan jika anda membawa anak-anak dan keluarga ke sini?
14. Banana Cafe
Dessert atau makanan ringan yang turut dihidangkan amatlah menarik dan kreatif! Anda boleh melihat pelbagai menu dan gambar makanan yang sedap dan menyelerakan. Tempat makan best di Gombak ini dibuka pada 4.30 pm sehingga 3 am dan lokasinya bertapak di Batu Caves, Gombak.
15. Mee Tarik Warisan Asli Sri Gombak
Peminat mee wajib berkunjung ke sini untuk merasai mee tarik warisan asli ini sekaligus boleh meluangkan masa bersama keluarga di sini. Selain mee tarik, menu lain juga boleh anda rasai di sini.