13 Tempat Honeymoon Di Terengganu
Terengganu Darul Iman terletak di semenanjung pantai timur Malaysia. Negeri yang bersempadan dengan Kelantan ini terkenal dengan tarikan pelancong yang datang ke Malaysia.
Terengganu bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulau indah yang menjadi pilihan pengunjung malahan banyak lagi destinasi menarik. Buat pasangan yang ingin honeymoon di dalam negara tetapi inginkan kelainan, seharusnya anda datang ke Terengganu.
Jom lihat antara tempat honeymoon di Terengganu yang sesuai dikunjungi pasangan sejoli seperti anda.
1. Pulau Redang
Nama Pulau Redang tidak akan terlepas dari senarai tempat pelancongan terkenal di Malaysia. Pantainya cukup bersih dan dikatakan terdapat hampir 500 jenis terumbu karang di laut itu.
Berkelah dan bermandi-manda sememangnya aktiviti terbaik untuk dilakukan. Tak lupa juga aktiviti istimewa scuba diving dan snorkeling sambil melihat kecantikan terumbu karang. Tempat honeymoon di Terengganu ini memiliki suasana indah untuk meraikan anda dan pasangan.
2. TTI River Cruise
Jika anda penat berjalan untuk melihat tempat-tempat di Terengganu, anda boleh menggunakan perkhidmatan River Cruise. Mereka akan membawa anda menyusuri Sungai Terengganu sambil meyaksikan landskap indah negeri ini.
Anda akan melihat perkampungan nelayan, Masjid Kristal yang tersegam indah, tempat pembuatan bot, rumah air dan banyak lagi.
3. Tasik Kenyir
Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang diwujudkan secara tidak langsung disebabkan empangan. Berhampiran tasik ini terdapat banyak pulau-pulau kecil.
Aktiviti popular di sini adalah melawat pulau sekitar tasik,melihat santuari gajah dan ikan kelah, jungle trekking, meneroka gua dan banyak lagi. Tasik Kenyir juga amat sesuai dijadikan sebagai tempat honeymoon di Terengganu.
4. Taman Tamadun Islam
Jangan salah faham, taman ini bukanlah tempat bersejarah. Destinasi ini telah mempamerkan replika seni bina Islam khususnya yang menjadi ikonik pada dunia Islam.
Lebih kurang 21 replika monumen seperti Istana Al Hambra, Masjidil Haram, Kota Lama Aleppo boleh anda saksikan. Ia dibina dengan saiz binaan yang lebih kecil dari yang asal.
5. Pulau Perhentian
Sebenarnya pulau ini terdiri dari dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau inilah merupakan tempat honeymoon di Terengganu.
Pantainya bersih dan tenang. Maka tak hairanlah jika CNN pernah menyenaraikan pulau ini sebagai salah satu destinasi terindah di dunia. Sausananya yang damai amat sesuai untuk pasangan datang honeymoon.
6. Muzium Negeri Terengganu
Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium terbesar di asia tenggara. Strukturi binaannya bertemakan seni bina rumah tradisional Terengganu. Ianya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, Taman Botani dan Taman Herba.
Banyak artifak purba, tekstil, ukiran dan lukisan dipamerkan. Percayalah, jika anda tidak meminati sejarah sekalipun, tempat ini memang berbaloi untuk anda datang bersama pasangan.
7. Masjid Kristal
Mendengar namanya sahaja pasti orang teringin melihatnya. Masjid Kristal dibina dengan menggunakan gabungan besi, kaca dan kristal menjadikan masjid ini bergemerlapan saat terkena cahaya.
Ia merupakan salah satu bangunan terindah di Terengganu. Apalahnya sambil-sambil honeymoon singgah beribadah di sini.
8. Pulau Kapas
Pulau ini tak kalah hebatnya dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Pulau Kapas adalah pusat peranginan yang terdekat dengan Bandar Kuala Terengganu.
Tinggal di resort pulau ini menjadi pilihan utama pelancong yang inginkan feel laut yang tenang. Aktiviti snorkeling dan melihat hidupan laut juga seharusnya harus dicuba. Memang ia adalah tempat honeymoon di Terengganu yang sangat best!
9. Sungai Yah Yah
Honeymoon pada waktu malam di Terengganu tak sah jika anda tidak datang ke lokasi ini. Sungai Yah Yah terkenal sebagai kawasan yang sesuai melihat kelip-kelip kerana haiwan ini akan mengerumuni pokok berdekatan sungai.
Mereka menawarkan pakej river cruise iaitu bot yang akan membawa anda menyusuri sungai untuk melihat keindahan kelip-kelip bercahaya pada waktu malam.Â
10. Chinatown
Chinatown adalah penempatan cina terawal di asia tenggara. Bangunan-bangunan yang berusia lebih 200 tahun ini berseni reka bentuk cina lama.
Pengunjung selalu ramai di sini memandangkan terdapat banyak kedai makan dan kafe di sini. Terdapat street art di dinding-dinding bangunan untuk anda berfoto.Â
11. Pasar Payang
Jangan terkejut kalau saya kata Pasar Payang adalah tempat honeymoon di Terengganu! Produk-produk terkenal Terengganu seperti ikan masin, keropok lekor, keropok sira,batik dan kraftangan semuanya ada dijual.
Kedudukan Pasa Payang juga strategik dan berhampiran pusat peranginan lain. Takkanlah honeymoon nak melawat sahaja, membeli-belah bersama pasangan jangan dilupakan.
12. Santuari Penyu Rantau Abang
Penyu sememangnya ikonik dengan negeri Terengganu. Rantau abang terkenal sebagai sarang penyu jenis leatherback. Namun sejak kebelakangan ini haiwan itu diancam kepupusan.Â
Pengunjung berpeluang melihat anak penyu yang diletakkan di dalam kolam. Jika anda datang pada waktu yang tepat mungkin berpeluang untuk melepaskan penyu ke laut.
13. Air Terjun Lata Belantan
Anda nak honeymoon berlatar belakangkan alam semulajadi tetapi sudah bosan dengan pantai? Datanglah ke Air Terjun Lata Belantan. Sungainya jernih dan tidak banyak batu.
Ramai keluarga yang datang berkelah pada hujung minggu. Fasiliti dan kemudah seperti gelongsor air pun ada disediakan. Nak berfoto pun sesuai dan cantik. Memang sesuai untuk honeymoon juga.
Demikianlah beberapa tempat honeymoon di Terengganu yang kami cadangkan. Tempat-tempat yang ditawarkan memang terkenal dan diakui ramai.
Jom baca juga tempat honeymoon di Melaka, tempat memancing di Melaka, tempat honeymoon di Johor dan tempat honeymoon di Pahang.
Rujukan:Â
- Terengganu. https://en.wikipedia.org/wiki/Terengganu
2. Tempat Menarik di Terengganu. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-terengganu/