15 Tempat Bersejarah Di Selangor ‘Tak Luput Di Telan Zaman’
Anda merupakan seorang yang gemarkan sejarah dan ingin bercuti ataupun sedang menetap di Selangor? Semestinya anda tahu bahawa Selangor adalah merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan kepelbagaian sejarahnya. Kebanyakan tempat mempunyai kisahnya yang tersendiri seperti batu hampar dan tangga seratus menjadi tumpuan utama para pelancong.
1. Batu Hampar
Di sebalik seketul batu itu, yang terletak pada bahagian hadapan pintu masuk kota tersebut, terdapat pelbagai spekulasi berkenaan dengan fungsinya. Kebanyakan penduduk tempatan percaya ia merupakan tempat pesalah dipancung kepala suatu ketika masa dahulu namun segelintir daripada mereka menafikan perkara tersebut.
Melihat kepada struktur batu yang kelihatan seperti tempat yang strategik untuk pesalah ditempatkan sebelum mereka dipancung, tidak hairanlah jika spekulasi itu adalah benar. Walaupun terdapat pelbagai kisah yang mengerikan berkenaan dengan batu itu, ia tetap mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Jika anda berkunjung ke Kota Melawati, pastikan anda melawat pintu masuk kota tersebut untuk melihat batu yang terhampar di hadapannya.
2. Bukit Belanda
Pada ketinggian 420 meter, ia merupakan lokasi tinjauan yang strategik untuk memerhatikan gerak geri musuh dan dapat membincangkan strategi pertahanan yang relevan berdasarkan maklumat tinjauan. Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama bukit Belanda kerana rekaan kotanya oleh Sultan Ibrahim yang menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
Bukit ini terletak berhampiran dengan sungai, yang pada suatu ketika dahulu, merupakan laluan utama yang boleh dipantau bagi mengelakkan serangan musuh.
3. Meriam Penggawa Di Bukit Selangor
Ia terletak di satu mimbar khas dan dibalut dengan kain kuning. Meriam tersebut diberi nama meriam Petoi Boga yang bermaksud puteri putih. Kisah disebalik namanya yang ditukar kepada meriam penggawa sememangnya menarik.
Pada asalnya ia digelar meriam Sultan Ibrahim namun disebabkan beberapa tragedi yang berlaku dalam usaha untuk memindahkannya ke Klang tetapi gagal, namanya seterusnya ditukar kepada meriam penggawa. Kini, ia ditempatkan di bukit Selangor yang merupakan tempat persemadian 3 orang sultan Selangor.
4. Muzium Kuala Selangor
Tempat bersejarah di Selangor ini terbahagi kepada 7 seksyen yang menghuraikan maklumat berkaitan perkara-perkara yang spesifik seperti perkembangan negeri Selangor, asal usul negeri Selangor dan maklumat berkaitan dengan peninggalan sejarah di Bukit Melawati.
Ruang pameran yang terdapat di muzium ini menggunakan teknik yang interaktif bagi menjadikan sejarah Selangor seronok untuk dipelajari dalam teknik audio visual dan kiosk maklumat. Jika anda berkesempatan untuk ke Kuala Selangor, jangan lupa untuk singgah di muzium ini!
5. Bukit Melawati
Kedudukan bukit ini sangat strategik kerana posisinya yang terletak kuala sungai Selangor dan pada akhir abad ke 18 dan abad ke 19, bukit ini dijadikan sebagai markas utama dalam usaha membanteras kemaraan Belanda.
Terdapat pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung. Pada hujung minggu dan cuti am pula, terdapat kemudahan trem yang disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik yang lain.
6. Istana Jugra
Terdapat spekulasi yang mengatakan peti besi itu berkemungkinan berpuaka dan telah lama berlegar-legar di telinga khalayak ramai. Ia hangat diperbincangkan apabila pengawal yang bertugas di muzium negara sepanjang tempoh pameran peti tersebut berasa tidak senang dan sering terdengar bunyi yang aneh walhal peti tersebut tidak mempunyai isi apa-apa.
Peti besi tersebut kini aman ditempatkan di istana Jugra dan jika anda ingin melihatnya, anda perlu menaiki tangga yang berusia ratusan tahun. Namun, usah risau kerana istana Jugra ini kerap diselenggara oleh penduduk kampung.
7. Kota Raja Mahadi
Tempat bersejarah di Selangor ini terletak pada ketinggian yang strategik bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di sungai Klang sebagai laluan utama. Perang tersebut berlangsung selama 7 tahun sebelum ia ditamatkan oleh Tengku Kudin dan pihak Inggeris pada tahun 1874. B
angunan kota tersebut telah diselenggara dengan baik dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti parkir kereta dan tandas awam.
8. Bangunan Sultan Suleiman Shah
Walaupun terdapat pelbagai jenis nama yang diberikan kepada bangunan ini, pada tahun 1989, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mengisytiharkan bangunan tersebut sebagai Bangunan Sultan Suleiman Shah. Bangunan ini telah diselenggara dengan baik dan kini menjadi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.
9. Perigi Beracun
Perigi beracun merupakan tempat hukuman buat sesiapa yang melakukan kesalahan besar pada suatu ketika dahulu, walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan adalah lebih kepada penyeksaan. Air perigi tersebut dikatakan telah tercemar dan boleh menyebabkan gatal-gatal jika bersentuhan dengan kulit.
Mereka yang bersalah akan direndam pada aras leher dan sepanjang tempoh tersebut, mereka akan berasa gatal yang teramat. Perigi tersebut telah ditimbus pada tahun 1977 namun ia kemudiannya diselenggara kembali kepada rupa asal bagi memelihara kesan peninggalan sejarah selepas diisytiharkan sebagai tempat bersejarah.
10. Bukit Raja
Gabungan tentera dari negeri Selangor dan Pahang yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin akhirnya berjaya mengalahkan pihak Belanda. Kini, terdapat beberapa makam kerabat Diraja yang disemadikan di kawasan bukit ini.
Walaupun ia merupakan satu tempat bersejarah di Selangor yang menarik, ia tidak mempunyai daya tarikan yang unik seperti bukit melawati untuk menarik pelancong melainkan mereka yang berminat dengan sejarah.
11. Bangunan Tan Boon Chia
Ramai orang cina telah didera oleh tentera Jepun, dibunuh dan seterusnya ditanam dibelakang bangunan tersebut. Setelah Jepun menyerah kalah, pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia namun mereka tidak berpindah masuk ke dalam bangunan tersebut. Khabarnya roh-roh mereka yang mati dibunuh masih berkeliaran di pelosok bangunan tersebut.
12. Muzium Sultan Alam Shah
Muzium Sultan Alam Shah adalah muzium yang bertaraf antarabangsa dan salah satu tempat bersejarah di Selangor. Ia mempunyai pelbagai jenis pameran yang kebanyakannya adalah interaktif. Antara sejarah yang disimpan di muzium ini adalah sejarah kesultanan negeri Selangor dan kronologi sejarah Selangor sewaktu penjajahan British.
13. Rumah Api Jugra
Walaupun pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah api tersebut, pengunjung gemar melakukan aktiviti riadah dan sukan ekstrem seperti paragliding. Jom berkunjung ke sini!
14. Rumah Banglo – Ladang Pulau Carey
Walaupun reka bentuknya kelihatan biasa sahaja, namun jika dilihat dan dibandingkan dengan banglo yang lain pada waktu ia dibina, senibinanya agak unik. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo ini, anda hanya boleh bergambar dari jauh.
15. Muzium Insitu Jugra
Muzium Insitu Jugra ini turut mempamerkan aspek-aspek penjara lama dan senjata yang digunakan oleh pengawal penjara pada suatu ketika dahulu.