Mencari tempat menarik di Pekan.

Pahang Darul Makmur merupakan salah satu negeri yang mempunyai pelbagai tempat menarik kerana alam semulajadinya yang merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik, pantai, dan juga pulau. Di samping memiliki panorama semulajadi yang indah, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti nilai kebudayaan dan juga pelbagai makanan tempatan yang popular. 

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [Tempat Menarik]

Jika anda bercadang bercuti ke Pahang, rancanglah perjalanan anda dengan teliti kerana terdapat banyak tempat menarik di Pekan Pahang yang harus anda lawati. Jom kami bawakan anda ke tempat menarik di Pekan Pahang yang pasti anda teruja melihatnya!

1.  Ancasa Royale

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [TripAdvisor]

Ancasa Royale Hotel yang bertaraf 4 bintang ini terletak di Jalan Pekan, menghadap ke Sungai Pahang. Hotel ini menawarkan kemudahan hotel yang luas dengan pemandangannya yang indah dan juga menyediakan perkhidmatan  The River Cruise @ Sungai Pahang yang sangat terkenal.

Tempat menarik di Pekan, Pahang ini menjadi destinasi popular bagi pasangan yang mencari tempat perkahwinan dengan sedikit perbezaan pengalaman yang pasti menakjubkan di Garden @ The Riverfront Marquee Hotel.

Masakan yang terdapat di sini juga sangat istimewa kerana ia menyajikan masakan gaya Malaysia tradisional dan juga masakan Barat yang terkenal. Terdapat pelbagai jenis bilik dengan harga yang berpatutan yang boleh anda pilih di sini.

2.  Muzium Sultan Abu Bakar

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [tripadvisor]

Muzium ini memaparkan banyak artifak yang penting dalam sejarah negara dan budaya Melayu tempatan. Muzium ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Ahmad Shah sekitar Oktober 1976. Tempat menarik di Pekan Pahang ini terletak di bekas kediaman Residen British, yang dibina pada tahun 1929.

Muzuim ini kemudiannya dibeli oleh Sultan Pahang pada tahun 1948 dan dinamakan semula sebagai Istana Kota Beram. Pada tahun 1965, Sultan memindahkan kediamannya ke sebuah istana baru (Istana Abu Bakar), dimana ia adalah Istana Diraja sekarang.

Dengan berkunjung ke muzuim ini ,anda dapat mempelajari pelbagai kesenian Islam masa lalu yang menarik kerana terdapat pelbagai galeri, artifak, seramik, dan arkeologi yang dipamerkan.

3.  Watercraft Gallery

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [pahangtourism]

Terletak di Pulau Beram, di hadapan muzium ini adalah Galeri Watercraft. Ia memaparkan pengangkutan air dalam pelbagai bentuk dan fungsi yang pernah digunakan di laut dan sungai Pahang. Terdapat juga beberapa replika saiz pengangkutan air zaman dahulu, yang tidak pernah gagal untuk membangkitkan minat para pengunjung.

Ciptaannya yang unik berasaskan kayu dan rekabentuk senibina pengangkutan air di sini pasti memukau pandangan anda. Setiap perahu yang dipamerkan juga diberikan klasifikasi dan keterangan maklumat untuk pengetahuan pengunjung.

Tempat menarik di Pekan Pahang ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Bagi mereka yang meminati unsur maritim dan budaya warisan, galeri ini wajib untuk anda lawati.

4.  The Tun Razak Memorial Hall

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [visitkl]

The Tun Razak Memorial Hall ini sebenarnya didedikasikan untuk mendiang Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia dan salah seorang anak lelaki yang terkenal di Pekan Pahang ini. Dewan peringatan ini juga menempatkan beberapa kesan peribadi dan memorabilia.

Pertama kali tempat menarik di Pekan Pahang ini dibuka kepada umum pada tahun 1994. Ia bertujuan untuk menjadi peringatan yang mendalam bagi rakyat mengenai pelbagai aspek kehidupan Tun Abdul Razak, yang memainkan peranan penting dalam mencatat masa depan negara.

5.  Silk Weaving Gallery

Imej via [lakshmisharath]

Sejak 200 tahun yang lalu, Royal Pahang Silk Weaving Centre ini merupakan kesaksian yang membanggakan mengenai kisah masa lalu yang menarik dari keluarga diraja Pahang. Sutera berkualiti telah dihasilkan selama beratus-ratus tahun oleh rumah yang terpilih di Pulau Keladi ini dimana kaedah tenunan tradisional dan rumit telah diturunkan dari generasi ke generasi yang lain.

Galeri ini menghasilkan fabrik berkualiti yang berasal dari Pekan Diraja Pahang. Reka bentuk hiasan kain ini dicirikan oleh corak yang berkotak-kotak yang diatur sedemikian rupa sehingga urutan berwarna boleh berubah secara serentak dari alatan yang dinamakan warp.

Barang eksklusif Istana Kerajaan Pahang, Tenun Pahang Diraja hari ini telah melalui pelbagai perubahan dan fasa yang sesuai dengan selera tempatan dan juga citarasa orang barat.  Ia amat sesuai untuk majlis makan malam formal, upacara perkahwinan dan acara-acara penting lainnya. Galeri ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

6.  Tasik Chini

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [zafigo]

Tasik Chini adalah tasik yang terletak berhampiran Sungai Pahang di tengah Pahang, Malaysia. Tempat menarik di Pekan Pahang ini dihuni oleh Orang Asli tempatan suku Jakun. Tasik ini menawarkan persekitaran indah, tenang dan damai yang penuh dengan mitos dan legenda yang masih belum dapat dijelaskan hingga ke hari ini.

Mengikut legenda Orang Asli, tasik ini didiami oleh seekor naga yang dipanggil Naga Seri Gumum juga disebut sebagai “Monster Loch Ness Malaysia”. Tasik ini terkenal dengan musim bunga lotus dari bulan Jun sehinggalah September.

Ia juga dipercayai mengandungi sebuah kota Khmer yang tenggelam di dasar tasik. Tahukah anda, tasik ini merupakan tasik semulajadi kedua yang terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera?

7.  Muzium Masjid Sultan Abdullah

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [pelanconganmerdeka]

Masjid ini terkenal dalam kalangan warga tempatan sebagai Taj Mahal Malaysia kerana rekabentuk senibinanya yang mirip Taj Mahal. Muzium Masjid ini dibuka sekitar pertengahan tahun 2015 untuk kunjungan orang ramai dan berkonsepkan muzuim dalam taman.

Galeri disediakan untuk pelawat mempelajari pelbagai peristiwa Islam pada masa lalu di tempat menarik di Pekan Pahang ini. Seterusnya akan menjadi pengajaran berguna dalam usaha untuk memperbaiki dan membina nilai-nilai dan intelek manusia sejagat.  Para pelawat bahkan menemui cinta yang mendalam untuk Allah, Pencipta makhluk di syurga dan di bumi.

8.  Black Water Jewel

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [tatimansur]

Terdapat sungai yang dikenali sebagai Black Water Jewel. Ia juga dikatakan tempat menarik di Pekan Pahang. Aktiviti menarik yang dapat anda lakukan adalah menaiki bot dengan menyusuri Black Water Jewel ini sambil menikmati ketenangan dan kedamaian flora dan fauna yang terdapat di sekitarnya.

Sungai ini diyakini menjadi yang terbesar di Asia dan akan menjadi tarikan utama ekopelancongan negara Pahang di bawah projek yang akan melibatkan orang asli tempatan.

9.  Agropolitan Runcang

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [facebook]

Agropolitan Runcang ini merupakan tempat dan pusat utama ternakan biri-biri di Runcang, Pahang dan ia adalah projek di bawah naungan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.  Penglibatan peserta rata-ratanya adalah orang asli tempatan.

Jika anda ke tempat menarik di Pekan Pahang ini, anda akan dapat berpeluang bermesra bersama biri-biri di sini di samping dapat melihat sendiri bagaimana usaha dan proses ternakan biri-biri dilakukan.

10.  Pekan Riverfront

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [mdfaiez84]

Tarikan nombor satu dalam kalangan penduduk tempatan di Pekan Pahang ini adalah Pekan Riverfront dimana anda boleh menikmati angin sejuk dan berehat bersama keluarga jauh dari kesibukan kota.

Anda boleh memilih sama ada untuk berjalan-jalan sekitar sungai ini atau berkelah, ataupun pergi memancing sambil menikmati pemandangan Sungai Pekan yang menakjubkan ini. Berdekatan tempat menarik di Pekan Pahang ini, terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.

Anda tidak perlu risau anak-anak mahupun keluarga anda lapar selepas bermain air. Pekan Riverfront ini terbuka kepada orang awam untuk anda boleh datang pada bila-bila masa yang anda suka.

11.  Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [tempatmenarik]

Rugi jika anda tidak berkunjung ke sini apabila ke Pahang. Percaya atau tidak restoran yang kelihatan menarik ini benar-benar  berada di Pekan, Pahang. Ia ibarat ruang makan yang sangat eksklusif kerana anda akan dapat menikmati makan malam di tepi kawasan berair seperti sungai dan pantai yang membuatkan suasana makan di sini dikategorikan sebagai ‘high class’.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 3:00 petang sehinggalah jam 12:00 tengah malam. Pelbagai menu masakan laut yang enak boleh didapati di sini namun yang paling popular adalah Ikan Siakap Stim. Jom ke tempat menarik di Pekan Pahang ini!

12.  Pantai Air Leleh

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [ejadfotopoyo]

Tidak lengkap perjalanan anda ke Pahang jika tidak singgah ke pantai ini. Disamping boleh bermandi-manda dengan airnya yang jernih, anda juga boleh melihat keindahan matahari terbenam tatkala senja melabuhkan tirainya. Saat inilah paling sesuai untuk anda menangkap gambar di pantai ini.

Bagi yang meminati seni fotografi atau seni lukis, anda pasti teruja kerana panaroma tempat ini sememangnya cantik apabila dipotretkan atau dijadikan sebagai lakaran simpanan peribadi dan koleksi gambar pemandangan yang menarik.

Selain menikmati pemandangan, pelbagai aktiviti air yang menarik boleh anda lakukan seperti menyewa banana boat, aktiviti berkayak, menaiki ATV, menyewa basikal dan memanah. Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Lagenda dan lokasinya berdekatan dengan Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan.

13.  Istana Mangga Tunggal

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [akuanakpahang]

Nama Istana Mangga Tunggal ini diambil sempena sepohon mangga yang berbuah di sekitar kawasan istana tersebut. Terbinanya tempat menarik di Pekan Pahang ini adalah hasil air tangan seorang tukang yang berbangsa Melayu yang sangat mahir.

Beliau bernama Awang Mat Ali dimana beliau merupakan antara yang terkenal dan telah banyak membina istana diraja pada ketika itu. Istana Mangga Tunggal ini dipercayai dibina sekitar tahun 1934 yang merupakan tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.

14.  Taman Tasik Sultan Abu Bakar

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [mdfaiez84]

Taman tasik ini merupakan sebuah taman awam di Pekan, Pahang yang terletak di sepanjang jalan utama yang melalui bandar Pekan-Kuantan. Terdapat tasik buatan manusia di tengah-tengah taman tersebut dan di dalam kawasan taman itu juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti Pusat Sukan Komuniti, Pusat Penerangan Pelancongan dan juga McDonalds pandu lalu. Anda boleh berkunjung ke taman tasik ini di waktu petang sama ada untuk beriadah ataupun berehat-rehat.

15.  Royal Pahang Polo Club

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [Wikimedia Commons]

Tahukah anda, apakah kebiasaan kerabat keluarga diraja selain bermain golf dan ekuestrian? Jawapannya adalah polo. Marilah berkunjung ke Polo Royal Pahang ini dan anda boleh mengetahui lebih banyak tentang sukan polo di Malaysia.

Pertandingan Polo diadakan setiap tahun sekitar Ogos, tetapi anda boleh melawat pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk melihat lencana bersejarah dan monumen ikonik.

Walaupun tempat ini digunakan untuk bermain polo, pelawat dan penduduk setempat juga boleh menggunakannya untuk aktiviti rekreasi seperti jogging dan menunggang kuda.

16.  Chief Resthouse Pekan

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [Mapcarta]

Bagi anda yang inginkan pengalaman tinggal di kawasan kolonial ala penjajahan zaman dahulu, anda bolehlah berkunjung ke Jalan Seri Terentang, Kampung Pancur ini. Struktur kayu di rumah rehat ini dipelihara dengan rapi oleh kerajaan negeri dan masih berada dalam keadaan yang baik walaupun telah lama dibina sekitar tahun 1929 oleh Sultan Pahang. Setiap bilik di Chief Resthouse ini dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai kemudahan asas seperti penyaman udara dan TV.

tempat menarik di pekan pahang

Imej via [themalaysiantimes]

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa masukkan Pekan, Pahang ini sebagai destinasi pelancongan anda yang seterusnya. Mari baca tempat menarik di Pulau Pinang , tempat menarik di Melaka dan tempat menarik di Dungun juga.

Rujukan:

  1. dirajapahang
  2. pahangtourism
  3. tripzilla

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.