12 Tempat Street Food di KL (Viral dan Banyak Pilihan)
Street food di KL menjadi pilihan ramai untuk menikmati pelbagai hidangan berbeza hanya di satu tempat. Antara street food atau makanan jalanan yang menjadi tumpuan adalah nasi lemak, rojak, apam balik dan roti canai.
Kami kongsikan satu fakta menarik tentang roti canai, dimana menu ini pernah menjadi juara makanan street food terbaik di dunia. Kajian ini telah dilakukan oleh Taste Atlas pada tahun 2022. Terbukti memang street food di Malaysia memang sedap dan menarik!
Street food menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah. Bukan itu sahaja, pengunjung boleh dapatkan pelbagai jenis makanan hanya pada satu tempat. Kebanyakan tempat street food dijadikan tempat untuk melepak kerana dibuka hingga larut malam. Bagi yang mencari tempat street food di KL, berikut merupakan tempat best untuk pergi terutama buat food hunter!
Tapak Urban Street Dining
Tapak Urban Street Dining mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu berdekatan KLCC dan Cheras. Di cawangan ini, terdapat banyak kiosk dan hampir kesemuanya berkonsepkan food truck.
Menu berkonsepkan menu utama, pemanis mulut dan makanan barat antara yang dicari ramai. Dengar kata Nachos, Steak, Tom Yam Goong dan pasta sangat sedap di Tapak. Tempat ini sentiasa dipenuhi ramai menjelang malam. Tempatnya terbuka dan sedikit sukar untuk mencari tempat duduk jika anda datang pada waktu kemuncak. Namun parkir sangat mudah untuk dicari dan tidak jauh untuk sampai ke food truck.
Paling best, kebiasaannya akan ada persembahan sama ada nyanyian secara langsung dari band tempatan mahupun tarian kebudayaan. Makan dengan permandangan KLCC berlatarkan alunan muzik memang layan!
Alamat: Persiaran Hampshire, off, Jln Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)
Bangkok Street Food
Jom feel makan ala-ala di Bangkok di Bangkok Street Food, Setapak KL! Bagi yang pernah ke Bangkok, pasti merindui makanan-makanan lazat di sana kerana Bangkok sememangnya terkenal dengan syurga makanan.
Paling penting, makanan di sini kesemuanya halal! Sebut sahaja nak makan apa sama ada Nasi Khaomok, Tom Yam Maphrau dan Daging Harimau Menangis semuanya ada di sini. Cuba juga Banana Nutella Pancake sebagai pemanis mulut, memang sedap kerana tidak terlampau manis. Minuman utama yang perlu dicuba semestinya Green Tea yang sangat terkenal di Thailand.
Walaupun harga menu-menu di sini sedikit mahal, namun percayalah memang berbaloi untuk dicuba. Rata-rata pengunjung memberikan komen positif terhadap keenakan menunya yang setanding di Bangkok. Kemudahan tandas dan surau turut disediakan buat pengunjung!
Alamat: Platinum Walk, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (3.00 pm – 12.00 am)
Petaling Street Market
Datang ke ibu kota rugi jika tidak ke Petaling Street yang menjadi salah satu tempat menarik perlu dikunjungi jika ke Kuala Lumpur. Petaling Street ini berada berdekatan dengan Central Market dan Pasar Seni.
Sebut sahaja makanan tempatan dan viral, semuanya ada di sini. Dari ais kacang, mi tarik, Tau Fu Fa, Tanghulu, pasta hinggalah ke apam balik, anda boleh makan dengan sedap! Namun buat yang beragama Islam, pastikan makanan yang anda pilih berstatus halal.
Selain kaya dengan makanan, Petaling Street Market juga terkenal dengan pelbagai pilihan cenderamata seperti beg, key chain, topi dan sebagainya. Bagi kaum wanita pula, ramai yang ke sini untuk membeli bunga yang segar. Memang banyak kedai bunga menjual bunga yang segar dan murah. Pengunjung juga boleh memilih dan menggubah mengikut citarasa sendiri.
Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Street Food Jalan Alor
Di Street Food Jalan Alor, ramai yang ke sini untuk merasai keenakan raja buah iaitu durian. Ada durian kampung, Musang King, Udang Merah dan Black Thorn yang menjadi kegemaran ramai tidak mengira kaum. Buah-buahan lain juga ada seperti rambutan, langsat dan nangka.
Makanan lain yang boleh dicuba adalah makanan Thai, makanan laut, nasi campur, nasi lemak dan ikan bakar. Di Street Food Jalan Alor juga, pengunjung Muslim perlu mengetahui status Halal terhadap makanan yang dibeli.
Seperti di Petaling Street Food, di sini pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang.
Alamat: Jln Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Mantion Tea Stall
Mantion Tea Stall atau Restoran Noor merupakan restoran halal yang menjadi tumpuan pengunjung untuk sarapan dan makan tengah hari.
Tak tahu nak makan apa? Nasi Minyak antara menu yang dicari ramai menjelang makan tengah hari. Terdapat lebih 10 pilihan lauk sedap menanti anda termasuklah kari ayam, kari kepala ikan dan ayam masak merah. Ramai pengunjung mengatakan ayam masak merah paling sedap di restoran lejen ini.
Untuk menu sarapan pula, Roti Banjir dipadankan dengan The Ding merupakan best seller ramai pengunjung. Roti canai dibakar garing, dihidangkan bersama kuah kari banjir dan sedikit sambal serta dimakan bersama telur separuh masak memang sedap hingga menjilat jari! The tarik pula memang kaw!
Alamat: Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-3.30 pm | 5.00 pm-9.30 pm)
Sembang MaTic
Jika anda berada di tengah-tengah bandar, anda boleh dapatkan street food terbaik di Sembang Matic yang berada di Jalan Ampang. Berkonsepkan food truck, tempat makan di sediakan di ruangan terbuka. Makan sambil bersaksikan bulan bintang. Permandangan di sini juga cantik kerana memperlihatkan bangunan KLCC dan KL Tower.
Jangan risau, pengunjung dapat mencari parkir dengan mudah dan paling penting percuma! Bukan itu sahaja, kadang kala ada tayangan skrin besar serta persembahan dari band tempatan untuk memecahkan kesunyian anda.
Selain makanan tempatan yang tiada tandingannya, ada juga makanan Korea, makanan Thai, makanan Mexico dan makanan barat. Ramai yang mengatakan Tauhu Bakar, Pancake Krabi, Satay Warisan dan Roti John menu yang patut dicuba jika ke Sembang Matic. Pelbagai lagi pilihan menu menanti anda!
Alamat: 152, Jln Ampang, City Centre, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Khamis (4.00 pm-12.00 am) | Jumaat-Ahad (4.00 pm – 1.00 am)
Kilang Kitchen Setapak
Kilang Kitchen menawarkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada beberapa buah gerai. Tempat makan sangat luas dan pengunjung boleh duduk di ruangan berbumbung atau ruangan terbuka di luar. Parkir juga mudah untuk didapati.
Antara street food yng boleh anda dapatkan di sini adalah laksa, char kuey teow, sate dan ayam penyet. Bagi penggemar makanan Korea dan menu barat yang lain, jangan risau kerana banyak pilihan buat anda.
Nak sebut satu-satu menu memang letih kerana terdapat lebih 100 jenis pilihan dari pembuka selera hingga ke pemanis mulut. Harga juga murah dan berbaloi!
Alamat: Jalan Usahawan 6, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5.30 pm-12.00 am)
LaPARK
Konsep street food di LaPARK pula didatangkan dengan food truck. Walaupun berada di ruangan terbuka namun ada khemah disediakan buat pengunjung jika hujan. Ruang sangat luas dengan banyak meja dan kerusi disediakan. Jadi tiada masalah jika ramai pengunjung dalam satu masa. Parkir juga mudah dan luas.
LaPARK juga mudah diakses kerana berhadapan dengan Hotel Pullman Kuala Lumpur. Kemudahan asas turut disediakan dengan selesa seperti tandas dan surau.
Aneka pasta, char kuey teow, nasi goreng dan lain-lain yang merupakan pilihan ramai untuk makan malam. Dengan cerita yong tau fu, nasi goreng kampung, Seafood Marinara Pasta dan Churros antara menu yang perlu dicuba kerana keenakannya yang tak terhingga.
Alamat: Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-12.00 am)
Kantin
Ini bukan sebarang kantin, Kantin di sini mempunyai banyak kiosk atau gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Konsep di sini juga sama seperti tempat street food di KL yang lain iaitu dengan ruang berbumbung dan ruangan terbuka. Kemudahan yang disediakan termasuklah surau, parkir percuma dan taman permainan untuk kanak-kanak bermain. Selepas makan bolehlah ke kedai bundle atau bermain kasut roda di kawasan skate park berdekatan.
Pilihan makanan di sini lebih banyak dan kebanyakan menu adalah viral dan hipster, bolehlah kunjungi Kantin! Ramai pengunjung yang mencadangkan untuk mencuba Bingsu Mangga Cheese, Nasi Kukus Tonggek, Goreng Pisang Cheese dan Set Sotong Dua Alam.
Di sini pengunjung boleh makan sambil menyaksikan pelbagai persembahan seperti pertunjukan api dan persembahan akustik dari band tempatan mengikut waktu tertentu. Bukan itu sahaja, pihak kantin juga sering menganjurkan beberapa program menarik. Nak tahu program apa? Layari media sosial Kantin.
Alamat: 4 ½, KantinSG, Batu, Jln Gombak, 53000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)
Lepaking
Keluasan Lepaking lebih besar berbanding tempat street food di KL yang lain. Lebih banyak tempat makan disediakan buat pengunjung yang datang. Waktu malam di sini memang meriah tak kira umur dan kaum untuk lepak dan makan malam.
Pelbagai pilihan makanan dari lebih 15 vendor dan konsep gerai adalah berada di dalam kontena. Pemanis mulut, makanan barat, makanan tempatan dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan sedap dan murah. Antara yang menarik perhatian kami adalah laksa, shellout dan char kuey teow.
Antara menu viral di sini termauklah Air Kole Besar, Bakso Beranak dan Chilli Butter Creamy Pasta. Nak tahu sedap atau tak, jom makan malam di sini!
Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jln Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (5.00 pm-2.00 am) | Sabtu-Ahad (5.00 pm-3.00 am)
Main Road Jalan Ampang
Main Road Jalan Ampang antara tempat street food di KL yang menjadi sebutan ramai kerana menu di sini sedap belaka dan dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Ruangan makan juga banyak dan pengunjung boleh pilih sama ada ingin makan di ruangan bawah atau ruangan atas.
Terdapat hampir 20 vendor dengan pelbagai jenis makanan ada di sini. Nak pilih pun jadi rambang mata. Sate, waffle, Pizza 3 Benua dan Dry Pan Mee Daging antara menu yang menjadi tumpuan di sini. Ada banyak pilihan menu yang lain yang pasti sesuai untuk seisi keluarga!
Alamat: Lot 108, Jln Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12.00 pm-1.00 am) | Sabtu-Ahad (4.00 pm-1.00 am)
The H Hartamas
Pilihan menu di sini juga tidak menghampakan. Ada lebih 200 pilihan menu yang terdiri daripada menu tradisi dan menu antarabangsa. Tak hairanlah ramai pelancong asing juga makan di sini.
Dengar cerita set nasi asam pedas, soto dan pilihan burger di sini sedap! Tak lupa juga street food pilihan ramai seperti nasi lemak, sate, roti john dan maggie tom yum. Dengar nama sahaja sudah buat terliur apatah lagi jika anda cubanya sendiri di sini.
Alamat: 14, Jalan Sri Hartamas, Jalan 28/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hai (11.00 pm-2.00 am)
Tak perlu pening jika tak tahu nak makan apa kerana di kedai-kedai tersebut mempunyai banyak pilihan menu yang pasti kena dengan tekak anda. Memang sesuai untuk bawa keluarga atau lepak bersama kawan-kawan yang mempunyai tekak berbeza. Hanya dalam satu tempat, pelbagai konsep hidangan boleh dinikmati.
Harga dan kuantiti juga berbaloi. Dah jumpa tempat street food di KL yang terdekat dengan kawasan anda? Jom ajak yang tersayang untuk lepak di sini.
Nak tahu lebih banyak tempat menarik di KL? Jom kunjungi tempat-tempat ini: