9 Tarikan Pasar Payang Kena Pergi Best
Bercakap mengenai tarikan pasar payang, pasti ramai yang teringatkan negeri penyu ini. Terengganu bukan sahaja terkenal dengan tempat pembiakan penyu dan pemandangan pantai yang cantik, pasar payang yang terdapat di sana juga menjadi tarikan bagi pelancong luar negara mahupun negeri untuk datang ke sana.
Pasar payang terkenal dengan kepelbagaian bahan jualan dan pasar terbesar di Terengganu. Sekiranya anda ingin melihat pelbagai produk tarikan yang terdapat di Terengganu, pasar payang mungkin merupakan tempat yang wajib anda kunjungi. Pasar ini juga terbahagi kepada 2 tingkat. Bahagian atas menjual pelbagai jenis kraftangan dan bahagian bawah menjual barang basah serta pelbagai jenis kuih muih.
Harga Yang Murah
Sekiranya anda inginkan barangan yang murah, anda harus datang ke pasar payang.Sekiranya anda pergi membeli di kedai biasa, tawar menawar pastinya tidak dapat.Hal ini kerana, kedai biasa telah menetapkan harga mereka.Menariknya di sini, harganya bukan sahaja lebih murah dari kedai biasa, tetapi tawar menawar juga turut menjadi kebiasaan mereka yang berkunjung ke sini.
Ramai pelancong asing yang datang ke sini untuk mendapatkan kraf tangan mahupun pakaian tradisional yang berasaskan corak batik dengan harga yang lebih murah.Tidak terlepas juga penduduk tempatan yang datang ke sini untuk mencari barangan harian dengan harga yang lebih murah.
Terdapat Ruang Bakat
Tarikan Pasar Payang yang lain adalah terdapatnya ruang bakat. Sekiranya anda seorang yang berbakat dalam seni, anda pasti mahu mencuba untuk mereka corak batik anda sendiri. Menariknya di sini, anda boleh mencuba untuk mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran.
Disebabkan ruang bakat inilah Pasar Payang menjadi tumpuan para pelancong.Ramai pelancong yang mengambil pengalaman untuk menghasilkan kraf tangan mereka sendiri.Kraf tangan yang dibuat sendiri oleh anda pastinya akan menjadi kenangan dan cendera hati anda ketika bercuti di sini.
Keropok Lekor Istimewa   Â
Jika bercakap mengenai negeri pantai Timur ini, pasti ramai yang dapat menganggak ikan segar yang boleh didapati di sini. Negeri yang terkenal dengan produk keropok lekornya yang dihasilkan daripada pelbagai jenis ikan ini sememangnya menarik hati ramai pengunjung yang merasai kesedapan keropok lekor itu sendiri.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijadikan keropok lekor seperti ikan parang, ikan kembung dan banyak lagi jenis ikan yang lain. Di pasar ini, terdapat gerai yang diberi nama Shila dan Sukri yang menjual pelbagai jensi keropok kering dan keropok lekor. Jika anda inginkan keropok lekor vacuum turut ada dijual di pasar ini. Jadi anda tidak perlu risau dengan ketahanan keropok lekor untuk dibawa balik ke rumah anda.
Terbahagi Kepada 2 Tingkat
Pasar Payang di Terengganu terbahagi kepada dua bahagian. Pasar ini sebenarnya telah di naik taraf bagi keselesaan pengunjung dan penjualnya. Tingkat bawah pasar menjual pelbagai barangan basah serta makanan. Di bahagian ini, terdapat produk seperti ikan, buah-buahan yang jarang dijumpai, kuih tradisional serta keropok lekor.
Di bahagian atas pula, anda boleh menyimpan barangan seperti pakaian yang berasaskan batik, tembaga, keris, kain yang boleh dijadikan baju dan pelbagai produk seperti mainan dan pakaian. Pasar ini dibahagikan kepada dua bahagian untuk mengelakkan pengunjung berasa tidak selesa dengan bau ikan dan makanan laut yang lain.
Banyak Kuih Muih
Pasar Payang memiliki banyak kuih muih tradisional yang terkenal di negeri Terengganu. Antara kedai kuih yang terkenal di pasar ini ialah Gerai Kuih Pok Him. Gerainya sering menjadi tumpuan pelanggan di sana kerana pencuci mulutnya. Walaupun banyak gerai kuih yang mula menaikkan harga ekoran harga bahan mentah yang tinggi, gerai Pok Him tetap menjual dengan harga yang rendah.
Di sini juga, anda boleh menjumpai lebih daripada 50 jenis kuih muih yang terdapat di gerai-gerai yang terdapat di sini. Kesemua penjual kuih di pasar ini mula menjual seawal 7 pagi sehingga 5.30 petang.
Batik Yang Cantik
Seperti yang anda semua tahu negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang menghasilkan produk batik terbesar.Disebabkan hal ini, pengunjung dari luar suka datang ke sini untuk mendapatkan pakaian yang berasaskan batik dengan corak yang menarik.
Di Pasar Payang ini, anda boleh mendapatkan pelbagai produk batik seperti baju lelaki, baju wanita, kain batik serta baju kanak-kanak yang bercorakkan batik. Anda boleh mendapatkan corak batik yang menarik dengan harga yang lebih murah tetapi tetap berkualiti tinggi.
Produk Rotan
Pasti ada di antara anda yang menyukai produk berasaskan rotan. Produk yang berasaskan rotan menjadi salah satu tarikan di sini. Di sini, anda boleh melihat produk rotan seperti kerusi malas, tudung saji, raga, bakul, tikar dan banyak lagi.
Produk kraf tangan yang biasanya dibeli oleh pengunjung adalah bakul rotan. Bakul rotan ini juga dikategorikan kepada beberapa saiz dan dijual dengan harga yang berbeza-beza. Produk rotan juga dibeli oleh pengunjung untuk dijadikan hiasan di rumah mereka. Produk rotan ini sememangnya sangat cantik dan berbaloi untuk dibeli.
Keris
Jika pada zaman dahulu, keris sering dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri mereka. Walau bagaimanapun, pada masa kini ramai yang mengumpul keris sebagai hobi mereka. Pembuat keris di negeri Terengganu lebih menumpukan untuk raja sehari mahupun adat istiadat diraja.
Reka bentuk keris yang menarik dengan corak yang berbeza cukup untuk menarik perhatian pengumpul keris. Perbezaan yang dapat dilihat pada keris buatan Terengganu ialah keris di negeri Terengganu lebih tebal seperti kapak, manakala keris di tempat lain berbentuk kapal layer dengan bonggol bulat.
Rempah Ratus Buatan Kampung  Â
Terengganu terkenal dengan masakan gulainya. Jika anda datang ke Pasar Payang, anda boleh menjumpai pelbagai jenis rempah seperti rempah gulai, rempah nasi dagang, kulit kayu manis dan banyak lagi jenis rempah yang sememangnya terkenal di negeri Terengganu.
Di Pasar Payang ini juga, kedai pokleh merupakan kedai yang terkenal di sini. Di kedai ini juga terdapat banyak jenis rempah seperti rempah gulai ikan nasi dagang, rempah kurma nasi minyak, rempah gulai kawah dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin memasak makanan yang terkenal di Terengganu, anda boleh datang kesini untuk membeli rempahnya.
Kesimpulan
Terdapat banyak tempat menarik di Terengganu yang dapat anda lawati. Tarikan pasar payang yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk pelancong menjadikannya tempat yang wajib dilawati apabila berkunjung ke Terengganu. Pasar payang bukan sahaja dikunjungi oleh orang luar, penduduk tempatan juga turut datang untuk berbelanja barangan harian mahupun kain bercorak batik.
Pasar payang jelas menunjukkan bahawa negeri Terengganu merupakan antara negeri yang masih kuat mempromosikan kraftangan serat kain yang bercorak batik yang menjadi pakaian dan barangan yang melambangkan masyarakat Melayu. Keunikan corak batik juga menarik para pelancong untuk mencuba dan membelinya.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:
Rujukan:
(2022). Pasar Payang. Jom Jalan. https://www.jomjalan.com.my/listing/pasar-payang/
 Nazdy Harun. Pasar Payang tumpuan akhir percutian. (2022, Mei 8). Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/05/953090/pasar-payang-tumpuan-akhir-percutian
Cendana. (2021). Jom pergi Terengganu: 5 produk tarikan di Pasar Payang! https://baskl.com.my/5-produk-tarikan-di-pasar-payang/