Menurut Top 10 City Destinations 2018 oleh Wouter Geerts, Paris menduduki tempat ke-6 daripada 10 negara yang menjadi tumpuan para pelancong. Sudah pasti tergambar Eiffel Tower dalam fikiran Anda, bukan? Namun tahukah Anda, selain Eiffel Tower, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Paris.

tempat menarik di paris

Imej via [Jet Airways]

1.  Lourve Museum

tempat menarik di paris

Imej via [Viator]

Muzium ini adalah antara muzium seni yang terbesar di dunia. Ia amat sesuai bagi anda yang meminati seni dan sejarah. Selain bercuti, tempat menarik di Paris ini dapat mendidik anak-anak anda tentang sejarah dan seni yang mempunyai nilai tinggi. Terdapat banyak koleksi seni yang dipamerkan di sini yang bakal membuatkan anda terpesona dan jatuh cinta.

Antaranya ialah seperti beberapa karya tokoh yang terkenal di dunia, ‘Mona Lisa’ karya Leonardo da Vinci dan ‘Dying Slave’ karya Michaelangelo. Berdekatan muzium ini, terdapat sebuah taman yang sangat indah. Ia menjadi tempat istirehat dan bersiar-siar bagi para pengunjung muzium. Anda juga dapat melihat beberapa tugu dan monumen yang masih lagi berdiri kukuh.

2.  Cathedrale Notre Dame de Paris

tempat menarik di paris

Imej via [tripadvisor]

Bangunan Catherale adalah sebuah gereja lama yang dibina pada sebuah delta dari bangunan Seine. Ia bukan sahaja menjadi tempat pelancongan bahkan juga masih berfungsi sebagai tempat beribadat Kristian Katolik yang berada di Paris. Untuk makluman anda, ia merupakan antara gereja Katolik yang terbesar di Paris dan juga di dunia.

Anda harus memakai pakaian yang sopan untuk menghormati tempat ibadat mereka.  Menariknya, terdapat sebuah taman di bahagian belakang gereja ini. Taman ini sangat ramai pada waktu petang dan hujung minggu. Seronoknya, tiada caj yang dikenakan untuk masuk ke bangunan ini dan anda bebas berjalan-jalan di kawasan sekitarnya. Anda juga boleh melawat ke Holy Chapel yang tidak jauh dari sini. Hanya mengambil masa 5 minit untuk berjalan kaki.

3.  Palace of Versailles

tempat menarik di paris

Imej via [unpaidnews]

Palace of Versailles sangat terkenal dengan istana dan tamannya yang indah. Istananya dihiasi dengan emas, kristal dan permata berharga. Hari Ahad minggu pertama setiap bulan merupakan hari melawat percuma untuk tempat-tempat terpilih di sekitar istana.

Sekiranya anda ingin melihat kawasan sekitar istana secara percuma, anda perlu memilih hari Ahad pada minggu pertama untuk melawatnya. Untuk anda yang berumur 18 tahun, masuk adalah percuma. Sebelum melawat ke istana ini, dicadangkan untuk membaca sejarahnya terlebih dahulu supaya dapat menikmati keunikannya. Sejarah istana ini sangat menarik untuk anda terokai.

4.  Luxembourg Gardens

tempat menarik di paris

Imej via [dissolve]

Hamparan hijau yang subur dan tersusun merupakan salah satu budaya masyarakat Paris. Salah satu taman yang merupakan tempat menarik di Paris sesuai untuk dilawati ialah Luxembourg Gardens. Ia dipenuhi dengan rumput-rumput hijau dan bunga-bunga yang segar yang pastinya dapat mententeramkan hati bagi sang pencinta alam.

Terdapat air pancur yang melengkapkan lagi taman tersebut. Boleh dikatakan, ia adalah satu landskap yang sangat sempurna. Pada mulanya, taman ini adalah untuk istana Luxembourg tetapi sekarang telah dibuka untuk orang ramai. Selain itu, terdapat juga muzium di sekitarnya iaitu Museum Luxembourg.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah seperti menunggang kuda padi, bermain bot mini, pertunjukan teater boneka bertali dan melihat persembahan jalanan.

5.  Musee d’Orsay

tempat menarik di paris

Imej via [TripSavvy]

Orsay Museum juga merupakan galeri seni dan seni rekabentuk yang sangat terkenal serta tersenarai sebagai tempat menarik di Paris. Muzium ini mempunyai 3 tingkat dan penuh dengan seni seperti Paul Cezanne’s Apples and Oranges, Edouard Manet’s Luncheon on the Grass, Claude Monet’s Blue Water Lillies dan pelbagai lagi.

Muzium ini merupakan muzium yang mengandungi koleksi seni yang terbanyak di dunia. Terdapat pelbagai kategori seni yang ada di sini seperti seni lukisan, rekabentuk dan fotografi yang dipamerkan untuk tontonan para pengunjung. Menarik bukan?

6.  Montmartre

tempat menarik di paris

Imej via [blog.holibag]

Montmartre adalah tempat menarik di Paris berkonsepkan bukit besar. Pemandangan kota Paris lebih cantik dan menarik dari atas bukit dengan kemeriahan lampu-lampu kota yang sangat indah. Di atas bukit ini juga terdapat sebuah bangunan gereja lama yang masih kekal sehingga sekarang.

Terdapat banyak gerai dan juga pelbagai jenis makanan yang dijual di atas bukit ini. Sambil menikmati makanan yang lazat, anda boleh melihat suasana kota Paris yang indah ini. Menarik, bukan? Oh ya, jangan lupa untuk memakai jaket kerana anda akan merasa kesejukan selama berada di sini.

Selain itu, tempat wajib yang biasa dikunjungi di sini ialah Wall of Love (Le Mur des Je’t’aimes) yang mana “Saya sayang Anda” ditulis sebanyak 311 kali dalam 250 bahasa.

7.  Seine River

tempat menarik di paris

Imej via [Seine Cruises]

Tempat menarik di Paris kali ini adalah sungai utama di Paris yang sangat popular dengan sungai cinta iaitu Seine River. Eiffel Tower terletak berdekatan sungai ini. Anda boleh menikmati cruise boat sambil melihat keindahan kota Paris.

Anda dapat melihat banyak love locks yang bergantungan di sepanjang jambatan (30 jambatan). Feri akan belayar setiap 30 minit sepanjang April sehingga September tetapi pada bulan Oktober-Mac setiap 1 jam dengan tempoh pelayaran 1 jam. Antara jambatan yang mempunyai ramai pengunjung ialah Pont des Art bridge kerana dikatakan Kourtney Kardashian menggantungkan padlock cintanya dengan suami di sini.

Tempat sebegini semestinya lebih menarik untuk dikunjungi pada waktu malam kerana keindahan kota Paris akan lebih indah pada waktu ini. Bagi Anda yang berminat untuk ke tempat-tempat romantik, tempat ini sangat sesuai buat anda.

8.  Porte de Clignancourt Flea Market

tempat menarik di paris

Imej via [Airbnb]

Tempat menarik di Paris ini digelar sebagai pasar barang antik yang paling terkenal di Paris. Biasanya, ia disebut dengan Les Puces atau The Fleas. Tempat ini menjadi tumpuan bagi peminat barangan vintage, hiasan rumah, pengumpul barang antik, tempat bersejarah dan juga pakaian.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan sesuai dengan barangannya. Untuk pengetahuan anda, tempat ini seluas 7 hektar dimana terdapat leih kurang 2 ribu penjual yang membuka pasarnya di sini. Selain itu,  terdapat barang antik yang terlalu tinggi nilainya iaitu tidak dapat anda temui di pasaran.

Sekiranya anda ingin berbelanja dengan harga yang mampu milik, maka tempat ini perlu menjadi tempat wajib untuk disenaraikan di dalam check list anda.

9.  Arc de Triomphe

tempat menarik di paris

Imej via [PARISCityVISION]

Monumen ini terletak di tengah-tengah roundabout yang menghubungkan 12 cabang/jalan. Anda boleh melalui sebuah terowong yang khusus untuk berjalan kaki menuju ke monumen Arc de Triomphe ini. Tujuan penubuhan tempat menarik di Paris ini adalah sebagai perayaan kemenangan perang dan menghormati para prajurit yang tewas pada pertempuran perang Revolusi dan Napoleon Perancis.

Arc de Triomphe merupakan salah satu monumen yang popular di Paris. Pada bahagian dalam dan atas gerbang terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Pada bahagian bawah monumen pula terdapat ukiran bagi memperingati ‘Tentera Yang Tidak Bernama’ dalam Perang Dunia Pertama.

10.  Champs Elysees Avenue

tempat menarik di paris

Imej via [Viator]

Anda boleh melawat ke tempat menarik di Paris seterusnya iaitu Champs Elysees Avenue yang terletak di salah satu cabang Arc de Triomphe.  Cabang ini merupakan jalan besar yang mana terdapat butik-butik dan kedai-kedai mewah. Jenama-jenama terkenal seperti Adidas, LV, Sephora, nike dan sebagainya terdapat di sini.

Jalan menuju ke Champs Elysees Avenue ini, betul-betul selari menghadap gerbang Arc de Triomphe. Tempat ini sangat sesuai bagi Anda yang suka berbelanja barangan mewah.  Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang menarik di sekitar sini dengan menu khas masakan Eropah setelah penat berjalan-jalan.

11.  Place de la Concorde

tempat menarik di paris

Imej via [Wikimedia Commons]

Place de la Concorde adalah tempat menarik di Paris berkonsepkan dataran yang terbesar di Paris. Di sini, Anda dapat menyaksikan tugu-tugu kepala wanita di penjuru dataran yang menandakan 8 bandar terbesar di Perancis. Di samping itu, terdapat juga air pancur yang menjadi tumpuan para pelancong dan juga tiang-tiang lampu yang cantik menerangi dataran.

Dataran ini sesuai dilawati pada waktu malam dan suasananya akan lebih romantik di bawah cahaya lampu tersebut.  Tahukah anda, dataran ini juga terletak berhampiran dengan Champ Elysess?  Anda boleh merancang perjalanan anda dengan sebaiknya ke sini.

Dataran ini dibuka untuk pengunjung 24 jam setiap hari. Anda bebas untuk bergambar di sini dengan percuma tanpa sebarang bayaran.  Terdapat juga kemudahan untuk anda menginap iaitu di hotel yang berdekatan. Begitu juga restoran dan kedai makan.

12.  Les Catacombes

tempat menarik di paris

Imej via [catacombes.paris]

Les Catacombes merupakan tempat sesuai bagi pengunjung yang berminat dengan hal-hal yang seram. Tempat ini adalah kubur bawah tanah yang sangat terkenal di Paris. Lorongnya adalah sepanjang 300 kilometer yang mempunyai 6 juta tulang belulang manusia.

Tempat ini hanya boleh memuatkan seramai 200 orang pengunjung sahaja. Untuk mengelakkan ketibaan anda menjadi sia-sia, anda boleh menempah tiket secara online sebelum memulakan perjalanan ke sini, cuma harganya agak mahal berbanding walk in. Anda boleh juga membelinya secara walk in cuma perlu beratur panjang dan menunggu giliran membeli tiket.

Namun begitu, anda tidak disarankan membawa anak-anak kecil dan ibu-ibu yang uzur kerana setelah masuk, anda perlu menuruni hampir 130 anak tangga manakala untuk keluar pula, anda perlu menaiki 83 anak tangga. Tempat ini juga tidak sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan dan juga anxiety disorder.

13.  Parc des Buttes Chaumont

tempat menarik di paris

Imej via [tracedetrail]

Tempat ini sesuai buat mereka yang menyukai ketenangan dan udara sejuk.  Anda boleh bersantai-santai dan berehat selepas penat berjalan-jalan di tempat menarik di Paris ini. Taman ini adalah taman kelima terbesar di Paris. Ia terletak di Timur Laut dari Paris.

Dari sini, anda boleh menikmati pandangan Kota Montmartre yang tersergam indah. Pelbagai spesies burung dan itik eksotik di tasik taman ini menghiasi alam. Jangan risau, tidak ada bayaran tiket masuk untuk ke sini, semuanya percuma saja.

14.  Les Grands Magasins de Paris

tempat menarik di paris

Imej via [Paris Etudiant]

Salah satu tempat menarik di Paris adalah Les Grands Magasins de Paris.  Mall ini adalah mall yang paling terkenal yang mempunyai barang-barang dari kebanyakan jenama yang terkenal. Bagi para shopaholic, mall ini menjadi tumpuan pertama mereka dalam membeli-belah.  Anda tidak perlu ragu tentang keaslian barangan di sini kerana dijamin semuanya adalah asli. Anda hanya perlu menyediakan dompet yang tebal untuk datang ke sini.

15.  Pont Alexandre

tempat menarik di paris

Imej via [GoodFon]

Pont Alexandre adalah jambatan mewah yang terletak di tengah-tengah kota Paris. Kalau Anda pernah menonton filem James Bond, jambatan ini merupakan salah satu tempat penggambaran filem tersebut. Menarik, bukan? Bukan itu sahaja, penyanyi terkenal Adele juga pernah membuat penggambaran video klipnya yang bertajuk Someone Like You di sini.

Sepanjang berjalan di jambatan ini, Anda akan dapat melihat keindahan seni jambatan ini dibina dan juga pemandangan-pemandangan yang indah di sebelah kiri dan kanan jambatan. Jambatan ini sesuai untuk behenti bergambar sebentar sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitarnya.

tempat menarik di paris

Imej via [europeanbusinessmagazine]

Inilah antara tempat-tempat menarik di Paris. Jadi, tempat bagimanakah yang menjadi pilihan Anda? Adakah tempat-tempat yang romantik atau tempat-tempat bersejarah? Jemput baca tempat menarik di Beijing, tempat menarik di Jitra dan tempat menarik di Rompin juga.

Rujukan:

  1. Blog.policystreet
  2. Blog.tripfez
  3. Wikipedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.