6 Tempat Glamping Janda Baik
Ada yang mempunyai perancangan untuk glamping Janda Baik? Tahukah anda ada beberapa pilihan untuk anda glamping dengan selesa dan seronok di Janda Baik? Yang pasti semuanya pasti tidak mengecewakan.
Janda Baik memang terkenal dengan tempat percutian yang bertemakan alam. Siapa saja yang tak suka berada dikelilingi tumbuhan menghijau, sungai yang jernih serta persekitaran yang tenang. Banyak penginapan disediakan tak kira chalet, homestay, khemah dan glamping semuanya ada di sini.
Glamping atau konsep perkhemahan yang glamour kini menjadi penginapan tumpuan di Malaysia. Anda yang suka akan perkhemahan tetapi mahu kesenangan dalam membawa barang atau membina khemah, mahu keselesaan berkhemah yang berganda, ini memang dapat memenuhi percutian anda.
Tanpa membuang masa, kami sediakan 6 tempat glamping di Janda Baik yang menarik dan pasti selesa untuk anda pilih!
Tiarasa Escapes
Pasti ramai yang mengetahui tentang tempat percutian ini kerana ramai artis dan influencer kerap berkunjung ke sini. Bertemakan glamping resort, terdapat lima jenis penginapan termasuklah glamping dan rumah pokok.
Tiarasa Escape merupakan penginapan glamping paling mewah di Malaysia. Kadar penginapan bermula RM 1151.40 dan ke atas mengikut jenis penginapan untuk satu malam. Berkeluasan 7 ekar, terdapat kolam mandi yang luas, ruang berehat, sungai dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba seperti berkelah, memanah, menunggang ATV, paintball dan sebagainya. Kami mengesyorkan anda untuk menginap selama 3 hari 2 malam, barulah puas dan sempat untuk melakukan semua aktiviti yang ada.
Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
Website: Tiarasa Escapes
Canopy Villa Glamping Park
Tempat glamping Janda Baik ini berkeluasan 8 ekar dan merupakan salah satu tempat glamping popular di sini. Tengok review dan komen positif pengunjung pun sudah pasti dapat meyakinkan anda untuk bercuti dengan seronok di sini.
Terdapat lima jenis penginapan glamping dan setiap khemah mempunyai reka bentuk berbeza. Anda juga berpeluang untuk menginap di rumah panjang yang diperbuat daripada buluh.
Dengan kemudahan surau, tandas yang bersih, set bbq, permainan outdoor dan dapur terbuka, pasti anda lebih selesa. Untuk aktiviti pula, kami mencadangkan anda hiking, river trekking, mandi sungai dan lain-lain.
Alamat: Sg Lampin, Janda Baik, Bentong, Pahang.
Media Sosial: Facebook
Glamping & Co
Banyak akiviti yang boleh anda lakukan di Glamping & Co termasuklah berbasikal keliling kampung, berkelah, bbq, camp fire dan sebagainya. Jika anda seorang yang lasak dan suka akan cabaran, ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk menunggang ATV, menunggang kuda dan hiking.
Anda juga boleh memilih pakej-pakej tersedia yang merangkumi penginapan, sarapan dan beberapa aktiviti menyeronokkan. Dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti kolam renang, dapur terbuka dilengkapi peralatan memasak, parkir yang luas dan sebagainya, semuanya memudahkan percutian anda.
Satu khemah boleh memuatkan dua hingga tujuh orang mengikut jenis dan pakej yang anda pilih. Sekiranya anda datang bersama keluarga atau rakan, pilih saja ruang privasi kerana khemah, tandas dan kawasan khas untuk anda sahaja!
Alamat: Janda Baik, Pahang.
Media Sosial: Facebook
Sailor’s Rest Resort
Anda pasti pernah melihat penginapan yang berada di dalam bot di Janda Baik. Penginapan tersebut sebenarnya berada di resort ini yang menyediakan pelbagai jenis penginapan lain yang unik seperti banglo, chalet dan glamping!
Anda pasti nyenyak tidur di dalam khemah yang selesa ini kerana pihak resort membekalkan bantal, selimut dan tilam yang berkualiti setanding hotel. Setiap khemah dilengkapi katil bujang, kipas dan extension.
Ada khemah yang boleh memuatkan dua, empat dan lima orang. Anda pasti seronok untuk memancing, night walking, waterfall trekking dan berkayak. Taman permainan, surau, dewan turut disediakan.
Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang.
Media sosial: Website | Facebook
The Tribe at Janda Baik
Dikelilingi dusun buah-buahan seperti manggis, durian dan langsat, pasti memberi satu vibe glamping berlainan. Paling unik berbanding tempat glamping lain adalah khemah disediakan berhampiran kolam dengan sumber air sungai semula jadi.
Berada dikelilingi tumbuhan menghijau sudah pasti anda akan berasa sejuk dan nyaman. Namun setiap khemah masih dilengkapi aircond dan kipas demi keselesaan pengunjung. Setiap pakej glamping adalah termasuk penginapan dengan pelbagai kelengkapan beserta sarapan.
Dapat lepak dan luangkan masa di pondok berhampiran dengan keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam pasti meninggalkan memori manis.
Alamat: Lot 18568 Kampung Chemperoh, Janda Baik, 28750 Pahang Tua, Pahang.
Media Sosial: Facebook
Dinda Chalet & Glamping
Dinda Chalet & Glamping juga menyediakan khemah dilengkapi cadar, selimut, tuala, tilam, plug point beserta kipas. Memang lengkap untuk anda menginap dengan selesa.
Kami mengesyorkan anda untuk menyertai aktiviti seperti menunggang ATV, tubing, mandi sungai dan berkelah sambil barbeku. Dengar cerita, aktiviti menunggang ATV di sini memang cukup ekstrem dan menyeronokkan.
Hampir semua kemudahan disediakan seperti tandas yang bersih, surau yang selesa, dewan makan dan parkir yang luas. Selain khemah, anda juga boleh menginap di chalet yang berkonsepkan rumah kampung.
Alamat: DINDA ATV & Glamping Janda Baik, Kampung Janda Baik, Pahang
Media Sosial: Facebook
Glamping Janda Baik sahaja sudah ada beberapa pilihan yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya. Yang pasti setiap tempat glamping mempunyai keunikan tersendiri. Harganya juga berlainan, jadi pilihlah pakej yang sesuai dengan bajet anda.
Paling penting, berada di sini pasti membuatkan anda berasa tenang dan dapat menghilangkan tekanan bekerja serta jauh dari kesibukan kota. Ajak keluarga dan rakan-rakan sudah pasti memberikan keseronokkan berganda.
Tunggu apa lagi? Jom rancang percutian glamour ini sekarang! Rancang sekali percutian anda di negeri ini dengan lawati tempat-tempat berikut: