12 Tempat Menarik Di Xining Sangat Indah Dan Menyeronokkan
Mencari tempat menarik di Xining? Xining adalah salah satu daerah negeri China yang popular dalam kalangan pelancong dimana terdapat banyak tempat percutian dan resort terbaik ketika musim panas.
Ia kaya dengan senibina bangunan dan keindahan pemandangan alam semulajadi yang pastinya membuatkan anda terpegun. Jom kami sajikan anda dengan tempat menarik di Xining boleh anda singgah jika bercuti di sini.
1. Tasik Qinghai (Qinghai Lake)
Nama Qinghai dan Koko Nor kedua-duanya bermaksud ‘Laut Biru’ dalam bahasa Mandarin dan Mongolia. Ia terletak kira-kira 100 kilometer barat dari ibu kota Xining. Pemandangan tasik ini sangat indah dan rugi jika anda tak ke tempat menarik di Xining ini.
2. Masjid Dongguan (Dongguan Mosque)
Pintu masjid itu sebenarnya sebuah gerbang yang dihiasi dengan nama masjid di atasnya. Masjid Dongguan adalah bangunan kuno yang paling banyak dipelihara serta merupakan pusat dan institusi pengajian Islam peringkat tinggi di Barat Laut China.
3. Gunung Sun and Moon & Sungai Daotang
Tahukah anda, Pavilion Sun dan Pavilion Moon dibina di sisi pasir gunung untuk mengenangkan Puteri Wencheng? Pavilion Moon khususnya menggambarkan komunikasi kebudayaan dari Puteri Wencheng sehingga ke Tibet. Ianya termasuklah benih tanaman, teknologi, perubatan dan Buddhisme. Dikatakan bahawa dia membantu membawa tamadun tersebut ke Tibet.
4. Kanbula Forest Park)
Jurang Nun Zhonggou adalah 5000 meter panjang, sempit dan mendalam dengan pemandangan indah yang mengagumkan. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar, menikmati udara segar dan melihat pemandangan indah di sini.
5. Niangniang Mountain
Anda boleh melihat tasik yang berada di puncak gunung tersebut. Ia merupakan salah satu daripada lapan pandangan kuno Xining. Gunung Niang Niang tidak hanya mempunyai pemandangan yang indah, tetapi juga mengandungi dengan khazanah termasuklah arang batu dan kuarsa.
6. Laoye Mountain
Tempat menarik di Xining ini amat terkenal kerana kuil Duke Guan yang dibina di atas gunung dan terdapat patung Duke Guan di kuil tersebut. Anda dapat menyaksikan pemandangan yang berbeza semasa empat musim. Tumbuh-tumbuhan di sini sangat subur terutamanya pokok hutan, pokok willow dan sebagainya.
7. Muzium Qinghai
Kini, ia meliputi kawasan seluas 30,000 meter persegi dengan ruang lantai 6,000 meter persegi dan merupakan salah satu tapak bersejarah di bawah perlindungan wilayah itu.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai sejarah Qinghai dan hubungan etnik di negara China, kunjungilah tempat menarik di Xining ini.
8. Kuil Buddha Utara
9. Pulau Burung (Bird Island)
Dengan pemandangan semulajadi yang menarik dan begitu banyak hidupan liar yang indah, Pulau Burung adalah tempat menyeronokkan untuk anda kunjungi.
10. Biara Ta’er
Biara ini membentuk kompleks seni bina yang mewah yang amat baik. Tiga khazanah biara disini adalah sulaman yang empuk, patung dan ukiran dinding.
11. Gunung Qilian (Qilian Mountain)
Di dalam lapisan salji yang cetek, terdapat cendawan yang merupakan bahan perubatan berharga dan rumput gunung salji tumbuh di bawah hakisan angin batu. Anda boleh saksikan keindahan panorama ini tatkala berkunjung ke sini.
12. Tulou Temple of Beishan Mountain
Berikut adalah 12 tempat menarik di Xining. Jom lihat juga tempat menarik di Tanjung Karang, tempat menarik di Pulau Tuba, tempat menarik di Pulau Tinggi dan tempat menarik di Riau.