5 Tempat Menarik Untuk Melihat Glacier di Sonamarg, Kashmir

Apabila anda travel ke India, pasti anda akan tercari-cari lokasi set penggambaran filem-filem Hindustan yang terkenal. Kebanyakan filem mengambil tempat di Kashmir contohnya. Antara tempat menarik di Kashmir ialah Sonamarg. Perkongsian kali ini diambil daripada FB post Kaki Travel Sonamarg, Kashmir.

SONAMARG | KASHMIR, INDIA

Kalau korang dah sampai Kashmir, korang memang kena pergi Sonamarg tau! Masukkan dalam itinerary korang tu. Sonamarg atau “Meadow of Gold” ni terletak dalam 2 jam setengah dari pekan Srinagar. Apa yang terkenal di sini of course korang boleh nampak Thajiwaz Glacier dari Sonamarg.

Kalau korang nak buat trekking di glacier ni pun boleh, pergi balik ambil masa dalam 5 jam saja. Atau kalau nak main tipu, tak nak bersusah payah mendaki, boleh je naik kuda. Upah nak naik kuda ni bergantung dengan skil korang masa minta diskaun. Diorang boleh buka dari 1500 rupee sampailah 100 rupee. Haa jauh tu beza kan, so make sure korang bargain betul-betul. Kadang kala diorang boleh tipu kata nak pergi 5 pitstop contohnya, Glacier, Fish Point, tempat shoot filem Bajragi Bhaijan, Zero Bridge dan Thajiwaz Glacier. Tapi at the end of the day, diorang skip glacier yang cantik tu. So pandai-pandailah korang nego ya. situs toto macau

MACAM MANA NAK KE SANA?

Tempat ni dalam 2 jam setengah dari Srinagar kalau naik kereta biasa. Kalau nak naik bas pun boleh dari stesen bas di Srinagar. Cuma aku rasa perjalanan korang akan lebih dari 3 jam sebab apa, perjalanan ke sana agak berbukit dan bergunung-ganang juga sepanjang perjalanan. Semput je aku tengok bas yang naik ke sana. Kalo korang nak sewa teksi pun boleh, agak jimat kalau tong-tong dengan kawan-kawan dalam 4 org ambil teksi. Ataupun, korang pergi ke Srinagar Tourist Information Centre untuk minta guide dari mereka. Kadang kala diorang akan recommend travel agent yang available untuk bawa korang ke sana. Yang penting, korang boleh pilih macam mana nak ke sana bergantung pada kemampuan masing-masing ya.

MASA TERBAIK NAK KE SANA?

Dari bulan April hingga November.
Bulan April – Mei : Musim bunga, so sepanjang perjalanan korang ke sana, mungkin boleh singgah mana-mana ladang olive. Snow masih ada di Sonamarg dan confirm ada di Thajiwas Glacier.
Bulan Jun-Ogos : Musim panas, instead of snow korang akan dihidangkan dengan padang rumput menghijau dan background snowcap mountain. Memang cantik juga di samping suhu pun macam Cameron Highlands walaupun masa tu summer.
Bulan September – November : Musim luruh sangat sesuai bagi sesiapa yang suka aktiviti mendaki gunung dan ekstrem yang lain.



*Pelbagai lagi tempat menarik di India yang anda boleh jelajahi dan menikmati kecantikan alam yan tersergam indah. Jadi bolehlah anda semua mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga anda untuk travel ke Kashmir pula lepas ini. Situs Toto

*Artikel ini pasti menarik minat filem Hindustan terutamanya filem Bajraangi Bhaijaan. Filem yang memaparkan penyatuan antara rakyat Pakistan dan rakyat India sendiri. Cerita yang menarik dan berunsurkan keamanan perlulah diambil di tempat yang kelihatan sejuk, hijau dan aman.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *