15 Tempat Bersejarah Di Selangor ‘Tak Luput Di Telan Zaman’
Anda merupakan seorang yang gemarkan sejarah dan ingin bercuti ataupun sedang menetap di Selangor? Semestinya anda tahu bahawa Selangor adalah merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan kepelbagaian sejarahnya. Kebanyakan tempat mempunyai kisahnya yang tersendiri seperti batu hampar dan tangga seratus menjadi tumpuan utama para pelancong.
Tempat bersejarah di Selangor ini dijaga rapi untuk generasi warisan yang akan datang. Mari kita lihat tempat bersejarah di Selangor yang harus anda lawati jika anda bercuti di negeri ini.
1. Batu Hampar
Salah satu tempat bersejarah di Selangor yang sering menjadi tumpuan para pengunjung khususnya mereka yang baru berkahwin, kebiasaannya untuk tujuan fotografi pra-perkahwinan mereka adalah di Batu Hampar. Ia kelihatan unik dan mempunyai tarikan yang tersendiri walaupun realitinya ia hanyalah seketul batu yang terletak di ruang berhadapan dengan Kota Melawati.Di sebalik seketul batu itu, yang terletak pada bahagian hadapan pintu masuk kota tersebut, terdapat pelbagai spekulasi berkenaan dengan fungsinya. Kebanyakan penduduk tempatan percaya ia merupakan tempat pesalah dipancung kepala suatu ketika masa dahulu namun segelintir daripada mereka menafikan perkara tersebut.
Melihat kepada struktur batu yang kelihatan seperti tempat yang strategik untuk pesalah ditempatkan sebelum mereka dipancung, tidak hairanlah jika spekulasi itu adalah benar. Walaupun terdapat pelbagai kisah yang mengerikan berkenaan dengan batu itu, ia tetap mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Jika anda berkunjung ke Kota Melawati, pastikan anda melawat pintu masuk kota tersebut untuk melihat batu yang terhampar di hadapannya.
2. Bukit Belanda
Tempat bersejarah di Selangor seterusnya ini digelar Bukit Belanda kerana pada suatu ketika dahulu, kerajaan Belanda yang diketuai oleh Van Brac telah menjadikan bukit ini sebagai kubu pertahanan dalam usaha untuk menewaskan Raja Hadi di Teluk Ketapang.Pada ketinggian 420 meter, ia merupakan lokasi tinjauan yang strategik untuk memerhatikan gerak geri musuh dan dapat membincangkan strategi pertahanan yang relevan berdasarkan maklumat tinjauan. Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama bukit Belanda kerana rekaan kotanya oleh Sultan Ibrahim yang menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
Bukit ini terletak berhampiran dengan sungai, yang pada suatu ketika dahulu, merupakan laluan utama yang boleh dipantau bagi mengelakkan serangan musuh.
3. Meriam Penggawa Di Bukit Selangor
Meriam di Bukit Penggawa ini merupakan senjata yang diperbuat daripada besi kuning (pancalogam hasil daripada campuran 7 jenis logam) dan berukuran kira-kira 5 ½ kaki (panjang). Jika anda berkunjung ke Bukit Selangor, anda akan dapati bahawa meriam ini masih dalam keadaan baik berbanding dengan 18 meriam yang lain.Ia terletak di satu mimbar khas dan dibalut dengan kain kuning. Meriam tersebut diberi nama meriam Petoi Boga yang bermaksud puteri putih. Kisah disebalik namanya yang ditukar kepada meriam penggawa sememangnya menarik.
Pada asalnya ia digelar meriam Sultan Ibrahim namun disebabkan beberapa tragedi yang berlaku dalam usaha untuk memindahkannya ke Klang tetapi gagal, namanya seterusnya ditukar kepada meriam penggawa. Kini, ia ditempatkan di bukit Selangor yang merupakan tempat persemadian 3 orang sultan Selangor.
4. Muzium Kuala Selangor
Terdapat pelbagai jenis maklumat menarik berkaitan dengan kronologi sejarah di Kuala Selangor yang dapat dihuraikan oleh sumber-sumber yang terdapat di muzium ini yang pada asalnya merupakan kediaman rasmi buat pegawai daerah Kuala Selangor.Tempat bersejarah di Selangor ini terbahagi kepada 7 seksyen yang menghuraikan maklumat berkaitan perkara-perkara yang spesifik seperti perkembangan negeri Selangor, asal usul negeri Selangor dan maklumat berkaitan dengan peninggalan sejarah di Bukit Melawati.
Ruang pameran yang terdapat di muzium ini menggunakan teknik yang interaktif bagi menjadikan sejarah Selangor seronok untuk dipelajari dalam teknik audio visual dan kiosk maklumat. Jika anda berkesempatan untuk ke Kuala Selangor, jangan lupa untuk singgah di muzium ini!
5. Bukit Melawati
Bukit Melawati merupakan salah satu tempat bersejarah di Selangor sekiranya anda berkunjung ke Kuala Selangor. Pemandangan sewaktu matahari terbenam sangat mengujakan dan anda boleh melihat hampir keseluruhan Kuala Selangor daripada sudut ini.Kedudukan bukit ini sangat strategik kerana posisinya yang terletak kuala sungai Selangor dan pada akhir abad ke 18 dan abad ke 19, bukit ini dijadikan sebagai markas utama dalam usaha membanteras kemaraan Belanda.
Terdapat pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung. Pada hujung minggu dan cuti am pula, terdapat kemudahan trem yang disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik yang lain.
6. Istana Jugra
Tahukah anda, terdapat peti besi yang pernah dibawa ke muzium negara dari istana Jugra untuk dipamerkan kepada khalayak ramai sebagai barang antik? Khabarnya peti tersebut pada suatu ketika dahulu digunakan oleh Sultan Abdul Samad untuk menyimpan beberapa hartanya yang sangat berharga termasuk keris kerajaan negeri Selangor.Terdapat spekulasi yang mengatakan peti besi itu berkemungkinan berpuaka dan telah lama berlegar-legar di telinga khalayak ramai. Ia hangat diperbincangkan apabila pengawal yang bertugas di muzium negara sepanjang tempoh pameran peti tersebut berasa tidak senang dan sering terdengar bunyi yang aneh walhal peti tersebut tidak mempunyai isi apa-apa.
Peti besi tersebut kini aman ditempatkan di istana Jugra dan jika anda ingin melihatnya, anda perlu menaiki tangga yang berusia ratusan tahun. Namun, usah risau kerana istana Jugra ini kerap diselenggara oleh penduduk kampung.
7. Kota Raja Mahadi
Kota yang dibina oleh Raja Mahadi di Bukit Kota ini telah menyaksikan perang saudara di antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman dan Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar pada pertengahan kurun ke 19 bagi merebut hak pemilikan sungai Klang dan tebing-tebingnya.Tempat bersejarah di Selangor ini terletak pada ketinggian yang strategik bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di sungai Klang sebagai laluan utama. Perang tersebut berlangsung selama 7 tahun sebelum ia ditamatkan oleh Tengku Kudin dan pihak Inggeris pada tahun 1874. B
angunan kota tersebut telah diselenggara dengan baik dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti parkir kereta dan tandas awam.
8. Bangunan Sultan Suleiman Shah
Bangunan yang sering digelar “rumah putih” ini masih tersergam indah di Jalan Sultan Sulaiman berdekatan dengan Damansara. Pada mulanya, ia dibina oleh Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah untuk dijadikan pejabat daerah, namun pada zaman pemerintahan Jepun, ia diubah kepada markas utama mereka.Walaupun terdapat pelbagai jenis nama yang diberikan kepada bangunan ini, pada tahun 1989, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mengisytiharkan bangunan tersebut sebagai Bangunan Sultan Suleiman Shah. Bangunan ini telah diselenggara dengan baik dan kini menjadi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.
9. Perigi Beracun
Bukit Melawati telah diisytiharkan sebagai tempat bersejarah di Selangor bagi kerajaan awal Selangor oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Tidak hairanlah jika terdapat banyak peninggalan sejarah tertumpu pada satu lokasi.Perigi beracun merupakan tempat hukuman buat sesiapa yang melakukan kesalahan besar pada suatu ketika dahulu, walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan adalah lebih kepada penyeksaan. Air perigi tersebut dikatakan telah tercemar dan boleh menyebabkan gatal-gatal jika bersentuhan dengan kulit.
Mereka yang bersalah akan direndam pada aras leher dan sepanjang tempoh tersebut, mereka akan berasa gatal yang teramat. Perigi tersebut telah ditimbus pada tahun 1977 namun ia kemudiannya diselenggara kembali kepada rupa asal bagi memelihara kesan peninggalan sejarah selepas diisytiharkan sebagai tempat bersejarah.
10. Bukit Raja
Lokasi kubu pertahanan Raja Muda Nala Ibni Almarhum Sultan Salehuddin ini juga merupakan tempat bersejarah di Selangor. Ia mempamerkan sejarah lalu ketika memerangi Belanda untuk merampas Bukit Melawati selepas ia dijajah oleh Van Brac.Gabungan tentera dari negeri Selangor dan Pahang yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin akhirnya berjaya mengalahkan pihak Belanda. Kini, terdapat beberapa makam kerabat Diraja yang disemadikan di kawasan bukit ini.
Walaupun ia merupakan satu tempat bersejarah di Selangor yang menarik, ia tidak mempunyai daya tarikan yang unik seperti bukit melawati untuk menarik pelancong melainkan mereka yang berminat dengan sejarah.
11. Bangunan Tan Boon Chia
Tempat bersejarah di Selangor ini mempunyai kira-kira 51 buah bilik dan siap dibina pada tahun 1918 oleh seorang tauke lombong bernama Tan Boon Chia. Ketika tanah melayu dijajah oleh Jepun, bangunan ini telah dirampas dan dijadikan markas pentadbiran mereka.Ramai orang cina telah didera oleh tentera Jepun, dibunuh dan seterusnya ditanam dibelakang bangunan tersebut. Setelah Jepun menyerah kalah, pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia namun mereka tidak berpindah masuk ke dalam bangunan tersebut. Khabarnya roh-roh mereka yang mati dibunuh masih berkeliaran di pelosok bangunan tersebut.
12. Muzium Sultan Alam Shah
Muzium yang terletak di Shah Alam ini merupakan muzium yang tercantik di Malaysia. Bagi mereka yang gemarkan subjek sejarah, pastilah anda berminat untuk berkunjung ke muzium bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah yang anda ingin pelajari.Muzium Sultan Alam Shah adalah muzium yang bertaraf antarabangsa dan salah satu tempat bersejarah di Selangor. Ia mempunyai pelbagai jenis pameran yang kebanyakannya adalah interaktif. Antara sejarah yang disimpan di muzium ini adalah sejarah kesultanan negeri Selangor dan kronologi sejarah Selangor sewaktu penjajahan British.
13. Rumah Api Jugra
Rumah api Jugra kini diselenggara oleh Jabatan Laut Malaysia. Pada suatu ketika dahulu, tempat bersejarah di Selangor ini memainkan peranan penting dalam membantu jurumudi kapal untuk berlayar dengan selamat namun kini penggunaan teknologi yang canggih, rumah api tidak diperlukan dan kebiasaannya tidak beroperasi lagi.Walaupun pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah api tersebut, pengunjung gemar melakukan aktiviti riadah dan sukan ekstrem seperti paragliding. Jom berkunjung ke sini!
14. Rumah Banglo – Ladang Pulau Carey
Rumah banglo ini telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan oleh Badan Warisan Malaysia oleh kerana ia menyimpan maklumat sejarah perladangan negeri. Tapak banglo ini kini dimiliki oleh syarikat Sime Darby dan ia dijadikan rumah tetamu.Walaupun reka bentuknya kelihatan biasa sahaja, namun jika dilihat dan dibandingkan dengan banglo yang lain pada waktu ia dibina, senibinanya agak unik. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo ini, anda hanya boleh bergambar dari jauh.
15. Muzium Insitu Jugra
Sebelum dijadikan muzium, tempat bersejarah di Selangor ini dibina untuk menempatkan penjenayah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Ia juga dikenali sebagai Penjara Jugra. Pembinaan penjara ini membuktikan bahawa sejak dulu lagi kerajaan negeri Selangor telah mengamalkan undang-undang yang adil.Muzium Insitu Jugra ini turut mempamerkan aspek-aspek penjara lama dan senjata yang digunakan oleh pengawal penjara pada suatu ketika dahulu.
Walaupun terdapat banyak tempat bersejarah di Selangor, mungkin anda sendiri belum pernah tiba di sini. Percutian anda pasti akan lebih bermakna dan bermanfaat di sini. Jemput baca tempat menarik di Kota Kinabalu , tempat menarik di Pekan Pahang dan tempat menarik di Pulau Pinang juga.