tempat misteri di malaysia
|

10 Tempat Misteri Di Malaysia

Tahukah anda dimanakah tempat misteri di Malaysia? Tak dapat dinafikan lagi Malaysia ini juga tak kurang seramnya sekiranya anda terajui semua tempat-tempat bersejarah atau yang terbiar lama.  Mungkin anda juga pernah ke tempat misteri ini, mari kita lihat 12 tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan.

Highland Towers

Highland Towers terkenal dengan kisah sejarahnya dimana tragedi bangunan runtuh yang paling tragis telah berlaku disini. Bangunan Highland Towers adalah sebuah pangsapuri 12 tingkat iaitu Blok A, B dan C. Kejadian bangunan runtuh yang telah mengorbankan 48 nyawa ini telah terjadi pada 11 Disember 1993. Mungkin anda masih kecil atau belum lahir lagi pada waktu itu.

Ramai kumpulan individu dan persendirian yang mengambil peluang untuk meneroka dan menyelami mistik yang berlaku dalam bangunan yang bertahun lamanya terbiar itu. Ramai yang terganggu dan pernah dirasuk di situ sehingga ada yang membuat kisah benar dari sana secara live. Ada juga kes pemandu teksi yang membawa penumpang untuk turun ke situ dan akhirnya si penumpang berkata, dia mahu ke sana untuk mengambil kaki dan tangannya yang tertinggal!

Penjara Pudu

tempat misteri di malaysia
Imej via [filmionline]

Penjara Pudu terkenal sebagai tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan terutamanya dalam kalangan pekerja penjara serta anak muda yang sering berurusan atau singgah di sana. Ramai sering terdengar bunyi jeritan dari bilik perlaksanaan hukuman gantung sedangkan tiada sesiapa dalam bilik tersebut.  Memasuki sebahagian kawasan penjara Pudu ini, anda akan merasa seram sejuk dan meremang bulu roma secara tiba-tiba.

Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu yang merupakan kem tahanan perang oleh pihak Jepun suatu masa dahulu pada era kolonial British ini mempunyai tahanan yang ramai sehingga 2000 orang tahanan.  Jika anda masih ingat, Botak Chin turut merupakan tahanan disini dan telah dihukum gantung pada 1981. Pada tahun 2009, Penjara Pudu ini dirobohkan kerana pihak terlibat akan membangunkan sebuah pusat komersial di sini.

Kellie’s Castle, Perak

tempat misteri di malaysia
Imej via [Bernand]

Ramai yang berlagak tidak takut, namun tahukah anda Kellie’s Castle merupakan tempat misteri di Malaysia yang amat terkenal dan menakutkan. Ia adalah bangunan rumah istana yang terbengkalai yang dibina oleh William Kellie Smith untuk dihadiahkan kepada isteri dan anaknya. Dari tahun 1915 ia dibina, sehingga sekarang bangunan ini tidak siap dan dijadikan ruang bersiar-siar untuk melihat sejarahnya.

Anda boleh melihat bilik dan ruang rahsia dalam kawasannya. Dengar khabarnya, seorang kanak-kanak telah ditemui mati disini dan sejak itu, suara jeritan sering kedengaran dan pintu sering tertutup sendiri disini.

Lebuhraya Karak

tempat misteri di malaysia
Imej via [shutterstock]

Lebuhraya Karak terkenal dengan kisah seram yang melibatkan Volkswagen kuning.  Kereta itu akan muncul setiap kali ia telah berlalu dengan niat untuk menyebabkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan itu. Pada tahun 1990, hampir sebuah loro, bas dan 10 buah kereta telah mengalami kemalangan dan ramai sudah terbunuh. Oleh sebab banyak kejadian yang telah menimpa, lebuhraya di antara Pahang dan Kuala Lumpur ini jarang diguna pakai lagi. Ramai lebih memilih untuk menggunakan highway baru.

Mimaland Batu 12

tempat misteri di malaysia
Imej via [FMT]

Mimaland Batu 12 adalah sebuah taman tema air yang terkenal sejak tahun 1980 lagi. Satu kejadian malang yang tak dapat dilupakan adalah sebuah kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada tahun 1993 telah menyebabkan kematian seseorang iaitu warganegara Singapura. Mimaland menutup kawasan tersebut sementara waktu untuk kerja pembaikian. Namun tragedi yang sama berulang pada tahun 1994 dimana kolam renang yang sama berlaku kerosakan dan dimasuki air lumpur akibat tanah runtuh.  Akhirnya, Mimaland ditutup lagi bagi membaiki kawasan tersebut.

Tanpa disedari ia terbiar begitu sahaja dan kini banyak makhluk entiti yang menghuni kawasan Mimaland. Kisah kelibat manusia tanpa kepala dan suara-suara menakutkan di Mimaland sering menjadi bualan orang ramai.

Villa Nabila

tempat misteri di malaysia
Imej via [lowyat]

Villa Nabila adalah sebuah kawasan terbiar sejak dulu lagi namun ianya menjadi popular dan dikenali ramai apabila telah tular kisah seorang budak yang hilang setelah masuk ke rumah Villa Nabila.  Dikatakan rumah di Johor Baru ini juga ditinggalkan tuannya dan ia amat keras sekali. Sesiapa sahaja yang berdekatan atau datang ke rumah ini, pasti tidak akan pulang terutamanya kanak-kanak dan anak kecil. Seram kan? Kalau boleh, jangan sesekali datang ke sini, kalau nak datang, datanglah beramai-ramai!

Bukit Hantu

tempat misteri di malaysia
Imej via [detiktravel]

Tak sangka tempat misteri di Malaysia seperti ini wujud! Sudahlah menakutkan bunyi namanya, apatah lagi jika anda sendiri jejak kaki ke sini.  Bukit Hantu dikenali dengan nama Bukit Maung, NatGeo ini sebenarnya merupakan tempat yang paling seram dan menakutkan di Asia.

Tempat ini pada asalnya menjadi kubu bagi mempertahankan Pulau Pinang, namun kubu ini menjadi milik Jepun semasa Perang Dunia kedua. Di sinilah tempat mereka melaksanakan hukuman pancung dan seksaan tentera dan mangsa.  Berikutan itu, banyak roh yang mengganggu dan menjadi penunggu di tempat ini. Kini, ia telah menjadi Muzium Perang yang dikatakan tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan.

Empangan Semenyih

tempat misteri di malaysia
Imej via [youtube]

Banyak kejadian misteri dan seram selalu berlaku di tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan ini.  Empangan Semenyih mempunyai suasana yang sunyi sepanjang jalan dan terdapat tasik atau empangan yang besar setelah anda masuk ke sebuah lorong untuk ke empangan Semenyih.  Ramai yang memancing di sini pada malam hari namun anda dilarang datang seorang diri kerana empangan ini dikenali sebagai tempat yang keras dengan mistik.

Seringkali berlaku kejadian pelik dan menakutkan di mana pada malam hari, anda mungkin akan terdengar bunyi percikan air dan bunyi batu dicampak ke dalam air. Ada pula kisah di mana cahaya lampu disuluh kepada anda dan datangnya daripada dalam hutan, apabila dicari, tiada sesiapa pun disana.  Kejadian payung terbang secara tiba-tiba tanpa angin juga pernah berlaku pada sekumpulan pemancing di situ.

Jika anda datang beramai-ramai, tidak mustahil juga tiada sesiapa yang diganggu oleh entiti tersebut. Mungkin ada yang sudah di ganggu dan pernah melihat makhluk tersebut, namun percayalah ia tetap ada dan memilih sesiapa yang diizinkannya untuk melihat. Dengar khabar, tempat ini penuh dengan kes jenayah pembunuhan dan rompakan pada tengah malam. Anda harus berhati-hati melalui jalan ini.

Sandakan Memorial Park

tempat misteri di malaysia
Imej via [revealingworld]

Lokasi ini didedikasikan buat mereka yang mati semasa Sandakan Death Marches. Antara Januari hingga Ogos 1945, ribuan tahanan Australia dan British dipaksa berkawad daripada Sandakan ke Ranau, dengan jarak sejauh 260km. Hanya 6 tahanan yang berjaya meloloskan diri.  Mereka telah dibunuh, diseksa dan dilayan dengan kejam sehingga banyak kematian yang tidak disenangi yang menyebabkan banyak roh berkeliaran di sini.

Di Taman Memorial Park Sandakan ini juga berlakunya kejadian dan kisah mistik di mana pernah ramai orang melihat seorang perempuan menaiki buaian di atas tasik.  Secara logiknya, mana ada buaian di tasik kan? Ada juga yang sering mendengar bunyi suara wanita menjerit dan mengilai, kemungkinan ia adalah roh wanita yang telah dijumpai mati di sini suatu ketika dahulu.  

Balai Polis Gombak

tempat misteri di malaysia
Imej via [theotherclan]

Balai Polis Gombak lama ini telah lama terbiar dan ditinggalkan. Bukan nak kata, tapi semua orang-orang sado, yang berani atau gengster macam mana pun tetap akan takut untuk datang ke sini. Tempat misteri di Malaysia yang paling menakutkan ini mempunyai pelbagai kisah misteri seperti terdapat kelibat atau entiti yang menampakkan dirinya kepada anda pada malam-malam tertentu.

Anda juga pasti merasai kedatangannya, adakalanya makhluk yang seram ini juga sering mengajuk apa yang anda perkatakan.  Paling menakutkan lagi, ia bukanlah satu tetapi banyak. Jangan sesekali datang ke sini, jangan sesekali celupar dan buat benda yang tidak elok di sini. Walau anda berkhayal bagaimana sekalipun, ia tetap ada menghantui anda.

Itulah dia tempat misteri di Malaysia. Banyak lagi kisah-kisah misteri yang harus anda tahu supaya tidak tersalah langkah apabila berada di tempat misteri paling menakutkan di Malaysia. Selain berkunjung ke tempat misteri di Malaysia, jemput baca tempat menarik di KLCC dan tempat menarik di Genting Highland.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *