12 Tempat Makan Romantik Di Kuala Lumpur Khas Untuk Anda! [PILIHAN TEPAT!]
Memilih tempat makan yang menarik dan berkualiti sememangnya menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin membawa pasangan keluar makan bersama. Kuala Lumpur atau julukan yang lainnya sebagai bandar yang tak pernah tidur sangat kaya dengan tempat makan yang ideal dan cocok buat pasangan – pasangan yang ingin menikmati makanan dengan panorama yang indah.
Anda semestinya menginginkan tempat yang istimewa buat pasangan tersayang anda. Bak kata orang, demi cinta apa pun boleh.
Salah satu cara meluahkan cinta adalah dengan membawa pasangan makan sambil bermesraan. Apatah lagi, buat isteri yang sudah penat membuat kerja rumah dan berkhidmat kepada keluarga, mereka memerlukan layanan istimewa walaupun sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bagi mencipta suasana romantik bukan sahaja harus memiliki makanan yang sedap, malah suasana juga harus mempunyai aura yang indah.
Artikel kali ini saya akan berkongsi kepada anda pilihan 12 tempat makan romantik di Kuala Lumpur untuk anda kunjungi. Semua cadangan tempat makan ini dijamin halal disamping menyediakan makanan bertaraf antarabangsa. Pasti pasangan anda sukakannya! Jom lihat tempat makan romantik di KL yang tepat buat anda.
Big Apple
Big Apple Restaurant tepatnya terletak di tingkat 14 Berjaya Times Square Hotel jalan Bukit Bintang ini seharusnya anda kunjungi. Mereka menyediakan tempat duduk berpasangan ataupun anda boleh memilih duduk bersimpuh ala-ala melayu di ruang yang disediakan.
Tempat duduk yang disediakan berhampiran tingkap membolehkan anda menyantap makanan bersama pasangan sambil menikmati permandangan yang menerujakan sekitar kota Kuala Lumpur. Sekitar 200 jenis menu makanan yang amat menyelerakan disediakan seperti Tomato Buffalo Mozarella , Seafood Cioppino , Wonton Noodle dan banyak lagi juadah yang menggiurkan disini. Ia merupakan pilihan yang tepat untuk anda dan pasangan makan dalam suasana yang romantik di kl. Untuk pertayaan maklumat lebih lanjut www.berjayahotel.com/kualalumpur/dining.html.
JIBRIL Publika
JIBRIL Publika merupakan cawangan kedua JIBRIL, iaitu sebuah restoran yang menawarkan pelbagai menu dan rata-rata menu berasaskan butter. Berbeza dengan cawangannya yang lain, namun JIBRIL Publika tetap mempunyai konsep dan dekorasi restoran yang sangat eksklusif dan romantis.
Pengunjung boleh memilih untuk makan di ruangan dalam mahupun luar. Apa yang lebih menarik, pengunjung boleh makan malam bersama pasangan dengan menempah pakej istimewa dengan dekorasi khas untuk majlis hari jadi mahupun sambutan ulang tahun perkahwinan.
Pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri dari menu tempatan, menu Asia dan menu barat. Kalau rambang mata, apa kata anda cuba Salted Egg Butter Chicken, Assam Thai Butter Clam mahupun Nasi Lemak Butter Combo. Jangan risau, kesemua menu yang berasaskan butter yang ada di JIBRIL tidak muak seperti di restoran lain. Kuantiti hidangan juga pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan!
Memang sangat best untuk makan malam romantik dan penuh privasi bersama pasangan. Menu yang ditawarkan juga memuaskan dan paling penting harga berbaloi! Kunjungi JIBRIL Publika untuk sebarang maklumat lanjut, tempahan mahupun promosi.
Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Khamis (11.00 am-10.00 pm) | Jumaat-Ahad (11.00 am-11.00 pm)
Subak
Restoran Subak yang menggunakan cogan kata Dine With Nature ini terletak di Jalan Pencala Indah, Bukit Lanjan. Mereka beroperasi setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam dari isnin hingga ahad.
Restoran ini bertemakan alam semulajadi. Suasana di tempat romantik di KL ini amat sesuai jika anda dan pasangan anda inginkan ketenangan sambil menikmati makanan yang lazat. Makanan yang disediakan disini sangat menyelerakan dan menepati citarasa pelanggan.
Antara menu yang disediakan adalah Beef Tenderloin, Chicken Boneless Leg, Subak Rendang, NZ Lamb Shank dan banyak lagi yang anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Meja persendirian boleh anda tempah di ruang anjung yang disediakan untuk anda merasai aura romantis beratapkan hamparan bulan dan bintang yang indah. Untuk menempah anda boleh layari www.subak.com.my.
Atmosphere 360
Tempat makan yang romantis kali ini menjanjikan kepada anda pengalaman yang berlainan dan mengasyikkan. Atmosphere 360 ini tepatnya terletak pada ketinggian 282 paras laut yakni di bangunan tertinggi di Asia tenggara iaitu Menara Kuala Lumpur.
Restoran ini dihiasi dengan perabot-perabot bertemakan kapal angkasa. Berlatar belakangkan gaya moden dan elegan serta dihiasi dengan lampu warna warni yang pastinya menambatkan hati setiap pasangan untuk memilih tempat ini. Menu yang disediakan disini oleh chef professional tidak kalah hebatnya dengan restoran mewah yang lain.
Anda boleh memilih pelbagai set yang disediakan termasuk set istimewa secara buffet atau ala carte. Antara menu menarik disini ialah Stir fried Boston Lobster, Marinated Block Cod Fish dan macam-macam lagi yang harus anda cuba sendiri. Mereka beroperasi setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 11 malam. Untuk membuat tempahan bolehlah layari atmosphere360.com.my.
Delicious
Delicious adalah antara tempat makan romantis yang agak murah harganya berbanding restoran mewah yang lain. Restoran ini sesuai untuk anda membawa pasangan mahupun keluarga untuk menikmati juadah. Susun atur tempat duduk memberi keselesaan kepada pengunjung ditambah pula dengan dekorasi yang pastinya memukau anda.
Banyak jenis makanan yang disediakan disini, antara yang disarankan kepada anda adalah Hainanese Chicke Chop, Fish And Chips, Thai Styled Steamed Baramudi dan banyak lagi. Delicous Restaurant yang merupakan tempat makan romantik di KL ini terletak di Bangsar Village II dan beroperasi sekitar jam 7 pagi hingga 12 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang mereka www.thedeliciousgroup.com.
Gobo Chit Chat
Gobo Chit Chat ini terletak di dalam Traders Hotel , Kuala Lumpur. Walaupun kedudukannya di dalam bangunan, namun kehadiran pengunjung tak putus-putus datang ke sini. Mereka beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 11 malam. Suasana yang urban dan unik serta dipancari cahaya lampu pelbagai warna menjadikan suasana romantis senang digapai. Ditambah pula susunan aturan meja untuk dua orang turut disediakan seraya disekeliling pula dihiasi dengan dekorasi yang kreatif.
Sambil anda menghilangkan lapar, sambil anda berasmara dengan orang tercinta. Juadah utama yang popular disini ialah Prawn Bisque, Maki Roll , Beef Tenderloindan dan sebagainya. Bagi mengetahui maklumat yang lebih lanjut anda boleh melayari laman web www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/dining/restaurantchit-chat/
Villa Danielli
Restoran Villa Danieli berkonsepkan gaya Itali dengan sentuhan komtemporari terkini. Siapa sangka restoran ini telah memenangi beberapa anugerah termasuklah The Best Dining Experience. Menu yang disediakan berasaskan resepi Itali oleh chef-chef profesional yang diiktiraf dari Itali. Ruang dapur disini agak terbuka membuatkan pengunjung dapat menunggu pesanan sambil menatap aksi-aksi chef yang memukau.
Saya syorkan kepada anda agar datanglah ke sini membawa pasangan paling tidak satu kali seumur hidup. Pasti anda tidak akan menyesal dan percayalah pasangan anda pasti menyukainya. Villa Danieli ini terletak di Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Mereka beroperasi setiap hari kecuali isnin dan pada waktu-waktu yang ditetapkan. Antara menu menarik di sini adalah Villa Tagliere, Spaghetti Alla Carbonara, Merluzzo dan pelbagai lagi. Untuk sebarang pertayaan, anda boleh melayari Villadanielirestaurant.com.
Naili Place
Naili Place direka dengan landskap unik berlandaskan tema laut dan pantai. Bermula bar tepi pantai, indoor jabuzzi, pondok beratapkan nipah serta pasir pantai semuanya ada disini. Restoran yang memilih moto dan konsep Rustic Ambience, Signature Delights And Live Music ini menghiasi ruang makan dengan hiasan rotan dan daun-daun kering sebagai penghias selera berbaur romantik kepada tetamu disamping dapat menikmati bau aroma makanan yang menyengat selera anda.
Makanan di sini tidak terlalu eksklusif dan mewah, namun makan di sini sangat lazat. Antara makanan yang disajikan dis ini ialah Naili Salmon, Latino Trio Lamb Chop dan sebagainya. Lokasi Naili Place ini terletak di Sentul, Ampang, Taipan dan Damansara Uptown. Laman web rasmi mereka untuk dihubungi ialah www.nailisplace.com.
Tamarind Springs
Tamarind Springs diolah rekabentuk dan dekorasinya bagaikan kediaman tradisional bersama lukisan-lukisan antik serta ukiran patung di taman menghijau yang amat mendamaikan. Bunyi siulan burung, air terjun yang mengalir, tiupan angin semilir dan semua panorama di restauran ini pasti menyenangkan jiwa anda bersama pasangan. Suasana berupa Nature Romantic bakal menyelimuti anda. Sepertimana kehebatan dekorasinya begitu juga dengan masakan ala Indochina mereka.
Makanan ala-ala AsianCuisine disediakan oleh chef berpengalaman. Lokasi tempat makan romantik di KL ini beroperasi adalah di Taman Tun Abdul Razak ,Ampang. Waktu restauran dibuka adalah hari selasa hingga ahad, bermula 12 tengah hari hingga 12 malam manakala hari isnin pula dari jam6 petang hingga 12 malam. Anda boleh membuat tempahan bagi majlis perkahwinan atau upacara lain juga. Untuk maklumat yang lebih lanjut bagi tempat makan romantik di Kuala Lumpur ini, anda boleh dapatkan di www.tamarindrestaurants.com.
Thirty 8 Restaurant
Thirty 8 Restaurant adalah salah satu tempat makan romantik di KL kerana disini anda dapat menikmati permandangan Menara Berkembar KLCC dan bangunan sekitarnya sambil menjamu selera bersama orang yang tersayang. Ia adalah tempat makan dikelilingi tingkap-tingkap gergasi yang menampakkan permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang dibanjiri lampu-lampu berwarna warni.
Hiasan dalaman restauran ini berkonsepkan moden dan ringkas menjadi tarikannya yang tersendiri selain hidangan yang disediakan. Selain itu, restauran ini menjanjikan kepada anda hidangan yang bertaraf 5 bintang yang pastinya membuatkan air liur anda meleleh. Menu hidangan di Thirty8 ini datang daripada gabungan Barat, Cina dan Jepun. Thirty 8 restaurant terletak di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Setiap hari mereka beroperasi dari jam 6 pagi hingga 1 pagi. Di laman web www.hyatt.com anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut.
The 39 Restaurant
Jika tempat makan yang saya cadangkan sebelum ini kaya dengan makanan western dan dari belahan negara yang lain, restoran kali ini pula mengangkat masakan klasik melayu pada tahap yang tinggi. Masakan melayu dihidangkan berkonsepkan suasana kontemporari Japanese Style. Ketika menjamah hidangan yang lazat anda dapat menatap Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur dari ruang yang terbuka. Kedudukan restoran ini di tingkat 39 sambil diiringi muzik Jazz membuatkan terasa seperti makan di kayangan bersama pasangan. Alangkah romantiknya suasana ini. Restoran ini terletak di Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. Waktu operasi pula setiap hari 12.30 tengah hari hingga 11 malam.
Cafe Cafe
Cafe Cafe telah tercipta hasil pengalaman 2 orang rakan yang menggembara ke luar negara. Tempat makan romantik di KL ini adalah sebuah restoran yang menyajikan masakan asli Perancis dengan mengutamakan elemen romantik dalam salutan candle light dinner. Sejurus sahaja anda menjejakkan kaki ke tempat ini, anda bagaikan terpelanting ke kota cinta Paris. Dekorasi dan rekaan restoran ini dihias agar terlihat anggun dan romantik.
Masakan perancis yang istimewa disediakan di sini misalnya, Escargot, Crispy Brie With Crushed Hazelnuts, Fine De Claire dan banyak lagi makanan yang perlu anda cuba sendiri. Dengan suasana yang menawan, hiasan bergaya dan pencahayaan yang memikat, Cafe Cafe telah menjadi tempat yang sempurna dan terbaik untuk meraikan cinta. Restoran ini terletak di 175 Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur dan beroperasi setiap hari daripada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam. Untuk info lanjut anda boleh layari cafecafe.com.my.
Terlalu banyak tempat makan yang romantik sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi. Restoran-restoran yang saya syorkan diatas menepati citarasa bagi mereka yang ingin diselimuti elemen romantik. Sekaligus anda dapat mencuba suatu kelainan yang baru. Kesemua tempat makan romantik di KL ini menyediakan menu gabungan antarabangsa dan tempatan serta dijamin halal lagi baik. Apa salahnya sekali-sekala membawa pasangan makan di tempat eksklusif ini kan?
Rujukan: