10 Tempat Menarik di Maldives Destinasi Pelancongan Anda
Pernahkah anda mendengar sebuah negara bernama Maldives? Maldives terletak di Lautan Hindi, yang letaknya di Laut Arab. Ia terletak di barat daya Sri Lanka dan India, kira-kira 1,000 kilometer dari benua Asia.
Maldives adalah salah satu daripada negara-negara berdaulat yang paling tersebar secara geografi di dunia serta negara Asia terkecil melalui kawasan dan penduduk, dengan sekitar 427,756 penduduk.
Maldives juga merupakan salah satu destinasi pelancongan luar negara dengan bajet yang cukup murah. Berikut adalah 10 tempat menarik di Maldives yang sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan.
1. National Museum Maldives
Muzium ini dibina dengan tujuan memelihara sejarah dan menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Maldives. Ia juga mempunyai koleksi artifak sejarah yang besar, dari objek batu hingga serpihan barang kuno dari zaman Buddha hingga pemerintahan raja-raja Islam.
Muzium ini menempatkan sejumlah objek hebat milik Sultan. Ia terdiri daripada perhiasan dan pakaian yang dipakai oleh kaum kerabat raja dan permaisuri, barang-barang batu zaman pra-Islam di Maldives, manuskrip kertas dan kain, senjata dan perisai, gambar-gambar kepribadian penting, objek antropologi dan benda-benda lain yang memperlihatkan gaya hidup masyarakat Maldives yang lampau.
Muzium yang terletak di Sultan Park ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk hanya seharga RF100.
2. Male Market
Male, ibukota Maldives boleh disebut sebagai syurga membeli belah di Maldives. Pelawat boleh membeli semua yang mereka mahu dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis produk yang berbeza serta barangan eksklusif boleh anda dapatkan di Male Market.
Pasar ini popular kerana ia menjual pelbagai jenis cenderahati yang sangat disukai pelancong. Ini termasuklah replika bot ,tikar, penyapu dan selipar yang diperbuat dari daun kelapa. Selain itu, terdapat juga pasu bunga kayu dan hiasan yang diperbuat daripada kerang dan barang pernis. Satu perkara yang perlu dicuba di Pasar Tempatan Male adalah susu kelapa segar yang dijual di gerai-gerai makan di sini.
3. Pulau Alimatha
Pepohon dan tumbuhan menghijau menambahkan lagi pesona kecantikan pantai ini. Pelbagai kemudahan pantai juga lengkap disediakan buat pengunjung. Aktiviti menarik bertemakan laut boleh anda cuba di sini misalnya diving, snorkeling dan lain-lain lagi. Pulau ini juga terkenal dengan aktiviti skuba siang dan malam hari.
Dikatakan ramai penyelam yang hadir ke pulau ini untuk melihat batu karang yang mengelilingi pantai. Lautnya bukan sahaja bersih dan cantik di permukaan bahkan di dalamnya juga kaya dengan terumbu karang yang unik dan hidupan laut yang jarang kita temui. Anda boleh ke Alimatha diving club untuk keterangan dan info mengenai aktiviti laut.
4. Galeri Esjehi
Bangunan yang berdiri sejak 1870 ini mempamerkan lukisan moden dan tradisional serta ukiran panel kayu antik yang sangat unik dengan ciri khas kebudayaannya. Bagi mereka yang meminati karya seni, tempat ini tidak boleh anda ketinggalan dalam menjadikannya sebagai sebuah destinasi percutian anda.
Anda akan melihat banyak karya-karya seni yang tidak pernah anda saksikan. Galeri ini dibuka setiap hari khamis hingga sabtu bermula jam 7 pagi sehingga 2 pagi.
5. Pulau Vaadhoo
Pulau Vaadhoo telah menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun untuk datang melihat sendiri fenomena semula jadi dimana air lautnya menjadi warna neon biru elektrik. Fenomena luar biasa ini berlaku adalah kerana pantai dan ombak mempunyai zarah-zarah berwarna neon biru dan kelipan luar biasa itu, disebabkan oleh tindak balas kimia semula jadi iaitu ‘bioluminescence’.
Ia terjadi apabila mikroorganisma di dalam air terganggu oleh oksigen, sekaligus fenomena ini menjadikan laut Pulau Vaadhoo salah satu landskap terindah yang pernah wujud di alam ini. Jika anda melihat foto air laut yang cantik ini, anda pasti akan terfikir foto itu hanyalah hasil komputer. Oleh itu, anda harus datang dan merasai pengalamannya sendiri.
6. Utheemu Ganduvaro
Beliau bersama saudara-saudara dan pengikutnya berperang selama lapan tahun untuk mengusir penjajah Portugis yang menjajah Maldives dari 1558 hingga 1573. Utheemu Ganduvaru adalah istana kayu di mana Sultan Mohamed Thakurufaanu hidup dan dibesarkan. Maka tak hairanlah jika dikatakan Sultan Mohamed Thakurufaanu mendapat penghargaan tertinggi dan tempat di hati rakyat jelata.
Tempat ini dipelihara dengan baik dan rapi serta menjadi kebanggaan rakyat Maldives. Ia terletak di pulau sebelah bahagian barat Maldives iaitu Pulau Utheemu. Anda boleh mendapatkan informasi tentang sejarah Maldives jika berkunjung kesini.
7. Sun Island Resort & Spa
Lokasi ini sebenarnya lebih sesuai kepada pasangan yang ingin berbulan madu dan mendapatkan suasana romantik. Ia terletak di bahagian selatan Atol Ari. Sambil-sambil bermandi manda dan menyelam, anda boleh rehatkan diri dan mendapatkan urutan tubuh di spa. Sekali sekala manjakan badan apa salahnya.
Pelbagai kemudahan lengkap disediakan dan layanan istimewa yang diberi menjadikan resort ini sebagai tempat penginapan termewah di Maldives. Selain itu anda boleh bersiar-siar di atas jambatan besar untuk menyaksikan hidupan laut kerana airnya terlalu jernih.
8. Banana Reef
Banana Reef terletak tepatnya di utara Atol Male. Kenapa nama tempat ini adalah Banana Reef? Sebenarnya Banana Reef berbentuk mirip seperti pisang dan memanjang serta melengkung sejauh 300 meter dari utara hingga ke selatan. Anda pasti merasa bagaikan berada di sebuah dunia yang lain ketika melakukan aktiviti penyelaman.
Jauh di dalam lautan tersimpan khazanah indah akan anda temukan misalnya batu karang unik dan ikan berbagai warna dan jenis. Jika bernasib baik, anda akan menemukan spesis ikan yang jarang ditemui seperti Bannerfish, Nappolean Wrasse dan Mooray Eels. Banana Reef juga dinobatkan sebagai salah satu tempat penyelaman terbaik di dunia.
9. Pulau Cocoa
Pulau Cocoa adalah sebahagian daripada syurga tropika untuk bersantai bersama keluarga. Pulau ini adalah rumah kepada sejumlah besar resort dan villa. Setiap villa menyediakan penginapan lima bintang dan perkhidmatan hospitaliti terbaik dari seluruh pulau-pulau di sekitarnya.
Pantai berpasir putih yang lebih lembut daripada kulit anda bersama air biru kristal harus menjanjikan kepada anda keseronokan yang tak terhingga. Untuk melayan keindahan Pulau Cocoa ini, tak cukup sehari untuk anda bahkan anda haruslah menginap di pulau ini.
10. Whale Submarine
Whale Submarine membolehkan anda bersiar-siar ke Taman Laut Maathila, Tear Drop Reef serta melihat kapal yang telah karam Maldives Victory dan kapal karam Fuku Maru yang baru ditemui. Anda tidak perlu risau tentang aspek keselamatan kerana krew yang disediakan amat profesional dan berpengalaman.
Kemudahan di dalam kapal selam ini juga cukup lengkap sehinggakan anda berasa seperti berada di dalam sebuah pesawat. Lawatan ini pastinya memberikan sebuah pengalaman yang tidak dilupakan dalam hidup dan jarang ditemui di tempat lain.
Jemput baca tempat menarik di Manjung dan tempat menarik di Pulau Redang. Banyak tempat dalam negara serta luar negara boleh anda jadikan destinasi percutian anda yang menyeronokkan pada tahun ini!