|

Woodhouse Retreat KKB: Villa Privasi Berkonsepkan Nature

Best ke penginapan di Woodhouse Retreat KKB ni? Apa ada di sana ya? Jom kita teroka perkara menarik yang terdapat di penginapan yang berada di Kuala Kubu Bharu, Selangor ini.

Woodhouse Retreat KKB adalah sebuah villa yang penuh privasi. Mengapa kami mengatakan ianya sangat privasi? Hal ini kerana villa ini berada di tengah-tengah alam yang menghijau dan terletak di puncak Kuala Kubu Bharu. Jauh dari kesibukan kota, nature lover memang perlu menginap di sini.

Kuala Kubu Bharu memang terkenal dengan lokasi penginapan yang berkonsepkan alam. Penuh dengan flora dan fauna serta berada berdekatan dengan sungai. Woodhouse Retreat KKB salah satu penginapan yang boleh anda dekati dengan khazanah alam ini.

Sekali pandang persis rumah Edward Cullen dalam filem Twilight. Jika anda pernah menontonnya, anda pasti dapat menggambarkannya. Jadi, apa ada di sini?

Penginapan

Imej via [ Woodhouse Retreat KKB ]

Nama penginapan Woodhouse Retreat, pasti yang terlintas di kepala anda sebuah rumah kayu. Benar namun bukan sekadar rumah kayu biasa kerana reka bentuk dan dekorasinya sangat memukau. Malah perabot rumah juga diperbuat daripada kayu.

Buat pengetahuan anda, Woodhouse Retreat mempunyai dua jenis penginapan di sini iaitu Sky Villa dan Twilight Villa. Kedua-dua villa mempunyai hampir semua kemudahan dan penginapan yang sama. Sedikit perbezaan terlihat daripada reka bentuk serta pakej. Namun setiap villa mampu memuatkan kelompok kecil penginap iaitu 10 orang dalam satu masa.

Terdapat dua bilik sahaja dalam setiap villa dan setiap bilik memuatkan dua hingga lima orang. Bilik pertama memuatkan satu katil bersaiz king serta dua tilam bujang Tatami. Bilik kedua pula memuatkan dua katil bujang serta dua tilam bujang Tatami.

Imej via [ Sky Villa ]

Buka sahaja tingkap, anda pasti terpukau melihat pemandangan sekeliling walau di sudut mana anda berada. Tambahan pula, beranda khas yang disediakan membolehkan anda duduk bersantai sambil menikmati landskap memukau serta menghirup udara yang segar.

Bukan sahaja beranda, satu keunikan di Sky Villa adalah pengunjung boleh berehat di hammock tergantung yang luas. Nak merasai pengalaman yang luar biasa? Tidur di atas hammock tergantung tinggi ini membuatkan anda seperti terapung di awang-awangan.

Keunikan di Twilight Villa atau Woodhouse Retreat Villa pula adalah sebuah khemah berkonsepkan glamping memberikan ketenangan buat pengunjung untuk merehatkan diri.

Kemudahan

Banyak kemudahan disediakan buat penginap di villa ini persis di sebuah rumah yang lengkap. Hal ini membuatkan penginap tidak perlu keluar memberi barang atau makanan di luar. Jom teroka apa kemudahan yang ada di sini.

Satu perkara yang merisaukan ramai orang sewaktu bercuti di tengah alam semestinya rangkaian internet. Tanpa rangkain internet, susah untuk berhubung dengan orang luar atau mengakses media sosial tentang perkembangan bercuti di sini.

Namun ianya pasti menjadi kelebihan buat penginap yang betul-betul ingin merehatkan mental dan fizikal. Memang di villa ini tiada rangkaian internet namun tak perlu risau kerana pihak villa menyediakan Unifi yang sangat laju.

Kedua-dua villa juga mempunyai infinity pool yang menghadap tumbuhan menghijau. Di luar villa disediakan bilik mandi khas yang memudahkan pengunjung menyiapkan diri.

Sesetengah orang tidak mahu memasak sewaktu bercuti. Jika anda salah seorang daripadanya, pilihlah pakej makan untuk sarapan, makan tengahhari serta barbeku agar semuanya lengkap disediakan pihak villa. Lebih mudah bukan?

Antara kemudahan lain termasuklah kelengkapan memasak, mesin basuh, hammock, indoor game, peti ais dan televisyen.

Aktiviti Menarik

Kebanyakan aktiviti yang boleh anda lakukan di villa ini adalah secara santai, sesuai dengan tujuan ramai pelancong yang ke sini iaitu merehatkan mental dan fizikal.

Aktiviti pertama yang unik dan sukar diperoleh di penginapan lain adalah menikmati ‘sarapan terapung’. Sambil berendam di dalam kolam, anda dapat menikmati menu sarapan berkonsepkan menu lokal yang enak. Namun bayaran tertentu dikenakan untuk pakej sarapan ini.

Pada waktu malam, pengunjung boleh menonton movie dengan televisyen dan akses Netflix. Menonton beramai-ramai bersama yang tersayang pasti dapat meninggalkan memori manis.

Selain itu, dengan indoor games yang dibekalkan pengunjung dapat bermain board games, archade game dan sebagainya. Sambil duduk lepak dapat juga mengisi masa lapang.

Maklumat lanjut

Nak tahu harga atau maklumat lanjut mengenai Woodhouse Retreat KKB? Layari laman berikut:

Lokasi: KKB heights, Jln Padang Golf Kuala Kubu Bharu 44000 Selangor

Nombor telefon: 011-622 65257

Website: Woodhouse KKB Heights | Sky Villa

Bukan mudah untuk mencari penginapan seperti di Woodhouse Retreat KKB ini. Berada di atas bukit pasti memberikan pengalaman menyeronokkan serta menenangkan kerana jauh dari kesibukan kota dan gangguan dunia luar. Tidur juga pasti lebih nyenyak dengan kesejukan berganda dan nyaman sambil mendengar suara alam.

Harga penginapan juga sesuai dan berbaloi dengan apa yang penginap perolehi sepanjang menginap di villa cantik ini. Sesekali bertemankan alam pasti memberi pengalaman menyeronokkan lebih-lebih lagi bersama yang tersayang.

Jika anda mencari tempat menarik lain berdekatan villa ini, kami sediakan senarai tempat yang anda perlu kunjungi alang-alang menginap di sini. Selamat bercuti!

Similar Posts