10 Tempat Ootd di Kelantan yang Menarik

Mencari tempat ootd di Kelantan yang best? Kelantan amat terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk berootd bersama kawan-kawan. Kami akan senaraikan tempat menarik tersebut.

Pantai Mek Mas, Kuala Besar

Imej Via[ Pantai Mek Mas , Kuala Besar]

Tempat ootd menarik di Kelantan adalah Pantai Mek Mas Kuala Besar kerana di sini popular dengan timbunan pasir yang menjadikan sebagai satu latar belakang untuk berootd kelihatan cantik . Kalau anda datang bersama anak-anak, boleh melakukan aktiviti luncur pasir sambil mengambil gambar bersama-sama.

Pantai ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai photoshoot gambar perkahwinan mahupun pra perkahwinan kerana latar belakang semulajadi akan menyebabkan sekeping gambar kelihatan gempak sekali.

Alamat: 15350, Kelantan

Sawah Padi Wakaf Bata, Machang

Imej Via[ Sawah Padi Wakaf Beta, Machang]

Bestnya kalau dapat pergi ke tempat penuh dengan kehijaun sekali gus memberikan ketenangan kepada diri kita semasa bercuti. Oleh itu Sawah Padi Wakaf Beta , Machang merupakan tempat menarik berootd untuk dimasukkan dalam list percutian anda semua. Berlatarkan sawah padi menghijau, pasti gambar yang diambil akan kelihatan gempak dan mendapat banyak tarikan di media sosial.

Alamat:Kampung Wakaf Beta, 18500 Machang, Kelantan.

 Pantai Perkasa, Bachok

Seterusnya tempat ootd di Kelantan menarik ialah Pantai Perkasa,Bachok merupakan sebagai tempat popular dalam kalangan remaja dan dewasa meluangkan masa bersama insan tersayang. Selain daripada datang untuk beriadah mahupun melihat keindahan pantai ini , ia juga boleh dijadikan sebagai lokasi untuk bergambar dengan kawan atau keluarga.’

Berlatarkan pemandangan pantai air jernih, dikelilingi dengan flora fauna, memberikan kesan gempak terhadap sesuatu gambar tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang ini semua.

Alamat: 16310 Bachok, Kelantan

 Pantai D’Aur, Bachok

Imej Via[ Pantai D’Aur Bachok]

Mereka yang kaki ootd anda boleh datang ke Pantai D’ Aur bersama kawan atau keluarga hanya mengenakan bayaran Rm 5 sahaja. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti beriadah, santai menyambut kelahiran atau dijadikan sebagai lokasi photoshoot pertunangan , pra perkhawinan dan perkhawinan. Anda juga boleh menggunakan pelbagai caption menarik sebelum memuat naik ke media sosial masing masing.

Sudah ramai yang datang ke sini untuk mengambil gambar , jadi anda tunggu apa lagi. jangan sia-siakan masa hujung minggu hanya berada di rumah sahaja.

Pantai Senok, Bachok

Imej Via[ Pantai Senok, Bachok]

Mereka yang mencari tempat berlatarkan pantai serta ala-ala berada di luar negara , anda boleh datang ke Pantai Senok hanya berada di Bachok sahaja. Tempat yang dikelilingi dengan penuh pokok membuatkan anda berasa amat tenang dan mengeluarkan aura positif. Bagi bakal pengantin mencari lokasi photoshoot boleh datang ke sini ,pasti gambar anda akan paling awesome sekali digabungkan dengan kepakaran jurugambar.

Street Art Kota Bharu

Imej Via[ Street Art Kota Bharu]

Bercuti di Kelantan , jangan lepaskan peluang untuk melihat pelbagai mural menarik dan unik berada di Street Kota bharu membuatkan anda semua tergaman melihat begitu cantik sekali setiap karya dihasilkan oleh pelukis handal ini. Tempat ini bukan sahaja dijadikan sebagai lokasi melukis mural malahan sesiapa sahaja kaki ootd anda boleh mengambil berapa banyak pun gambar untuk dijadikan kenangan bersama orang tersayang.

Dalam erti kata lain Street Art Kota Bharu ini amat sesuai sebagai tempat ootd yang menarik di Kelantan sambil menghabiskan masa cuti anda semua.

Alamat:Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Jeram Mengaji

Imej Via[ Jeram Mengaji]

Jeram Mengaji ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong luar apabila datang ke Kelantan. Hal ini kerana suasana seolah berada di luar negara iaitu New Zealand diikuti dengan pemandangan kabus dan suhu sejuk lagi menyebabkan ramai pengunjung yang datang melihat keindahan tempat tersebut.

Selain daripada dijadikan sebagai tempat ootd yang menarik malah anda boleh menikmati keaslian rasa susu segar dari ternakan lembu kawasan tersebut. Wah! sungguh seronok sekali, tidak perlu pergi jauh untuk mengambil gambar seperti di luar negara hanya datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Alamat:Pasir Puteh, Kelantan

Lalang resort and Spa

Imej Via[ Lalang Resort and Spa]

Mesti seronok dan hati pun riang apabila dapat bercuti bersama kawan-kawan , namun hati lagi akan riang kalau bercuti di kawasan yang jauh dari kesibukan bandar, dikelilingi dengan flora fauna, syoknya , Jadi anda tunggu apa lagi ayuh datang ke Lalang Resort and Spa untuk merasai kenikmatan tersebut.

Tidak ketinggalan juga anda boleh berootd dengan kawan-kawan dengan mengayakan pelbagai posing dan oufit menarik sebagai gambar kenangan. Gambar yang diambil itu pasti akan mendapat banyak like di media sosial dan akan mendapat pelbagai komen positif daripada pengikut anda di media sosial.

Alamat: Ayer Lanas, Kelantan.

Pantai Melawi

Tempat ootd yang menarik di Kelantan ialah Pantai Melawi kerana kecantikan serta keindahan pantai tersebut telah memberikan satu tarikan untuk pelancong datang ke sini. Sekarang Pantai Melawi ini telah mendapat perhatian di hati pengunjung dengan pembinaan jambatan sepanjang pantai tersebut.

Jambatan tersebut sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi berootd seolah olah berada di luar negara dengan mengenakan oufit bertemakan pantai, Wah akan kelihatan gempak sekali gambar anda. Ayuh ajak kawan datang pada hujung minggu menghabiskan masa berkualiti bersama di pantai tersebut.

Alamat: Jln Pantai Melawi, 16310 Bachok, Kelantan

Kampung Cherang Laut

Akhir sekali, tempat ootd yang menarik di Kelantan ialah Kampung Cherang Laut. Perkampungan terkenal dengan kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai lalang berwarna kuning keemasan menjadikan tempat tersebut kelihatan sangat menarik sekali. Tempat ini juga telah popular dalam kalangan masyarakat tidak mengira negeri kerana pemandangan cukup menarik di mata mereka sekali gus lokasi sesuai untuk berootd.

Alamat: Jln Kampung Cherang Laut 16020 Kota Bharu ,Kelantan

Anda sudah habiskan masa bercuti dengan melawati tempat ootd di Kelantan yang menarik bersama kawan-kawan , jadi apa kata luangkan sedikit masa membaca artikel kami berkaitan dengan tempat menarik di Kelantan, tempat bersejarah di Kelantan dan air terjun Kelantan

Rujukan

  1. 43 tempat menarik di Kelantan paling popular untuk dilawati.https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kelantan/
  2. 15 tempat menarik di Kelantan yang best untuk korang.https://rileklah.com/jalan-jalan/15-tempat-menarik-di-kelantan-yang-best-untuk-korang-jalan-jalan-tahun-ni

Similar Posts