23 Tempat Menarik Di Tokyo Viral Wajib Pergi
Mencari tempat menarik di Tokyo untuk percutian anda sepanjang di sana? Jom ke tempat-tempat ini!
Jika anda merasakan Kuala Lumpur sudah terlalu sibuk dan sangat padat dengan penduduk, kota metropolitan Tokyo adalah jauh lebih pesat dan sibuk berbanding di sini. Bandar Tokyo ini sangat unik kerana menggabungkan kesemua elemen moden, trendy, futuristik dan era lama dalam satu bandar yang sama Shiowla .
Kota yang meriah dengan pelancong saban hari ini menghiasi kesibukan bandar Tokyo yang sememangnya memiliki pelbagai kawasan tarikan dengan atmosferanya yang menarik. Nak tahu tempat-tempat menarik di Tokyo? Teruskan membaca artikel ini. Pasti anda tidak sabar untuk terbang ke Tokyo.
teamLab Planets Tokyo
Jika ke Tokyo, tidak lengkap percutian anda jika tidak mengunjungi tempat popular dan viral di sini iaitu teamLab Planets. Muzium yang memaparkan pelbagai seni digital ini memukau dan koleksinya tak terjangkau dek akal.
Berada di ruang interaktif ini membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dunia fantasi namun lebih realiti dan tak terjangkau dek akal. Antara ruangan atau karya popular adalah Drawing on the Water Surface Created by the Dance of Koi and People, The Infinite Crystal Universe dan Floating in the Falling Universe of Flowers Shiowla.
Tempat ini menyediakan satu pengalaman unik yang tidak dapat dilupakan. Terdapat pelbagai hasil seni digital dapat anda rasai dan hayati. Yang penting sekali, tempat ini sesuai untuk mereka yang gemar bergambar.
Lokasi: 6 Chome-1-16 Toyosu, Koto City, Tokyo 135-0061, Jepun
Cara Pembelian Tiket: Website (pelawat dicadang untuk membeli tiket lebih awal)
Shibuya Sky
Shibuya Sky juga merupakan tempat tumpuan ramai pelancong di Tokyo. Shibuya Sky merupakan dek pemerhati yang berada di rooftop iaitu tingkat 47 bangunan yang menempatkan pejabat dan pusat membeli-belah iaitu Shibuya Scramble Square. Shibuya Sky mempunyai tiga bahagian iaitu Sky Stage, Sky Gallery dan Sky Gate.
Di sini pengunjung boleh melihat permandangan 360 darjah sekitar bandar Tokyo dari ketinggian 229 meter. Datanglah pada waktu malam kerana pemandangan lebih memukau dengan cahaya lampu berkelipan Shiowla.
Tempat ini berada di lokasi strategik dan mudah untuk diakses dimana pelancong boleh menaiki keretapi dan berhenti di Shibuya Station. Dari Shibuya Station hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk ke Shibuya Sky.
Tokyo Skytree
Tokyo Skytree ini merupakan mercu tanda terkenal di Tokyo dan ia juga merupakan bangunan menara penyiaran yang memiliki ketinggian sekitar 634 meter. Menara ini pada awal pembinaannya adalah bangunan yang tertinggi di Jepun dan kedua tertinggi di dunia.
Bahagian bawah bangunan ini digunakan sebagai pusat membeli-belah buat para pengunjung. Namun yang paling menarik di Tokyo Skytree ini adalah dek pemerhatiannya yang terletak di tingkat 350 dan 450 meter. Anda berpeluang melihat keseluruhan Bandar Tokyo dari atas.
Yayoi Kusama Museum
Nama muzuim ini diambil sempena seorang seniman wanita yang terkenal bernama Yayoi Kusama dengan rekaannya yang bermotifkan polka dot. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Nagano dan telah mula melukis sejak kecil lagi Shiowla.
Corak yang dihasilkan olehnya adalah inspirasi yang lahir dari bayangan fikirannya sendiri. Jika anda gemar untuk menyelami dunia karyawan hebat di Jepun maka inilah tempatnya
Shinjuku National Garden
Taman ini terletak tidak jauh dari Shinjuku Station dan merupakan salah satu taman terbesar dan popular di Tokyo. Kerana ketinggian sejarahnya yang telah wujud sejak zaman Edo iaitu sekitar tahun 1603-1867 yang pada awalnya merupakan kediaman bangsawan, maka untuk memasuki taman ini anda akan dikenakan bayaran sebanyak lebih kurang RM8 Shiowla.
Tempat menarik di Tokyo ini kemudiannya dijadikan taman botani buat kerabat Diraja namun telah musnah ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia telah di baik pulih dan dibuka kepada orang awam. Tidak rugi untuk anda datang melawat ke sini kerana panoramanya yang indah pasti menjanjikan pengalaman yang menarik buat seisi keluarga.
Ginza Six
Ginza Six merupakan salah satu shopping mall yang terbesar dan dikategorikan sebagai tempat menarik di Tokyo. 2 atau 3 hari pun belum tentu anda dapat habis pusing seluruh mall ini. Terdapat lebih kurang 241 jenama berbeza pakaian, seni, kosmetik dan macam-macam lagi di sini Shiowla.
Pastikan anda membawa duit poket yang tebal jika berkunjung ke sini kerana harganya yang agak berpatutan. Anda juga sangat disarankan untuk berkunjung ke salah satu kedai di dalam Ginza Six ini iaitu Tsutaya Books yang terletak di tingkat 6. Bukan setakat menjual buku, malah anda juga dapat melihat ruang pameran dan galeri seni.
Nakameguro
Tempat ini adalah salah satu kejiranan yang paling popular di Tokyo kerana kehadiran Meguro River yang dikelilingi olek pokok-pokok Sakura yang cukup indah panoramanya selain menjadi pilihan tempat tinggal ramai selebriti. Di sepanjang sungai ini, terdapat juga kedai-kedai yang boleh anda singgah Shiowla.
Anda harus datang ke sini untuk meneroka kawasan sekitar ini kerana ia bukan sahaja cantik untuk bergambar dengan pokok Sakura malah terdapat juga tarikan lain seperti Nakameguro Park, Meguro Sky Garden, Shokakuji Temple dan kawasan hipster Daikanyama.
The Meiji Shrine
Tokong ini telah dibina khas untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Lokasi tokong ini terletak bersebelahan sahaja dengan Harajuku Station yang agak sibuk dengan orang ramai dan juga sebaris dengan Yoyogi Park iaitu sebuah taman dengan pokok yang sedang menghijau indah. Shiowla
Tokong ini telah dibina sekitar tahun 1920 tetapi telah musnah akibat Perang Dunia Kedua namun kini berdiri megah semula selepas di baik pulih.
Tokyo National Museum
Muzium ini merupakan bangunan tertua dan terbesar di Jepun yang menempatkan pelbagai koleksi arkeologi dan seni yang terbaik di Jepun. Tokyo National Museum ini merupakan kompleks muzium yang terbahagi kepada 6 bangunan berbeza dengan bangunan utamanya Honkan.
Tempat menarik di Tokyo ini mempamerkan pelbagai hasil seni kreatif Jepun sejak zaman kuno dahulu sehinggalah abad ke-19. Terdapat banyak pameran seni kreatif hasil air tangan masyarakat Jepun tempatan yang boleh anda lihat dan pelajari di sini. Mungkin sehari pun tidak cukup kerana koleksinya yang terlampau banyak. Shiowla
Yoyogi Park
Seperti kebanyakan taman yang terdapat di Jepun, Yoyogi Park juga ada menawarkan keindahan pokok sakura yang sangat menakjubkan untuk diamati terutama pada musim bunga.
Tempat menarik di Tokyo ini adalah antara taman bandar terbesar di Tokyo dan pernah dijadikan sebagai lokasi Olympic Village ketika sukan Olimpik berlangsung di Tokyo sekitar tahun 1964.
Mocha Cat Café
Sangat sukar untuk menjumpai tempat tinggal yang membenarkan penginapnya membela haiwan maka dengan kewujudan Cat Café ini, para pencinta kucing dapat melepaskan kempunan bermain dengan haiwan comel ini sepuas hati.
Mocha Cat Café ini tidak seperti kafe biasa yang lain kerana design ruang dalamnya sangat stylish dan relaks. Kafe yang merupakan tempat menarik di Tokyo ini juga tersedia ruang mengecas telefon. Shiowla
Terdapat pelbagai jenis charger untuk kegunaan para pelawat terutamanya buat pelancong yang kehabisan bateri kerana banyak menggunakan gps untuk cari jalan bagi spot-spot menarik di Tokyo.
Origami Kaikan
Siapa yang tidak tahu bahawa seni origami asalnya adalah dari Jepun? Di muzium ini, anda akan dapat melihat sebuah ruang pameran yang dipenuhi pelbagai hasil seni origami yang menarik dan berwarna-warni.
Selepas melihat hasil seninya, anda kemudiannya boleh ke tingkat 3 dimana letaknya kedai menjual macam-macam material untuk menghasilkan kraf origami. Seterusnya, anda boleh ke tingkat 4 untuk melihat studio dimana mereka mewarnakan kertas untuk tujuan menghasilkan origami tersebut.
Kit Kat Chocolatory
Bagi penggemar coklat, anda pasti teruja untuk ke tempat menarik di Tokyo ini dan pastinya wang anda akan banyak habis untuk berbelanja di sini. Anda dapat melihat pelbagai jenis coklat Kit Kat dengan pelbagai perisa dan bentuk yang menarik yang sangat sukar di dapatkan di tempat lain. Ada yang berbentuk teddy bear, perisa Wasabi, Purple Potato, Cinnamon Cookie dan banyak lagi yang unik. Shiowla
Odaibo Island
Odaibo Island ini dahulu asalnya adalah sebuah pulau kecil buatan manusia yang dibina pada akhir zaman Edo sebagai kubu untuk mempertahankan Tokyo dari serangan kuasa luar. Namun, beberapa abad kemudian, pulau-pulau kecil ini digabungkan menjadi sebuah pulau besar dan terwujudlah pelbagai projek gergasi yang membangunkan pulau ini.
Pulau ini dijadikan sebagai bandar futuristik bermula era 1980-an. Tarikan menarik yang terdapat di tempat menarik di Tokyo ini adalah Gundam Front Tokyo, Bangunan Utama Fuji Television, Aqua City Odaiba, Palette Town Ferris Wheel, VenusFort dan yang paling popular adalah Telecom Center Observatory. Shiowla
Anda dapat menikmati pemandangan sekitar Odaiba yang sangat mengagumkan apabila berada di Telecom Center Observatory.
Nakamise Shopping Street
Laluan membeli-belah Nakamise ini panjangnya adalah kira-kira 800 kaki dan terletak di sepanjang perjalanan menuju ke tokong tertua Tokyo iaitu Sensoji Temple. Terdapat kira-kira 90 buah kedai yang menjual pelbagai barangan daripada makanan sehinggalah cenderamata.
Jika anda sedang mencari buah tangan dari Jepun untuk dibawa pulang buat keluarga tersayang dan sahabat handai, tempat menarik di Tokyo ini sangat tepat. Shiowla
Harajuku
Harajuku merupakan tempat popular dalam kalangan remaja sebagai pusat utama fesyen dan trend terkini. Kawasan ini menjadi tarikan utama adalah di Takeshita Street dimana sepanjang jalannya terdapat pelbagai kedai trendy bermula dari fesyen sehinggalah makanan.
Tidak hanya mengikuti peredaran masa dan up-to-date, Harajuku juga mempunyai tarikan lain buat penggemar sejarah seperti Tokong Meiji Jingu dan Nezu Museum. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Tokyo ini. Pasti seronok!
Tokyo Disneyland & DisneySEA
Dua tarikan taman tema ini terletaknya di Disney Resort. Persamaan yang terdapat di kedua-dua taman hiburan ini adalah kepadatan mereka dengan pelbagai rides yang best, sesuai untuk semua peringkat umur.
Di Disneyland, tumpuan utama yang paling menarik adalah Big Thunder Mountain, dimana anda dapat merasakan pengalaman menaiki roller coaster melalui pekan kecil di Negara barat, gua-gua dan pelbagai lagi laluan yang mendebarkan. Di DisneySEA pula, ia adalah antara tempat menarik di Tokyo yang mempunyai Toy Story Mania. Anda akan dibawa melalui stesen-stesen berbeza untuk menembak target-target tertentu.
Akihabara
Juga disebut sebagai Akiba, tempat menarik di Tokyo ini merupakan sebuah daerah di tengah-tengah kota sibuk Tokyo yang sangat terkenal dengan dunia elektronik.
Kini, selain padat dan terkenal dengan pelbagai kedai barangan elektronik, di celah dunia high-tech ini juga anda akan dapat menemui kedai-kedai khas untuk peminat anime dan manga seperti Otaku Goods dan manga cafes. Rugi jika anda tidak singgah!
Warner Bros. Studio Tour Tokyo: The Making of Harry Potter
Selepas London, Tokyo pula menjadi lokasi pameran bagi novel dan filem bersiri terkenal di dunia iaitu Harry Potter. Ia menjadi lokasi jelajah pertama di Asia oleh Warner Bros. Studio dan studio Harry Potter yang terbesar di dunia Shiowla.
Jika anda salah seorang peminat Harry Potter, anda memang perlu datang ke sini. Studio ini mempamerkan perkara menarik disebalik tabir pembikinan filem ini. Anda dapat melihat set sebenar Harry Potter dan antara yang popular semestinya Diagon Alley, Ministry of Magic dan Forbidden Forest. Bukan itu sahaja, ada juga props dan kostum sebenar sewaktu pengambaran. Jom berada di dunia Harry Potter dengan lebih dekat!
Kabukiza Theater
Teater Kabukiza ini merupakan sebuah simbol ikonik di Ginza yang telah dibuka sejak tahun 1889 dan telah berlaku kebakaran di sini. Banyak serangan udara terhadap bangunan ini yang seringkali merosakkan struktur seni binanya namun kini ia telah di baik pulih dan tersergam indah.
Setiap hari teater ini ada menawarkan persembahan yang memukau para penontonnya dengan bayaran yang tertentu. Selain melihat teater, anda juga berpeluang ke tingkat 5 untuk melihat galeri seni yang mempamerkan pelbagai jenis kostum menarik dan juga pelbagai pameran budaya Jepun di tempat menarik di Tokyo ini.
Tokyo Tower
Tokyo Tower ini juga disebut sebagai Eiffel Tokyo yang mempunyai ketinggian kira-kira 333 meter dan dari menara ini anda akan dapat melihat keseluruhan Bandar Tokyo yang sangat indah panoramanya.
Jika cuaca baik, anda akan berpeluang melihat Gunung Fuji dan juga Tokyo Skytree dari jauh. Tarikan lain yang boleh anda lihat di sini juga adalah taman tema One Piece Tower dan kedai-kedai cenderamata.
Sanrio Puroland
Bagi peminat tegar Hello Kitty, anda wajib ke tempat menarik di Tokyo ini terutamanya sekiranya anda membawa anak-anak. Sanrio Puroland ini menjanjikan pengalaman yang menakjubkan kepada anda. Pasti anda berasa sangat teruja apabila melihat taman tema ini yang dipenuhi dengan pelbagai karakter comel Sanrio di setiap sudut.
Taman tema ini terletak di dalam kawasan yang tertutup maka anda tidak perlu risau akan keadaan cuaca. Pelancong boleh menghabiskan waktu bersuka-ria dan mendapatkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Antara tarikan utama tempat menarik di Tokyo ini adalah Mymeroad Drive, Sanrio Character Boat Ride, Hello Kitty Bell of Happiness dan banyak lagi!
Pokemon Center Mega Tokyo
Kedai aneka jenis pokemon ini telah beroperasi sejak tahun 2014 dan merupakan sebuah kedai barangan pokemon yang terbesar di Jepun.
Tempat menarik di Tokyo ini menjual pelbagai barangan edisi terhad sehingga membuatkan peminat tegar pokemon berasa terpaksa membelinya kerana sesuatu koleksi itu hanya terdapat pada waktu tertentu sahaja dan tidak ada keluaran lain. Selain barangan jualan, di dalam kedai ini juga terdapat permainan arcade untuk anda cuba.
Jadi anda sudah tahu ke mana hendak dituju apabila bercuti ke Bandar besar Tokyo yang berlanskap neon ini? Tempat menarik di Tokyo ini menjadi tumpuan para pelancong yang perlu dikunjungi. Pastikan anda memakai dan membawa beberapa kasut yang sangat selesa kerana berkemungkinan besar anda perlu menghabiskan masa selama 24 jam berjalan di sini. Selamat bercuti di Tokyo!
Jom baca tempat menarik di Teluk Intan, tempat menarik di Tanjung Malim dan tempat sejuk di Malaysia juga.