15 Tempat Menarik di Ranau Wajib Lawati. Negeri di Bawah Bayu
Jom baca artikel tempat meanrik di Ranau.
Ranau merupakan sebuah daerah yang terletak bahagian Pantai Barat Negeri Sabah. Daerah yang diambil namanya sempena Ranahon iaitu sawah padi ini merupakan salah satunya pekan yang terletak berdekatan dengan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Pelbagai tempat menarik di Ranau yang mencakupi tempat penginapan, pusat rekreasi, taman dan pusat pertanian dan sebagainya. Artikel kali ini, akan saya bahaskan 15 tempat menarik di Ranau wajib anda lawati di Sabah.
1. Ranau Tandem Paragliding
Ranau Paragliding Park adalah sebuah tempat menarik di Ranau wajib anda lawati jika gemarkan aktiviti lasak! Jika anda ingin melihat keindahan Ranau dari ketinggian, anda seharusnya mencuba aktiviti Paragliding ini. Bayangkan anda seperti seekor burung yang terbang bebas di udara menikmati pemandangan sawah padi, gunung-ganang dan kawasan perkampungan. Jangan takut kerana terdapat petugas yang berpengalaman akan membantu anda mengendalikan paraglide tersebut.- Alamat: Ranau Paragliding Park, Ranau
- Waktu Operasi: 10.00am – 5.30pm
- Harga Tiket: RM 190
2. Kolam Air Panas Poring
Tempat menarik di Ranau yang berfaedah untuk anda lawati tidak lain dan tidak bukan adalah Kolam Air Panas Poring. Kolam air panas yang terletak di kawasan tanah rendah ini bukanlah kolam biasa melainkan kolam yang kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan sangat baik untuk kesihatan.Sebenarnya kolam ini dibina oleh penjajah Jepun, kerana itulah terdapat banyak pokok buluh yang ditanam sekitar kolam mirip seperti kolam panas di Jepun. Bolehlah anda merehatkan tubuh dan melegakan lenguh-lenguh sendi di sini. Terdapat juga 2 buah kolam yang bukan air panas tetapi air dari gunung. Sekali sekala manjakan badan apa salahnya kan?
- Alamat: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring
- Waktu Operasi: 7.00am – 6.00pm Setiap Hari
- Harga Tiket: Dewasa RM 3, Kanak-kanak RM 1
3. Ladang Teh Sabah
Tak sahlah jika ke Sabah tetapi tidak singgah di ladang teh. Tempat menarik di Ranau yang dikelilingi dengan hutan berusia 130 juta tahun ini menjanjikan kepada anda sebuah pemandangan yang sangat indah seperti yang biasa kita lihat di dalam lukisan-lukisan potret pemandangan.Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti merentas hutan di sekitar Taman Rekreasi Sapoan, mendaki bukit Kamunsun dan berjalan pada malam hari untuk melihat pelbagai serangga unik. Sebelum pulang, jangan lupa untuk merasai teh segar di sini. Tempat menarik di Ranau ini boleh dikategorikan sebagai tempat yang wajib untuk anda lawati!
- Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau
- Waktu Operasi: 8.00am – 4.30pm Setiap Hari
4. Mesilou Highland Strawberry Farm
Sudah melawat ladang teh, anda boleh melawat pula ke ladang strawberi. Strawberi yang ditanam di tempat menarik di Ranau ini didatangkan dari Jepun dan rasanya manis sekali. Pihak Mesilou Highland Strawberry membolehkan pengunjung untuk memetik dan merasai terus buah strawberi segar di sini.Untuk pengetahuan anda, ladang ini cukup unik kerana ia bukan dikawasan tanah tinggi namun cukup sesuai untuk menanam buah strawberi. Hebatkan? Suasana di Ranau memang dingin dan jarang sekali panas sehingga strawberri pun boleh segar di sini.
- Alamat: Kg.Mesilou, Ranau
- Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm
5. Rumah Terbalik Tamparuli
Salah satu tempat menarik di Ranau ini pastinya memberikan pengalaman baru buat anda. Bayangkan rumah ini direka tunggang terbalik seperti melawan hukum graviti. Siling di bawah manakala lantai dan perabot berada di atas lelangit rumah.Anda boleh bergambar di sini sambil menikmati udara segar di sekitar Rumah Terbalik Tamparuli ini. Pasti meriah jika datang beramai-ramai ke sini kan?
- Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250
- Waktu Operasi: 7.00am – 7.00pm Setiap Hari
- Harga Tiket: Dewasa RM 12.70, Kanak-kanak RM 5.30
6. Puncak Borneo Resort
Puncak Borneo Resort merupakan sebuah tempat penginapan yang sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Selain pemandangannya yang indah, udara dan bayu di sini juga sejuk dan segar. Jika anda ingin menginap di sini, tidak perlu susah-susah ke pekan untuk menjamu selera kerana di sekitar resort juga ada disediakan restoran.Kawasan persekitaran resort juga sesuai untuk bergambar. Dari lokasi resort ini, anda mudah untuk bergerak ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Namun begitu, Puncak Borneo Resort ini adalah salah satu tempat menarik di Ranau wajib anda lawati.
- Alamat: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau
7. Taman Negara Kinabalu
Taman Negara Kinabalu yang merupakan tempat menarik di Ranau ini merupakan taman negara tertua di Sabah. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti seperti tempat penginapan, laluan trekking untuk aktiviti sukan dan bersiar-siar, restoran, pusat maklumat dan sebagainya.Pengunjung di sini selalunya melakukan aktiviti berbasikal, melihat burung, jungle trekking dan macam-macam lagi. Seandainya anda tidak mahu melakukan aktiviti lasak, terdapat juga pondok yang disediakan untuk anda bersantai. Untuk pengetahuan anda, hampir 400 jenis spesis flora dan fauna yang berumah di sini. Anda juga dapat menyaksikan spesis tumbuhan dari Himalaya, China, Australia dan Malaysia.
- Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau
8. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu
Sudah penat melawat pelbagai tempat menarik di Ranau, apa kata anda singgah sebentar ke Pasar Kraftangan ini. Pelbagai jenis kraftangan dijual di sini seperti keychain, tshirt, fridge magnet dan banyak lagi yang boleh anda dapatkan di sini. Dah datang jauh-jauh bercuti, belilah ole-ole buat orang tersayang anda di rumah. Jika anda sampai ke Ranau, lokasi membeli-belah dengan harga murah yang ditawarkan di Pasar Kraftangan Pekan Nabalu ini wajib untuk anda datang.- Alamat: Pekan Nabalu, 89300 Ranau
9. Desa Cattle Dairy Farm
Desa Cattle Dairy Farm adalah salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Sabah. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh pengunjung lakukan di sini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan macam-macam lagi.Ladang lembu seluas 199 hektar ini menempatkan baka-baka lembu dari New Zealand. Sudah puas melakukan aktiviti, jangan lupa untuk merasai susu segar, aiskrim dan yogurt. Disamping itu, suasana dan pemandangan di sini sangat mirip seperti ladang di luar negara. Anda pasti berpuas hati bercuti di tempat menarik di Ranau yang segar ini.
- Alamat: Desa Dairy Farm, Mesilau
- Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm Setiap Hari
- Harga Tiket: Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM 4
10. Kundasang War Memorial
Kundasang War Memorial merupakan sebuah memorial perang yang ditubuhkan untuk memperingati keberanian banduan-banduan daripada Australia, British dan rakyat tempatan dalam Perang Dunia Ke-2 ketika memerangi askar Jepun. Kawasan ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan. Keempat taman ini dibina dengan seni bina dan latar belakang berbeza mengikut sejarahnya yang tersendiri.Anda boleh melawat dan berjalan-jalan di setiap sudut taman ini dan bergambar. Pasti seronok kerana latar belakang gambar anda berkisarkan tempat sejarah dan sangat cantik dan klasik.
- Alamat: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau
- Waktu Operasi: 8.30am – 5.30pm
- Harga Tiket: RM 2
11. Marakau Cabin Lodge
Dengan seharga RM 120, anda boleh menginap di lodge yang menyajikan pemandangan alam semulajadi yang menarik. Dari lodge ini, anda mampu melihat pemandangan puncak tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu yang sangat ajaib peandangannya . Harga dan pakej yang ditawarkan di sini amat berpatutan seperti lodge untuk 2 orang sehingga ke 8 orang. Selain rekabentuk lodgenya yang amat unik, udara di sini tidak kalah hebatnya juga. Datang bersama orang tersayang ke tempat menarik di Ranau ini pasti akan membuatkan anda lebih seronok.- Alamat: Marakau Cabin Lodge, Ranau, Sabah
- Harga Tiket: Serendah RM 120 semalam.
12. Crystal Hill
Crystal Hill adalah salah satu tempat penginapan yang berada di tempat tinggi. Dari sini anda dapat menyaksikan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan dan sejauh mata memandang. Disebabkan lokasinya diatas bukit, udaranya sangat nyaman, segar serta sejuk. Antara aktiviti menarik yang tak patut anda lepaskan adalah melihat adegan matahari tengelam dan terbit. Selain pemandangannya yang memukau, tempat ini pastinya memberikan suasana yang tenang buat mereka yang mencari kedamaian.- Alamat: Kundasang 212-89-308, Ranau,Sabah, 89308 Ranau, Malaysia
- Harga Tiket: Serendah RM 480 semalam
13. Hamster World Ranau
Nak tengok haiwan kecil, comel dan berbulu? Datanglah ke Hamster World Ranau. Taman ini sebenarnya terletak di sebelah taman arnab Ranau. Taman ini merupakan rumah bagi pelbagai jenis hamster comel. Terujanya dapat ke tempat menarik di Ranau ini.Lebih menariknya, rumah bagi setiap hamster ini diberi nama menurut pelbagai negara di dunia seperti Mesir, Perancis, Mexico dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat hamster secara dekat, membelai, memberi makan dan bahkan bermain dengannya. Jangan lupa juga untuk bergambar bersama hamster yang jarang kita temui dan lihat sebelum ini.
- Waktu Operasi: 8.00 – 5.00
- Harga Tiket: Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM 3
14. Arnab village
Selain taman hamster, Ranau juga terkenal dengan perkampungan arnabnya. Anda boleh menyentuh, mengusap, mendukung arnab dan bermain dengan arnab ini tanpa masa yang dihadkan. Selain itu, anda juga boleh memberi makan arnab tetapi anda harus membeli makanan khas arnab di kaunter pendaftaran. Disamping itu, terdapat juga homestay yang boleh anda sewa di sini. Bolehlah seharian anda bermain bersama arnab yang comel.- Alamat: Kg Purakagis, Ranau
- Waktu Operasi: 9.00 – 5.00 Setiap Hari
- Harga Tiket: Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2
15. Hounon ridge Farmstay And Camping
Anda minat berkhemah dan melakukan aktiviti hutan? Bolehlah datang ke tempat menarik di Ranau ini. Tempat ini menyediakan penginapan berlatar belakangkan kawasan padang yang menghijau dan kawasan pergunungan disamping sekitarnya kaya dengan bunga dan tumbuhan yang cantik.Pada malam hari, kawasan ini sesuai untuk anda melakukan aktiviti bbq. Segala kelengkapan bbq telah disediakan oleh pihak tuan rumah tetapi diingatkan agar anda membawa arang sendiri.
- Alamat: Kg Himbaan, Ranau 89308