10 Tempat Menarik Di Pulau Tuba, Terselindung Di Pulau Langkawi
Tak tahu tempat menarik di Pulau Tuba?
Pulau Tuba merupakan sebuah pulau berbukit dan satu-satunya pulau yang didiami selain Pulau Langkawi di negeri Kedah. Ia terletak bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting Langkawi. Ramai tak tahu bahawa Pulau Tuba ini adalah salah satu tempat pelancongan yang boleh anda singgah.
Semua penduduk yang tinggal di Pulau ini kebanyakannya Muslim sehingga ia juga dikenali sebagai Pulau Islam. Terdapat sebuah kampung nelayan tradisional dimana penduduk kampung lebih gemarkan kehidupan tradisional. Walaupun disediakan semua kemudahan lain seperti bekalan air bersih dan telefon oleh Pihak Berkuasa namun mereka tetap hidup dengan cara tradisional mereka.
Keseluruhan ketua keluarga di sini bekerja sebagai nelayan dan melakukan aktiviti pertanian. Jom kami kongsikan antara tempat menarik di Pulau Tuba ini.
Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?
1. Gua Kelawar, Pulau Tuba
Jangan bimbang kerana mereka semuanya tidak berbahaya. Terdapat lebih daripada 1,000 ekor kelawar yang menghuni gua ini. Mereka telah memilih gua ini kerana suhu dan kelembapan di dalamnya sesuai dengan kehidupan mereka.
Sepanjang berada di sini, anda perlu berdiam diri, tidak merokok dan tidak menyalakan cahaya terlalu banyak kerana itu akan memudaratkan kelawar. Gua ini juga dipenuhi dengan batu kapur dan permukaannya amat unik.
2. Tanjung Pandan
Selain port memancing, tempat menarik di Pulau Tuba ini juga merupakan syurga bagi mereka yang gemarkan aktiviti seperti menyelam, snorkeling dan juga bersantai. Panorama di sini sememangnya agak indah. Jika anda inginkan suasana yang paling memukau, kunjungilah kawasan ini pada hari senja.
3. Gua Wang Buluh
Untuk menuju ke lokasi gua ini, perjalanannya agak mencabar dan perlu melepasi beberapa halangan batu-batuan yang tajam. Apabila anda sampai ke lokasi gua ini, anda akan melihat jalan kayu buatan manusia berada di pintu masuk gua. Permukaan lantai gua yang licin dan terdapat banyak stalagmit dan stalaktit disarankan untuk berhati-hati apabila masuk ke dalam gua ini.
4. Hutan Simpan Pulau Tuba
Hutan simpan ini menawarkan pemandangan panorama hutan dan pelbagai keunikan bentuk batu-batuan dari zaman purba. Peminat alam semula jadi akan teruja dengan flora dan fauna di sini. Ada yang mengatakan kawasan ini sebagai ‘Lembah Lebah’ kerana sering terdapat sarang lebah yang tergantung dari tebing yang curam di sini.
5. Tuba Beach Resort Langkawi
Tempat menarik di Pulau Tuba ini menawarkan Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan yang percuma. Semua bilik di resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang selesa. Bilik-bilik di sini dilengkapi dengan kipas dan bilik mandi peribadi yang amat bagus.
Sarapan tempatan gaya tempatan disajikan setiap pagi di resort ini. Bagi anda yang nak merasai tempat penginapan yang mewah di Pulau Tuba, di sinilah tempatnya.
6. Jeti Pulau Tuba
7. Mee Udang dan Ketam Tanjung Pandan
8. Teluk Puyuh Guesthouse
Selain menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, guesthouse ini juga menggabungkan keramahan kakitangannya mesra dengan suasana yang indah untuk menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan.
9. Restoran Seafood Tok Bee
10. Pantai Pulau Tuba
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Tuba terbaik boleh dikunjungi ramai. Jom baca juga tempat menarik di Riau, tempat menarik di Pulau Tinggi, tempat menarik di Pulau Romania dan tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura.