tempat menarik di pulau sipadan
|

11 Tempat Menarik Di Pulau Sipadan Sangat Menakjubkan

Pulau Sipadan Sabah adalah sebuah pulau yang terhasil dari batu kapur dan dinobatkan sebagai salah satu pulau yang paling cantik di dunia. Ia mempunyai ketinggian 600 meter dari dasar laut dan luas 40 ekar.

Pulau Sipadan juga terkenal dengan tempat tinggal penyu yang boleh anda terokai dengan snorkeling di sini. Begitu juga dengan hidupan haiwan laut yang lain. Jom kita lihat satu persatu tempat menarik di Pulau Sipadan yang sangat menakjubkan ini.

1.  Pulau Sipadan

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [flickr]
Pantai dan lautan Pulau Sipadan sangat bersih dan cantik sehingga ia menjadi pulau tercantik di dunia yang sangat menakjubkan. Tambahan pula, pulau ini merupakan tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933.

Antara aktiviti kegemaran ramai sepanjang berada di pulau ini adalah menyelam, scuba diving dan snorkeling untuk menikmati keindahan dasar laut yang cukup meriah dan cantik.

Terdapat beberapa kawasan yang menjadi ‘hot spot’ bagi mereka yang ingin menyelam untuk melihat keindahan dasar lautan pulau ini. Antaranya adalah Turtle Cavern (Gua Penyu), Barracua Point, Coral Garden dan juga Drop Off serta Taman-Taman Tergantung (Hanging Garden) dan Mid Reef.

2.  Baraccuda Point

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [wsj]
Anda akan bertemu dengan kumpulan besar Chevron Barracuda di sini dan barracuda juga sering dilihat berada di bahagian hujung saluran kawasan ini.  Kawasan ini merupakan saluran dinding yang sering didatangi arus besar.

Terdapat pusaran besar antara ikan-ikan yang boleh anda lalui, seeloknya anda perlu berpegang pada batu. Saksikanlah keindahan pemandangan di antara hidupan laut ini sepuasnya.

3.  Drop-off

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [flickr]
Drop off adalah bahagian dasar lautan kira-kira 600 meter dalamnya yang membolehkan anda menyelam di sini. Terdapat dunia terumbu karang dan batu-batu yang akan anda temui. Di situ jugalah anda boleh melihat sekumpulan ikan-ikan bergerak bersama dan penyu yang sedang bermain-main.

4.  Turtle Cave

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [groupsempornamari]
Sebuah gua raksasa telah di temui di Pulau Sipadan. Ia merupakan sebuah gua yang berada di bawah 20 meter laut, sangat luas lebar gua ini.  Kebanyakan rangka penyu telah ditemui di dalam gua ini, kemungkinan mati akibat tersesat dan tenggelam. Anda boleh ke tempat menarik di Pulau Sipadan ini sekiranya ingin menyelam dan diving.

5.  South Point

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [tourism]
Bertentangan dengan Barracuda Point, South Point boleh ditemui di hujung pulau. Terdapat arus yang terlalu kuat di sini justeru menarik lebih banyak hidupan laut. Anda mungkin akan menemui kumpulan jerung terumbu kelabu, pari helang, pari raksasa manta, penyu, jerung muncung putih dan juga jerung harimau.

6.  Pulau Mabul

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [Melancong]
Pulau Mabul adalah salah sebuah pulau yang berdekatan dengan Pulau Sipadan. Sangat cantik pemandangannya tambah-tambah lagi lautnya cukup jernih, amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti selam dan snorkeling.

Berkunjung ke sini, anda wajib memilih resort yang terdapat di tengah laut untuk memudahkan anda bergambar dan beraktiviti. Terdapat banyak resort yang boleh anda pilih di sini. Bab makan pula jangan risau, terdapat banyak sajian yang dihidangkan dan dijual di restoran berhampiran dan hotel.

7.  Pulau Kapalai

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [pulaumabul]
Pulau Kapalai adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang berdekatan dengan Pulau sipadan.  Air laut dan ombak biru yang tenang serta kejernihan membuatkan anda tak sabar-sabar nak berendam dan bermandi-manda di sini.

Penginapan dan pemandangan di Pulau Kapalai ini juga sangat indah dan tak kurang hebatnya. Rumah dengan reka bentuk yang unik dan cantik ala-ala klasik ini membolehkan anda mendapatkan gambar yang cantik di sini.

8.  Pulau Mata King

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [jomjalan]
Pulau Mataking sangat indah dan istimewa dimana ia terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Pantainya sangat gebu dan halus manakala lautannya pula sejernih kristal. Amat indah sekali.

Anda boleh melakukan aktiviti bersnorkeling, berkayak, mandi-manda, berenang dan juga jungle trekking di sini. Aktiviti menyelam juga amat popular di sini kerana anda boleh melihat pelbagai hidupan laut seperti ikan pari, terumbu karang, ikan yu paus, ikan tuna dan macam-macam lagi.

Antara tempat selaman yang terkenal di tempat menarik di Pulau Sipadan ini juga adalah Mantis Reef, Magic Rick dan juga Alice Wall.

9. Sipadan Kapalai Dive Resort

Ramai yang teruja dan memilih tempat menarik di Pulau Sipadan ini sebagai salah satu tempat penginapan dan tempat bermalam. Sipadan Kapalai Dive Resort sangat cantik dan unik kerana anda berpeluang menikmati pemandangan Pulau Sipadan dengan lebih dekat lagi.
Kecantikan dan keindahan resort ini juga akan lebih membuatkan anda berasa teruja dengan melakukan aktiviti air di sini.  Terdapat kemudahan yang lengkap untuk anda menikmati sukan air dan antara aktiviti yang ditawarkan di sini.

10. Sipadan Water Village

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [resortsandlodges]
Sipadan Water Village berada di atas air berdekatan pantai dan jeti sekitar Pulau Sipadan. Sangat menarik di mana anda boleh menaiki bot dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.

11.  Mabul Water Bungalow Resort

tempat menarik di pulau sipadan
Imej via [angahnadek]
Berdekatan dan berada di atas laut, Mabul Water Bungalow Resort ini amat sesuai dikunjungi oleh keluarga besar. Terdapat banyak kemudahan dan bilik yang disediakan khas untuk percutian keluarga. Sambil bersiar-siar di tempat menarik di Pulau Sipadan, anda boleh menenangkan minda di sini.

Rujukan:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *