10 Tempat Menarik Di Pulau Ketam Sesuai Untuk Persinggahan Anda
Pulau Ketam, Selangor adalah salah sebuah tempat menarik yang boleh anda kunjungi berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Walaupun jarang didengari, sebenarnya Pulau Ketam ini telah wujud sejak tahun 1880 lagi.
Suasana Pulau Ketam ini adalah dikelilingi lembah dan hutan bakau, serta merupakan tempat tinggal bagi udang dan ketam. Namun begitu, terdapat kawasan pertempatan di sini dan bukanlah semata-mata pulau percutian. Ia adaah kampung nelayan yang didiami oleh masyarakat China yang kebanyakannya Muslim.
Pulau Ketam amat terkenal dengan rumah terapung yang mempunyai ketinggian 1 hingga 10 meter dari paras laut. Jom lihat 10 tempat menarik di Pulau Ketam yang boleh anda kunjungi.
1. Jeti Dan Feri Pulau Ketam
Jeti dan feri Pulau Ketam adalah permulaan sebelum anda berkunjung ke tempat menarik di Pulau Ketam. Anda perlu membeli tiket dan menaiki bot dari sini.Terdapat masa-masa yang tertentu untuk bot tiba dan kembali ke sini. Anda juga dapat melihat bot-bot nelayan sepanjang perjalanan ke Pulau Ketam. Begitu juga dengan sampan yang berlabuh di atas lumpur semasa air surut di sekitar Pulau Ketam.
2. Kampung Di Pulau Ketam
Pulau Ketam terdiri daripada kampung-kampung bagi kaum melayu dan china. Sepanjang berjalan di kampung ini, anda boleh menyewa basikal untuk menaiki sekitar kawasan ini.Jalan-jalan pusing kampung adalah aktiviti yang boleh anda lakukan di kampung ini kerana anda boleh mendapat pengalaman bersiar-siar di sekitar kampung.
Jangan bimbang, penduduk di sini juga ramah. Terdapat kedai-kedai tepi jalan yang menjual pelbagai barang seperti topi, baju, barang mainan dan anda boleh singgah di kedai-kedai makan juga.
3. Perkampungan Nelayan
Berdekatan dengan pantai dan laut, terdapat pondok-pondok dan rumah yang berada di atas kawasan paya bakau dan lumpur. Sebenarnya, ai adalah keadaan kampung nelayan di sini. Untuk pengalaman yang berbeza, anda boleh bergambar dengan keindahan kawasan perumahan nelayan ini.Kebanyakan setiap rumah akan mempunyai satu bot untuk bergerak. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat sendiri ikan kering yang dijemur di sekitar sini. Mungkinnya kampung nelayan ini sangat berbeza dari kampung nelayan yang pernah anda kunjungi sebelum ini.
4. Akademi Tahfiz Mandarin
Akademi Tahfiz Mandarin yang terletak di Jalan Besar, Bagan Pulau Ketam ini juga adalah salah satu tempat menarik di Pulau Ketam yang boleh anda singgah. Berkunjung ke sini bukanlah hanya semata-mata untuk melakukan kebajikan sahaja.Anda boleh melihat sendiri dan melawat maahad ini untuk merasai suasana bersama kanak-kanak tahfiz di Pulau Ketam. Mungkin anda juga boleh mendapatkan pengalaman bersama dengan pelajar agama yang belajar akan bahasa ketiga iaitu Mandarin. Menarik bukan?
5. Rainbow House
Rainbow House adalah tempat menarik di Pulau Ketam yang sesuai untuk anda bergambar. Jadikan rumah yang bewarna-warni ini sebagai latar belakang gambar anda.Pasti meriah sekali jika bergambar beramai-ramai di sini. Kawasan ini agak meriah dan tak kelihatan suram walaupun tidak banyak aktiviti di sini.
6. Lukisan Mural
7. Pekan Pulau Ketam
Nak jalan-jalan dan membeli-belah? Jom ke Pekan Pulau Ketam! Walapun tempat menarik di Pulau Ketam ini bukanlah suatu destinasi pelancongan, tetapi ia lengkap dengan pelbagai gerai dan sebuah pekan untuk anda singgah.Jom singgah makan dahulu, kemudian bersiar-siar di sekeliling kota dan mendapatkan pengalaman berkunjung ke sini. Anda juga boleh singgah menjamu selera di gerai-gerai makan atau restoran seafood yang berdekatan dengan pekan Pulau Ketam.
8. Balai Polis Pulau Ketam
Balai Polis Pulau Ketam ini dibina sejak dahulu lagi, agak lama. Lihat sahaja seni bina dan bentuknya yang kecil dan unik ini, agak menarik juga untuk anda bergambar. Selain balai polis, bangunan Maybank di Pulau Ketam ini juga agak lama tampaknya. Namun begitu, ia adalah kemudahan yang patut ada di Pulau Ketam ini.9. Jalan Dua Pekan
Jalan Dua Pekan ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Ketam boleh anda lalui. Terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan pekan Pulau Ketam dengan kawasan perumahan.Jika menaiki basikal, anda boleh melalui jalan ini, tiada masalah kerana tidak ada kenderaan besar yang melalui kawasan ini. Anda boleh bergambar di signboard Jalan Dua Pekan sebagai memori indah mengunjungi pekan Pulau Ketam.
10. Pulau Ketam Mini Market
Jika ingin membeli barang-barang kering atau barang keperluan, datanglah ke Pasar Mini Pulau Ketam. Ia memudahkan urusan anda kerana tak perlu tercari-cari lagi kedai-kedai yang lain. Satu tempat sahaja sudah dapat macam-macam barang keperluan anda. Ia berada di sekitar bangunan shop lot kedai, pasti anda akan menemuinya.Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Ketam yang boleh anda kunjungi dan bersiar-siar. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Cebu Filipina, tempat menarik di Pulau Carey, tempat menarik di Pulau Bunting dan tempat menarik di Pulau Banggi.