20 Tempat Menarik di Penang Untuk Kanak-kanak
Ha, sedang mencari tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak ke tu? Anda berada di laman yang tepat kerana kami menyediakan 20 tempat menarik dan sesuai untuk bawa anak-anak pergi bercuti dengan seronok di Pulau Mutiara ini.
Pulau Pinang mempunyai banyak tempat yang menarik dan harus lawati bersama keluarga. Tidak hairanlah ramai yang memasukkan Pulau Pinang dalam senarai percutian sewaktu cuti sekolah hampir tiba. Banyak tarikan memang sesuai untuk seisi keluarga tidak mengikut peringkat umur.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, tengok anak-anak bahagia dan seronok membuatkan kita turut rasa yang sama. Bukan sahaja membawa keseronokkan malah dapat membantu perkembangan anak-anak dari segi mental dan fizikal. Ya, apa tunggu lagi, jom teroka tempat yang menarik untuk bawa anak-anak ke Penang.
Taman Tema Escape
Tidak asing lagi buat masyarakat Malaysia, sebut sahaja Penang pasti Escape Theme Park muncul di fikiran. Banyak permainan dan tarikan yang boleh anda cuba bersama anak-anak,berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. Escape terbahagi kepada tiga zon iaitu pengembaraan, permainan air dan graviti.
Untuk memudahkan percutian anda di sana, rancang terlebih dahulu aktiviti apa yang hendak dibuat bagi menjimatkan masa. Jangan lupa untuk merasai pengalaman menaiki gelongsor terpanjang di dunia dengan 1.140 kilometer. Anak-anak pasti seronok mandi kolam dan boleh mencuba banyak permainan menarik.
Waktu operasi: Selasa – Ahad | 10.00 pagi – 6.00 petang
Harga tiket: Kanak-kanak 0-3 tahun ( Percuma ) | Kanak-kanak 4-12 tahun (RM 77.70) | Dewasa 13-60 tahun (RM 116.90) | Warga emas 61-100+ tahun (Percuma)
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Boutique Aquarium
Nak lakukan aktiviti santai-santai sahaja bolehlah bawa anak-anak melihat keindahan hidupan marin di Boutique Aquarium yang terletak di bangunan The Top, KOMTAR. Merupakan akuarium terbesar di Pulau Pinang, dekorasi dalaman juga kelihatan unik apabila dimasukkan hiasan elemen lokal Pulau Pinang.
Sambil menyaksikan hidupan ini, banyak ilmu dapat diperoleh tentang jenis atau spesis ikan dan terumbu karang. Terdapat lebih 100 tangki akuarium dengan lebih 150 spesis ikan terdapat di sini. Menyaksikan hidupan laut tersebut secara tidak langsung dapat memberi kesedaran untuk menjaga alam dengan lebih baik.
Waktu operasi: Selasa – Ahad | 12.00 tengahhari – 8.00 malam
Alamat: 10100 George Town, Penang.
Laguna Waterpark
Mencari taman tema air yang tidak sesak dengan orang ramai? Anda boleh bawa anak-anak ke Laguna Waterpark yang terdapat di dalam hotel Grand Orient. Walaupun taman tema air ini tidak besar seperti taman tema air yang lain, namun sangat selesa, bersih dan masih terdapat banyak permainan air yang anak-anak boleh cuba.
Jika anda ingin bawa anak-anak mandi-manda di sini, anda perlu membawa pakaian renang yang bersesuaian berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh pihak hotel.
Waktu Operasi: Setiap hari | 10.00 pagi-7.00 malam
Harga tiket: Tetamu hotel (Percuma) | Pengunjung luar (RM 30)
Alamat: Laguna Waterpark, Grand Orient Hotel, No. 3079 Jalan Laguna 1, 13700 Perai, Penang.
Batu Ferringhi
Batu Ferringhi merupakan tempat popular di Penang yang sering menjadi pilihan pelancong. Pantai yang luas, bersih dan air laut yang jernih membuatkan ramai pengunjung singgah untuk melakukan beberapa aktiviti di sini. Anda boleh bawa anak-anak dan keluarga berkelah di tepi pantai sambil bermandi-manda.
Aktiviti santai ini cukup dapat merehatkan mental dan fizikal, memberi ketenangan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bukan itu sahaja, ajak anak-anak anda melakukan aktiviti pantai lain untuk merasai pengalaman seperti menaiki ATV, banana boat, jetski dan parasailing.
Alamat: Pantai Batu Ferringhi, Penang.
Dark Mansion
Muzium ini berkonsepkan glow in the dark iaitu suasana yang gelap dan hanya diterangi dengan lampu yang menyinar. Merupakan muzium pertama di Malaysia yang mempunyai konsep sebegini, Dark Mansion mempunyai lukisan 3D yang berwarna-warni kelihatan sangat mengagumkan di dalam gelap.
Antara tarikan atau tema di Dark Mansion adalah lukisan ‘Fire & Water: Tribute to Darwin’, ‘Tropical Pandora: The Forbidden Land’ dan ‘Infinity Room: The Origins of Eywa’. Pelbagai panorama yang berbeza dipaparkan sehingga kelihatan berada di alam fantasi.
Bukan sahaja anak-anak yang akan kagum dengan konsep yang trend begini, ibu bapa juga turut terpesona. Jangan lupa rakamkan gambar anda di sini sebagai kenangan.
Waktu operasi: Setiap hari | 10.30 pagi – 6.30 petang
Harga tiket: Dewasa (RM 30) | Kanak-kanak (RM 20)
Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.
Magic Mirror Race
Magic Mirror Maze berada di bangunan The Top, KOMTAR. Penuh dengan cabaran dan tipu helah penglihatan manusia, aktiviti di sini memerlukan kemahiran melihat dan berfikir. Kelihatan dan kedengaran mudah, namun mengambil masa untuk menyelesaikan aktiviti ini. Anda perlu memasuki bilik yang penuh dengan cermin dan bayang serta pantulan diri untuk menemui jalan keluar.
Tak perlu tergesa, nikmati pengembaraan bersama anak-anak dalam mencari jalan yang betul sambil bergambar dengan latar yang cantik. Selain magik mirror, terdapat persembahan magik secara langsung dan ‘Lost Gravity’.
Harga Tiket: Dewasa (RM 16.00) | Kanak-kanak (RM 9.00)
Alamat: 10100 George Town, Penang.
Entopia
Entopia, pemandangan dari luar suduh cukup memukau dengan rimbunan daun menghiasi bangunan. Konsep persis sebuah taman bunga ini merupakan tempat lebih 150 spesis fauna dan 200 spesis flora membiak. Sambil melihat keindahan alam flora dan fauna, anda dan keluarga juga dapat belajar tentang hidupan ini.
Entopia adalah taman rama-rama terbesar di Malaysia yang menempatkan 15 000 rama-rama dari 60 spesis. Namun bukan sahaja rama-rama yang ada di sini, haiwan lain seperti kumbang, kala jengking dan kumbung turut dipamerkan. Nak pergi dengan harga yang lebih murah? Tempah tiket mengikut pakej yang disediakan.
Waktu Operasi: Khamis-Selasa | 9.00 pagi-6.00 petang.
Harga tiket: Kanak-kanak 4-12 tahun (RM 12) | Dewasa 13-59 tahun (RM 49) | Warga emas 60 tahun ke atas (RM 29)
Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Adventure Zone
Adventure Zone adalah tarikan untuk kanak-kanak yang berada di Hotel Shangri-La. Taman permainan indoor ini penuh dengan permainan seperti gelongsor dan dilengkapi pelbagai fasiliti seperti kaunter snek, taman permainan kanak-kanak dan tandas.
Pastikan anak-anak membawa stoking dan memakai baju lengan panjang untuk bermain semua permainan. Diingatkan untuk penjaga menemani anak-anak sewaktu berada di sini. Adventure zone mampu memuatkan sehingga 40 orang dalam satu masa. Setiap pengunjung mempunyai dua jam untuk bermain.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 petang
Harga tiket: Pengunjung hotel (RM 24) | Pengunjung luar (RM 35)
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Audi Dream Farm
Kalau anda mahu bersantai sahaja di Pulau Pinang, Audi Dream Farm adalah pilihan yang sangat digalakkan. Di sini bagaikan sebuah zoo kerana terdapat pelbagai binatang peliharaan, kebun sayuran dan taman bunga.
Anak-anak pasti seronok jika anda bawa mereka ke sini, kerana mereka dapat berinteraksi dengan haiwan secara dekat. Boleh memberi makan, memegang dan juga bergambar bersama haiwan-haiwan jinak tersebut. Kemudian, anda juga boleh bawa anak-anak menaiki basikal dan pusing kelilingi sawah.
Waktu Operasi: Setiap hari | 9.00 pagi-6.00 petang
Harga tiket: Dewasa (RM7) | Kanak-kanak (RM3)
Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Taman Burung Penang
Taman burung terbesar di Malaysia ini terletak di Perai dan mempunyai 300 spesis dari seluruh negara dan 150 spesis adalah dari Malaysia. Lebih 3 000 burung yang berbeza ditempatkan dalam lebih 150 sangkar dalam proses pemeliharaan.
Anda juga diberi peluang untuk memberi burung-burung tersebut makan. Kanak-kanak pasti teruja melihat burung secara dekat dengan pelbagai jenis. Lagi-lagi melihat flamingo yang berwarna pink yang sangat cantik dan jarang ditemui.
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi-6.00 petang
Harga tiket: Dewasa (RM 38) | Kanak-kanak (RM 15)
Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang.
Countryside Stable
Jom bawa anak-anak anda merasai pengalaman bercuti yang berbeza di Countryside Stable. Di sini anda boleh menunggang kuda bersama anak-anak dengan harga yang berbaloi. Untuk menunggang kuda bayaran bagi dewasa adalah RM 20 dan RM 17 untuk kanak-kanak.
Tak cukup dengan itu, anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada kuda dengan membeli jerami padi di kaunter. Kawasan sekitar juga rapi dan bersih. Tempat juga sangat tenang kerana berada di kawasan agak dalam dan dikelilingi pokok menghijau.
Waktu operasi: Sesi pagi: 10.00 pagi-12 tengahhari | Sesi petang: 2.00 petang-7.00 malam
Harga tiket: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)
Alamat: Lot 10050, Jalan Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Taman Belia
Anak-anak suka bermain air? Bawakan anak anda mandi-manda di Taman Belia yang turut dikenali sebagai Taman Bandaraya atau Penang Youth Park. Di sini ada tersedia enam buah kolam mandi yang jernih dan bersih. Jika anda berada di sini pasti berasa nyaman dan dapat menghirup udara yang segar kerana berada dikelilingi pepohon menghijau.
Selain itu, terdapat fasiliti lain yang memudahkan pengunjung seperti surau dan tandas. Sambil menunggu anak mandi kolam, anda juga boleh jogging di trek yang berdekatan.
Waktu operasi: Setiap hari | 7.00 pagi-7.00 malam
Harga tiket: Percuma
Alamat: Taman Belia Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 10450 George Town, Pulau Pinang.
Magic World
Magic World Penang adalah tempat ala-ala muzium trick art yang bakal mengaburi mata anda dengan magis. Anak-anak pasti seronok dan teruja melihat latar berbeza diruang ini yang kelihatan seperti sebenar.
Memang banyak ruang-ruang untuk anda bergambar bersama keluarga. Yang paling spesial, ada ruangan yang memerlukan penggunaan teknologi AR untuk anda merakam video.
Waktu operasi: 10.00 pagi-6.30 petang
Harga tiket: Kanak-kanak/pelajar/oku (RM15) | Dewasa 13-59 tahun (RM23)
Alamat: 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Teddyville Museum
Ini tarikan yang paling kanak-kanak suka di Penang! Muzium anak patung beruang adalah pertama dan terbesar di Malaysia. Terdapat banyak anak patung dari yang kecil sampai lah yang besar melebihi saiz manusia. Muzium ini juga mempunyai anak patung yang mencecah ribuan ringgit serta anak patung yang dicipta pada 100 tahun yang lepas.
Paling menarik, anak patung di sana direka dan dibuat mewakili tarikan yang ada di Penang. Bukan saja dapat menyaksikan anak patung yang comel sahaja, malah anda dapat mempelajari sejarah pembuatan anak patung ini.
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi-6.00 petang
Harga tiket: Kanak-kanak bawah 12 tahun (RM25) | Pelajar (RM29) | Dewasa (RM36)
Alamat: DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Penang.
Toy Museum
Kalau tadi muzium patung beruang, muzium yang ini pula adalah muzium yang menyimpan 100 000 anak patung pelbagai rupa sehingga mendapat anugerah Malaysians Book of Record. Bawa anak-anak kenal patung yang ada sambil mengimbau kembali patung yang anda pernah miliki sewaktu kecil.
Konsep muzium ini juga sangat unik dengan hiasan ala-ala Egypt. Antara koleksi yang memukau dan menggamit memori adalah patung Barbie, Star Wars dan Dinasour. Setiap ruang turut memberi efek spesial seperti bunyi dan suara yang pelik.
Waktu operasi: Setiap hari | 9.00 pagi- 9.00 malam
Alamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang.
Jurassic Research Centre
Terdapat lebih 200 dinasour yang berada di Jurassic Research Centre yang kelihatan seperti hidup dan boleh dilihat dengan jarak dekat. Pasti ada anak-anak yang suka dunia dinasour yang unik. Kalau ada yang tak tahu, tempat ini juga berada di bangunan KOMTAR.
Macam-macam dinasour ada seperti Trex, Stegosaurus dan Utahraptor yang sangat besar. Walaupun tak pernah berada di zaman dinasour namun anda dan anak-anak pasti teruja seolah-olah berada di zaman tersebut.
Waktu operasi: Setiap hari | 10.00 pagi-10.00 malam
Harga tiket: Dewasa (RM 48) | Kanak-kanak (RM 38)
Alamat: 1 Komtar, 10100 George Town, Pulau Pinang.
Upside Down Museum
Rumah yang unik ini pasti akan membuatkan anda dan anak-anak terpegun dan ternganga. Sukar untuk menjumpai rumah yang terbalik. Bukan sahaja bahagian luar yang terbalik, malah struktur dalaman di dapur, bilik tidur dan perabot semuanya turut terbalik.
Bukan lukisan 3D semata, perabot dan barang hiasan sebenar digunakan sebagai dekorasi di rumah terbalik ini. Bukan sahaja kanak-kanak, yang dewasa pun mesti teruja melihat senibina rumah. Sampai ke sini, benda yang wajib dilakukan oleh Instagramable adalah bergambar! Rakamlah sebanyak yang mungkin dengan kreatif untuk dimuatnaik di sosial media.
Waktu operasi: Setiap hari | 9.30 pagi-6.30 petang
Harga tiket: Dewasa (RM 21) | Kanak-kanak (RM 12)
Alamat: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.
AmanVille Gurney Plaza
AmanVille merupakan tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak yang berkonsepkan indoor yang berada di tingkat 4 pusat membeli-belah Gurney Plaza. Persekitaran kelihatan mesra kanak-kanak dengan suasana yang ceria dan berwarna-warni. Dengan tiket masuk tertentu, anak-anak boleh bermain sepuasnya tanpa had masuk.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah flying fox, gelongsor, pistol udara dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Jika anak penat dan lapar, di sini ada kaunter yang menjual makanan ringan dan minuman. Sekali-sekala bawa anak-anak bermain dalam dunia mereka pasti memuaskan.
Alamat: 170, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang.
GohKaki Childhood Museum
Satu-satunya muzium yang memelihara permainan tradisional di Penang dari dilupakan dek zaman berada di Bandar Baru Air Itam. Datanglah ke sini untuk mengimbau kembali permainan zaman dahulu sambil memperkenalkan dan mengajar anak-anak tentang permainan menarik tersebut. Antara permainan yang ada seperti congkak, ting-ting dan batu seremban.
Setiap barang atau permainan yang terdapat di sini semuanya mempunyai kisah tersendiri. Jangan risau, pemilik kedai akan menerangkan sejarah dan ikonik permainan tersebut. Gohkaki Chilhood Muzium berada di rumah kedai dua tingkat bersama Goh Cafe.
Waktu operasi: Rabu – Isnin | 9.00 pagi-6.00 petang
Harga tiket: Percuma
Alamat: 16F-01, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru Air Itam, 11600 Penang.
Tech Dome Penang
Bercuti sambil belajar di Tech Dome Penang! Bawa anak-anak teroka dunia sains yang menakjubkan. Sebanyak 150 pameran di tujuh galeri berkaitan sains dan teknologi dipaparkan. Tech Dome Penang diwujudkan bertujuan menimbulkan rasa minat bidang sains terhadap kanak-kanak dan remaja.
Sambil bercuti anak-anak juga dapat belajar dan mencuba pelbagai aktiviti serta permainan yang menarik seperti gelongsor G-Drop. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman bercakap dengan robot. Tiket masuk serendah RM 16 sahaja. Jika anda datang bersama keluarga, ambil pakej keluarga yang berpatutan agar lebih jimat.
Waktu operasi: Setiap hari | 10.00 pagi – 7.00 petang
Alamat: Geodesic Dome, KOMTAR, Jln Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.
Tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak mesti dimasukkan dalam percutian anda bersama keluarga. Anak-anak juga perlukan masa untuk bermain. Sambil bermain, fizikal menjadi cergas dan minda berkembang. Jika anda ingin meneruskan perjalanan ke Perlis, kami ada sediakan beberapa artikel berkaitan untuk rujukan anda iaitu: