15 Tempat Menarik Di Pahang Untuk Percutian Tenangkan Fikiran Dan ‘Cool Travel’
Mencari tempat menarik di Pahang?
Negeri Pahang Darul Makmur merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai keindahan alam semula jadi. Tambahan pula, kebanyakan kawasan di negeri pahang tidak terusik oleh arus permodenan.
Ini menjadikan ia sebagai sebuah tempat yang amat baik untuk dijadikan sebagai sebuah destinasi percutian yang menenangkan minda. Jom kita lihat 15 tempat menarik di Pahang sesuai untuk percutian yang menenangkan fikiran dan merehatkan minda anda.1. Genting Highland
Tempat menarik di Pahang yang terkenal ini merupakan sebuah ikon percutian di Tanah Tinggi. Genting highland juga mempunyai sebuah taman temanya yang tersendiri. Taman tema ini penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik.Selain daripada taman tema ini, para pengunjung juga boleh menaiki cable car untuk ke GO (GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS) yang menawarkan pelbagai harga yang berpatutan. Cable Car di sini mempunyai 2 jenis iaitu genting Skyway dan Awana Skyway.
Anda juga boleh membeli belah di Sky Avenue. Untuk para pelancong yang ingin merasakan suasana di alam salji, boleh mengunjungi Snow World dengan kadar bayaran yang berpatutan. Untuk para pelancong yang bukan beragama Islam dan gemar untuk ke Casino, anda berada di slot yang betul kerana Genting Highland ini terkenal dengan Sky Casino yang dikawal rapi oleh pengawal dan pemeriksaan senjata api.
Tempat menarik di Pahang ini adalah sebuah tempat percutian yang terbaik dan sesuai untuk semua golongan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia dan serba lengkap.
2. Muzium Masjid Sultan Abdullah
Muzium Masjid Sultan Abdullah adalah sebuah masjid yang telah dinaik taraf kepada muzium dan siap pada Julai 2015 yang lalu. Tempat menarik di Pahang ini berfungsi untuk menyimpan pelbagai artifak islam negeri Pahang.Muzium ini adalah sebuah muzium yang berkonsepkan muzium dalam taman. Walaupun dikenali sebagai tempat kunjungan utama umat islam, muzium ini juga dibuka untuk semua pelancong tidak mengira bangsa dan agama.
Keistimewaan muzium ini adalah masih mengekalkan reka bentuk asalnya yang berbentuk ‘morish’. Dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin dan masuk adalah percuma.
3. Boat Tour & Water Sport (Kuala Rompin)
Kuala Rompin adalah sebuah tempat yang dikenali ramai sebagai tempat kunjungan untuk para peminat sukan air dan memancing. Kuala Rompin sering dikaitkan dengan Boat Tour yang peramah dan ikan-ikan yang besar yang dapat ditangkap oleh para pemancing di sana.Pelbagai syarikat telah menyediakan perkhidmatan Bout Tour & Sport di Kuala Rompin sekaligus menjadikannya sebagai tempat menarik di Pahang untuk anda bersantai dan menenangkan diri.
Diantaranya ialah LXF Fishing Adventures,Sport Fishing Asia dan Billseeker Sportfishing. Selain itu, Kuala Rompin juga terkenal dengan aktiviti meluncur iaitu Shamrock Watersport.
4. Bukit Pelindung Recreational Rorest
Bukit Pelindung Recreational Park merupakan destinasi utama pelancong-pelancong yang gemar dengan aktiviti pendakian. Keistimewaan bukit ini adalah sesuai untuk semua peringkat umur kerana keadaan tanah yang tidak licin dan curam yang membahayakan para pendaki.Udaranya juga sangat menyegarkan dan bersih . untuk proses pendakian hanya mengambil masa selama 3 hingga 4 jam sahaja untuk sampai ke puncak. Selain daripada pendakian bukit pelindung ini juga boleh digunakan untuk berjogging dan sebagai trek basikal untuk pengemar basikal.
5. Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang tidak asing lagi daripada pemikiran para pelancong tempatan mahupun luar negara. Pulau Tioman kaya dengan keindahan pemandangan, kecantikan pantai dan pulaunya telah memukaukan mata para pengunjung.Antara bandar yang terkenal di tempat menarik di Pahang ini ialah Tekek, Juara dan Kampung Genting. Di sana juga terdapat tempat pemuliharan telur penyu. Untuk pengetahuan anda, ia dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Anda boleh berkunjung ke tempat tersebut iaitu juara turtle project. Manakala untuk pengagngkutan yang disediakan adalah cataferry dengan tambang yang berpatutandan bertaraf antarabangsa.
6. Bukit Fraser
Bukit Fraser atau lebih dikenali sebagai Fraser’s hill merupakan salah satu tempat menarik di Pahang. Terkenal dengan kualiti udara yang tinggi dan bersih memacu ia menjadi sebuah tempat kunjungan utama rakyat tempatan dan kunjungan dari luar negara.Antara taman dan tempat semulajadi yang terkenal di sini ialah Jeriau Waterfall, Allan’s Water, Maxwell Trail dan Abu Suradi Trail. Selain itu, tempat lawatan dan permainan adalah seperti Taman Awam Bukit Fraser, The Poddock dan Glasshouse Fraser’s hill.
Sungguh merugikan sekiranya anda berkunjung ke negeri Pahang Darul Makmur tetapi tidak singgah di sini. Ia juga adalah salah satu daripada mercu tanda pelancongan di negeri Pahang Darul Makmur.
7. Janda Baik
Janda baik bukanlah janda wanita wahai para pembaca sekalian! Ia adalah sebuah tempat menarik di Pahang yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan belum terkenal di antara pelancong luar negara.Janda baik ini terkenal skop percutian semula jadi yang berdekatan dengan hutan. Antara tempat yang menarik di Janda Baik ialah d’villa janda baik, ena’s place, al-sakinah eco resort dan banyak lagi.
Selain itu, antara tempat lawatan yang terkenal di sana ialah janda baik riverside, newera organic farm dan coniferous forest. Jadi apalagi, jom kita war-war kan kepada semua dan bercuti di sini.
8. Sungai Lembing
Sungai lembing adalah sebuah tempat menarik di Pahang yang terletak kira-kira 60 km daripada Kuantan. Sungai lembing terkenal dengan keindahan air terjunnya yang dikenali sebagai Rainbow Waterfall. Ia dikelilingi dengan bukit-bukit dan kawasan yang menghijau.Selain itu, sungai lembing ini juga terkenal dengan muzium sungai lembing yang menempatkan pelbagai maklumat dan bukti yang membuktikan sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di kawasan tersebut. Alang-alang berjalan-jalan di Sungai Besi ini, apa salahnya sekiranya kita mengunjungi Muzium ini.
9. Kuala Tahan
Kuala Tahan dikenali sebagai pintu masuk Taman Negara Malaysia yang berkeluasan 4343 km persegi bagi para pengunjung yang mencintai alam sekitar. Anda boleh melawat Kuala Tahan dan memasuki Taman Negara di sini.Para pengunjung tidak perlu risau mengenai penginapan kerana pelbagai kemudahan penginapan disediakan. Antara penginapan yang agak terkenal dalam kalangan pengunjung adalah Mutiara Taman Negara Resort, Tebing Guesthouse dan banyak lagi.
Para pengunjung yang mengunjungi kawasan ini sungguh bernasib baik kerana dapat menikmati keindahan dan kesegaran udara di kawasan yang penuh dengan flora serta fauna di sana.
10. Temerloh
Temerloh merupakan sebuah bandar yang kedua terbesar dari segi pembangunan selepas Kuantan. Terletak kira-kira 40km dari bandar Temerloh, sebuah gunung yang dikenali sebagai Gunung Senyum Recreational Park boleh anda lawati di sini. Ia tidak seberapa terkenal dalam kalangan pelancong kerana kurang terdedah kepada para pelancong sebagai salah sebuah tempat yang terkenal di sana.Namun, Gunung Senyum Recreational Park adalah sebuah tempat menarik di Pahang dan tempat pendakian yang amat diminati oleh para pendaki. Keadaan gunungnya sepi dan dikelilingi dengan bunyi-bunyian hutan yang amat menyenangkan minda para pendaki.
Gunung ini juga dikelilingi dengan pokok getah yang berbaris tersusun dengan rapi di sesetengah kawasan. Gunung ini juga mempunyai beberapa gua yang boleh anda terokai.
11. Cherating
Cherating adalah sebuah kawasan lembap yang terkenal di Pahang. Sama ada Sungai Cherating mahupun pantai Cherating, kedua-duanya terkenal dengan keunikannya yang tersendiri.Para pelancong dapat menikmati pelbagai aktiviti pantai seperti Satusuku Surf, Kamsurf dan banyak lagi. Ini disebabkan keadaan pantai yang baik dan sesuai untuk pelbagai aktiviti. Manakala, Sungai Cherating yang penuh dengan ketenangan dan keindahan alam pula mempunyai Cherating Firefly yang memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati kecantikan cahaya pancaran kelip-kelip di Sungai Cherating ini.
Cerating Firefly ini menawarkan harga yang berpatutan untuk para pengunjung tanpa mengenakan caj tambahan. Jadi amat merugikan untuk anda sekiranya ke negeri Pahang dan tidak melawati kawasan Cherating ini.
12. Jerantut
Jerantut merupakan sebuah daerah yang terbesar di negeri Pahang yang mempunyai tempat menarik untuk percutian anda. Antara tempat menarik di Pahang adalah Gua Kota Gelanggi. Gua Kota Gelanggi merupakan sebuah gua yang dikenali ramai oleh para pelancong tempatan dan luar negara.Di dalam gua ini, anda dapat melihat keadaan gua yang sungguh cantik. Dengan bentuk-bentuk stalagmite yang mengagumkan yang terbentuk selama beratus-ratus tahun. Selain itu, Jerantut juga mempunyai East Coast Line. Lebih dikenali sebagai Jerantut Railway Station, ia menjadi tempat tumpuan pelancong kerana keadaannya yang bersih, cantik dan dikelilingi gerai-gerai makanan yang sedap dan murah.
Keunikannya adalah merupakan salah satu kereta api yang menyusuri laluan hutan untuk ke destinasi seperti tumpat. Oleh sebab itu ia dikenali sebagai Jungle Line.
13. Tanah Rata
Tahukah anda, antara tempat menarik di Pahang yang terkenal di tanah rata adalah Cameron Highland. Cameron Highland merupakan sebuah tempat yang bersuhu sederhana di malaysia. Antaranya adalah Tea Estate,Rose Valley,Green View Garden dan banyak lagi.Bagi anda peminat Tea segar anda boleh berkunjung ke Tea Estate di sini. Keadaannya yang sungguh cantik menghijau melitupi tanah yang subur. Anda juga akan diajar cara untuk memetik dan membuat tea anda sendiri manakala untuk anda yang meminati kecantikan bunga-bungaan, anda boleh ke rose valley dan banyak lagi.
Suhu yang rendah di tanah rata ini amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan seperti bunga yang tidak mudah ditemui di tanah rata di negeri-negeri yang lain. Selain itu, sungguh merugikan sekiranya anda tidak datang ke Agro Teknologi Park In Mardi yang terletak di sekitar sini.
14. Bentong
Tempat menarik di Pahang berkonsepkan taman semulajadi yang menjadi perhatian para pelancong ialah Bentong Waterfall, Botanical Garden, Lentang Forest Recreational Park dan juga Kolam Air Panas. Jika anda inginkan keseronakan bermandi-manda, anda boleh ke Bentong Waterfall.Keadaan air terjun di sini sangat bersih dan terjaga oleh pihak bertanggungjawab. Bentong juga mempunyai botanical garden yang sesuai dilawati oleh para peminat alam semulajadi dan Lentang Forest Recreational Park untuk para pengemar aktiviti yang berkaitan dengan tumbuhan dan hutan-hutan. Kolam air panas juga terdapat di Bentong yang dikenali sebagai kolam air panas bentong yang di buka untuk kegunaan awam.
15. Brinchang
Adakah anda pernah terdengar mengenai tempat bernama Brincang? Brincang adalah sebuah destinasi yang amat baik untuk para pelancong yang amat meminati keindahan alam semula jadi. Tempat menarik di Pahang ini mempunyai pelbagai tempat yang cantik dan berasaskan alam semula jadi.Boleh menjadi satu kepastian bahawa anda tidak pernah mengunjunginya. Antara tempat menarik di sini ialah Mossy Forest, Rose Centre, Cameron Lavendar dan Gunung Brinchang.
Selain itu, Brincang mempunyai tarikan seperti Big Red Strawberry Farm,Kok Lim Strawberry dan Blue Berry Earthouse. Brincang adalah salah satu daripada tempat yang mempunyai suhu yang rendah di Malaysia.
Menarik kan tempat percutian di Pahang ini? Amat sesuai untuk percutian anda apatah lagi percutian yang penuh dengan ketenangan dan lebih cool! Jom baca tempat menarik di Yogyakarta, tempat menarik di Kota Tinggi dan tempat menarik di Klang.Rujukan:
- Tripadvisor
- Wikipedia
- Maisinggah