Rupanya Ini 12 Tempat Menarik Di Kampar Boleh Kunjungi Beramai-Ramai
Tempat menarik di Kampar untuk terjah.
Kampar adalah sebuah mukim Perak, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1887, bandar ini terletak di Lembah Kinta iaitu kawasan yang kaya dengan rizab timah. Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah iaitu Sultan Perak ketika itu.
1. Refarm Leisure Farm
Tempat menarik di Kampar ini sangat sesuai untuk anda datang bersama keluarga terutama sekali anak-anak. Untuk memudahkan anda, dibawah ini saya senaraikan beberapa aktiviti yang harus anda cuba di Refarm.
- Petting Zoo dan memberi makan kepada haiwan
- Berbasikal
- Kolam renang
- Jungle Treking
- Mengutip madu
- Padel boat
- Memancing
- Harga Tiket: RM 10 Dewasa / RM 5 Kanak-kanak
- Waktu Operasi: 9:00 a.m – 6:00 p.m
- Alamat: Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak
2. Kinta Tin Mining Museum
Muzium ini dibina bertujuan untuk mempamerkan artifak dan maklumat tentang sejarah perlombongan bijih timah. Tempat menarik di Kampar ini dibuka pada tahun 2012 dan merupakan inspirasi ahli perniagaan Tan Sri Hew See Tong yang dimana dia sendiri bekas pelombong bijih timah.
Pengunjung akan dipamerkan dengan pelbagai ilmu dan informasi mengenai sejarah perlombongan melalui video, patung ataupun gambar. Walaupun terdapat muzium bertemakan perlombongan yang lain seperti Muzium Sungai Lembing dan Han Chin Pet Soo, namun Kinta Tin Mining Museum tidak kalah hebatnya.
- Harga Tiket: Percuma
- Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang / setiap hari
- Alamat: Lot 126026,, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
3. Sahom Valley
Sahom Valley menawarkan kepada anda pakej agro dimana anda boleh melakukan aktiviti pertanian seperti memetik buah, menuai sayuran, memberi haiwan makan dan sebagainya.
Segala fasiliti lengkap disediakan bahkan kolam renang turut disediakan. Tempat menarik di Kampar ini juga sering disewa untuk diadakan majlis perkahwinan lokasi seminar dan sebagainya kerana ia lengkap dengan dewan, bengkel, surau dan lain-lain.
- Alamat: 31850 Kampar, Perak
4. Gua Tempurung
Suasana didalam gua sangat cantik apabila batu-batu gua memantulkan cahaya lampu yang bersinar ditambah terdapat beberapa batang anak sungai yang mengalir. Kira-kira 3 km panjang, tempat menarik di Kampar ini adalah salah satu gua terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Anda boleh menggunakan khidmat guide untuk membawa anda meredah gua ini. Terdapat dua pilihan iaitu perjalanan kering melalui jambatan atau perjalanan basah yakni lebih mencabar. Biarpun ia tidak sebesar Gua Mulu atau Gua Niah di Sarawak, tetapi ia sudah cukup membuatkan anda takjub dengan kehebatannya.
- Bayaran: RM 9 Dewasa / RM 6.50 Kanak-kanak
- Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung,, 31600 Gopeng, Negeri Perak
5. Bandar Agacia Kampar
Bangunan yang direka berwarna-warni mirip seperti di dalam filem-filem fantasi barat ini dikatakan tempat menarik di Kampar yang menjadi destinasi ramai pengunjung.
Destinasi ini sangat sesuai untuk berfoto memandangkan pemandangannya seperti berada di Riomaggiore Itali, Stockholm Sweden, Jodhpur India, Lima Peru dan Buenos Aires Argentina. Tak rugi untuk anda berkunjung ke sini.
- Harga Tiket: Percuma
- Alamat: Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910, Negeri Perak
6. Shellicious Kampar
Selain itu, harga yang ditawarkan di Shellicious ini juga amat berbaloi dengan rasa makanannya yang lazat. Disamping makanan laut, Shellicious Kampar juga ada menyediakan juadah berkonsepkan western. Penat bersiar-siar, singgahlah di sini pula!
- Waktu Operasi: 4 petang – 11 malam
- Alamat: 2173, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak
7. Gunung Relau
Pendakian anda pastinya sangat mencabar dan menarik kerana sebelum sampai ke puncak, anda perlu melalui sebuah perkampungan orang asli. Jalan untuk tiba ke puncak juga agak berliku.
Percayakah anda, jika bernasib baik anda akan menjumpai bekas kotak peluru yang digunakan askar tatkala perang dunia kedua sedang berlangsung. Amat bersejarah juga ya tempat menarik di Kampar ini!
- Alamat: Kampar, Perak
8. Kelapa Leleh Kampor
Selain itu, terdapat juga menu lain yang menambat hati pengunjung seperti burger aiskrim leleh, vanila karamel, laksa dan macam-macam lagi. Gerai ini juga pernah tular di media sosial sehinggakan pengunjung datang berpusu-pusu datang mencuba kelapa leleh.
Tak sangka gerai ini adalah salah satu tempat menarik di Kampar yang mengenyangkan dan menjadi tumpuan orang ramai.
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad / 2 – 11 pm
- Alamat: Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
9. Gunung Bujang Melaka
Ramai pengunjung sering melakukan aktiviti perkhemahan disekitar kawasan gunung. Disampaing itu, gunung ini juga terkenal dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti kerana sering diadakan program motivasi di sini.
- Alamat: Kampar, Perak
10. Kampo Kampo Station
Bukan sahaja rasanya yang sedap malah harganya turut berbaloi. Dengan serendah RM 30, anda boleh mendapatkan ala carte steamboat . Berbaloi bukan? Kampo Kampo Station juga ada menyediakan perkhidmatan tempahan untuk majlis.
- Waktu Operasi: Rabu – Isnin / 11 pagi – 11 malam
- Alamat: No. 22, Persiaran Siswa, Taman Siswa, 31900 Kampar, Perak
11. Nasi Ayam Peladang Kampar
Selain itu terdapat juga makanan lain seperti mee bandung, kuey teow dan sebagainya. Gerai yang beroperasi sejak tahun 1992 ini menyediakan nasi ayam dengan tekstur nasinya yang lembut serta ayam yang digoreng bersama rempah ratus. Tidak dilupakan juga sambalnya yang mampu menusuk ke kalbu.
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu / 1 pm – 11 pm
Alamat: Medan Selera Batu Karang, 31900, Kampar, Perak.
12. Bronze Scupltures Of Confucius And Einstein Dan Kampar Merdeka Clock Tower
atung seberat 580 kg itu melambangkan kepercayaan dalam kesejagatan pembelajaran dan pemikiran dengan penumpuan kebijaksanaan dari Timur dan Barat. Kemudian, jika kebanyakan negeri di Malaysia seperti Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain mempunyai menara jam, Kampar juga turut tidak ketinggalan.
Menara yang dibina dengan hasil wang sumbangan penduduk setempat ini terpahat perkataan MERDEKA 1957. Hal ini kerana menara ini pernah digunakan untuk menyambut hari kemerdekaan kita buat pertama kalinya pada tahun 1957.
Tempat menarik di Kampar ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan itu, silalah mengimbau sejarah masa lalu dan jangan lupa bergambar ketika berada di kedua-dua lokasi ini.
- Alamat: Bronze Sculptures of Confucius and Einstein – Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Negeri Perak
- Kampar Merdeka Clock Tower – Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Jika datang ke Kampar singgahlah dahulu ke tempat-tempat menarik yang saya kongsikan. Jom lihat juga tempat menarik di Miri, tempat rekreasi di Selangor dan tempat bersejarah di Kelantan.