20 Tempat Menarik di Greece Amat Menakjubkan Pelancong
Lebih dari seribu pulau dan wilayah yang terbentang luas dari Laut Aegea selatan ke tengah-tengah Semenanjung Balkan, Greece adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia. Negara Eropah yang dikenali sebagai ‘negara terbenam matahari’ ini amat sinonim dengan pantai berpasir. Ia dikatakan sejarah kuno yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat barat pada hari ini dari pelbagai aspek.
1. Mata Air Acheron (Acheron Springs)
Mata air Acheron terletak di perkampungan Glyki dan Kanalaki yang bersempadan dengan Preveza dan Thesprotia. Perairannya kristal dan kaya dengan flora turut merangsang aliran air dan tasik di sepanjang sungai. Selain dari ketenangan dan kedamaian, anda juga boleh menemui restoran indah di sini. Tempat menarik di Greece ini sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti ‘hiking’ dan merakit.
Tahukah anda mitos di Mata Air Acheros ini? Dalam mitologi Yunani, Zeus berasa jijik apabila Titans mengambil bahagian dalam perairan Acheron dan telah menyumpah (mengutuk) perairan tersebut lalu menenggelamkannya di bawah bumi selama-lamanya. Maka dengan itu, terjadilah Mata Air Acheron akibat tenggelamnya Sungai Acheron suatu ketika dahulu.
2. Lefkada
Lautannya biru dan pasir pantainya keemas-emasan merupakan keindahan mutlak bagi pelawat dan dikatakan amat mirip dengan Caribbean. Selain itu, terdapat banyak kedai ikan serta perkampungan indah dengan persekitarannya yang subur menghijau. Pantai Egremi, Kathisma dan Porto Katsiki juga adalah destinasi menakjubkan dan sesuai untuk kaki-kaki fotografi untuk mengambil gambar.
3. Zagori
Jambatan batu yang dibina pada abad ke 18 masih lagi utuh berdiri. Tempat menarik di Greece ini termasuklah Tasik Alpine Drakolimni yang indah dan jambatan batu Kalogeriko. Jambatan Batu Kalogeriko merupakan permata berharga bagi aktiviti perlancongan dilakukan.
Anda pasti teruja melihat perairan semulajadi Ovires pada musim panas, Biara Agia Paraskevi yang dibina pada abad ke 15 dan pemandangan melankolis yang menakjubkan dari biara Spileotissas di Sungai Viodomatis. Tak sabar rasanya nak ke Zagori.
4. Kubu Monemvasia (Monemvasia Fotress)
Kubu Monemvasia yang mempamerkan Gua Kastania juga dikatakan adalah tarikan ikonik pulau-pulau yang terbentuk berjuta-juta tahun lalu dengan banyak keajaiban geologi yang jarang berlaku. Kawasan ini juga lengkap dengan gereja dan kafe terdekat. Selain itu, tugu-tugu yang sering dikunjungi adalah Gereja Besar Aghia, Gereja Kecil Christ Helkomenos dan Gereja Panaghia Myrtidiotissa.
5. Tasik Kerkini (Lake Kerkini / Kerkini Lake)
Tasik Kerkini adalah rumah beribu-ribu burung terlindung dan jarang ditemui serta pelbagai jenis ikan. Ia juga menawarkan pemandangan hebat dari gunung Krousia dan Belasica. Selain dihuni lebih daripada 227 jenis burung bukan migrasi, Kerkini juga merupakan tempat bagi kerbau, 10 spesies amfibia, 19 spesies reptilia dan beratus-ratus jenis serangga.
Terletak di Serres dengan Thessaloniki 100km jauhnya, Kerkini adalah gedung bagi pemerhati burung pada musim luruh dan musim panas serta setiap hari sepanjang tahun. Empangan yang dibina disini juga terkenal dengan aktiviti bot perahu tradisional yang romantis, menunggang kuda, berkanu, berbasikal dan mendaki di sepanjang laluan pejalan kaki.
6. Bandar Nafplio
Bukan itu sahaja, tempat menarik di Greece ini juga membolehkan anda melihat puncak bukit Ottoman, dinding purba, patung, dan monumen bangunan neoklasik dan Venetian. Jaraknya dengan bandar Athens hanya 94 kilometer, membolehkan anda menaiki bas atau kereta untuk ke sana.
7. Sungai Voidomatis (Voidomatis River)
Antaranya adalah berkayak, berakit dan pelbagai sukan air yang lain. Voidomatis terletak di atas senarai sungai paling bersih di Eropah yang dikendalikan oleh Taman Negara Vikos-Aoos. Ia dipenuhi oleh jambatan batu seperti Jambatan Kledonas dan Jambatan Aristi di mana para peminat kayak dan rakit bertemu serta memulakan pengembaraan mereka menuju ke perairan yang jernih.
8. Taman Negara Gunung Olympus (Mount Olympus National Park)
Dalam mitologi Yunani, Gunung Olympus terkenal sebagai tempat kediaman 12 dewa Yunani purba. Taman Negara Gunung Olympus kaya dengan flora dan fauna dengan spesies tumbuhan sebanyak 1700 yang jarang ditemui, malah telah tersebar di seluruh rantau ini.
Oleh sebab tempat menarik di Greece ini amat popular, banyak tapak perkhemahan dan hotel murah telah dibina dan berkembang. Litochoro adalah kampung utama yang mudah diakses dari Athens dengan kereta api dan bas. Selain itu, Muzium Arkeologi Purba Dion di dasar Gunung Olympus mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang kesini.
9. Thassos
Terdapat aktiviti sukan air yang boleh anda lakukan di sini seperti selaman skuba, ski air dan sebagainya. Selain itu, tempat pemujaan dewa dan pahlawan Yunani iaitu Artemis, Poseidon dan sebagainya pun berada di sini.
10. Teater Delphi, Phocis (Delphi Theatre, Phocis)
Dibina sebagai tempat perlindungan suatu ketika dahulu, 35 baris tempat duduknya dapat menampung sehingga 5,000 tetamu yang pada zaman purba menikmati drama, bacaan puisi, dan acara muzik. Jadi, jika anda datang ke Greece, jangan lupa melawat Delphi ya.
11. Pulau Naxos (Naxos Island)
Menariknya, Pulau Nexus membolehkan anda berenang, melakukan sukan air dan bersantai. Terdapat perkampungan dan bandar-bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan rumah berbentuk kubu serta rumah-rumah Venetian abad pertengahan yang menakjubkan.
12. Bandar Mystras, Peloponnese (Mystras Town, Peloponnese)
Tapak arkeologi bagi tempat menarik di Greece ini terdiri daripada gereja-gereja Byzantine yang dipelihara dengan baik dan kubu yang kuat pada suatu ketika dahulu. Bagi anda yang sukakan bidang arkeologi, jangan lupa datang ke Bandar Mystras apabila anda bercuti di Greece.
13. Pulau Rhodes (Rhodes Island)
14. Samaria Gorge, Crete
15. Pulau Kefalonia (Kefalonia Island)
16. Pulau Zakynthos (Zakynthos Island)
Terdapat pelbagai aktiviti seperti selaman skuba, tempat bersiar-siar dan banyak lagi aktiviti yang menarik disini boleh anda lakukan. Amat rugi jika tidak datang ke sini jika melancong ke Greece.
17. Pulau Santorini (Santorini Island)
Boleh dikatakan kebanyakan kedai yang menjual poskad di Greece terpampang gambar pulau Santorini ini. Ia juga dikatakan salah satu tempat menarik di Greece boleh anda kunjungi.
18. Monumen Parthenon Acropolis, Athens
Terletak di tengah-tengah ibukota Greece, runtuhan kuil kuno di Acropolis ini asalnya dibina untuk didedikasikan kepada dewi sulung Athena. Ia telah dibina selama beberapa dekad bermula 447BC.
19. Pulau Mykonos (Mykonos Island)
20. Bandar Heraklion (Heraklion City)
Kesimpulannya, pastikan anda memilih agensi perlancongan yang betul serta memilih waktu yang baik untuk sesi pelancongan sebelum anda ke Greece. Jangan lupa juga untuk semak pasport dan segala dokumen sebelum memulakan percutian ke Greece bagi mengelak kejadian yang tidak dingini berlaku. Selamat bercuti!
Jom baca juga tempat menarik di Hokkaido, tempat menarik di Da Lat dan tempat menarik di Hungary.
Rujukan: