13 Tempat Menarik Di Eropah, Destinasi Pelancongan [Kawan, Keluarga & Pasangan]
Jika dilihat dalam peta dunia, Eropah merangkumi pelbagai negara yang penuh dengan budaya, adat dan identiti yang tersendiri. Ia bermula dari zaman Renaissance lagi dimana berlaku pertemuan antara revolusi Perancis, Sepanyol dan mitologi Yunani. Negara yang penuh dengan campuran tamadun moden dan kuno ini menjadi tumpuan para pelancong seluruh dunia kerana lokasinya amat indah dan menarik.
Bercuti di Eropah sememangnya idaman semua orang apatah lagi anda yang belum pernah melancong ke luar negara, pasangan yang ingin berbulan madu dan sebagainya. Namun, bahagian Eropah manakah menjadi pujaan hati dan tempat percutian idaman anda? Jom lihat tempat menarik di Eropah sesuai untuk destinasi percutian anda.
1. London, England
Percutian di London adalah pilihan terbaik kerana ia merupakan tempat menarik di Eropah yang amat rugi jika anda lepaskan peluang. Terdapat pelbagai lokasi romantis di sini seperti Muzium Victoria dan albert dan Shakespeare Globe Theater iaitu rumah terbuka yang membolehkan anda menonton Teater “Romeo and Juliet”.Selain itu, anda juga boleh mengenali budaya London dengan mengunjungi kota muzium yang terdapat di sini. Muzium di sini amat terkenal kerana ia meliputi hal-hal dunia secara tidak langsung. Banyaklah maklumat yang boleh anda peroleh di sini. Jangan lupa juga berkunjung ke Sungai Thames untuk menikmati keindahan dan pemandangan indah bersama pasangan anda.
2. Paris, Perancis
Paris yang merupakan tempat menarik di Eropah ini sering dianggap tempat yang paling romantik di dunia. Mana tidaknya, di sinilah letaknya eiffel Tower yang menjadi simbol percintaan bagi setiap pasangan. Sama ada bersama pasangan, keluarga atau kawan-kawan, menara Eiffel ini adalah tempat menarik yang seharusnya anda kunjungi.Kota Cahaya ini juga mempamerkan pemandangan kota di Basilica Sacre-Coeur yang terletak di Jalan Montmartre. Anda juga boleh melakukan window shopping di sepanjang Champs Elysees. Untuk mereka yang meminati karya klasik pula, museum Louvre dan Centre Pomdidou perlu ada dalam senarai percutian anda. Barulah dapat menikmati seni dan budaya Eropah dengan seronoknya. Selain itu, Pont Neuf yang merupakan jambatan tertua di Paris juga boleh anda lawati selama berada di dunia Eropah.
3. Calabria, Itali
Keluarga pasti sukakan pemandangan Calabria, Itali yang amat sinonim dengan laut ini. Calabria adalah tempat menarik di Eropah yang berkonsepkan kampung kecil yang cantik berdekatan lautan. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti berjemur di bawah matahari, bermain air laut dan ombak, bersiar-siar, mengumpul gambar yang cantik dan lain-lain lagi. Inilah masanya untuk anda meneroka kampung kecil yang indah ini.Selain itu, anda juga boleh mengunjung Taman Negara Pollino (Pollino National Park). Ia adalah kawasan perlindungan yang terbesar di Itali. Jika ingin bersiar-siar, sememangnya Taman negara yang cantik ini adalah pilihan utama anda sekeluarga.
4. Granada, Sepanyol
Tempat menarik di Eropah yang sesuai untuk anda dan keluarga kunjungi adalah di Granada, Sepanyol. Pemandangan kota yang indah dan susunan rumah yang teratur menjadikan kota ini sangat kemas dan cantik. Kebanyakan pelancong yang memilih untuk ke sini amat sukakan seni bina rumah, hasil hiasan kuno serta pemandangan alam semulajadi bandar ini. Terdapat banyak tempat menarik boleh anda lawati di sini seperti Alhamra, Capilla Real, The Gypsy Quarter of Sacromonte, Parque de las Ciencias dan lain-lain lagi.
5. Rom, Itali
Rom adalah ibu kota negara Itali yang amat terkenal di Eropah. Pastinya tempat menarik di Eropah yang boleh anda kunjungi adalah Rom. Ia penuh dengan tempat bersejarah seperti monumen Colosseum dan Basilika Santo Petrus dan lain-lain lagi. Anda juga boleh melihat karya seniman agung iaitu Michelangelo dan Botticelli yang dikenali ramai pada zaman kesenian benua Eropah berkembang.Bangunan lama dan pemandangan yang menakjubkan di sini juga adalah tumpuan para pelancong ke sini. Menariknya, anda boleh bersiar-siar pada waktu malam di beberapa air panjut yang dapat memakbulkan impian anda mengikut mitos penduduk iaitu di Trevi Fountain dan Piiazza Navona.
6. Berlin, Jerman
Tempat menarik di Eropah ini tidak terkecuali adalah Berlin, Jerman. Ia menjadi destinasi mereka yang meminati sejarah kerana terdapat banyak tempat percutian bersejarah di sini. Setiap tempat pasti mempunyai kisahnya yang tersendiri. Anda boleh mengunjungi Museum Dahlem dan Museum Charlottenburg. Lakarkan memori indah anda bersama keluarga di sini. Berlin juga adalah sebuah kota yang cantik sesuai untuk anda bergambar.
7. Bled, Slovenia
Bled, Slovenia seakan-akan pulau yang dikelilingi lautan biru. Ia adalah Lake Bled yang mempunyai tarikannnya tersendiri. Tasik yang paling menakjubkan di dunia ini membolehkan anda menenangkan fikiran dan pergi jauh daripada semua orang. Cukuplah merasai suasana lautan, menghirup udara segar dan terhindar daripada bunyi bising selama ini. Anda juga boleh melawat ke Istana Bled dan Muzium Bled di sini.
8. Santorini, Greece
Eropah tidak kurang hebatnya mempunyai tempat percutian tercantik seperti Santorini yang terletak di Greece. Tempat menarik di Eropah ini adalah tempat perairan terbaik yang amat indah untuk bercuti. Anda boleh melihat pemandangan laut dan gunung berapi aktif besar di tengah laut. Hebat bukan?Bukan sahaja ia sesuai untuk bergambar tetapi ia juga sering dijadikan sebagai destinasi berbulan madu. Bangunan di sekitar sini juga amat bersih, indah dan menakjubkan. Seolah-olah ia adalah tempat tercantik di dunia. Pasti anda akan bangga sekiranya dapat bercuti di benua Eropah ini.
9. Ittoqqortoormiit, Greenland
Ittoqqortoormiit berada di bahagian timur Greenland yang mempunyai lebih kurang 550 penduduk di sini. Ia adalah salah satu kota terpencil di Greenland, tetapi kota ini amat menakjubkan di Greenland. Sudah tentu ia juga merupakan tempat menarik di Eropah yang boleh anda kunjungi.Dahulunya, kota ini pernah mengalami keruntuhan yang menyebabkan terdapat sisa-sisa arkeologi di sini. Ia adalah tempat yang amat sejuk dan sinonim dengan haiwan anjing laut, muskoxen serta beruang kutub. Selalunya, orang akan menaiki penerbangan dari Iceland dan kemudiannya mengambil helikopter ke sini.
Semestinya ia amat terpencil dan menarik. Sesuai jika anda ingin pergi jauh dari semua orang. Menariknya, pemandangannya cantik, suasananya pula sejuk. Anda patut sekali dalam sejarah tiba di sini.
10. Tromsø, Norway
Tempat menarik di Eropah yang perlu menjadi pengalaman anda dan rakan-rakan adalah Tromso, Norway. Jangan nafikan keindahan tempat ini kerana ia tidak mungkin dapat dilihat di negara kita. Terdapat fenomena keajaiban cahaya dimana anda boleh melihat Northern Lights di antara bulan Oktober sehinggalah bulan March setiap tahun.Cahaya menakjubkan ini disebut sebagai cahaya utara atau Aurora Borealis. Untuk pengetahuan anda, Tromso adalah bandar terbesar di Utara Norway yang terletak dalam 350 km (217 batu) dari Garisan utara artik. Anda boleh melihat pelbagai rekaan rumah kayu abad ke 18 yang sangat cantik di bandar ini.
Suhu di sini amat sejuk sehingga mencecah 10 darjah selsius. Tempat yang bersalji ini amat menarik apatah lagi jika anda keluar di malam hari untuk menyaksikan cahaya Aurora. Cahaya utara akan keluar di sebalik lembah gunung kaki langit, oleh itu anda harus cari port yang sesuai untuk menyaksikannya. Selalunya orang ramai akan menyaksikannya di tepian tasik sebuah perkampungan di situ.
11. Goreme, Turki
Goreme, Turki adalah salah sebuah negara Islam yang unik serta memiliki peradaban Asia dan Eropah. Tempat menarik di Eropah ini mempunyai pemandangan kota yang amat luar biasa kerana ia tidak sama seperti bandar-bandar yang lain. Perbezaannya adalah dari segi bentuk binaan rumah, destinasi tempat menarik yang unik, khazanah alam di sini dan banyak lagi.Selain mempunyai tempat sejarah, Goreme juga mempunyai tempat percutian yang membolehkan anda beraktiviti di sini. Jadi, anda takkan bosan dengan menikmati pemandangan sahaja, banyak perkara boleh anda lakukan. Love Valley membolehkan anda bersepeda, hiking, melihat belon berterbangan dan melakukan aktiviti sesi fotografi lagi.
Menariknya, anda boleh memorikan menara dan bangunan yang diperbuat daripada batu-batu unik ini sebagai latar belakang gambar anda. Terdapat jugaTopografi Cappadocia seakan-akan dataran bulan yang gersang dan kering di sini. Begitu juga dengan letusan gunung berapi yang masih ada. Apapun, amat rugi jika tempat menarik di Eropah ini diabaikan begitu sahaja.
12. Amsterdam, Belanda
Kata orang, Amsterdam sangat sesuai untuk percutian bersama isteri, pasangan atau keluarga. Orang-orang di sini semuanya ramah dan mesra, tiada masalah untuk anda berkomunikasi dengan mereka. Bangunannya yang cantik, bersih dan indah ini pasti menjadi kegilaan ramai gadis untuk memiliki rumah di sini. Apa salahnya kan kalau sudah mampu?Ia adalah bandar yang meliputi kawasan kampung, tetapi sarat tempat taman bunga, tempat melepak yang indah, lorong dan juga jalan-jalan yang boleh anda lalu untuk bersiar-siar. Tempat menarik di Eropah ini termasuklah Vondel Park, Amsterdam Canal, Kampung Nelayan Marken, kincir angin di Zaanse Schans, Museumplein, Golendam Town dan banyak lagi.
13. Honolulu, Hawaii
Honolulu, Hawaii juga terkenal sebagai tempat menarik di Eropah kerana pemandangan matahari terbenamnya amat memukau dan menakjubkan. Selain itu, ia terkenal sebagai tempat perairan yang mempunyai pantai indah yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti air.Hawaii adalah tempat mandi-manda yang menyeronokkan sehingga pelancong luar negara akan datang ke sini untuk berendam dan berjemur semata-mata. Pada malam hari pula, anda boleh melihat suasana kehidupan malam yang meriah serta menikmati makanan lazat di restoran kota besar. Jangan lupa untuk berbelanja membeli cenderamata, barang perhiasan, pakaian baru sebagai kenang-kenangan anda di sini.
Berdekatan Honolulu Hawaii, anda boleh ke tempat menarik di Eropah berdekatan iaitu Muzium USS Bowfin, menaiki Koko Crater Trail, USS Arizona, pantai Waikiki dan lain-lain lagi. Jangan risau, inilah percutian menarik di Eropah untuk anda bersama keluarga tercinta.
Itulah dia 13 tempat menarik di Eropah yang boleh anda lawati bersama kawan-kawan, keluarga dan pasangan. Buatlah pilihan terbaik dalam memilih destinasi percutian. Bukan selalu pergi bercuti, jadi, pilihah destinasi yang sesuai dengan keinginan anda. Jom baca juga tempat menarik di Chiang Mai, tempat menarik di Frankfurt dan tempat menarik di Helsinki.