15 Tempat Menarik Di Da Lat, Vietnam Santai Dan Menyeronokkan
Pernah dengar sebuah tempat bernama Da Lat? Terletak di selatan Vietnam, Da Lat adalah sebuah lokasi menawan yang dikenali sebagai destinasi utama untuk berbulan madu di wilayah Vietnam. Da Lat terdiri daripada sebuah bandar gunung yang indah yang pernah menjadi stesen bukit semasa zaman penjajahan Perancis. Ramai pengunjung yang datang ke sini bercuti dan inginkan suasana yang sejuk dan menyegarkan.
Di sini, anda akan menemui senibina gaya Perancis nan indah di seluruh bandar. Jika anda menjelajah lebih jauh sedikit lagi, anda akan dapat melihat beberapa pemandangan terbaik di negara ini.
Di samping suasananya yang indah, kawasan-kawasan di Da Lat terkenal dengan tasik yang cantik, taman bunga, hutan yang subur serta bandar bukit yang terkenal. Tidak kurangnya dengan peminat ‘Jungle Trakking’. Bagi anda yang inginkan percutian santai dan menyeronokkan, jom lihat 15 tempat menarik di Da Lat.
1. Istana Musim Panas Bao Dai
Bao Dai terkenal sebagai maharaja terakhir Vietnam dan naik ke takhta itu pada usia 12 tahun. Beliau juga amat dikenali kerana memiliki istana musim panas di Da Lat yang dibina pada tahun 1933. Bao Dai menggunakan istananya sebagai tempat beristirahat musim panasnya apabila suhu terlalu panas di bahagian lain di Vietnam.Kini, anda boleh melawat dan melihat sendiri bagaimana struktur dan suasana tempat menarik di Da Lat yang terkenal ini. Masih banyak yang tidak berubah pada istana ini. Ia persis pada masa lalu dan dipenuhi dengan perabut-perabut serta harta benda milik Bao Dai.
2. Air Terjun Datanla
Air Terjun Datanla adalah salah satu air terjun yang paling terkenal di Da Lat. Anda boleh ke tempat menarik di Da Lat ini dengan mudah dari pusat bandar. Selain mengembara di air terjun, anda juga boleh menikmati satu siri adrenalin yang terdapat di sini iaitu menaiki sebuah roller coaster kecil yang akan membawa anda dari puncak jatuh ke kolam yang bersih di bawah.Boleh juga berjalan di sepanjang laluan sebelah air terjun untuk menikmati kabus dingin dan kolam yang bersih di bawah air terjun ini. Pasti menarik sekali!
3. Pagoda Linh Phuoc
Pagoda Linh Phuoc adalah salah satu kuil yang paling terkenal di negara ini dan mempunyai menara lonceng yang terletak pada ketinggian 37 meter. Ini menjadikan tempat menarik di Da Lat ini sebagai menara loceng tertinggi di seluruh Vietnam.Terdapat dewan tengah berwarna-warni yang mempunyai siri mural yang menceritakan kisah kehidupan Buddha. Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut mengenai sejarah agama Buddha, maka ini adalah tempat yang bagus untuk anda kunjungi. Untuk pengetahuan anda, pagoda ini terletak berhampiran tasik yang sangat subur dan indah.
4. Taman Bunga Da Lat
Da Lat telah membuat nama untuk dirinya sendiri di Vietnam berkat pemandangan yang terlalu cantik. Taman bunga di sini tidak terkecuali keindahannya, salah satunya adalah Taman Bunga Da Lat.Anda b0leh melihat keindahan Dalat Flower Gardens yang merangkumi sekitar 7,000 meter persegi ini sebagai buktinya. Taman Bunga ini mempunyai lebih daripada 300 jenis bunga yang berwarna-warni. Salah satu perkara yang menakjubkan mengenai taman bunga Da Lat adalah bunga-bunga tersebut mekar pada masa yang berlainan tahun.
Anda dijamin dapat melihat sesuatu yang menarik pada bila-bila masa ketika anda kunjungi ke sini. Jika anda mahu melihat taman yang paling cantik, datanglah melawat ke sini pada musim panas.
5. Pasar Da Lat
Tempat menarik di Da Lat juga terdiri daripada Pasar Da Lat. Pasar Da Lat adalah tempat yang baik untuk dikunjungi jika anda ingin melihat suasana yang lebih tradisional di bandar ini.Di sini anda akan menemui kira-kira 1,000 buah kedai yang terletak di beberapa bangunan dan penuh dengan jualan mereka di sini. Pelbagai rempah ratus dan jenis daging segar turut dijual di sini. Menariknya, kedai-kedai bunga yang cantik serta gerai-gerai yang menjual botol wain tempatan juga boleh anda lihat.
Pasar Da Lat merupakan salah satu tempat yang baik untuk anda mendapatkan beberapa kraftangan tempatan seperti tekstil dan cenderahati lain. Jika anda datang ke Da Lat, jangan lupa singgah di sini ya.
6. Tasik Xuan Huong
Xuan Huong Lake adalah tasik buatan manusia yang juga merupakan salah satu mercu tanda utama Da Lat. Tasik ini dikelilingi oleh taman-taman yang rimbun yang penuh dengan bunga serta tumbuhan asli yang cantik.Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah berjalan-jalan pada waktu petang sambil menikmati keindahan pemandangan Tasik Xuan Huong. Di sepanjang tepi tasik, anda akan menemui pokok willow dan pokok peach yang redup.
Terdapat beberapa kafe kecil di mana anda boleh minum petang sambil menikmati suasana yang tenang. Aktiviti popular lain yang boleh dibuat di tasik ini adalah menunggang kuda serta menaiki bot.
7. Stesen Kereta Api Da Lat
Stesen Kereta Api Da Lat telah dibina pada tahun 1943. Walaupun kecil, tempat menarik di Da Lat ini dapat memberikan kepada anda gambaran yang besar mengenai bagaimana orang ramai akan mengembara pada zaman dahulu.Anda boleh melihat tingkap tiket tradisional dan kereta api stim yang masih ada di sini. Nak menaiki kereta api yang menggunakan kayu api sekitar 5 kilometer di atas gunung pun boleh. Ia berakhir di desa indah Trai Mar.
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah anda memerlukan empat penumpang untuk kereta api berjalan dan mungkin perlu menunggu jika tiada orang lain mahu menaikinya. Stesen kereta api Da Lat ini adalah antara tempat menarik di Da Lat yang menyeronokkan.
8. Pagoda Lam Ty Ni
Tempat menarik di Da Lat ini amat unik dan menyeronokkan. Lam Ty Ni Pagoda juga dikenali sebagai Kuil Mad Monk ini terdiri daripada biara kecil yang terletak di dalam taman tradisional.Terdapat sebuah galeri seni di lapangan berhampingan yang dikendalikan oleh penduduk biarawan Zen Buddha Vien Thuc. Oleh itu, anda boleh melawat biara serta melihat seni lukisannya di sini. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengambil lukisan tersebut untuk dibawa pulang. Untuk makluman anda Pagoda Lam Ty Ni ini merupakan salah satu tarikan premium di bandar Da Lat.
9. Kampung Lat
Lat Village, ia turut dikenali sebagai ‘Kampung Ayam’ kerana terdapat patung ayam besar yang berdiri di pintu masuk kampung ini. Terdapat beberapa legenda yang berkaitan dengan ayam di sini tetapi menariknya, anda boleh mempelajari mengenai kehidupan pendesaan di Vietnam.Tiada masalah untuk anda menikmati suasana berada dalam komuniti pertanian yang sibuk ini. Anda juga boleh membeli kraftangan tempatan di sini seperti tekstil kapas, wain tempatan dan kepingan sutera tradisional sebagai cenderahati yang baik untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
10. Air Terjun Pongour
Pasti teruja melihat Air Terjun Pongour yang berketinggian 20 meter ini sangat indah di pinggir Da Lat. Pada musim hujan, air terjun ini akan melebar kita-kira 100 meter yang bermakna bahawa ia merupakan air terjun terbesar di Vietnam.Semasa anda mendaki ke lokasi air terjun, anda akan dapat mendengar bunyi air yang terhempas walaupun masih jauh. Anda juga boleh merasai kesejukkan kabus pada hujung pendakian di Air Terjun Pongour ini. Ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan bukan?
11. Air Terjun Prenn
Air Terjun Prenn adalah salah satu tempat tarikan premium di Da Lat dan air terjun ini berketinggian 10 meter. Suasana di sini agak sesak dengan pengunjung pada hujung minggu dan sekitar cuti-cuti umum.Apa lagi, buatlah perancangan dengan sewajarnya bagi tarikh yang sesuai untuk anda ke air terjun ini. Kereta kabel juga disediakan di sini bagi anda menaiki ke puncak air terjun Prenn. Lokasi air terjun ini juga terletak berhampiran dengan Kuil Au Lac.
12. Muzium Lam Dong
Jika anda ingin belajar sedikit sebanyak tentang sejarah Da Lat, maka anda boleh datang ke Muzium Lam Dong. Di sini anda akan menemui sebuah galeri sejarah semula jadi yang indah dan mempunyai pelbagai jenis binatang ternakan seperti kucing liar serta gambar-gambar orang asli dari kawasan itu.Anda akan menemui galeri yang didedikasikan untuk orang Ma, Churu dan K’Ho. Nikmatilah koleksi pakaian tradisional, alat muzik dan kepingan upacara serta barangan antik seperti gambang batu yang diperbuat daripada batu yang dikatakan berusia 3,000 tahun di sini.
13. Taman Negara Bidoup Niu Ba
Taman Negara Bidoup Niu Ba adalah sebahagian daripada kawasan hutan yang tinggi di dataran Da Lat. Tempat menarik di Da Lat ini dipenuhi dengan kebun buluh serta tanah rumput. Ketinggian aras Taman Negara Bidoup Niu Ba ini adalah sekitar antara 650 hingga 2,288 meter.Anda juga akan menemui penjaga hutan dan masyarakat asli tempatan di sini yang akan membawa anda di sepanjang laluan tamna negara ini. Mereka akan menunjukkan anda mengenai semua spisies flora dan fauna yang terdapat di sini.
Pusat pelawat boleh anda singgah di mana anda boleh mempelajari sejarah dan budaya puak K’Ho Hill di pusat ini. Taman ini terletak sekitar 32 kilometer jauhnya dari Da Lat. Pasti seronok nak explore dan alami satu persatu kan!
14. Kafe Kereta Api Da Lat
Jika anda seorang peminat kereta api, anda tidak boleh melepaskan kafe yang unik di Da Lat ini. Kafe ini didirikan di dalam gerabak kereta api yang bermula dari zaman pemerintahan Perancis.Anda boleh memesan makanan dan minuman sambil menikmati gambar-gambar kereta api terkenal dari seluruh dunia yang menghiasi dinding. Tempat menarik di Da Lat ini terletak berdekatan Stesen Keretapi Da Lat. Bolehlah anda singgah di sini alang-alang ke Stesen Kereta Api Da Lat.
15. Pagoda Thien Vuong
Salah satu pagoda yang tercantik di Da Lat adalah Pagoda Thien Vuong yang biasanya dipanggil Pagoda Cina. Hal ini kerana, ia dibina oleh masyarakat tempatan Cina. Pagoda ini juga merupakan sebahagian daripada sebuah biara yang mempunyai tiga patung Buddha yang penting bermula pada abad ke-16.Pagoda ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Da Lat boleh anda kunjungi yang terletak di belakang bukit Da Lat. Jom datang ke sini dan minum-minum sambil menikmati udara segar!
Kesimpulannya, sebelum anda ke Da Lat, pastikan anda datang menerusi ejen perlancongan yang boleh dipercayai. Semak juga tentatif dan tempat-tempat yang bakal anda kunjungi. Pastikan harganya juga bersesuaian dengan bajet anda. Da Lat adalah lokasi menarik untuk percutian yang bakal berikan anda keseronokan!Jom baca juga tempat menarik di Hokkaido, tempat menarik di Greece dan tempat menarik di Hungary.
Rujukan