16 Tempat Menarik Di Banting. Kota Bersejarah Kesultanan Melayu Selangor!
Banting terletak di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor. Bila sebut sahaja Banting, pastilah Pantai Morib yang sinonim dengannya. Tetapi, bukan setakat ada Pantai Morib sahaja yang ada di Banting, banyak lagi tempat menarik yang best untuk anda lawati di sini.
Ada tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Banting. Nak lihat istana lama yang telah dibina oleh Sultan Selangor? Ha, anda boleh melawat istana ini yang terletak di Banting. Ini kerana Jugra pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Selangor, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad iaitu pada tahun 1859-1898.
Senang cerita, lawatan anda ke Banting, memang sesuai untuk semua peringkat umur. Ada tempat dan aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda juga di sini. OK! Jom kita lihat 16 tempat menarik yang terdapat di Banting, Selangor ini.
1) Masjid Sultan Alaeddin
Salah satu bangunan yang menyimpan sejarahnya sendiri yang anda boleh lawati di Banting adalah Masjid Sultan Alaeddin. Masjid Alaeddin atau Masjid Bandar ini merupakan salah satu masjid yang tertua di Selangor yang dibina pada awal 1900-an. Masjid ini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Alaeddin, iaitu Sultan Selangor ke-5.
Masjid ini telah digunakan oleh Sultan Alaeddin untuk menunaikan solat Jumaat. Mimbar masjid ini juga sering digunakan oleh baginda untuk menyampaikan khutbah.
Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada seni bina kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. Masjid tua ini telah didaftarkan oleh Jabatan Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2008 dan diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada tahun 1980.
Lokasi: Kampung Sawah Tengah, 42700 Banting
2) Bukit Jugra
Anda sukakan pemandangan yang cantik dan mendamaikan? Maka, anda harus menjejakkan kaki di atas puncak Bukit Jugra. Bukit yang berketinggian 400 kaki ini menawarkan pemandangan yang begitu indah sekali. Pemandangan di sini sangatlah indah. Dari puncak bukit ini, anda berpeluang menyaksikan panorama Sungai Langat, Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Pulau Carey. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil foto sebanyak yang mungkin agar dapat merakam pemandangan indah ini buat tatapan anda di masa akan datang.
Lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Bukit Jugra adalah aktiviti lasak paragliding. Memandangkan angin dari kawasan bukit ini agak kuat, maka ia cukup terkenal dalam kalangan peminat aktiviti lasak paragliding. Tempat ini memang terkenal dengan paragliding.
Tapi bukan semua berani nak lakukan aktiviti inikan, jadi bagi yang belum ada keberanian untuk cuba aktiviti paragliding ini, anda boleh meneroka hutan di Bukit Jugra ini. Bolehlah juga anda beriadah di sini sambal mengeluarkan peluh.
Lokasi: Bukit Jugra, 42700 Banting
3) Rumah Api Bukit Jugra
Selain itu, di atas Bukit juga juga terdapat rumah api untuk panduan pelayar di Selat Melaka. Bukan setakat ada 1 rumah api, tetapi 2. Rumah api yang pertama telah didirikan pada zaman jajahan British dan terletak pada ketinggian 146 meter dari aras laut. Rumah api yang kedua pula dibina lebih rendah dengan ketinggian 25 meter pada tahun 1976.
Bagi anda yang berpeluang ke Rumah Api Bukit Jugra anda dapat menikmati panorama indah sekitar Kuala Langat yang menyajikan pemandangan Laut Selat Melaka dan Sungai Langat.
Lokasi: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting
4) Balai Cerap Bukit Jugra
Selain rumah api, di atas Bukit Jugra juga terdapat balai cerap yang digunakan secara rasmi untuk mrlihat anak bulan terutama pada Bulan Ramadan. Balai cerap ini juga menjadi lokasi latihan ilmu falak menerusi kursus-kursus falak syarie yang di Negeri Selangor. Balai ini sering menjadi kunjungan pihak berwajib untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh-tarikh pertama setiap bulan mengikut kalendar Islam.
Lokasi: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting
5) Muzium Insitu Jugra
Hasil kerja-kerja ekskavasi dan pemuliharaan yang dijalankan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), kerajaan Selangor telah melancarkan Muzium Insitu Jugra. Muzium ini memberikan kita pelbagai info dan sejarah yang berusia lebih 100 tahun yang terdapat di Jugra. Malah pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor lama juga turut dipamerkan di sini
Muzium Insitu Jugra ditempatkan di dalam bangunan balai polis British yang dibina pada tahun 1878.
Muzium ini juga memuatkan penjara, mahkamah mini dan perigi lama. Selain itu, anda juga boleh melihat tapak cari gali serta hasil penemuan kerja-kerja ekskavasi di sini.
Lokasi: Jugra, 42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30 pm
6) Istana Bandar
Dibina pada tahun 1905, Istana Bandar adalah sebuah istana yang telah dibina dengan sentuhan peribadi Sultan Alauddin Riayat Shah sendiri. Baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-5 yang memerintah dari tahun 1898 hingga ke 1938.
Bangunan istana dua tingkat ini dihiasi dengan potret keturunan keluarga diraja pada dindingnya. Dari bahagian luar pula dapat dilihat seni bina gabungan pengaruh Melayu, Eropah, China, Timur Tengah dan India.
Lokasi: Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Percuma
7) Makam Sultan Abdul Samad
Bagi anda yang dalam perjalanan untuk ke Bukit Jugra itu, singgahlah terlebih dahulu ke Makam Sultan Abdul Samad. Baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-4 yang memerintah negeri ini dari tahun 1857 hinggalah ke tahun 1898.
Sampai sahaja di kawasan makam ini anda akan terlihat bangunan berwarna kuning yang berbentuk persis sebuah masjid.
Makam Sultan Abdul Samad adalah sebuah makam yang cukup indah berlatar belakangkan pokok-pokok yang mekar hijau. Makam baginda terletak di dalam bangunan ini, manakala makam isteri, anak serta cuci dan cicitnya pula terletak di bahagian luar.
Lokasi: Makam Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra, Jugra, Banting
8) Dataran Banting
Dah puas melawat tempat-tempat bersejarah di Banting, apa kata anda beraktivit santai bersama keluarga di Dataran Banting pula. Dataran Banting merupakan tempat riadah yang telah dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah taman permainan, trek berjogging dan pentas yang berbumbung. Bolehlah duduk-duduk ambil angin di sini sambal menemani anak bermain di taman permainan.
Lokasi: Dataran Banting, Taman Budiman, 42700 Banting
9) Paya Indah Wetland
Paya Indah Wetland adalah sebuah kawasan eko-pelancongan yaqng sesuai dilawati oleh anda sekeluarga. Ia pada asalnya adalah sebuah kawasan tanah lembap buatan manusia yang dibina pada tahun 1998 di atas tanah yang telah ditebusguna daripada aktiviti perlombongan bijih timah dan pengorekan pasir.
Penggalian yang ditinggalkan oleh kerja-kerja perlombongan ini telah diubah menjadi tasik yang kini menjadi habitat ikan, tumbuhan dan teratai sertabeberapa spesies hidupan eksotik, iaitu buaya dan badak air.
Pokok-pokok baru ditanam dan kini sudah matang, digabungkan pula dengan hutan yang masih hidup telah menarik pelbagai spesies burung, serangga dan haiwan untuk datang ke sini. Jadi kalu anda ingin memerhati burung di sini, jangan lupa bawa teropong ya.
Selain daripada berkelah di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti berbasikal, memberi makan badak air dan buaya, memancing dan berjalan kaki. Selain itu, kemudahan penginapan juga turut disediakn bagi mereka yang ingin menginap di sini dengan Harga Tiket serendah RM120 untuk semalam.
Lokasi: KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor
10) Pantai Kelanang
Pantai Kelanang adalah salah satu pantai pantai yang dapat di Banting. Pantainya berpasir putih yang terletak di sebalik pohon-pohon bakau. Namun begitu, air laut ini tidak begitu sesuai untuk dijadikan tempat bermandi-manda kerana ia agak berselut. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini hanya untuk bersiar-siar dan memancing ikan.
Jika anda ingin memancing untuk mendapatkan hasil laut yang segar, anda boleh menyewa bot yang terdapat di sini. Mana tahu dapat rezeki hasil laut yang banyak dan besar-besar.
Lokasi: Pantai Kelanang (GPS: 2.78946, 101.41217), Banting, Kuala Langat
11) Pantai Morib
Inilah dia pantai yang menjadi tumpuan pengunjung yang dtaang ke Banting. Kemudahan di sini sangat lengkap untuk mereka yang datang bersama keluarga atau sendiri.
Untuk pengetahuan, mereka yang berminat bolehlah berjalan di Dataran yang panjangnya dalam sekitar 400 meter. Memang syadu orang cakap dalau dapat berjalan dan menghirup suasana pantai. Sudah penat berjalan, anda boleh berehat-rehat di tempat-tempat redup pondok-pondok yang dibina di sini.
Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya, bermain bola sepak pantai, bermain layang-layang, bermain bola tampar, berjoging, berkelah, berehat di gazebo, mandi laut, menikmati pelbagai hidangan enak, memancing, bbq dan sebagainya.
Lokasi: Pantai Morib, Morib, 42700 Banting.
12) Pantai Batu Laut
Pantai Batu Laut dikelilingi oleh pokok-pokok bakau. Pantai ini sering menjadi pilihan jurugambar dan juga pasangan yang ingin mengambil foto pra-perkahwinan.
Pemandangan unik berlatar belakangkan pohon bakau ini menjadikan foto anda kelihatan sangat menarik dan rare! Jika anda berhajat untuk ke sini, pastikan fon anda cukup bateri untuk menaangkap gambar pemandangan di sini.
Lokasi: Pantai Batu Laut, Kampung Batu Laut
13) Tadom Hill Resort
Selain daripada paragliding yang anda boleh lakukan di Bukit Jugra, anda juga berpeluang melakukan aktiviti lasak yang lain seperti bergayut seperti tarzan dan terjun ke dalam tasik, berakit, abseiling, flying fox, ATV, bermain permainan papan, bola jaring dan macam-macam lagi di Tadom Hill Resort.
Bukan setakat beraktiviti lasak di sini, malah anda juga boleh menginap di sini kerana terdapat bermacam jenis penginapan yang disediakan dari pondok buluh hinggalah ke hammock.
Memang syok habis! Mana tidakya percutian anda di sini memang cukup pakej. Dapat beraktiviti lasak, dapat menikmati alam semula jadi yang segar dan juga dapat bermalam di resort yang alami untuk mendapatkan kelainan.
Lokasi: Tadom Hill Resort, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting
Waktu Aktiviti: 9.00am – 6.45pm
14) Gold Coast Morib Theme Park
Gold Coast Morib Theme Park merupakan lokasi mandi-manda yang agak terkenal di Selangor.. Tapi ramai diantara orang tempatan yang tidak pernah melawat ke Gold Coast Morib Theme Park dI Banting Selangor ini. Jadi jangan ketinggalan jika anda semua datang ke negeri ini maka admin sangat sarankan anda untuk pergi melawat kesini bagi melihat atau merasai sendiri pengalaman berbeza di Gold Coast Morib Theme Park dI Banting Selangor. Ya, pasti berbeza berbanding kamu mandi di di rumah sebelum ini!
Tarikan lain yang ditawarkan di sini adalah menaiki perahu kayuh, flying fox dan high rope. Apa yang anda nak cuba dulu?
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang disediakan di sini seperti Studio Room yang dilengkapi dengan jakuzi dan apartment 2 dan 3 bilik. Jikan anda mengambil penginapan di sini, harga telah dipakejkan dengan beberapa tiket ke taman tema air. Memang berbaloi untuk anda menginap di sini untuk 1 malam kerana anda sekeluarga boleh menghabiskan lebih banyak masa di taman tema air dan dalam masa yang sama dapat bercuti seperti di hotel.
Lokasi: Pt. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor
Harga Tiket: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM15
15) Kampung Endah
Kampung Endah adalah sebuah perkampungan nelayan yang terdapat di Banting. Jika anda sekeluarga ke sini, dapatlah anda melihat kehidupan seharian masyarakat di sini yang antaranya sibuk membetulkan jaring menangkap ikan dan melimpahkan hasil laut yang berjaya didapati.
Dah alang-alang sampai sini, rugi sangat kalua tak memborong hasil laut yang segar-segar di sini.
Lokasi: Kampung Endah, Banting
13) Rumah Dato’ Haji Sidek
Siapa yang tidak kenal dengan anak-anak Sidek yang menjadi jaguh dalam sukan badminton di negara kita pada suatu masa dahulu. Lagenda Anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Sehinggalah sekarang nama sepeti dato Misbun msih lagi didengari.
Kisah mereka juga pernah dinukilkan dalam siri animasi dan komik Anak-Anak Sidek. Kalau anda penggemar komik tersebut, pasti anda dapat lihat bagaimana rumah anak-anak Sidek ini dibesarkan. Gelanggang badminton yang menjadi tempat mereka memulakan langkah sebagai atlet negara dalam sukan badminton. Jadi, jika anda ke Banting, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri rumah mereka yang menjadi sejah bagi keluarga Haji Sidek.
Di hadapan rumah ini terletaknya Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek yang dibina untuk menunjukkan penghargaan atas kejayaan anak-anaknya di dalam sukan badminton.
Lokasi: Kampung Kanchong Darat, Banting
16) Kedai Kerepek
Untuk makluman anda, terdapat banyak tanaman ubi dan pokok pisang di daerah Banting ini. Jadi tidak hairanlah mengapa industri kerepek di sini membangun dengan meriah sekali. Berhampiran Pekan Banting terdapat beberapa kilang kerepek yang diusahakan oleh anak tempatan yang menjadi pembekal utama kerepek di Selangor. maka sudah semestinya menyebabkan meriahnya industri kerepek di sini sehingga wujudnya kedai-kedai yang menjual kerepek.
Sebelum anda bertolak pulang, singgah la di mana-mana kedai yang jual kerepek di sekitar Banting. Bolehlah jadi ole-ole dari Banting, malah harganya juga sangat berpatutan. Antara kedai kerepek yang agak terkenal Banting ini adalah Fazz Enterprise Kerepek House. Boronglah kerepek mana yang anda suka, mana tahu kalua beli banyak dapat diskaun.
Itulah dia 16 tempat menarik di Banting, Selangor yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Selamat bercuti ke Banting. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Kuala Selangor dan Tempat Menarik Di Shah Alam.