tempat menarik di baling
|

Tempat Menarik di Baling Untuk Pencinta Alam Semulajadi

Baling merupakan sebuah daerah di Kedah yang terkenal dengan kejadian Memali. Walau pun kejadian tersebut telah lama berlaku, namun sehingga ke hari ini lukanya masih dirasai oleh penduduk di sana.

Malahan semasa kami berada di sana untuk aktiviti anak angkat, awal-awal lagi kami sudah diingatkan supaya jangan sesekali buka cerita tentang kejadi Memali. Tahukah anda, yang sebenarnya terdapat banyak tempat menarik di Baling yang menjadi tumpuan para pelancong yang bercuti di sana.

tempat menarik di baling
Sumber: Flickr

1. Pekan Baling

Pekan Baling adalah sebuah pekan kecil yang mempunyai banyak kedai yang menjual barangan dengan harga yang sangat murah. Kalau anda merupakan pelawat dari bandar besar yang sudah biasa membeli barang dengan harga mahal, anda pasti terkejut melihat harga barangan yang dijual di Pekan Baling. Oleh itu, kalau anda bercuti di Baling, jangan lupa untuk membeli-belah di sini.

Menariknya, menurut pengunjung yang biasa membeli-belah di Baling, harga barang yang dijual di sini jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan di Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Tak hairanlah kenapa Pekan Baling menjadi destinasi membeli-belah rakyat Kedah walau pun senarai barangnya tak semeriah di Langkawi, nak-nak pula kalau nak ke Langkawi kena keluarkan duit untuk tambang feri.

Di antara barangan yang boleh anda borong di sini ialah pakaian dan peralatan rumah seperti periuk, kuali, pinggang mangkuk, cadar, toto, dan sebagainya. Kalau anda ada di Baling pada hari ahad, anda boleh pergi berjalan-jalan di Pekan Ahad. Pasar Taninya pula ada pada petang rabu. Kalau anda nak ke pasar malam, hari Sabtu pasar malam ada di pekan Baling, manakala hari Jumaat pula  di pekan Kupang. Kalau anda bercuti ke Baling, jangan lupa untuk membeli-belah di Pekan Baling.

2. Sungai Angkat Ulu Legong

Tempat menarik di Baling yang seterusnya ingin kami kongsikan kepada anda ialah Sungai Angkat Ulu Legong yang terletak di Mukim Siong iaitu kira-kira 22 kilometer dari Pekan Baling. Sungai ini menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan yang tinggal di Baling, malah pengunjung dari luar daerah Baling. Ia terkenal sebagai pusat rekreasi yang best kerana ir sungainya yang bersih, segar, dan sejuk. Anda pasti tak puas berendam di sini. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Sungai Angkat Ulu Legong ialah:

  • Berkelah
  • Berbabeku
  • Mandi sungai
  • Berenang
  • Berendam dalam air
  • Berkhemah
  • Jungle trekking
tempat menarik di baling
Sumber: Jomjalan2

3. Pusat Rekreasi air Panas Ulu Legong

Anda suka berendam dalam kolam air panas semulajadi, bolehlah anda luangkan masa untuk bersantai di kolam air panas yang terdapat di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Pusat rekreasi air panas ini terletak di sebelah Sungai Angkat Ulu Legong.  Ia telah mula beroperasi sejak Tahun 1998.  Dah lama kan? Patutlah kolam air panas di sini begitu popular di Kedah.

Terdapat 3 buah kolam air panas semulajadi terdapat di sini. Kolam pertama ialah untuk orang dewasa kerana kedalamnnya yang tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Kolam kedua ialah dikhaskan untuk kanak-kanak kerana keadaannya yang tak begitu dalam dan sesuai untuk ketinggian seorang kanak-kanak. Sementara kolam yang ketiga sentiasa ditutup dengan pagar kerana tahap kepanasannya yang terlalu tinggi dan tak berapa sesuai untuk orang awam berendam.

Apa yang lebih menarik, kolam air panas di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong dibuka 24 jam setiap hari. Maksudnya, kalau anda teringin nak berendam dalam air panas pada pukul 3.00 pagi sekali pun, anda masih boleh datang ke sini. Kebiasaannya kolam air panas di sini penuh dengan pengunjung sehingga ke lewat pagi, terutamanya pada malam minggu.

Kalau anda nak berendam sepuas-puasnya di sini, kami cadangkan supaya anda sewa bilik yang ada di sini. Ada 3 jenis bilik yang boleh anda pilih iaitu penginapan VIP, standard dan dormitori. Kalau anda bercuti ramai-ramai, bolehlah ambil bilik dormitori supaya lebih jimat. Kalau anda nak maklumat lanjut tentang kolam air panas atau penginapan yang ada di sini, anda boleh menghubungi:

Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong

09100 Baling Kedah

Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025

Faks : 04-4731026

Emel : [email protected]

4. Sungai Siung

Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak seperti berkayak, berakit, water tubing, bolehlah anda luangkan masa di Sungai Siung yang terkenal dengan arusnya yang deras dan keadaan sungai yang berjeram. Pengalaman berkayak, berakit, dan water tubing di sini pastinya akan menjadi pengalaman yang lain daripada yang lain kerana anda akan melalui perjalanan sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. Wow! Menarik, kan? Kalau anda dah puas bersukan air dan terasa nak memanjat gunung? Di Sungai Siung juga adalah tempatnya. Oleh itu, kalau anda bercuti di Baling jangan lupa untuk meluangkan masa di Sungai Siung.

tempat menarik di baling
Sumber: Btpnkedah

5. Puncak Gunung Baling

Tempat menarik di Baling yang seterusnya juga sangat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak. Alang-alang dah sampai di Baling, apa kata anda luangkan masa untuk aktiviti mendaki Gunung Baling. Namun, untuk mendaki di sini anda dinasihati untuk mendapatkan khidmat malim yang berpengalaman supaya tidak sesat.

Jarak dari bawah untuk sampai ke puncak ialah lebih kurang 2 hingga 3 jam, bergantung kepada kelajuan kumpulan anda. Apabila sampai di puncak Gunung Baling, anda pastinya terpesona dengan pemandangan seluruh daerah Baling yang menakjubkan dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

6. Puncak gunung Pulai

Selain Gunung Baling, anda juga boleh mendaki Gunung Pulai yang merupakan jajaran gunung yang bercantum dengan Gunung Baling. Pemandangan dari puncak gunung Pulai juga sangat cantik dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

7. Air Terjun Lata Bayu

Baling sememangnya kaya dengan kehijauan dan alam semulajadi yang masih belum tercemar oleh pembangunan dan pencemaran alam. Tempat menarik di Baling yang seterusnya ialah Air Terjun Lata Bayu yang merupakan pusatb rekreasi dan perkelahan yang popular di Baling. Air terjun yang terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Lata Bayu ini yang terletak 30 kilometer dari Pekan Baling mempunyai air terjun yang pastinya membuatkan anda kagum. Persekitaran hijaunya juga sangat cantik dan dijaga dengan baik. Apa yang menarik, terdapat bas yang datang terus ke sini dari Pekan Baling. Atau anda juga boleh menaiki teksi.

tempat menarik di baling
Sumber: Ibnushukran

8. Lata Asam Jawa

Selain Air Terjun Lata Bayu, anda juga boleh meluangkan masa bermandi-manda dan berkelah di Lata Asam Jawa yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi. Lata Asam Jawa terkenal dengan keindahan air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Oleh itu, jangan lupa untuk singgah di sini.

Itulah dia 8 tempat menarik di Baling yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Semporna, tempat menarik di Kulim, dan tempat menarik di Pontian. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *