18+ Tempat Menarik Di Austria, Unik Dan Klasik WAJIB Anda Kunjungi
Segelintir orang dalam kalangan masyarakat kita sering terkeliru dengan negara Australia dan Austria. Tahukah anda bahawa Austria merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di dalam cakupan Eropah Tengah? Ia juga mempunyai lebih kurang 8.5 juta penduduk.
Bagaimana pula dengan pertuturan mereka? Majoriti penduduk Austria bertutur dengan loghat Bavaria dalam bahasa Jerman sebagai bahasa utama mereka dimana loghat Austria Jerman juga antara banyak dituturkan di sana dan menjadi bahasa rasmi negara.
Biarpun Austria merupakan salah satu negara terkecil di Eropah, namun alam semula jadinya yang kaya dengan pergunungan Alps membuatkan pelancong tak segan untuk bertandang ke sini. Artikel kali ini akan berkongsikan kepada anda 18 tempat menarik di Austria unik dan berstyle untuk anda kunjungi.
1. Opera House Vienna
Setiap hari, tempat menarik di Austria ini pasti akan dipenuhi dengan pengunjung. Kebanyakannya teruja untuk melihat persembahan-persembahan hebat daripada lebih 60 opera dan ballet. Persembahan berkonsepkan moden dan klasik boleh dipilih mengikut citarasa pengunjung.
2. Sekolah Menunggang Kuda Sepanyol
Tempat ini masih lagi mengamalkan gaya menunggang kuda gaya klasik yang disukai oleh aristokrat. Tidak semestinya anda perlu meluangkan masa berhari-hari di sini, hanya seketika pun anda dapat belajar menunggang kuda.
3. The Styrian Armory
Tempat ini dinobatkan sebagai pameran senjata dan alatan perang terbesar didunia dan sering mendapat tumpuan pengunjung. Oleh itu, tidak hairanlah ia juga terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik di Austria yang perlu anda kunjungi,
4. Vienna Hofburg Imperial Palace
Akhirnya, ia menghasilkan banyak pengaruh seni bina yang berbeza termasuk Gothic, Renaissance, Baroque, Rococo dan Classicism. Untuk pengetahuan anda, pengunjung juga akan disajikan dengan Koleksi Perak Imperial, Muzium Sisi, Apartmen Imperial dan sebagainya.
5. Salzburg Alstadt
Disini jugalah terdapatnya Biara Benediktin St Petrus yang telah didirikan oleh St. Rupert pada tahun 690 M. Selain itu, terdapat Katedral, muzium, menara dan juga rumah-rumah Baroque Burgher yang berwarna-warni boleh anda kunjungi. Menarik bukan? Apa kata anda jejakkan kaki ke destinasi percutian ala-ala klasik dan unik ini.
6. Istana Schinbrunn
Pengunjung dapat melawat Great Gallery, Salon Maria Theresa dan Hall Of Mirrors yang pastinya mengujakan hati mereka. Di belakang istana juga terdapat sebuah taman dan kebun seluas 500 hektar. Istana ini dinobatkan sebagai Pusat Warisan UNESCO.
7. Kitzbuheler Horn
Dari atas kawasan Kitzbuheler Horn, anda dapat melihat pemandangan semulajadi yang amat menakjubkan. Kawasan pergunungan ini terletak di rantau Tyrol . Di atas puncak pula terdapat tempat penginapan, restoran taman dan sebagainya. Kebiasaannya kawasan ini menjadi tempat bermain ski bagi pengunjung selain menikmati keindahan alam.
8. Hallstatt
Selain itu, anda dapat mengunjungi danau garam bawah tanah di gua Hörnerwerk terdekat dan menjelajahi Gua Dachstein iaitu gua setinggi 1.174 meter. Kampung yang turut disenaraikan sebagai tempat menarik di Austria ini sangat kaya dengan sejarahnya yang tersendiri.
9. Medieval Burg Hochosterwitz
Istana ini pertama kali disebut pada tahun 860 dan kemudian diperbesarkan pada tahun 1570 ketika menghadapi penjajahan Turki. Bangunan yang berdiri megah selama ratusan tahun ini turut mempunyai 14 gerbang pertahanan dan dinding yang utuh disamping lukisan langit-langit sejak 1570. Di bahagian barat istana juga terdapat sebuah gereja yang berasal dari tahun 1729.
Anda boleh melihat keindahan bangunan dan lukisan yang dipaparkan di sini. Ia umpama istana kisah dongeng kanak-kanak. Apa lagi, bergambarlah sepanjang anda berada di sini!
10. Krimmler Ache
Untuk sampai ke tempat menarik di Austria ini, anda boleh melakukan aktiviti hiking sepanjang lembah berhutan Salzachtal. Pendakian juga boleh ke Schettbrucke dan boleh berlanjut ke Krimmler Tauernhaus. Khas untuk pendaki gunung, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
11. Biara Melk Benediktin
Sepanjang koridor berukuran 196 meter ini, anda dapat melihat potret-potret penguasa Austria serta bilik mereka yang berhubung dengan sejarah tempat ini.
12. Innsbruck’s Hofburg And Hofkirche
Horfkirche pula adalah makan Maximilian I yang mati pada tahun 1519. Tarikan utamanya iaitu Sarkofagus berwarna hitam bersama beberapa patung di sini dianggap sebagai karya terbaik. Berhampiran sarkofagus itu terdapat marmer dan 28 patung pahlawan yang menggambarkan tentang sejarah kaisar.
Biarpun tempat percutian ini merupakan destinasi penuh bersejarah dan unik, ianya tetap merupakan tempat menarik di Austria yang boleh anda kunjungi.
13. Eisreinsenwelt
Setelah berjalan sepanjang tembok dinding ais yang sepanjang 1775 meter, anda akan sampai ke Hall Hymir yakni sebuah ruangan ais yang besar. Terdapat sebuah istana ais yang agung di sebalik gua ini. Sudah pasti tempat menarik di Austria ini bakal membuatkan anda teruja!
14. Katedral St. Stephen
Setelah kerosakan teruk yang berlaku pada gereja ini pada perang dunia ke 2, ia dibaiki dan dibina semula. Anda boleh melihat seluruh pemandangan kota Vienna jika anda menaiki tangga berpusing sebanyak 343 anak tangga. Jangan risau, terdapat lift disediakan bagi anda untuk melihat pemandangan dari Menara Utara.
15. Jalan Alpine Grossglockner
Dari aras 2422 meter gunung Grossglockner, anda dapat saksikan keindahan daerah di sekitarnya. Jalan ini selalunya dibuka pada bulan Mei sehingga Oktober. Pastikan anda berhenti di pusat pengunjung untuk melihat maklumat yang berkaitan dengan sejarah daerah.
16. Biara Klosterneuburg Dan Altar Verdun
17. The Pilgrimage Church
Destinasi ini merupakan antara tempat pelancongan yang terunggul di Carinthia Austria selatan. Begitu juga sebagai tempat menarik di Austria yang unik dan klasik boleh anda kunjungi.
18. Seefeld Tirol
Bukan sahaja aktiviti ski boleh dilakukan di sini, malah aktiviti seperti mendaki dan bersiar-siar ketika musim panas juga amat digemari pengunjung. Ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Austria yang boleh anda kunjungi.
Jom baca juga tempat menarik di Venice Italy, tempat menarik di Ho Chi Minh dan tempat menarik di Hungary.