12 Tempat Memancing Di Selangor Best Dan Sesuai Untuk Kaki Pancing
Mencari tempat memancing di Selangor?
Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk anda lawati. Begitu juga dengan tempat memancing di Selangor.
Selangor merupakan lokasi memancing yang sangat popular buat kaki pancing yang ingin datang memancing kerana di sini terdapat beberapa lokasi memancing yang sering dikunjungi pengunjung.Bukan itu sahaja, pengunjung sering berkunjung ke sini kerana tempat memancing di Selangor ini mempunyai pantai yang amat menyeronokkan. Keindahan yang ada di negeri Selangor ini mampu memberikan kenangan indah kepada anda. Anda juga boleh meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti riadah.
1. Semenyih Dam
Dam atau Empangan Semenyih merupakan kawasan tadahan air bagi penduduk Semenyih. Ramai penggemar kaki pancing datang melakukan aktiviti memancing di sini. Empangan ini mempunyai salah satu pemandangan paling menarik di negara ini dikatakan tempat memancing di Selangor terbaikdan merupakan lokasi percutian bagi kaki pancing.Selain sesuai untuk memancing, hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang di tadah di empangan oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Suasana di sini sangat nyaman dan menyegarkan, dikelilingi hutan hijau dan sungai yang cantik pasti menenangkan mata anda jika melihatnya. Selain dari aktiviti memancing, pengunjung boleh berkhemah dan bermalam di sini.
2. Kolam Pancing Seksyen 4
Bagi kaki pancing yang inginkan perkhidmatan Kolam memancing, Seksyen 24 menawarkan perkhidmatan tersebut. Di Kolam ini, pengunjung dapat melakukan aktiviti memancing dengan hanya datang dan membawa rod pancing sendiri. Tempat memancing di Selangor ini sangat best dari segi memancing dan mendapatkan ikan.Ikan yang sering terkena mata kail di sini adalah ikan patin, Amazon Cat Fish, Baung ekor merah dan banyak lagi. Tahukah anda, pelbagai umpan disediakan kepada pemancing yang datang untuk memancing. Cas masuk yang dikenakan di sini adalah mengikut sesi yang telah ditetapkan.
Seperti kolam-kolam lain, di sini juga sering dianjurkan pertandingan bagi pemancing dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memenangi pertandingan memancing tersebut.
3. Pantai Acheh
Tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan Pantai Acheh, Pulau Indah memandangkan lokasinya yang jauh ke dalam Pulau Indah. Walaubagaimanapun lokasi ini amat sesuai untuk diadakan aktiviti-aktivi riadah bersama keluarga memandangkan terdapat kawasan pantai berkelilir dan juga kawasan lapangan yang luas.Kini, Pantai Acheh amat popular dan menjadi tumpuan pelbagai golongan tidak kira usia serta bangsa. Ramai yang suka melakukan aktiviti-aktivi seperti perkhemahan, memancing, prarasiling, layang-layang, wau dan barbeku. Ya, ini juga adalah salah satu tempat memancing di Selangor.
Jarak pemanduan ke Pulau ini memakan masa setengah jam dari Ibu Kota Shah Alam. Bagi kaki pancing, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk memancing dan bermalam di Pulau ini!
4. Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba
Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba boleh memuatkan lebih 150 pemancing dalam satu masa. Tempat memancing di Selangor ini dikelilingi pohon-pohon hijau dengan suasana yang nyaman, landskap yang menarik serta air bukit yang bersih.Di Kolam ini, anda boleh memancing pelbagai spesis hidupan sungai seperti Ikan, Udang Galah. Ikan Talapia dan Ikan Keli. \ Jarak perjalanan menuju ke Kolam ini adalah 20 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Kajang.
Menariknya, kolam ini menggunakan sumber air semulajadi dari hutan. Harga masuk dikenakan mengikut spesis yang ingin di pancing samada ikan atau Udang. Kemudahan lain yang terdapat di kolam ini adalah Tandas, Ruang solat, Tempat rehat, gerai jualan makanan dan minuman, tempat letak kenderaan dan tempat permainan kanak-kanak.
5. Ajlaa Village Resort
Ajlaa Village Resort terletak di Hulu Langat, jauhnya hanya 30 minit dari Kuala Lumpur. Tanah seluas 10 ekar terbinanya sebuah tempat percutian dan mula dibuka untuk orang ramai. Bermula dengan 6 buah Chalet air yang unik, secara berperingkat mereka membina bilik-bilik yang lain.Anda boleh melakukan aktiviti memancing sambil berehat dan bermalam di resort ini. Ikan yang terdapat di dalam kolam ini adalah ikan air tawar. Kini, Ajlaa Village Resort mempunyai 34 Chalet yang juga menyediakan kemudahan seperti Gazebo, Dewan Serbaguna serta asrama.
Selain dari Camping, aktiviti seperti jungle treeking, campfire, barbeku serta memanah juga disediakan. Kaki pancing tak perlu risau, tempat ini amat lengkap dengan kemudahan bagi mereka melakukan aktiviti memancing di sini.
6. Kolam Pancing Abang King Hulu Langat
Membawa pulang seberapa banyak ikan untuk dijadikan lauk seperti patin, baung, tilapia, pacu dan rohu adalah kemuncak kepada keseronokan apabila berpeluang memancing di Kolam Pancing Abang King.Kebanyakan ikan air tawar di kolam itu, masing-masing seberat kurang dua kilogram sesuai dijadikan lauk untuk dua hingga tiga orang, sama ada untuk hidangan makan tengahari atau malam. Kadar bayaran masuk pada waktu siang dan malam adalah berbeza, tidak termasuk RM5 deposit untuk empat jam pertama.
Pemancing yang datang ke tempat memancing di Selangor ini tidak dibenarkan menggunakan umpan daripada organ binatang seperti perut, hati dan isi ayam. Kolam ini baru berusia kurang 3 tahun namun sudah mempunyai ramai pelanggan tetap terutama pada hujung minggu dan malam.
7. Mukim Serendah
Spot pancing kegemaran yang sering dikunjungi para pemancing adalah Mukim Serendah yang merupakan tempat memancing di Selangor. Terdapat sebuah lombong yang agak besar dan gelap airnya yang dipenuhi oleh ikan-ikan Tioman.Kunjungan pemancing di lombong ini belum lagi mengecewakan kerana anda pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Seringkali terkena jerat mata kail, menjadikan pengunjung tidak jemu untuk datang memancing di sini.
Kawasan ini sering berlaku banjir besar. Oleh itu, empangan kecil dibina oleh pihak penguasa lombong biji timah untuk mengelakkan banjir berlaku.
Ada yang berpendapat bahawa empangan ini dibina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu. Ia terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi Tujuh. Walaubagaimanapun, sehingga kini tempat ini tetap menjadi pilihan pemancing untuk datang sambil melakukan aktiviti mereka.
8. Kelong Greenway
Bagi kaki pancing yang masih tercari-cari tempat memancing di Selangor untuk memancing, Kelong Greenway yang terletak berhampiran Pulau Ketam Klang Selangor ini boleh dipertimbangkan! Kelong tersebut sering menjadi tumpuan ramai.Tempat memancing di Selangor ini akan dipenuhi kaki-kaki pancing pada hujung minggu. Untuk Kelong tersebut, kaki pancing boleh menaiki bot di jeti Pulau Ketam dengan bayaran sebanyak RM15 bagi perjalanan satu hala. Pengunjung boleh memilih sama ada pakej harian atau bermalam.
Bagi yang ingin bermalam, kemudahan penginapan turut disediakan. Kelong itu boleh dikatakan selesa dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas. Selain bilik penginapan, kelong tersebut dilengkapi tempat memasak, ruang menonton televisyen, ruang solat dan tandas.
Kelong ini pada asalnya adalah sangkar ikan sebelum ia diubah suai menjadi lokasi memancing. Pelbagai jenis ikan boleh dipancing di kelong tersebut seperti siakap, pari, jenahak dan ikan merah.
9. Jeti Memancing Wak Sempoh
Jeti Wak Sempoh ini sudah lama di kenali oleh kaki pancing sebagai tempat memancing di Selangor. Jeti Wak Sempoh ini terletak di sebelah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor. Bagi kaki pancing yang hendak memancing ikan jenis Gred A seperti kerapu, senangin, jenahak atau siakap dengan bajet yang murah, bolehlah berkunjung ke Jeti ini.Untuk memancing di Jeti ini, pengunjung hanya perlu membayar RM4 sahaja untuk satu joran. Pengunjung juga boleh membeli umpan pumpun dan udang hidup di sini. Di sekitar jeti ini ialah tempat tambahan bot untuk pemancing jika ingin berlayar menaiki bot sambil memancing.
Lebih mudah, tempat ini menyediakan kemudahan surau dan gerai makan. Kebiasaannya pemancing yang datang memancing tidak pulang dengan tangan kosong, pasti akan membawa pulang beberapa ekor ikan untuk dijadikan menu santapan di rumah.
10. Rakit To’wan
Rakit To’Wan ini mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi iaitu Rakit Ania, Rakit Senangin dan Rakit Sembilang. Rakit Ania telah beroperasi sepenuhnya untuk pengunjung berkunjung ke sini. Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi sehingga sekarang.Kapasiti muatan bermula 10 hingga 15 orang pemancing pada satu sesi. Rakit Ania dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik untuk berehat, ruang dapur termasuk peralatan memasak, tandas, peralatan BBQ serta bekalan air bersih. Pada pengunjung yang tidak mahu memancing ruang anjung, ruang lepak turut disediakan.
Bekalan elektrik di rakit ini menggunakan tenaga solar. Waktu memancing diperuntukkan selama 1 jam sama ada check in pukul 8 pagi dan 8 malam. Pemancing hendaklah membawa umpan sendiri kerana ianya tidak termasuk dalam harga pakej. Seiranya anda berkunjung ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah di tempat memancing di Selangor ini.
11. Sungai Pangsun Hulu Langat
Destinasi Pangsun ini terletak di Batu 22 Hulu Langat memang popular sebagai destinasi percutian dalam kalangan keluarga mahupun institusi tertentu untuk berkelah atau mengadakan kem. Terdapat beberapa penginapan yang menawarkan resort dan chalet di tepi sungai termasuk juga aktiviti-aktiviti luar yang menarik.Antara resort yang terkenal di sini ialah Impian Rimba Resort. Setiap minggu memang ramai orang datang ke sini samada melakukan aktiviti memancing ataupun bermandi manda. Para pemancing sering meluangkan masa bercuti sambil memancing,
Ikan yang terdapat di sini tidak sebesar ikan di laut mahupun di Tasik, tetapi sekadar ikan kecil yang hanya untuk dijadikan aktiviti sepanjang berada di sini. Rugi jika lepaskan peluang berkunjung ke tempat memancing di Selangor ini.
12. Pantai Morib
Pantai morib menunjukkan sebuah pantai peranginan yang cantik lagi anggun dengan pelbagai kemudahan awam serta landskap-landskap buatan manusia, peninggalan manusia dan semulajadi. Pantai Morib ini terkenal dengan kunjungan para pelancong yang datang untuk bercuti dan beriadah.Setiap tahun akan dianjurkan pertandingan memancing untuk kaki pancing untuk bertanding di sini. Pastinya kaki pancing tidak terlepas untuk memancing di tempat memancing di Selangor ini.
Ikan Gelama merupakan tangkapan popular di Pantai ini. Bagi ahli keluarga yang datang bercuti, jangan lepaskan peluang untuk memancing di sini sambil mencuba aktiviti baharu selain dari aktiviti bermandi manda dan bersantai.
Selain berkunjung untuk memancing dan menenangkan fikiran di tempat memancing di Shah Alam ini, anda boleh jadikan pengalaman ini sebagai kenangan anda bersama kawan-kawan. Jom baca tempat menarik di Sabah, tempat menarik di Lahad Datu dan tempat menarik di Bintulu juga.