7 Tempat Mandi di Melaka Yang Paling Best
Mencari tempat mandi di Melaka yang seronok dan menarik?
Tiap kali tiba cuti sekolah, pastinya anda tercari-cari destinasi menarik untuk bawa keluarga bercuti. Kalau biasanya anda bercuti ke pulau, tempat sejuk, bershopping, taman tema dan pusat peranginan yang penuh sesak dengan orang ramai, apa kata kali ni anda bawa anak-anak bermandi-manda di tempai mandi di Melaka?
Ada banyak tempat mandi di Melaka yang menarik dan pastinya membuatkan anda sekeluarga berseronok sepanjang hari.
1. Pantai Pengkalan Balak
Kalau sebut tentang tempat mandi, pastinya anda terbayangkan suasana pantai yang berpasir dengan deruan ombak yang menenangkan. Tempat mandi di Melaka yang pertama ingin kami kongsikan kepada anda ialah Pantai Pengkalan Balak yang terletak tak jauh dari Bandar Masjid Tanah.
Pantai Pengkalan Balak sememangnya menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu dan sepanjang cuti sekolah, tapi apa yang menarik ianya tidak begitu sesak seperti Pantai Pord Dickson.
Di Pantai Pengkalan Balak, anda boleh bermandi-manda sambil bermain pasir di pantainya yang landai. Kalau taknak sunburn teruk, anda boleh bermain pasir sambil berteduh di bawah pepohon rimbun yang terdapat di sepanjang pantai. Nak bermain banana boat? Di sini juga ada banana boat. Bolehlah anda merasa keseronokan menaiki banana boat. Nak main layang-layang pun sesuai di sini.
Kami cadangkan anda bawa bekal dari rumah atau berbabeku di sini untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan. Kalau anda malas nak bawa bekal makanan, tak perlu risau. Di sepanjang Pantai Pengkalan Balak terdapat banyak gerai menjual makanan. Apa yang anda teringin nak makan? Semuanya ada. Coconut shake, pisang goreng, laksa, buah potong, masakan panas goreng-goreng, air batu campur, dan sebagainya.
Kalau anda sukakan pemandangan matahari terbenam, anda pasti takkan kecewa dengan pemandangan matahari terbenam di Pantai Pengkalan Balak. Di sepanjang Pantai Pengkalan Balak terdapat banyak chalet jika anda terasa nak bermalam di sana. Bergantung kepada bajet anda, boleh pilih chalet mana yang sesuai untuk anda. Semua chalet di sini adalah mengadap laut, jadi dari bilik, anda boleh terus berjalan kaki ke pantai. Chalet di Pantai Pengkalan Balak biasanya menjadi pilihan sebagai lokasi family day.
Best kan? Pada waktu malam, kedai makan di sepanjang Pantai Pengkalan Balak meriah dengan para pengunjung dan pantainya juga dipenuhi oleh para pemancing. Anda boleh berjalan-jalan di pantai ambil angin sampai ke awal pagi tanpa perlu risaukan aspek keselamatan.
2. Pantai Tanjung Bidara
Tak jauh dari Pantai Pengkalan Balak terdapat sebuah lagi tempat mandi yang popular di Melaka iaitu Pantai Tanjung Bidara. Ia terletak 10 kilometer dari bandar Masjid Tanah dan 2 kilometer dari Kem Terendak. Pantai di sini lebih kurang orang berbanding Pantai Pengkalan Balak. Apa yang menarik, kawasan pantai di Pantai Tanjung Bidara yang landai juga berbatu, berbeza dengan keadaan Pantai Pengkalan Balak. Kalau anda bermandi-manda di sini, sambil sambil bermain pasir, anda boleh duduk-duduk di atas batu sambil bermain air.
Seperti Pantai Pengkalan Balak, pemandangan matahari terbenam di sini juga sangat cantik. Anda pasti terpesona. di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak. Bolehlah anak-anak anda bermain di sini selepas puas bermain air.
3. Pantai Puteri
Pantai Puteri juga merupakan tempat mandi di Melaka yang menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk bawa anak bermandi-manda semasa cuti sekolah. Suasana di sini lebih santai dan kurang orang berbanding Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Tanjung Bidara. Kalau nak makan, ada medan selera dan gerai makan di sini. Ada takoyaki, burger, mee sup, dan sebagainya.
Selain mandi dan bermain pasir, Pantai Puteri juga menjadi lokasi pilihan untuk kaki pancing. Ada banyak benteng batu yang boleh dijadikan sebagai port memancing.
Kalau anda datang semasa waktu bulan mengambang penuh dan waktu ketam besar keluar ke permukaan air, anda boleh memancing ketam di sini. Pastinya anda akan pulang dengan hasil tangkapan ketam yang gemuk dan banyak. Sesekali memancing bersama keluarga, pastinya menjadi memori indah yang akan anak anda kenang apabila dewasa nanti.
4. Bayou Lagoon Park Resort
Selain bermandi-manda di tepi pantai, di Melaka terdapat juga tempat mandi yang menarik ala-ala taman tema air terkenal seperti Sunway Lagoon. Anda boleh bawa anda bermandi-manda di Bayou Lagoon Park Resort yang terkenal dengan taman tema airnya yang besar dan sangat menyeronokkan. Lokasinya cuma lebih kurang 15 minit dari Bandar Hilir Melaka.
Di taman tema air Bayou Lagoon Park Resrot terdapat dua gelongsor air yang besar, menarik dan mencabar. Ianya sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa, maka bolehlah anda sekeluarga bermain gelongsor air sepuas-puasnya. Anda boleh mandi sambil berseronok di bawah cendawan yang mengalirkan air, atau bermain buai di bawah pancuran air
Dah puas main air, anda boleh cuba memanah atau bermain bumper car. Di sini anda juga boleh menginap di hotelnya yang cantik dan selesa. Pastinya percutian anda di Bayou Lagoon Park Resort akan menjadikan percutian anda sangat menyeronokkan.
5. A Famosa Resort
Tahukah anda, A Famosa Resort merupakan taman tema air yang terbesar di Malaysia. Ia bukan sahaja mempunyai taman tema air yang luar biasa, malah di sini juga terdapat hotel, resort, padang golf, Safari Wonderland, dan Oldwest Resort di mana anda akan berasa seolah-olah berada di dalam pekan cowboy yang sebenar, dengan persembahan cowboy dan persembahan bunga api yang mengagumkan.
Taman tema air A Famosa Resort terkenal dengan gelungsur air setinggi 7 tingkatnya yang pastinya membuatkan anda kecut perut sambil menjerit penuh keterujaan semasa menggelongsor di dalamnya. Nak lagi menarik, anda boleh sewa pelampung untuk digunakan semasa menggelongsor di sini.
Dah puas berendam dalam air, anda boleh bermain di halangan air ala-ala American Ninja Warrior yang ada di sini. Ini adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Kalau nak lagi menarik, anda boleh buat pertandingan. Siapa yang berjaya habiskan semua halangan akan mendapat hadiah istimewa. Pastinya semua orang akan berusaha untuk menang.
Bayaran masuk untuk ke Taman Tema Air A Famosa Resort ialah seperti berikut:
6. Melaka Wonderland Themepark & Resort
Tempat mandi di Melaka yang seterusnya ialah Melaka Wonderland Themepark & Resort yang terletak di Ayer Keroh. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan Bandar Hilir dan lokasi perlancongan yang menarik menjadikan Melaka Wonderland Themepar & Resort di antara tempat mandi yang paling polular di Melaka. Apa tidaknya, sambil bercuti melawat tempat menarik dan bersejarah di Bandar Melaka, anda boleh ambil masa untuk bermandi-manda di sini.
Apa yang menarik, taman tema air ini dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekrasi semulajadi. Terdapat 11 tarikan utama di sini iaitu:
- Tornado Chaser
- Kamikaze Racer
- Lazy Cum Crazy River
- 1 Big Wave Pool
- Adventure Island
Bayaran masuk ke sini ialah RM33.20 untuk dewasa dan RM26.05 untuk kanak-kanak pada hari Isnin sehingga Jumaat, dan RM37.90 untuk dewasa & RM RM32.00 untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Selain taman tema air, di sini juga terdapat resort. Kalau anda mencari tempat penginapan di Melaka, bolehlah bermalam di sini.
7. Air Terjun Asahan
Kalau anda sukakan alam semulajadi, boleh bawa keluarga bermandi-manda di Air Terjun Asahan. Air terjunnya yang sejuk, segar, dan hijau pasti membuatkan anda berasa tenang semula selepas penat berkerja. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:
- Bermandi-manda
- Berenang
- Berkelah
- Berbabeku
- Berkhemah
- Meredah hutan
- Bird watching
Itulah dia 7 tempat mandi di Melaka yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Cyberjaya, tempat menarik di Johor dan tempat menarik di Rompin. Manalah tahu anda bercadang ke sana.