tempat makan menarik di ampang
|

15 Tempat Makan Menarik di Ampang Berpatutan Dan Meliurkan Anda

Ampang.  Selain mempunyai tempat lepak yang menarik, ia juga adalah salah satu lokasi untuk pencinta makanan.  Ampang juga turut dikenali oleh rata-rata penduduk tempatan sebagai daerah syurga makanan. Kali ini, kami akan kongsikan 15 tempat makan menarik yang wajib dikunjungi jika anda berada di Ampang.

tempat makan menarik di ampang
Imej via [cari destinasi]

1.  Sweetree Restaurant

tempat makan menarik di ampang
Imej via [Iluminasi]
Nama Sweetree dipilih oleh pengasas restoren itu sendiri untuk menyediakan tempat yang selesa bagi tetamu menikmati pengalaman bersantap yang manis dan tidak menjemukan. Kepada mereka yang meminati atau gilakan makanan korea, anda pasti sukakakan tempat makan menarik di Ampang ini.

Menu yang paling sedap dan wajib cuba adalah hidangan Sweet & Spicy Fried Chicken.  Ianya adalah ayam goreng rangup ala Korea yang bersalut sos pedas manis yang dilengkapkan lagi dengan cheese lebur.  Memang padu dan terbaik jika anda ke Ampang dan menikmatinya. 

angan risau atau khuatir untuk makan di sini kerana ia telah disahkan Halal oleh Jakim.  Restoren ini terletak di Jalan Ampang Putra dan dibuka setiap hari dari jam 10:30 pagi hingga 10:30malam kecuali pada hari Selasa.

 

2.  Burger Bakar Abang Burn

tempat makan menarik di ampang
Imej via [sini]
Tempat makan menarik di Ampang ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Ampang mahupun luar Ampang. Ia adalah salah satu restoren yang dulunya pernah viral dengan isi daging burgernya yang mantap dan berlemak.

Terkenal dengan patty burgernya yang juicy, ianya turut disesuaikan dengan keju leleh dan roti buttery yang lembut dan gebu. Rugi bagi mereka yang belum mencuba.

Bagi mereka yang tidak tahu, lokasi Burger Bakar Abang Burn ini terletak di Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana dan dibuka setiap hafri dari jam 6petang sehinggalah 12 tengah malam. Singgah jangan tak singgah!

 

3.  Kafe Sarawak

tempat makan menarik di ampang
Imej via [facebook]
Bagi penggemar makanan Sarawak atau kepada orang Sarawak yang menetap di Ampang tapi tidak tahu mana nak cari masakan Sarawak, datanglah ke tempat makan menarik di Ampang ini.  Kafe ini menawarkan pelbagai masakan Sarawak yang enak dan sememangnya sukar di dapati di Semenanjung.

Makanan terkenal di Sarawak seperti mi kolok dan laksa Sarawak memang sangat sedap di sini.  Menariknya, laksa Sarawak di sini mempunyai hirisan ikan Salmon iaitu lain dari yang lain.  Sangat rugi jika anda tidak mencuba.

Antara menu lain yang tidak kurang hebatnya juga ada tomato  kuey teow, sos bunga kantan, sambal ijo dan ayam goring rempah.  Unik kan menu-menunya? Jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

 

4.  Neighbours Café

tempat makan menarik di ampang
Imej via [HungryGoWhere]
Jika anda pening kepala tidak tahu nak makan mana, kami cadang anda singgah ke tempat makan menarik di Ampang iaitu Neighbours Café ini. Restoren ini sangat sesuai untuk pencinta western food. Pelbagai makanan barat seperti pasta dan buttery dish yang boleh di dapati di sini.

Kalau nak lain daripada yang lain sikit, mungkin anda boleh cuba hidangan Seafood Salted Egg Yolk di sini. Kepah dan udang goreng rangup ini disalut dengan kuah telur masin buttermilk berkrim yang dihidangkan bersama nasi dan sup. Pergh! Memang terangkat.

Tempat makan menarik di Ampang ini sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira yang single-mingle, family, group rakan-rakan dan lain-lain. Lokasinya mudah dijumpai kerana berhadapan dengan Masjid Taman Bukit Indah atau nak lagi mudah waze sahaja Neighbours Café Ampang, terus sampai depan kedai.

 

5.  Nasi Briyani Ipoh

tempat makan menarik di ampang
Imej via [facebook]
Terletak di Jalan Kolam Air Lama, tempat makan menarik di Ampang ini sudah semestinya juga menjadi tumpuan para penggemar nasi briyani.  Nasi briyani merupakan hidangan beras yang sihat diperbuat daripada basmati iaitu sejenis beras India yang berkualiti tinggi dan turut disempurnakan dengan hidangan rempah-rempah.

Oleh itu, rasanya yang tersendiri adalah disebabkan oleh bau aromatik dan rasa yang kaya. Hidangan beras ini biasanya dilengkapi dengan timun acar, telur rebus dan daging (kambing atau ayam) dan dibasahi dengan pelbagai jenis kuah kari yang membekalkan nasi anda dengan sempurna.

Tekstur nasinya yang lembut dan penuh berperisa dengan pelbagai pilihan lauk-pauk yang menyelerakan merupakan sebab utama mengapa ramai yang sanggup beratur panjang hanya untuk menikmati hidangan nasi briyani. Jomlah cuba!

 

6.  Sri Steven’s Corner

tempat makan menarik di ampang
Imej via [he5thtaste]
Bagi para jejaka yang biasa tinggal di Ampang atau suka melepak di Ampang, pasti nama restoren ini sudah tidak asing lagi buat mereka. Restoren mamak memang sudah tidak asing bagi kebanyakkan lelaki melayu mahupun bangsa lain untuk menjadi ‘port’ lepak mereka di waktu senggang ataupun bagi menonton perlawanan bola sepak.

Untuk yang suka lepak-lepak tapi dalam masa yang sama nak kunyah-kunyah tapi tidak mahukan hidangan yang terlalu berat, anda boleh mencuba naan cheese di sini.

Roti naan yang gebu dipenuhi keju mozzarella ini memang sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuah kari kepala ikan.  Kalau anda jenis yang sukakan keju yang banyak dan leleh, jangan risau, boleh pesan cheese double. Padu beb!

 

7.  Mak Jah Café

tempat makan menarik di ampang
Imej via [sharinginfoz]
Tempat makan menarik di Ampang ini rata-rata menjadi tumpuan di waktu pagi. Pelbagai jenis juadah pembuka selera di pagi hari boleh didapati di Mak Jah Café ini. Jika anda mengidam nasi lemak yang sedap, anda bolehlah berkunjung ke Mak Jah Café.

Pelbagai lauk untuk nasi lemak anda juga disediakan supaya anda boleh memilih mengikut selera! Selain nasi lemak, lontong juga ada di sini.

Anda boleh menikmati lontong anda bersama lauk-pauk yang lain untuk menambah kesedapannya seperti paru goreng dan sambal sotong.

 

8.  Fatty Crabs

tempat makan menarik di ampang
Imej via [trover]
Terletak di Kampung Berembang, Fatty Crabs menyajikan pelbagai pilihan hidangan seafood yang menyelerakan. Sesuai dengan nama diberi, tempat makan menarik di Ampang ini sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan lauk ketamnya seperti Chili Crab, Kam Heong Crab, Creamy Salted Egg Crab dan banyak lagi.

Untuk mencipta kelainan, kami cadangkan anda merasai hidangan Claypot Portuguese Crab yang lemak berkrim. Boleh juga dinikmati bersama roti mantou goreng untuk lebih menarik dan terangkat. 

Walaupun nama restoren diberi adalah berkonsepkan nama ketam tetapi sebenarnya banyak juga menu lain yang sedap yang bukan berasaskan ketam yang boleh anda cuba.

 

9.  Owlery Café Dine & Grind

tempat makan menarik di ampang
Imej via [shakiddo]
Salah satu kafe hipster yang terkenal di Ampang adalah Owlery Café Dine & Grind. Tempat makan menarik di Ampang ini ditubuhkan sejak Mei 2016.  Restoran keluarga yang mesra ini telah menarik minat ramai pengunjung untuk datang bersama keluarga ke sini kerana saiz hidangannya yang sederhana dengan harga yang agak berpatutan.

Antara hidangan menarik yang boleh dicuba di sini adalah Crispy Soft Shell Crab Egg Noodles. Hidangan seakan laksa kari ini dihidang bersama soft shell crab goreng rangup untuk mencipta sedikit kelainan.

 

10.  Restoren Razma

tempat makan menarik di ampang
Imej via [tripadvisor]
Jika anda meminati tomyam bersantan atau mahukan sedikit kelainan dalam menu tomyam anda, apa kata anda cuba Tom Yam Pok Tek di sini. Hidangan sempurna dan unik ini dimasak dengan pelbagai jenis seafood segar.

Selain Tom Yam, tempat makan menarik di Ampang ini menyediakan pelbagai lagi masakan kampung dan masakan Thai. Asam Pedas yang enak juga boleh didapati di sini.

 

11.  Greenhouse by Muir

tempat makan menarik di ampang
Imej via [facebook]
Sebuah restoren yang mempunyai pencahayaan yang agak malap dan tenang ini sangat sesuai dijadikan tempat lepak dan bersenang-senang. Restoren eksotik ini juga terbaik untuk anda habiskan masa bersama pasangan anda bagi mendapatkan suasana yang lebih romantis.

Restoren ini menyajikan pelbagai makanan laut dan juga pencuci mulut yang enak.  Jika anda hanya datang untuk melepak atau berbincang dan tidak mahukan hidangan yang terlalu berat, mungkin boleh mencuba pencuci mulut mereka yang lazat seperti Bread Butter Pudding.

Pudding rotinya yang lembut dan manis ini dihidangkan suam bersama aiskrim vanilla dan taburan icing sugar pasti dapat membuka selera anda dan memberikan mood yang romantis.

 

12.  Damas Sweets

tempat makan menarik di ampang
Imej via [HungryGoWhere]
Tempat makan menarik di Ampang ini ditubuhkan pada tahun 2011, Damas Sweets menyajikan pelbagai jenis manisan yang lazat lebih dari 40 jenis seperti yang terkenal adalah Arabic Ice Cream dan Kunafa Cheese. 

Ais krim arab mereka adalah buatan sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi dengan ditaburi oleh kacang pistachio yang sedap. Kunafa Cheese pula mempunyai kerak yang rangup dan manis dilimpahi keju lembut dan ditabur juga dengan kacang pistachio.

Hanya di Damas Sweets sahaja segala produk manisannya diciptakan menggunakan bahan mentah yang paling berkualiti dan sedia dimakan terus.  Untuk pengetahuan anda, Damas Sweets ini terdapat beberapa cawangan antaranya di dalam Ampang Point.

 

13.  The Garage KL

tempat makan menarik di ampang
Imej via [brad.erva]
The Garage KL adalah tempat lepak di mana anda boleh melakukan banyak perkara. Bukan sahaja boleh datang untuk makan tetapi juga membeli-belah, menghantar kereta ke bengkel dan juga boleh potong rambut di sini!

Kafe ini menawarkan menu yang sangat menarik. Selain hidangan utama seperti pasta dan burger, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis milkshakes yang disediakan di sini termasuklah Darth Vader Oreo Shake yang cukup popular.

 

14.  Restoren Pegaga

tempat makan menarik di ampang
Imej via [foursquare]
Terletak di Ukay Heights, restoren ini menyajikan masakan ala Negeri Sembilan yang padu. Menu utama yang menarik di sini adalah makanan salai. Daging salai yang sinonim dengan Negeri Sembilan adalah menu yang wajib anda cuba jika berkunjung ke sini.

Terdapat juga pencuci mulut yang tidak kurang hebatnya iaitu Banana Gamelan dan bubur pulut hitam di minum pula bersama air the ais limau pasti mempesonakan terutama tatkala makan tengah hari. Anda boleh merasai jus pegaga jika anda mahu mencuba di tempat makan menarik di Ampang ini.

 

15.  Restoren Q Thai Village Steamboat

tempat makan menarik di ampang
Imej via [kualalumpurcityguide]
Restoren ini wajib dilawati terutamanya bagi peminat steamboat dan grill.  Sup tomyam tempat makan menarik di Ampang ini juga mendapat pujian yang tinggi oleh para pengunjung. Pelbagai makanan laut dapat dirasai di restoren ini.

Terdapat dua pilihan bayaran yang tersedia di restoren ini. Jika anda memilih harga yang lebih murah anda tetap dapat menikmati makanan laut tanpa henti tetapi dengan saiz makanan lautnya yang sedikit kecil.

Jika mahukan sotong, udang, ikan, ketam dengan saiz yang lebih besar dan memuaskan, anda boleh memilih harga yang sedikit mahal iaitu lebih kurang RM45 sekepala tetapi anda boleh makan sampai puas!

tempat makan menarik di ampang
Imej via [ohbulan]
Itulah dia sedikit sebanyak tempat-tempat makan menarik yang boleh anda lawati sekiranya ke Ampang. Kesemua tempat makan ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Jom baca tempat menarik di Kluang Johor dan tempat makan menarik di Kelantan pula.

Rujukan

  1.    says
  2.    saji
  3.    listikel

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *