25 Tempat Makan Best di Ipoh (Viral & Sedap)
Di mana tempat makan best di Ipoh ya? Apabila bercuti, semestinya kita mahu menikmati percutian dengan menarik termasuklah dalam mencari tempat makan yang best dan sedap. Jika anda berada di Ipoh, kami senaraikan 25 tempat makan yang boleh anda kunjungi.
Di Ipoh memang banyak tempat makan best dan sedap. Namun nak senaraikan kesemuanya memang tiada kesudahan. Oleh itu, kami senaraikan 25 pilihan tempat makan untuk anda.
Konda Kondi Café & Bistro
Komda Kondi Café memang sangat terkenal dengan menu barat yang enak. Sebut saja apa yang anda mahu, pasti ada. Tengok senarai menu pasti membuatkan anda rambang mata.
Dengar cerita, Spaghetti Carbonara Beef Strip, Burger Kambing, Spicy Creamy Beef antara yang tersedap di sini. Ramai yang ke Ipoh dan ke kafe ini untuk menjamu selera memandangkan terdapat pelbagai menu untuk dipilih.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti yang dihidangkan. Kawasan kafe yang luas, mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa serta selesa.
Lokasi: 183, Jalan Sultan Idris, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (5.00 pm-12.00am)
Suhaimi Café
Suhaimi Café terkenal sebagai port sarapan perlu dikunjungi jika ke Ipoh. Sarapan di sini umpama berada di masa lampau yang dapat mengimbau kembali kenangan lama. Bukan dekorasi kafe sahaja yang berkonsepkan klasik, malah persembahan makanan juga sangat menarik, lebih-lebih lagi menggunakan pinggan mangkuk lama.
Jika anda tidak suka kesesakan, datang seawal mungkin kerana kafe ini sering dipenuhi penduduk setempat dan pengunjung luar.
Kafe ini terkenal dengan kesedapan kopi aslinya serta aneka jenis roti. Kopi pekat, manis dan kaw! Untuk makanan, jangan ketinggalan untuk merasai Roti Titab, Roti Kukus Kari Ayam dan Roti Kacang Pool. Nak makanan yang lebih berat? Ha, Spaghetti, Nasi Kari Ayam dan Keay Teow Kari pasti menambat selera anda.
Lokasi: 57, Laluan Jelapang Selatan, Kampung Tengku Husin Hujing, 30020 Ipoh, Perak
Miker Food
Nak cari tempat makan best di Ipoh yang menyediakan makanan tempatan dan makanan barat yang sedap untuk makan malam? Restoran ini pasti dapat menambat selera anda dengan pelbagai jenis hidangannya.
Bagi anda yang mempunyai tekak melayu, Ikan Pari Bakor Portugis, Nasi Lemak King dan Udang Masak Sambal pasti menambah selera hingga menjilat jari. Bukan itu sahaja , dengan 18 menu barat yang ada seperti Marinaara Seafood & Carbonara, Chicken Parmagiana dan Fish & Chips dapat memukau penggemar makanan barat.
Lokasi: Miker Food @ Kinta Riverwalk Ipoh, Berhampiran Taman Dr Seenivasagam
Waktu operasi: Selasa-Ahad (4.00 pm-11.00 pm)
21 Grilled Taman Cempaka
Keenakan makanan barat di 21 Grilled tidak dapat dinafikan lagi sehingga kedai ini mampu membuka beberapa cawangan lain di Perak seperti Kampar dan Manjung. Jika anda penggemar makanan Thai, anda memang perlu datang ke sini kerana banyak menu yang pasti membuatkan ramai rambang mata.
Menu Istimewa di 21 Grilled adalah Set Siakap Special yang mempunyai lapan jenis masakan termasuklah tiga rasa, stim limau dan masak kicap. Pilih sahaja masakan kegemaran anda. Jika mahukan set lebih jimat, set Family Thai Food sesuai untuk pengunjung yang datang dalam kelompok ramai.
Ada juga masakan panas dan bergoreng. Banyak pilihan yang sedap seperti Nasi Goreng USA, Maggi Tomyam, Kuay Teow Kungfu dan Nasi Goreng Daging Merah.
Lokasi: 87, Regat Cempaka Taman Cempaka, Ipoh, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-11.00 pm)
Char Kuey Teow Abang Sayang
Jika anda berada di tengah-tengah bandar Ipoh tapi tak tahu nak makan di mana, apa kata anda menjamu selera di Char Kuey Teow Abang Sayang. Kepakaran kedai ini semestinya Char Kuey Teow yang secukup rasa serta sos tumisan yang sedap.
Restoran yang mampu memuatkan lebih 400 pengunjung dalam satu masa ini juga mempunyai pelbagai menu barat. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah Big Burger Abang Sayang, Spaghetti Prawn Aglio Olio dan Lamb Chop.
Untuk pengetahuan anda, restoran ini turut menawarkan aneka lauk-pauk untuk makan tengah hari. Sotong Bakar Buncit, Nasi Ayam Tiga Rasa dan Ikan Bakar antara menu yang pasti membuatkan ramai menjilat jari.
Lokasi: No 25, Jalan Meru Bestari, A14 Medan Meru Bestari, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (12.00 pm-12.00 am)
Ipoh Hainan Chicken Rice
Port nasi ayam paling lejen di Ipoh semestinya Ipoh Hainan Chicken Rice. Nasi ayam Hainan di sini boleh dimakan bersama roasted chicken dan steamed chicken.
Nak lebih jimat, apa kata anda pilih set Grab ‘N’ Go yang mempunyai lapan pilihan set nasi ayam bersama air sirap dan cream caramel untuk satu pax. Ada juga set nasi ayam untuk dua hingga enam pax yang ditawarkan dengan harga berbaloi.
Lokasi: No 107, Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin-Khamis (11.00 am-9.00 pm) |Jumaat-Ahad (10.00 am-10.00pm)
Canning Dim Sum
Bukan di Penang sahaja yang mempunyai kedai dim sum sedap, di Ipoh pun ada iaitu Canning Dim Sum. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis dim sum dan makanan Chinese yang lain di restoran halal ini.
Selain dim sum, signature dish di sini adalah Fried Radish Cake. Selain itu, antara menu yang menjadi tumpuan adalah Chicken Siew Bao, Cheong Fun, Cheese Prawn Ball dan sebagainya. Dengar cerita kopi ais di sini sangat padu.
Datang dari jauh, rugi tak bergambar di sini. Dekorasi dalaman dan luaran kafe sangat memukau. Sesuai untuk kaki ootd.
Lokasi: No 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Khamis-Selasa (7.30 am-3.30 pm)
Eight Miles
Turut terkenal dengan restoran burger banjir yang sedap dan mengenyangkan, Eight Miles dibuka sehingga tengah malam, sesuai untuk dijadikan port lepak sambil makan makanan yang luar biasa.
Selain burger banjir, anda perlu merasai keenakan Full Tank Chicken Chop dan Full Tank Lamb Chop yang merupakan antara menu terlaris di Eight Miles.
Kebanyakan menu di kedai ini merupakan makanan barat. Sebut sahaja makanan barat yang anda suka, pasti ada di sini. Jika ada yang mempunyai tekak dengan makanan tempatan, jangan risau kerana ada beberapa makanan bergoreng.
Lokasi: Off Jalan Batu 8 (Berhampiran Masjid An-Nur & PGA Ulu Kinta), Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (4.30 pm-12.00 pm)
Restoran Pokok Belacan
Sekiranya anda mencari kedai makan tengah hari di Ipoh yang sedap, kami cadangkan anda untuk ke Restoran Pokok Belacan yang memang terkenal di sini.
Banyak lauk-pauk dan gulai kampung yang pasti sedap dan mampu mengingatkan anda terhadap lauk-pauk yang mungkin anda jarang temui.
Antara yang menjadi tumpuan adalah udang galah yang besar, aneka ikan bakar bersama sambal yang sedap, pajeri, gulai lemak dan sebagainya.
Lokasi: 28, Jalan Meru Bestari A7, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.30 am-4.00 pm)
Nellis Deli Oldtown
Mencari makanan barat dan menu tempatan untuk dijadikan sarapan mahupun tengahhari? Nellis Deli merupakan kafe unik dan cantik yang menawarkan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia mengikut citarasa anda. Yang penting, restoran ini halal!
Nellis Deli mempunyai dua cawangan lain iaitu di Nellis Canning dan Nellis Lost Word. Datanglah pada lokasi yang dekat dengan anda. Apa yang pasti, kesemua menu tidak akan menghampakan anda.
Ada banyak pilihan nasi lemak, nasi ulam dan set nasi dengan pelbagai jenis lauk yang pasti membuatkan ramai menjilat jari. Jika mahu makan makanan yang ringan-ringan, apa kata anda memesan cucur udang, churros atau cucur ikan bilis.
Lokasi: No 99, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (9.00 am-5.00 pm)
Laksa Telur Goreng Bersarang
Perak memang terkenal dengan kesedapan laksanya. Paling menarik, laksa di negeri ini terkenal apabila dimakan bersama telur sarang. Bayangkan anda makan laksa bersama kuah yang pekat serta telur goreng yang rangup, pasti bertambah keenakannya.
Turut dikenali sebagai Kafe Setinggan, tempat makan best di Ipoh ini sering dipenuhi ramai pengunjung terutama ‘hantu’ laksa. Resepi rahsia terhadap laksa ini membuatkannya sangat unik. Nak tahu rasanya? Anda perlu datang dan cubanya sendiri di sini.
Lokasi: No 1, Jalan Margosa D/8, Seri Margosa, Taman Seri Botani, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (12.00 pm-7.00 pm)
Wing Zone
Siapa yang tak kenal dengan Wing Zone, restoran francais yang terkemuka di Las Vegas Amerika dan kini terdapat tiga cawangan di Perak termasuklah di Greentown.
Jika ada yang tak tahu, di Wing Zone anda boleh dapatkan chicken wing atau drummet dengan lebih 20 perisa atau sos sedap seperti Buffalo Bliss, Tokyo Dragon dan Smokin Q. Setiap perisa mempunyai rasa unik dan semestinya sedap.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai menu lain termasuklah burger, nasi, tortilla, wrap, chips dan mozzarella stick. Dah jemu makan nasi? Jom ke sini dan rasai makanan lain daripada yang lain.
Lokasi: 20, Persiaran Greentown 1, Greentown Business Centre, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am-11.00 am)
Miker Pizza
Tak sah kalau ke Ipoh tapi tak singgah makan di Miker Pizza. Mana tidaknya, pizza di sini diolah mengikut citarasa tempatan. Terdapat satu lagi cawangan Miker Pizza di Ipoh iaitu di Gunung Rapat. Kunjungi cawangan berdekatan anda untuk merasai keenakan pizza yang luar biasa.
Terdapat tiga kategori pizza iaitu Classic Pizza, Premium Pizza dan Miker’s Choice. Harga setiap pizza sangat berbaloi iaitu serendah RM 22 sahaja. Jika anda datang dalam kelompok yang ramai, pilihlah set kombo pizza, pasti lebih berbaloi.
Antara pizza unik dan istimewa adalah Pizza Ultimate Kampung iaitu pizza yang menambah ramuan citarasa tempatan iaitu bunga kantan, cili padi dan ikan bilis. Kombinasinya bersama sos istimewa menjadikannya lebih sedap. Tak akan jumpa di kedai pizza yang lain.
Lokasi: No 1, Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-11.00 pm)
Nifayyi Warung & Kafé
Nak makan dengan suasana yang menenangkan dan cantik mata memandang? Nifayyi Warung & Café tempat yang perlu anda kunjungi. Kafe ini bertemakan klasik dan moden. Kafe ini menyajikan makanan tempatan dan menu barat.
Ramai yang memberi komen positif terhadap kafe ini dari segi keenakan makanan, portion yang banyak serta perkhidmatan yang cepat dan memuaskan. Apa yang best, kaki ootd mesti seronok berada di kafe estetik ini.
Tak tahu nak makan apa? Kami syorkan anda untuk mencuba Spaghetti Aglio Olio Beef Bacon, Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio dan Spaghetti Seafood Aglio Olio yang terlaris di kafe ini. Nak tahu sedap atau sebaliknya, anda perlu mencubanya sendiri. Pasti tak menyesal!
Lokasi: 77, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-11.30 pm)
Salmah Kopitiam
Salah satu tempat sarapan best di Ipoh adalah Salmah Kopitiam. Setiap kali lalu di kawasan kedai, pasti anda dapat melihat kedai dipenuhi ramai pengunjung sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk mencuba menu di sini.
Pelbagai menu yang ada dari roti hinggalah makanan berat iaitu nasi. Nasi Dagang, Nasi Kerabu Golok dan Nasi Lemak antara menu yang anda perlu cuba.
Jangan lupa pesan makanan sampingan yang pasti membuat anda jatuh hati iaitu lempeng kelapa yang dicicah bersama sambal, Roti Cheese Leleh atau roti bakar aiskrim.
Lokasi: Gunung Rapat
Waktu operasi: 8.00 am-3.00 pm
Tomyam Niase
Niase merupakan sebuah kedai yang berada di perkarangan Ipoh Night Market. Kedai ini pernah tular hingga menarik ramai pengunjung untuk merasai keenakan Tomyam Goong. Setiap kali nak datang, pasti perlu beratur panjang untuk mendapatkannya namun tempoh beratur tidak mengambil masa yang lama.
Tomyam memang padu kerana mengikut dan mengolah dari resepi original daripada Thailand. Tomyam yang pekat ini boleh dimakan bersama set nasi, mi segera, suhun dan lain-lain.
Lagi satu menu utama yang perlu dicuba adalah daging harimau menangis. Menu ini juga menjadi kegemaran ramai kerana daging yang secukup rasa, tidak liat dan dicicah bersama sos istimewa.
Lokasi: Ipoh Night Market
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-11.00 pm)
Nasi Kandar Dato Sagor
Kedai nasi kandar ini tidak popular di media sosial berbanding nasi kandar lain yang berada di Ipoh. Namun kedai ini sentiasa dipenuhi ramai penggemar nasi kandar hingga perlu beratur panjang untuk mendapatkannya. Jika anda datang lambat, potensi untuk merasai nasi ikan ini memang tipis.
Gabungan kuah kari, kuah kurma dan kuah merah yang pekat dan likat bersama nasi dan telur masin cukup membuatkan rasanya yang surr sehingga menjilat jari. Pelbagai pilihan lauk yang ada seperti lamb shank, ayam berempah, sotong dan lain-lain. Harga memang berpatutan!
Lokasi: Jalan Tun Sambanthan 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am sehingga habis)
De Bois Café
Kepakaran dan kehebatan kafe ini terletak pada menu istimewa iaitu kopi yang diimport daripada Brazil. Selain kopi, banyak menu barat ada dijual dengan harga yang sangat berbaloi.Bagi anda yang mempunyai tekak dengan selera tempatan, jangan risau ada beberapa menu yang pasti memuaskan anda.
Nasi Lemak Chicken Butter, Chicken Chop, Chicken Parmesan, Masak Lemak Cili Api, Tempoyak Patin antara menu yang pasti membuatkan anda kekenyangan. Lagi satu kelebihan makan di sini adalah portion yang mengenyangkan, berpatutan dengan harga.
Alamat: 201, Jalan Gopeng, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (4.00 pm-12.00 am)
Tasty Theory Café
Banyak kedai makan best di Ipoh yang mengetengahkan menu barat yang sedap belaka. Tasty Theory Café tak kurang hebatnya. Terletak berhampiran Mydin Meru, kafe ini mudah diakses. Menu barat di sini dimasak mengikut citarasa tempatan.
Grilled Chicken Chop, Creamy Carbonara Grilled Chicken dan Striploin Steak antara menu yang pasti membuatkan anda pulang dengan senyuman kekenyangan dan keenakan. Nak menu nasi pun ada seperti Nasi Ayam Penyet West Java, Butter Chicken Rice dan Nasi Harimau Menangis.
Alamat: 60, Jalan Meru Bestari B8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-11.30 pm)
Ayam Gepuk Ganteng
Aym Gepuk Ganteng adalah kedai ayam gepuk paling sedap di Ipoh. Banyak feedback positif daripada pengunjung yang pernah ke sini sehinggakan ramai yang menjadi pelanggan tetap.
Tak sah kalau tidak berpeluh jika makan di sini. Sambal gepuk memang padu serta kepedasannya membuatkan ramai yang tetap meneruskan untuk makan sehingga habis. Bagi penggemar makanan pedas, cabar diri anda untuk makan di sini. Mampu atau tidak?
Ayam Gepuk Ganteng sentiasa dipenuhi dengan ramai pengunjung. Rancang perjalanan anda sebaiknya agar anda tidak lepas peluang untuk mencubanya!
Lokasi: 70, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (10.00 am-10.00 pm)
Tidofish
Salah satu kafe paling instagrammable di Ipoh semestinya Tidofish! Konsep dekorasi dalaman memang memukau dengan lampu-lampu neon, ala-ala glow in the dark. Kaki ootd dan kaki makan, jom cuba keenakan menu di Tidofish!
Siapa sangka di kafe ini menawarkan makanan tempatan yang sedap seperti nasi lemak, laksa, asam laksa dan rojak buah yang sedap.
Ada juga banyak pilihan menu barat yang boleh anda cuba termasuklah Chicken Chop, Burger dan lain-lain. Untuk minuman, kami cadangkan anda untuk merasai keenakan snow ice dan bubble drink.
Lokasi: 85A, Jalan Jambu, Taman The Teng Seng, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-9.00 pm)
Kedai Kopi Yeop
Maggie Sotong Telur, Kuetiau Goreng dan Mee Kari merupakan menu yang perlu anda cuba di sini. Oh ya, buat pengetahuan anda, Kedai Kopi Yeop merupakan tempat makan best di Ipoh untuk sesi sarapan sahaja. Penduduk setempat pasti tahu kesedapan menu di kedai ini yang tidak dapat dibandingkan dengan tempat lain.
Pelbagai air istimewa juga dijamin sedap terutama buat coffee lover. Ada latte ais dengan pelbagai jenis perisa seperti vanilla, hazelnut, caramel dan macchiato. Rasa air memang padu hingga membuatkan anda teringat-ingat kesedapannya.
Lokasi: 22, Persiaran Taman Meru 14, Taman Meru 2C, Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (7.30 am-11.30 am)
SUITO
Kedai ini pernah tular dengan keenakan sweet potato ball atau bebola ubi keledek. Tak perlu ke Cameron Highland, cukup ke Ipoh Night Market untuk merasai bebola ubi bewarna-warni ini.
Setiap warna bebola ubi mempunyai perisa tersendiri iaitu Belgian Chocolate, Black Sesame, Matcha, Golden dan Purple. Anda pasti suka dengan bebola ini kerana rangup diluar dan lembut di dalam.
Beberapa menu lain yang perlu anda cuba di SUITO adalah Mochitsuki, Raindrop, Croffle dan Mini Pancake yang terlajak sedap!
Lokasi: Ipoh Night Market
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.30 pm-12.00 am)
I Am Geprek Bensu
Anda penggemar makanan pedas? Di Ipoh juga ada cawangan I Am Geprek Bensu tau! Siapa tak kenal dengan I Am Geprek Bensu, mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri.
Antara menu yang pasti membuatkan anda kekenyangan dan peluh membasahi pipi semestinya Paket Cheese Viral iaitu set nasi yang dimakan bersama ayam cheese, Indomie Ayam Geprek dan Set Paket Go Bujang Plus.
Sambal geprek di sini memang pedas tetapi memuaskan. Dimakan pula bersama nasi panas, ayam geprek yang rangup serta timun. Simple tapi padu!
Lokasi: 3, Jalan Kamaruddin Isa, Persiaran Fair Park, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 9.45 am-9.45 pm
Ikan Bakar Abah Ipoh
Ada yang teringin makan ikan bakar untuk makan malam? Satu lagi port ikan bakar yang best dan sedap adalah Ikan Bakar Abah. Ikan dan bahan makanan laut dimasak dengan segar. Ratah begitu sahaja sudah cukup berselera.
Jika makan di sini, anda perlu cuba Terubuk Bakar yang sedap dan tiada tulang, dicicah pula dengan air asam yang pedas dan mengancam. Kerang bakar dan sotong bakar juga pasti membuatkan ramai menjilat jari.
Lokasi: T13, Jalan Dahlia, Kampung Tasek, 31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Selasa-Ahad (6.00 pm-12.00 am)
Tempat makan best di Ipoh memang banyak. Tak cukup satu hari percutian anda ke Ipoh untuk merasai kesemuanya. Apa yang pasti, apabila cuba pasti nak datang lagi. Tak hairanlah jika ada pengunjung yang datang dari jauh ke Ipoh semata-mata ingin makan di restoran kegemaran mereka.
Lebih seronok bercuti sambil mencari makanan idaman anda bersama yang tersayang. Tunggu apa lagi? Jom ajak mereka ke Ipoh!
Jika anda mencari tempat menarik di Ipoh serta penginapan yang selesa, kami sediakan lokasi tersebut untuk memudahkan percutian anda!