Pakej Pulau Perhentian Terbaik 2020
Dah boleh jalan-jalan nanti nak pergi bercuti tak? Kalau nak, jom pergi Pulau Perhentian?
Pulau ini memang terkenal dengan pantainya yang seperti kristal biru, pasir putih, makanan laut segar yang umph – sedap, tentu sahaja menjadi tumpuan para pelancong.
Kalau belum berhenti di sini, baca artikel ini untuk ketahui tempat percutian di Pulau Perhentian dengan pakej yang menarik.
Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?
Pantai Biru Bak Kristal
Pantai biru di sini mempnyai sejarahnya sendiri. Nama Perhentian kerana pernah menjadi tempat persinggahan kapal garam dan dagang ke Kuala Terengganu kerana angin kencang dan ombak besar.
Sehingga ini, masih menjadi tempat perhentian berlindung kapal-kapal.
Terbahagi kepada dua pulau, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, kedua-dua pulau ini ada destinasi menarik yang anda kena kunjungi.
Kalau di Pulau Perhentian Besar banyak resort, Pulau Perhatian Kecil anda boleh pergi ke perkampungan nelayan dan boleh ke Pantai Panjang yang dimana pantai di sana kurang karang. Jadi anda boleh berenang dengan lebih tenang di sana.
Dikelilingi dengan pantai biru yang indah dan hutan hijau yang tenang. Sesuai untuk anda yang ingin melepaskan stress.
Aktiviti Di Pulau Perhentian
Yang berminat nak tahu apa ada di sebalik pantai bak kristal, cuba aktiviti snorkeling bersama keluarga.
Kalau menginap di chalet atau hotel Pulau Perhentian Kecil, aktiviti ini akan dimulakan pada waku pagi atau petang, bergantung kepada operator pelancongan.
Anda akan dibawa menaiki bot laju ke tempat tumpuan utama snorkeling seperti Blue Lagoon, Turtle Point/Turtle Bay, Shark Point, dan Coral Garden.
Nak Cuba Scuba Diving?
Peluang untuk anda ambil sijil menyelam ada kalau anda menginap di Pulau Perhentian Besar. Berminat? Bolehlah anda hubungi operator pelancongan yang menyediakan kursus scuba diving sekali dengan pakej percutian.
Dah ada kemahiran nak menyelam, anda boleh ke Tokong Laut, di Barat Laut Kepulauan di Pulau Perhentian. Barisan terumbu karang yang brwarna-warni ada di sana untuk anda terokai.
Bagi yang membawa anak kecil, nak mandi pantai macam biasa pun boleh.
Ada pantai yang lebih privasi dan ada pantai yang lebih terbuka, banyak juga dikunjungi pelancong asing.
Pantai-pantai menarik di sini termasuklah Pantai Romantik dan Pantai Teluk Pauh dengan pasir yang putih dan air jernih, sesiapa pun pasti nak ke sana.
Trekking Di Pulau Perhentian?
Dah puas menyelam dalam air, boleh juga kalau nak ‘ke atas’.Antara destinasi wajib untuk trekking ringan adalah Kincir Air.
Walaupun hanya trekking ringan, anda kena pakai kasut yang sesuai, sediakan air dan tuala kecil kerana boleh tahan penat juga kalau nak ke atas. Kincir angin D’ Lagoon, cubalah atau ‘panjat’ di hutan di sini.
Makanan Laut Segar
Dah ke Pulau Perhentian dikelilingi pantai yang bersih, tak sah kalau tak makan makanan laut di sana. Anda nak tangkap sendiri pun boleh!
Kalau di Pulau Perhenian Kecil, anda boleh tanya-tanya bot kecil yang sediakan servis candat sotong. Ada yang semurah RM150, maksimum 4 orang.
Tak minat candat sotong? Aktiviti memancing pun ada. Ada pakej Pulau Perhentian yang menyediakan pakej candat dan memancing sekali dengan tempat tidur.
Kalau aktiviti ini terlalu ekstrem, tak salah anda cuba bersantai sahaja di Pulau Perhentian. Berkelah dengan anak-anak, ada sahaja padang permainaan anda nak relaks sambil makan keropok lekor.
Di sini kami kongsikan antara resort/hotel/chalet sekali dengan pakej yang menjadi hotspot orang ramai.
1. The Barat Perhentian
Ada bilik yang mempunyai pemandangan laut, pusat menyelam, pusat rekreasi dan pusat terapi kesihatan. One stop vacation yang ada semuanya. Nak tahu lebih lanjut? Boleh klik di sini. atau di sini.
2. Coral View Resort
Kemudahan di sini semuanya mesra keluarga. Malah berdekatan dekat Teluk Keke, menjadi tarikan popular para pelancong dari dalam dan luar negara.
Boleh tengok pakej 3 hari 2 malam di sini atau anda nak tengok pakej dari Holiday Go Go, boleh klik di sini.
3. Perhentian Island Resort
Hotel bertaraf 3 bintang ada kolam renang, tapak barbeku, gelanggang badminton dan spa. Sesuai untuk anda yang mencari tempat untuk bersantai dan bersukan dengan keluarga.
Dekat mana pakej yang menarik untuk ke sini? Ada di sini dan sini kalau inginkan fullboard package.
4. Tuna Bay Island Resort
Depan pantai. Kawasan sunyi hanya kedengaran desiran air pantai, dikelilingi hutan tropika dan pemandangan Pulau Perhentian Kecil. Chalet klasik kayu ini juga dimuatkan dengan perabot rotan dan kayu.
Malah mesra keluarga, sempurna untuk percutian keluarga atau percutian pasangan baru berkahwin. Anda boleh tengok sendiri pakej percutian dari resort ini di sini ataupun pakej ajen pelancongan di sini.
5. Bubu Long Beach Resort
Anda nak penginapan bertema resort atau villa yang lebih sesuai untuk keluarga besar, ada di sini. Selain pusat rekreasi, dan spa, anda boleh dapatkan perkhidmatan acara untuk event, atau perkahwinan.
Nak tahu tentang pakej di sini? Boleh tengok pakej percutiaan di sini dan fullboard di sini.
Nak cuba percutian bajet di Pulau Perhentian pun ada pakejnya., anda boleh baca laman facebook Pakej Bajet Percutian Pulau Perhentian.
Banyak lagi resort yang ada untuk anda tengok dulu sebelum ke sana. Ada juga pakej yang sesuai untuk anda. Boleh rancang dahulu perjalanan anda dengan menyemak dahulu harga hotel di Pulau Perhentian.
Macam mana? Dah bersedia nak bercuti? Boleh baca juga pengalaman penulis ini di Pulau Redang. Kalau betul destinasi percutian anda ke Terengganu, jangan lupa singgah juga tempat makan di sini.
Musim virus Covid-19 ni walaupun anda tak boleh kemana-mana, apa salahnya anda rancang percutian dengan advanced? Jangan lupa jaga kesihatan, dan sentiasa jaga kebersihan.
Semoga cuti anda dapat menenangkan anda dan recharge semula tenaga untuk hari minggu anda!