8 Negara Paling Ramai Pelancong Di Dunia
Kini kita telah lihat banyak suapan di laman media sosial dengan kisah percutian yang luar biasa. Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, negara manakah yang paling ramai pelancong di dunia?
Bagi menjawab soalan tersebut, di sini kami kongsikan beberapa negara paling ramai pelancong di dunia.
1. United Kingdom
United Kingdom terkenal dengan barangan berjenama mewah, Queen Elizabeth dan keunikan lokasinya menjadikan ia negara paling ramai pelancong di dunia.
Menariknya, terdapat gabungan tempat bersejarah dengan suasana moden membuatkan United Kingdom sering menjadi pilihan para pelancong.
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah monumen bersejarah, pusat membeli belah, stadium bolasepak dan sebagainya.
2. Thailand
Bila sebut sahaja Thailand, kita akan terbayangkan kuil-kuil yang menakjubkan dihiasi dengan akar-akar pokok kuno, ukiran patung Buddha dan upacara persembahan tradisi mereka yang unik.
Selain itu, kawasan pedalaman Thailand juga terdiri daripada gua, air terjun, sawah padi, dan bukit-bukau yang menakjubkan. Ia juga merupakan negara paling ramai melancong kunjungi di dunia ini.
Menarik lagi, Thailand dihiasi dengan panorama pantai yang bersih, pulau yang cantik serta perairan yang memukau menjadikannya tempat pilihan pelancongan bagi para pelancong.
3. Jerman
Jerman mungkin dikenang sebagai tempat bersejarah bagi tragedi ngeri bagi era Nazi, tetapi ia juga merupakan tempat kelahiran para cendekiawan dan pencipta yang kreatif pada era moden.
Dari seni bina kontemporari oleh Frank Gehry dan Daniel Libeskind hinggalah muzium dan kilang kenderaan yang mewah, menjadikan negara ini sebagai tumpuan utama para pelancong.
Anda boleh menikmati panorama di luar bangunan Romanesque dan Baroque di Berlin, Munich yang mempersonakan. Terdapat lembah-lembah hutan dan ladang anggur yang luas, pasti membuatkan anda terpaku dengan keindahannya.
Ramai pelancong yang datang ke sini untuk merasai kepelbagaian suasana yang indah di Jerman.
4. Mexico
Mexico sememangnya amat terkenal dengan kehidupan rakyatnya yang amat menggemari pesta dan sebuah negara yang amat menekankan aspek kesenian di dalam kehidupan sejak dari dulu lagi.
Ia juga merupakan tempat bersejarah bagi kuil Maya dan piramid Teotihuacan yang terkenal di seluruh dunia. Selain itu, Mexico juga terkenal dengan adanya hutan, gunung berapi, padang pasir dan pantai yang menarik untuk dikunjungi oleh ramai pelancong.
Jadi, tidak mustahil ia merupakan sebuah negara paling ramai pelancong. Makanan tempatan di Mexico juga patut anda cuba sekiranya datang ke sini.
5. Turki
Turki sememangnya terkenal dengan landskap padang pasir dan peninggalan bangunan bersejarah yang dihiasi oleh suasana kota yang sibuk. Ia terkenal dengan pantai Mediterania untuk pasangan yang menginginkan percutian yang romantis.
Anda juga dapat melihat pemandangan susunan batu yang menonjol hingga ke tasik dan ladang zaitun. Antara tempat yang menarik untuk memanjakan mata di sini adalah Pegunungan Kacker, Pantai Patara, dan Tasik Egirdir.
Aktiviti riadah yang sering menjadi tumpuan utama pelancong adalah berkayak, paragliding, mendaki dan sebagainya. Bagi anda yang ingin mencuba makanan tradisional Turki, anda boleh mencuba kebab, baklava dan sayur yang pasti menyelerakan.
Disebabkan oleh kepelbagaian yang terdapat di Turki, maka tidak hairanlah kenapa ia menjadi pilihan utama para pelancong di dunia untuk dijadikan destinasi percutian.
6. Itali
Atmosfera kesenian itu muncul dalam fikiran kita apabila memikirkan mengenai negara Itali ini. Itali merupakan negara yang paling ramai pelancong di dunia kerana tarikan seni bina Byzantium, lukisan dinding Padua, David Michelangelo dan karya Da Vinci yang hebat.
Sisa-sisa peninggalan kuno Rom yang ditinggalkan dalam bentuk tapak arkeologi, gereja lama dan sebagainya merupakan syurga bagi pencinta sejarah lama.
Itali juga kaya dengan tarikan alam semula jadi yang luar biasa dari segi geologinya. Daripada terumbu karang sehinggalah ke Pegunungan Alpen yang sejuk, panorama di sini sememangnya amat indah.
Anda juga boleh mencuba beberapa makanan yang terkenal di Itali seperti hidangan masakan berasaskan pizza dan pastri, tiram dan banyak lagi yang sememangnya amat enak.
7. China
China adalah merupakan sebuah negara yang penuh dengan teka-teki dan keindahan alam semulajadinya yang memukau, menjadikan negara ini turut mempunyai ramai pelancong yang hadir.
Walaupun kini China merupakan sebuah negara yang berkembang pesat, mereka juga masih mengekalkan tapak warisan sejarah mereka. Antaranya Tembok Besar China, kuil Buddha dan peninggalan tapak istana yang lama.
Tarikan utama terbesar di China adalah pusat membeli-belah dan muzium yang dipenuhi artifak bersejarah yang menakjubkan.
8. Amerika Syarikat
Amerika selalu menjadi destinasi pelancongan yang popular kerana tarikan bandar metropolis yang menakjubkan. Tahun lalu, ia mengalu-alukan kedatangan sejumlah 82 juta pelancong.
Sebut sahaja mengenai New York City, Los Angeles, Las Vegas, Chicago, dan Boston, yang merupakan syurga keseronokan. Selain itu, terdapat pantai yang sering dikunjungi pelancong seperti Pantai Miami dan Pantai San Francisco.
Amerika Syarikat juga mempunyai khazanah panorama alam yang memukau seperti Grand Canyon. Jika anda datang ke Amerika Syarikat, dua atau tiga hari ke sini sememangnya tidak mencukupi.
Jom baca juga negara paling selamat untuk melancong, tempat honeymoon di Terengganu dan tempat honeymoon di Pulau Pinang.
Rujukan
- Top 10 Most Visited Countries In The World. https://travelmedium.com/blog/most-visited-countries-in-the-world
2. Top 20 World‘s Most Visited Countries 2020. https://romecitynow.com/the-worlds-most-visited-countries-2020
3. 15 Top Places To Visit In The World. https://www.planetware.com/world/top-places-to-visit-in-the-world-us-az-234.htm