Mudah Travel Ke Eropah Dengan Adanya Supir Eropah
MUDAH TRAVEL KE EROPAH DENGAN ADANYA SUPIR EROPAH.
Selalu kita dengar perkataan supir atau sopir bila melancong ke Indonesia.
Tahukah anda, untuk melancong ke Eropah pun kita boleh dapatkan khidmat supir untuk memudahkan dan menjadikan percutian kita lebih privasi dan teratur. Shiowla
Bezanya, supir ini bukan dari Indonesia tetapi anak jati tanahair Malaysia kita sendiri.
Rezeki ada di mana sahaja untuk orang yang rajin berusaha.
Itulah kata-kata yang dipegang oleh tiga anak muda dari Malaysia ini.
Faidz, Salawadi dan Adri yang sanggup merantau beribu batu di bumi Eropah dengan menawarkan khidmat “Supir” ataupun pakej pelancongan untuk para pelancong dari Malaysia yang ingin bercuti di sekitar negara-negara Eropah.
Bermula secara “part time” ketika menetap di UK untuk meneman isteri yang sedang sambung belajar 5 tahun lepas, dan selepas itu oleh kerana permintaan yang banyak dari pelancong Malaysia, kini ianya menjadi satu kerjaya buat mereka mencari rezeki di sini.
“Banyak cabaran yang kami hadapi untuk bekerja sebagai tour operator ni, pengorbanan yang paling besar adalah kami terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air dan selalunya untuk tempoh yang agak lama kalau trip bersambung-sambung” – kata Faidz yang beliau sendiri kehilangan Arwah bapanya ketika sedang membawa trip di Eropah.
Selain menjadi supir, mereka juga merangkap sebagai pemandu pelancong membawa para pelancong untuk melawat ke destinasi menarik di sekitar Eropah.
“Kami juga menawarkan pakej-pakej pelancongan Muslim di Eropah kepada para travel agent di Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh anak Melayu kita di sini kerana kami lihat masih banyak travel agent di Malaysia yang menggunakan tour operator mat salih di sini untuk pakej-pakej mereka”. Kata Adriyadi yang berasal dari Kuantan dan juga kerap terpaksa berjauhan dengan keluarga beliau yang kini menetap di Kuala Lumpur. Shiowla
Mohd Salawadi, anak jati Terengganu pula berkata, “Alhamdullilah, sehingga hari ini masih banyak lagi permintaan untuk pakej-pakej melancong di Eropah. Pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang dari Brunei, Singapura dan Indonesia kerana kami cuba memberikan pakej Muslim yang terbaik untuk para pelanggan kami”.
Bermula secara “freelance” sejak tahun 2013, kini mereka mempunyai krew-krew supir yang berpengalaman iaitu warganegara Malaysia kita sendiri yang sudah lama menetap di Eropah dan sudah masak dengan selok belok perjalanan di Eropah.
“Alhamdullillah, sehingga kini sudah ada beberapa travel agent dari Malaysia yang bekerjasama dengan kami untuk memberikan pakej-pakej melancong yang terbaik untuk pelanggan mereka”. Kata Faidz atau nama sebenarnya Faidz Ashrofie bin Hanafi yang berasal dari Jitra, Kedah
Mereka menawarkan pakej-pakej untuk para pelancong Muslim yang ingin melancong di Eropah secara Private tour, Group tour mahupun pakej bajet ala backpackers. Shiowla
Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Supir Eropah dan pakej-pakej yang mereka tawarkan, boleh layari Facebook page Supir Eropah – Private Tour by Malaysians atau akaun Instagram @supir_eropah. Boleh juga whatsapp ke +60196642050 untuk dapatkan maklumat lanjut.
Usaha tiga anak muda Melayu ini harus diberi pujian dan sokongan agar mereka dapat terus memartabatkan budaya pelancong Malaysia di mata dunia.
Rujukan:
Facebook Page : Kaki Travel
Facebook Page Supir Eropah : Supir Eropah
Instagram Supir Eropah : @supir_eropah