Menara Alor Setar: Aktiviti Menarik di Sini
Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke negeri Kedah, apa kata datang ke Menara Alor Setar. Alor Setar merupakan bandar yang terletak di semenanjung Malaysia yang terdiri daripada keunikan tersendiri yang dapat mempersonakan sesiapa sahaja yang datang ke sini. Alor Setar mempunyai Menara komunikasi setinggi 165.5-meter yang menjadi mercu tanda bagi negeri Kedah.
Menara Alor Setar merupakan bangunan yang tertinggi di Kedah dan mempunyai balai cerap yang terletak di ketinggian 88 meter. Menara ini direka menyerupai setangkai padi yang diikat bersama. Rekaan ini adalah untuk memberikan perhormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah. Menara ini telah menjadi tumpuan para pelancong dalam negara mahupun luar negara. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di Menara Alor Setar.
Star Sky Restaurant & Lounge
Bagi anda yang pertama kali datang ke sini, apa kata cuba menikmati makanan di tempat yang tinggi. Star Sky Restaurant merupakan salah satu restoran terbaik yang terdapat di Alor setar. Terkenal dengan gayanya yang tersendiri, restoran ini merupakan restoran pertama di Alor Setar yang berputar. Restoran ini terletak setinggi 94 meter dari atas paras laut.
Restoran ini dibuka dari jam 11 pagi sehingga 9 malam pada setiap hari. Jangan risau sekiranya anda mempunyai anak kecil kerana di restoran ini merupakan restoran yang mesra kanak-kanak. Terdapat beberapa peraturan yang anda perlu patuhi seperti tidak dibolehkan merokok mahupun meminum minuman alkohol.
Menariknya di sini, anda bukan sahaja dapat menikmati makanan pada ketinggian yang mengujakan, malah anda juga dapat menikmati keindahan matahari terbenam serta pemandangan sekitar Alor Setar. Di restoran ini terdapat pelbagai menu bermula dari masakan goreng, masakan kampung mahupun western. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini bersama pasangan mahupun keluarga anda.
Star View
Menara Alor Setar telah memperkenalkan tarikan yang terbaharu iaitu Star View. Tujuan Star view ini dibina adalah untuk memberikan peluang kepada para pelancong untuk menyaksikan keindahan panorama dan tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandar Alor Setar. Menariknya lagi, view ini dilihat di atas platform kaca yang pastinya memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung. Star view menggunakan warna rasmi negeri iaitu warna hijau.
Harga tiket untuk ke sini ialah RM 48 bagi dewasa dan RM 24 bagi kanak-kanak. Sama seperti tiket untuk Observation Deck, tiket Star View bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah adalah percuma. Star View yang baru dibuka pada ketinggian 105 meter dari atas laut. Star View yang berbentuk kotak dikelilingi dengan kaca memperlihatkan pemandangan dari paras atas. Star view ini dibuka pada 9 pagi sehingga 10 malam.
Selain itu, star view ini menelan belanja sebanyak RM 2 juta. Sejak pelantar pemandangan terbuka yang dikenali sebagai Star view dibuka, ramai pelancong yang merebut peluang untuk merasai sendiri pengalaman berdiri di atas pelantar kaca. Lebih menarik lagi, bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini!
Megaview
Bagi anda yang ingin mengadakan pelbagai majlis penting, terdapat dewan Bankuet Megaview untuk anda tempah. Megaview menyediakan kawasan yang luas untuk mereka yang ingin menempah bilik yang dapat digunakan di Menara Alor Setar ini. Terdapat juga kemudahan untuk mengadakan perjumpaan mahupun mesyuarat, seminar, kursus, makan malam dan banyak lagi untuk agensi kerajaan, badan korporat, NGO, persatuan dan sebagainya.
Sekiranya anda ingin mengadakan majlis hari jadi, majlis perkahwinan, minum petang atau makan malam perpisahan. Mega View juga menawarkan reka bentuk jamuan yang elegan pada ketinggian 100 meter di atas paras tanah. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis tema yang disediakan atau tema yang direka oleh anda sendiri.
Observation Deck
Bagi melengkapkan pengalaman baharu pengunjung, Open Deck telah dipertingkatkan dengan ruang menunggu yang selesa. Selain reka bentuk lantai yang menarik dan eksklusif, dek pemerhatian di aras 88 meter ini juga turut dilengkapi dengan lima set teropong automatik. Hal ini adalah untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Bandaraya Alor Setar menggunakan teropong tersebut.
Harga tiket untuk ke sini adalah sebanyak RM12 bagi dewasa dan RM 8 bagi kanak-kanak. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah, tiket masuk adalah percuma. Observation Deck dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Di samping itu juga, pemandangan yang terbentang dari Gunung Jerai ke Gunung Keriang. Keindahan hamparan sawah padi yang terletak di kedua gunung tersebut juga boleh dinikmati menggunakan teropong yang telah disediakan.
Amphitheatre
Amfiteater merupakan ruang terbuka yang digunakan untuk pertunjukan seni dan budaya serta berbagai acara pameran. Amphitheatre dibina untuk memenuhi persembahan seni, aktiviti rekreasi, konvensyen dan forum di mana pengunjung digalakkan untuk mengambil bahagian sepenuhnya.
Bagi mereka yang meminati theatre, anda pastinya suka dengan aktiviti yang ditawarkan di sini. Terdapat theatre terbuka yang digunakan untuk pertunjukan kebudayaan aktiviti riadah dan pameran.
Kedai Cenderamata
Kalau bercuti, tidak lengkaplah tanpa cenderamata. Di Menara ini juga terdapat pelbagai jenis cenderamata yang dapat anda beli untuk diberikan kepada sahabat mahupun keluarga anda. Terdapat kedai bunga, coklat dan belon yang baru dibuka di Menara Alor Setar.
Selain itu, sama seperti tarikan di tempat pelancongan yang lain, Menara Alor Setar turut menyediakan pelbagai barangan yang mempromosikan tempat tersebut. Antaranya adalah keychain kayu Menara Alor Setar, keychain besi, magnet dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membeli cenderahati di sini sebagai kenangan anda.
Kesimpulan
Tarikan yang terdapat di Menara Alor Setar sememangnya sangat banyak. Menara Alor Setar juga merupakan antara Menara yang menjadi tumpuan para pelancong sekiranya datang ke sini. Menara ini juga kini sedang giat mengadakan pelbagai promosi yang menarik untuk anda terokai. Di sini juga terdapat pelbagai tempat untuk anda dan keluarga merasai pengalaman yang baru.
Di bangunan ini juga terdapat restoran, view kaca, teropong dan banyak lagi. Segala tempat yang disediakan di sini adalah untuk memberikan peluang kepada anda bagi menikmati pemandangan dan pengalaman berada di tempat yang tinggi. Menara ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang pastinya akan memberikan anda keselesaan ketika datang ke sini. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti: