Kopi Mansur: Kopi Terbaik Di Seremban (Kena Cuba)
Kalau bercakap mengenai kopi, peminat kopi mestinya akan menyukai rasa unik dan segar dari brand dan jenis kopi masing-masing. Peminat kopi pastinya akan suka dengan kelainan jenis kopi yang dijumpai oleh mereka. Disebabkan itu, apa kata peminat kopi datang ke Seremban untuk mencuba sendiri kesedapan kopi mansur.
Kebanyakan mereka yang meminum kopi untuk membantu berjaga malam. Bagi mereka yang meminati kopi pastinya pernah dengar nama kopi viral ini. Kopi Mansur ini pada mulanya diniagakan di Pakar Paroi dan bertukar tempat di Seremban. Terkenal dengan tagline kopi paling mahal tetapi bukan dengan ringgit melainkan dengan rasanya yang pekat dan sedap. Apa tunggu lagi? Jom baca artikel di bawah.
Pelbagai Jenis Kopi
Jika anda mendengar mengenai kopi mansur, pasti anda tidak akan menyangka dengan harga yang ditawarkan di sini. Anda boleh merasai sendiri rasa kopi yang mahal dengan harga yang rendah. Anda hanya perlu membayar RM 8 untuk secawan kopi Mansur. Di sini, anda bukan sahaja dapat merasai satu jenis kopi, malah terdapat banyak lagi jenis kopi yang dijual di sini.
Terdapat beberapa jenis kopi yang dapat anda pilih di sini. Antara jenis kopi yang terdapat di sini ialah Kopi power, kopi burung walid, kopi badam, kopi biji manggis, extra power, double extra power dan macam-macam lagi. Menariknya mengenai gerai kopi ini, anda bukan sahaja dapat merasa pelbagai jenis kopi, tetapi anda juga dapat merasa kopi yang baik untuk kesihatan.
Kopi ini juga disediakan di dalam cawan kecil comel seperti yang terdapat di kopitiam. Bagi anda yang datang ke sini, jangan terkejut dengan kopi yang tumpah sehingga ke dalam piring cawan. Hal ini kerana, trend kopi di gerai ini adalah menyediakan kopi sehingga melimpah ruah. Ramai yang datang ke sini untuk merasai sendiri kopi Mansor ini. Memang sangat berbaloi!
Rasa Kopi
Sekiranya anda terfikir bahawa rasa kopi ini sama seperti kopi yang disediakan di dalam pack 3 in 1, ramai yang berkat bahawa kopi ini mempunyai rasa dan keunikan yang tersendiri. Jika dilihat dari gambar kopi ini, pasti ramai yang merasa bahawa kopi pekat ini mempunyai rasa yang likat dan sangat pahit. Jangan terkejut dengan rasa yang anda dapat ketika minum kopi ini.
Hal ini adalah kerana, kopi ini sangat sedap dan sama sekali tidak terlalu pahit. Walaupun warna kopinya yang pekat, rasa dan kesedapan kopi ini telah memukau ramai pengunjung yang datang ke sini. Menariknya lagi, rasa manis kopi ini tidak menggunakan sebarang gula mahupun susu. Rasa unik kopi ini juga terdiri daripada campuran hot coklat yang sangat pekat. Hal inilah yang menjadikan kopi Mansur lain daripada kopi yang lain.
Kopi ini juga sangat popular dalam kalangan geng kopi. Selain daripada jenis serbuk kopi yang terdapat di sini, anda juga dapat menjumpai pelbagai jenama kopi yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat kopi. Antara jenama yang terdapat di gerai ini ialah kacip Fatimah, tongkat ali, burung walid dan banyak lagi.
Hidangan Lain
Walaupun gerai ini terkenal dengan kepelbagaian kopi, anda juga dapat merasa pelbagai hidangan lain yang terkenal di sini. Ramai pengunjung yang datang ke sini memuji sup tulang yang terdapat di sini. Rasa sup tulang yang kaya sedap sememangnya menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini. Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada sup ayam, sup kambing, sup bebola, nasi lemak ayam rempah, nasi lemak ayam rendang, mee udang, mee rebus dan mee bandung.
Selain itu, anda juga dapat merasa mee udangnya yang cukup terkenal di sini. Hidangan mee udangnya bukan sahaja bersaiz besar, namun anda juga dapat merasa kepekatan kuah mee udang tersebut yang kaya dengan pelbagai rasa. Tidak lengkaplah sarapan pagi tanpa nasi lemak. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasa nasi ayam berempah yang disertakan dengan hidangan kopi panas. Patinya akan menambahkan selera makan anda.
Harga Yang Ditawarkan
Jika anda risau untuk datang ke sini kerana harganya yang mahal, jangan risau mengenai perkara tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan kopi yang disediakan di sini tidak akan melebihi RM 8 secawan. Harga yang paling mahal pula boleh mencapai sehingga RM 17 secawan. Anda pastinya akan teruja dengan kesedapan dan keunikan rasa kopi yang disediakan di sini.
Selain itu, harga kopi yang paling mahal adalah RM 36 dengan double extra power. Sekiranya anda sukakan kopi yang dihidangkan dengan sejuk, anda perlu menambah RM 1 bagi setiap senarai harga kopi yang terdapat di dalam menu. Nikmati kopi pilihan anda dengan harga yang sangat berbaloi di gerai kopi ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai jenis kopi di gerai ini.
Terdapat Juga Teh
Bagi mereka yang tidak meminati kopi atau tidak minum kopi, anda juga boleh datang ke sini untuk meminum teh dan merasai hidangan yang disediakan di sini. Hal ini kerana, terdapat juga teh yang disediakan di gerai ini. Buat penggemar the, jangan risau untuk datang ke sini kerana terdapat beberapa jenis teh yang disediakan di sini seperti Nippon Teh, Badam teh dan macam-macam teh lagi.
Kesimpulan
Kopi Mansur sememangnya menjadi pilihan ramai penggemar kopi. Walaupun begitu, bukan sahaja penggemar kopi yang akan meminum kopi ini, malah kopi ini turut menjadi kegemaran mereka yang tidak meminati kopi. Disebabkan itu, anda harus mencuba sendiri kopi Mansur ini. Terdapat banyak jenis kopi dan rasa yang berbeza mengikut cita rasa anda sendiri.
Keunikan kopi ini yang dihidangkan di dalam cawan yang cantik dan simple menjadikan gerai kopi ini diminati ramai. Pada masa kini, sangat sukar untuk menjumpai rasa kopi yang sedap dan tidak pahit. Tetapi, jika anda datang ke gerai kopi ini, anda pastinya akan berasa puas dengan rasa kopi yang unik dan sedap untuk diminum. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini dan nikmati kopi bersama rakan mahupun keluarga anda.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti: