Hah, ini sebenarnya info yang sangat menarik untuk dikongsikan. Tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh menjimatkan premium insurans atau sumbangan takaful yang dikenakan?

Jika anda ingin menikmati lebih manfaat, sebenarnya ada caranya. Ianya bergantung kepada profil risiko pemanduan anda. Hmm, kalau tidak tahu, pastikan anda baca artikel ini sampai habis.

Sejak 1 Julai 2017, insurans /takaful motor telah diliberalisasikan dan tidak tertakluk pada penentuan premium yang ditetapkan oleh pihak Bank Negara. Ayat macam skema dan susah untuk difahami sahaja bunyinya bukan?

Sebenarnya, maksud secara mudahnya adalah Bank Negara telah membenarkan syarikat insurans atau pengendali takaful mengenakan premium atau kadar sumbangan sendiri tanpa ada tanda aras yang piawai. Ini bermaksud premium yang dibayar oleh anda kini juga berdasarkan profil risiko diri anda dan mengikut acuan syarikat insurans/takaful itu sendiri.

Contohnya, jika anda seorang yang berisiko untuk kemalangan, tentulah premium yang dikenakan akan lebih mahal. Begitu juga sebaliknya. Dalam kes ini, jika anda merupakan seorang pemandu yang berhemah, maka premium atau kadar sumbangan yang dikenakan adalah lebih rendah.

Cara penentuan ini pula banyak caranya. Jadi dalam kes ini, jika anda ingin dikenakan premium atau sumbangan yang lebih rendah, anda digalakkan mempunyai profil risiko pemanduan yang baik.

Secara umum ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk menjadikan profil risiko anda lebih baik.

pemanduan bahaya

1.Jadilah pengguna yang bijak

Memandangkan pelan dan harga premium atau kadar sumbangan sudah berlainan antara syarikat insurans dan pengendali takaful, cara termudah adalah membandingkan terlebih dahulu pelbagai pelan

dan kadar premium. Tetapi awas, murah tak semestinya bagus. Kadang-kala perbezaan premium atau sumbangan ini adalah disebabkan perbezaan manfaat kemalangan yang akan diperolehi nanti.

Namun jika manfaat yang diterima hampir sama, sudah tentu syarikat insurans atau pengendali takaful yang memberi harga premium atau sumbangan yang lebih rendah dipilih. Salah satu tips untuk membandingkan premium atau sumbangan yang dikenakan adalah menggunakan laman website seperti Persatuan Insurans Am Malayisa (PIAM) Motor Product Selector atau Malaysian Takaful Association (MTA) Motor Product Selector.

Pelbagai info dapat anda perolehi sebelum membeli. Sumber ini boleh dijadikan rujukan yang boleh dipercayai.

2. Jadilah pemandu yang berhemah

Untuk profil risiko yang baik, anda perlulah mengamalkan pemanduan. Contohnya mematuhi isyarat lalu lintas, fokus kepada pemanduan dan tidak bermain dengan telefon bimbit apabila memandu.

Pastikan anda juga memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had laju bukan sekadar membahayakan nyawa anda, tetapi nyawa pemandu jalan raya yang lain.

3. Menjaga Kereta

minyak kereta

Ini merupakan tips yang penting juga. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pemanduan. Pastikan anda mematuhi dan menyelenggara kenderaan anda mengikut jadual yang ditetapkan.

Pemeriksaan mudah seperti menukar minyak hitam boleh dilakukan sendiri jika anda mahir. Jika tidak, hantar sahaja pada bengkel kereta yang boleh dipercayai. Apalah sangat kos yang dikenakan jika dibandingkan dengan jaminan keselamatan.

Kesimpulannya, liberalisasi yang diperkenalkan sebenarnya banyak meberi manfaat kepada para pemandu Malaysia. Ia memastikan premium atau kadar sumbangan yang dikenakan lebih adil kepada pemandu berhemah.

Tambahan pula, ini akan menyebabkan pengendali insurans/takaful berusaha untuk memperkenalkan servis atau produk yang lebih baik. Jadi siapa yang untung? Kita sebenarnya!

Penulis: Ammboi Content Partner

Ammboi adalah website tentang tips dan petua travel terkini. Info-info tempat menarik dan aktiviti yang wajib anda cuba bila berjalan. Kami adalah hub utama perlu anda baca sebelum ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.