10 Tempat Ikan Bakar Melaka yang Sedap dan Best
Selain asam pedas, ikan bakar Melaka turut dicari oleh ramai pengunjung jika ke negeri ini. Tak sah kunjungan anda ke Melaka kalau tak rasai keenakan ikan bakar di sini.
Tak kira ikan pari, ikan cencaru, ikan siakap atau apa-apa ikan, yang pasti ikan segar yang dibakar bersama rempah dan sambal yang sedap pasti membuatkan setiap orang bertambah.
Banyak tempat ikan bakar Melaka yang sedap dengan harga yang berbaloi. Jom tengok salah satu tempat yang mungkin anda boleh kunjungi.
Dapoq Ijan Terbakaq
Terletak di Paya Ikan Bukit Paru, di sini terdapat kerang bakar, kupang bakar, kerang rebus dan banyak lagi yang sedap! Semua dijual dengan harga yang berpatutan.
Menu yang lain yang pasti menambat selera anda pun ada. Ada menu masakan barat, aneka goreng tepung, asam pedas dan lain-lain. Jika anda tinggal di kawasan sekitar, Ijan Dapoq Terbakaq juga menyediakan perkhidmatan menghantar makanan ke rumah.
Jauh dari kesibukan kota, anda boleh makan dengan santai dan suasana kampung. Jika nak merasai keenakan ikan bakar dan menu sedap yang lain, anda digalakkan untuk datang dengan lebih awal.
Waktu Operasi: Selasa-Khamis | 6.30 pm-12.00 am
Lokasi: 403-1, Jalan Datuk Palembang, Kampung Paya Ikan, 75150 Melaka
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Jika anda ingin makan ikan bakar yang sedap sambil menikmati pemandangan yang cantik dan tenang, anda memang perlu datang ke sini. Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung merupakan salah satu kedai ikan bakar yang terkenal dengan keenakannya di Melaka.
Anda digalakkan untuk datang awal ke sini agar tidak sesak dan dapat makanan dengan cepat. Namun kawasan dalam restoran ini amat luas dan pasti selesa buat anda.
Waktu Operasi: Setiap hari | 4.30 pm-12.00 am
Lokasi: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka
Ikan Bakar Parameswara
Ramai yang bagi komen positif berkenaan dengan restoran Ikan Bakar Parameswara ini. Bukan setakat sedap, malah harga berpatutan dan semua seafood segar-segar belaka.
Buat anda yang tak pernah ke sini, ada tips untuk mendapat makanan dengan cepat walaupun ramai orang. Tipsnya adalah anda perlu terus beratur untuk memilih seafood dan sudah membuat keputusan untuk menu yang anda akan makan.
Sementara anda beratur, seorang lagi haruslah mencari meja, membuat pesanan air dan nasi. Tak hairanlah kalau perlu beratur panjang sekalipun, asalkan makanan sedap dan berbaloi!
Waktu Operasi: Selasa-Ahad | 5.00 pm-12.00 am Lokasi: Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, 75460, Melaka
Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar
Ikan bakar di Seri Muara Alai Hj Nasir tak kurang hebatnya. Restoran ini turut mendapat pujian kerana masakan yang sedap, murah dan berpatutan. Mungkin kerana inilah ramai yang mencadangkan untuk makan malam di sini.
Hanya 15 minit dari bandar Melaka, restoran ini berdekatan dengan laut. Datang awal jika tidak mahu bersesak. Sementara menunggu pukul 6.00 petang, bolehlah mengambil angin di pantai.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat ( 6.00 pm-11.15 pm) | Sabtu & Ahad (5.30 pm-11.30 pm)
Lokasi: 8, Jalan Km 2, 75460 Melaka
Medan Ikan Bakar Serkam
Selain ikan bakar, antara menu menjadi pilihan ramai di sini adalah jenahak tiga rasa, ketam telur masin, pari dan duri mayong masak asam pedas dan sebagainya. Dengan menu pun dah terliur.
Makanan laut yang digunakan juga segar. Kalau anda nak tahu, restoran ini berada berhampiran jeti. Dapatlah anda makan dengan tenang sambil ditiup angin sepoi-sepoi Bahasa.
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 pm-11.00 pm)
Lokasi: Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka
Ikan Bakar Umbai Klasik Terapung
Klasik dan unik. Inilah gambaran konsep restoran ikan bakar yang sedap ini. Lain dari yang lain, restoran ini terapung dan mempunyai kawasan yang sangat luas. Anda pasti berselera jika makan di sini kerana makanannya yang sedap sambil ditemani panorama yang memukau.
Antara menu bakar terlaris di sini adalah ikan pari bakar, ikan siakap bakar dan kerang bakar. Manakala menu lain yang terlaris seperti ketam blackpaper, sotong goring tepung, kupang sweet sour dan sotong butter.
Jika anda datang ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan, seeloknya pilih makanan mengikut pakej yang ada. Lebih berbaloi!
Waktu operasi: Khamis-Selasa | 4.00 pm-12.00 am
Lokasi: Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, 77300 Melaka
Deli Muara Ikan Bakar
Kedai ikan bakar ini mula beroperasi sejak tahun 2005. Pelbagai menu seafood disediakan seperti lala, sepahat, scallop, kupang beserta aneka jenis ikan untuk dibakar.
Antara masakan yang anda boleh rasa adalah blackpaper, masak halia Chinese style, masak salted egg dan semestinya bakar sambal. Semua ikan dan makanan laut segar-segar tau.
Sekiranya anda ingin menjamu selera di sini, anda digalakkan membuat tempahan meja dan makan terlebih dahulu di nombor 017-255 6650. Walaupun kawasan restoran luas, namun tempat sering terhad dengan ramai pengunjung.
Waktu operasi: Setiap hari | 5.30 pm-11.00 pm
Lokasi: Jalan Sungai Punggor,754600 Melaka.
Restoran Alaa Kassim Lagenda
Di sini anda boleh pilih sama ada ingin makan secara set atau ala carte. Set seafood lambak pun ada. Untuk set keluarga dan set seafood lambak, anda akan dapat potongan harga yang lebih jimat dan berbaloi!
Bukan setakat terkenal dengan ikan bakar yang sedap, malah pihak restoran menyediakan banyak kelebihan seperti tandas yang bersih dan selesa, surau, parkir yang luas, ada persembahan busking secara langsung dan ruang makan yang luas dan selesa.
Waktu operasi: Setiap hari | 5.00 pm-11.00 pm
Lokasi: 100 Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Umbai Grill Fish Seafood
Menu mengancam yang pasti menambah selera anda di sini adalah seafood yang dimasak secara bakar, goreng cili, salted egg atau goreng butter. Untuk ikan pula anda boleh pilih untuk bakar secara kosong, bakar sambal, sweet sour atau stim.
Selepas kenyang menjamu selera, bolehlah anda cuci mata. Kedai ini berdekatan dengan pusat kraftangan. Jangan lupa untuk beli cenderamata di sini untuk dijadikan kenangan.
Waktu operasi: 4.30 pm-12.00 am
Lokasi: Jalan Pernu 10, Kampung Pernu, 75460 Melaka
Ikan Bakar Roselidi
Ikan Bakar Roselidi terletak mempunyai dua cawangan iaitu di Alai dan Kampung Pengkalan Ranggam. Ikan Bakar Roselidi antara salah satu ikan bakar Melaka yang sedap dan harga berbaloi.
Seperti kedai makan ikan bakar yang lain, di sini turut terdapat ikan sweet sour, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan sebagainya. Kelainannya adalah pada rasa dan keenakan masakan yang tak dapat di bandingkan dengan kedai ikan bakar yang lain.
Waktu operasi: Setiap hari | 4.00 pm-11.00 pm
Lokasi: 1) No.7 crystal bay ,sungai punggur, Alai, 75460 Melaka
2) Lot 12226, Lebuh AMJ, Kampung Pengkalan Ranggam, 75460 Melaka
Makan tengahhari dengan aneka ikan bakar Melaka pasti membuatkan anda berselera hingga bertambah! Dah buat keputusan nak ke mana? Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk merasai keenakan makanan di Melaka. Pasti tak menyesal!
Tempat makan dah ada, tinggal nak cari tempat menarik yang lain di Melaka. Jangan risau, kami telah sediakan untuk anda di bawah!