6 Homestay Tanjung Karang Ada Kolam Renang
Homestay Tanjung Karang ada kolam renang, pastinya akan membuatkan anda tertarik. Zaman sekarang kalau nak sewa homestay pun mesti nak yang menarik dan selesa untuk ditinggal. Lagi-lagi kalau buat family holiday. Kalau nak sewa hotel, takut bajet lari. Jangan risau, senarai di bawah merupakan antara homestay dengan suasana tenang dan kawasan yang menyeronokkan. Keindahan kawasan homestay ini pastinya akan menarik perhatian anda.
Kalau yang ada anak-anak pula, mesti nak yang ada homestay dengan kolam renang. Ini antara homestay Tanjung Karang ada kolam renang. Homestay ini pastinya menjadi tempat pilihan mereka yang inginkan percutian serba lengkap.
Di sini merupakan homestay idaman bagi mereka yang suka meluangkan masa bersama keluarga. Homestay yang serba lengkap dengan kolam renang pastinya memberikan keseronokan kepada anak-anak yang bercuti.
Inap Santai
Homestay ala-ala kampung bagi mereka yang sukakan suasana perkampungan dan aman dari hidupan bandar. Homestay Tanjung Karang yang ada kolam renang ini sangat menarik untuk didiami. Keindahan suasana homestay yang luas berkonsepkan kampung serta warna yang digunakan pastinya mengimbas memori kanak-kanak anda.
Lebih menarik lagi, di homestay ini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, carrom, dam, congkak dan pelbagai mainan tradisional seperti bowling kelapa, selipar gergasi, lari dalam guni dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang dapat anda lakukan ketika bercuti bersama keluarga besar anda.
Di homestay ini juga terdapat 4 jenis chalet yang dapat anda pilih. Penginapan boleh ditempah mengikut pakej-pakej yang disediakan oleh homestay ini. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi mereka yang menginap di homestay ini. Antaranya ialah aircond, televisyen, peti ais, water heater, sofa dan banyak lagi.
Harga yang dibayar termasuk dengan sarapan. Selain itu, jika anda mengambil pakej yang disediakan untuk family holiday, anda akan disediakan kolam renang private, ruang sukaneka, surau, ruang makan, kelengkapan BBQ, microwave dan banyak lagi. Harga untuk menyewa homestay ialah dengan serendah RM1800. Memang sangat berbaloi!
Alamat: Kampung Sungai Gulang Gulang, 45500 Tanjung Karang, Selangor
No. Telefon: 017-659 5985
D’Bendang Homestay
Sekiranya anda mencari homestay yang dikelilingi pemandangan sawah padi, homestay ini mungkin homestay idaman anda. Penginapan yang berasaskan tradisional melayu moden dengan pelbagai aktiviti menarik pastinya memberikan anda keseronokan untuk bercuti di sini.
Homestay ini terletak di tengah-tengah bendang. Rumah di sini berasaskan reka bentuk Melayu lama klasik. Kemudahan yang disediakan di rumah ini juga sangat banyak. Terdapat perkakas dapur yang lengkap untuk memudahkan anda memasak, basikal, peti sejuk, meja makan dan penapis air.
Terdapat juga wakaf kecil di luar rumah yang dapat anda gunakan untuk bersantai. Selain itu, bagi mereka yang berminat dengan aktiviti memancing, anda dapat memancing di sebuah kolam yang terdapat di sana. Anda juga boleh menikmati keindahan sawah padi yang kekuningan semasa musim menuai.
Selain itu, anak-anak anda juga boleh meluangkan masa dengan bermandi kolam yang disediakan di homestay tersebut. Pengalaman yang sangat menarik untuk anak-anak anda rasai. Pemandangan sawah padi yang kehijauan dengan keseronokan yang dapat mereka rasai dengan bermain di kolam renang pastinya membuatkan anak-anak anda gembira. Jom tempah percutian idaman anda.
Alamat: Jalan Tali Air 1, Jalan Ban 3, Kampung Sungai Sireh Batu Sebelas, 45500 Tanjung Karang, Selangor
No. Telefon: 012-384 9671
Homestay Saari Tanjung Karang
Homestay Saari Tanjung Karang merupakan salah satu homestay yang dilengkapi dengan kolam renang. Jika anda ingin bercuti dengan anak kecil, homestay ini memang sangat sesuai.
Homestay ini juga dilengkapi dengan aircond, water heater, meja makan, kolam renang kanak-kanak dan wifi percuma. Jika anda bercuti bersama anak-anak, anda boleh bawa mereka untuk bermain air di kolam renang yang disediakan di homestay ini.
Selain itu, homestay ini juga terletak berdekatan dengan kedai. Terdapat kedai makan yang dapat anda pergi ketika menginap di sini. Jika anda ingin membasuh kereta, di sekitar homestay ini juga terdapat kedai car wash.
Sekiranya anda mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan percutian bersama keluarga, anda boleh datang menginap di sini. Suasana yang damai dan pemilik homestay yang peramah pastinya membuatkan anda selesa untuk menginap di sini.
Alamat: 45500 Tanjung Karang, Selangor
No. Telefon: 012-852 1992
Amin Homestay
Nikmati sendiri suasana kampung di sini. Homestay ini menyediakan suasana perkampungan dari dalam dan luar. Walaupun begitu, homestay ini dilengkapi dengan kolam renang yang berukuran 60 kaki x 30 kaki. Rumah kayu beratap zink ini pastinya memberikan anda suasana seperti berada di kampung halaman. Hal ini menjadikan homestay ini tersenarai sebagai salah satu homestay Tanjung Karang ada kolam renang.
Homestay ini menerima sehingga 50 orang dalam satu masa. Jika anda ingin mencari tempat penginapan untuk keluarga besar, homestay ini memang sangat sesuai. Harga yang ditawarkan untuk menyewa homestay ini adalag RM25 sehingga RM100 bagi setiap bilik.
Terdapat pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Antaranya, kipas angin, aircond, wifi, peralatan untuk BBQ dan peralatan dapur untuk memasak. Harga yang anda bayar juga termasuk dengan harga makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Homestay Tanjung Karang ada kolam renang ini juga mempunyai homestay yang boleh memuatkan sehingga 40 orang. Kolam renangnya yang berukuran besar juga pastinya memberikan keselesaan untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak anda ketika di sini.
Alamat: Kampung Baru Tiram Burok, 45500 Tanjung Karang, Selangor
No. Telefon: 012-9701969
Nur Nilam Homestay
Nur Nilam Homestay merupakan salah satu homestay Tanjung Karang ada kolam renang. Jika anda sedang mencari penginapan yang mempunyai kolam renang, homestay ini pastinya menjadi salah satu pilihan anda. Nur Nilam Homestay ini bukan sahaja menawarkan reka bentuk dalaman yang menarik, malah keadaan luar rumah yang dihiasi kolam renang juga sangat menarik untuk anda lihat.
Lebih menarik lagi, anda juga diberikan beberapa kelangkapan dan kemudahan semasa menginap di homestay ini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik homestay ini ialah televisyen, seterika, bilik mandi dengan pancuran mandi, tuala, selipar dan banyak lagi.
Terdapat juga beberapa peralatan dapur yang disediakan seperti cerek elektrik. Peti sejuk dan beberapa kelengkapan dapur untuk anda gunakan sekiranya ingin memasak. Homestay ini juga menyediakan aktiviti seperti berkeliling sawah padi dengan menaiki trem chelurut. Rasai sendiri pengalaman melihat keindahan sawah padi yang menghijau.
Alamat: No 22, Jalan 2, Taman Nilam, 45500 Tanjong Karang
No. Telefon: 011-2657 6464
Firefly Villa
Jika anda sedang mencari tempat penginapan, anda boleh datang ke Firefly Villa ini. Villa ini terletak di Tanjong Karang di Kuala Selangor. Homestay ini juga berdekatan dengan tempat penginapan ini berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik.
Lebih menarik lagi, jika anda ingin mencari penginapan yang dilengkapi dengan kolam renang, homestay ini merupakan antara homestay yang dapat anda lawati.
Kemudahan yang ditawarkan di homestay ini juga sangat banyak. Di homestay ini terdapat peti ais, aircond, meja dan wifi percuma. Terdapat juga kemudahan surat khabar dan servis bilik yang ditawarkan di sini.
Jika anda menginap di sini, terdapat pelbagai aktiviti seperti menaiki ATV. Di kawasan villa ini terdapat Fun Ride ATV iaitu 10 minit jauh dan juga Bukit Belimbing Fireflies yang 15 minit jauhnya. Anda boleh merasai pengalaman menaiki ATV anda sendiri.
Homestay ini juga menyediakan kolam renang untuk dewasa dan juga kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi, tidak ada masalah untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak sekaligus menikmati percutian anda sendiri. Terdapat juga tub panas yang disediakan di homestay ini.
Homestay ini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga tanpa mengira umur. Jika anda tidak mahu menyewa satu villa, homestay ini juga menyediakan bilik untuk disewa. Hal ini pastinya akan memudahkan anda walaupun anda datang dengan jumlah yang sedikit. Nikmati percutian idaman anda dengan bajet anda sendiri.
Alamat: 1, Jalan Sgg 5/4, Kampung Sungai Gulang Gulang, 45500 Tanjong Karang
No. Telefon: 010-233 2083
Kesimpulan
Homestay yang mempunyai kolam renang sememangnya menjadi tumpuan mereka yang bercuti. Homestay Tanjung Karang yang ada kolam renang pastinya menjadi tumpuan ramai. Anda bukan sahaja dapat melakukan aktiviti keluarga, malah dapat menikmati kelebihan yang ditawarkan di hotel tetapi dengan harga yang lebih murah. Hal ini pastinya dapat mengurangkan kos percutian anda.
Bagi mereka yang memiliki keluarga yang besar, anda boleh melihat senarai homestay ini untuk merancang percutian anda. Semoga senarai di atas dapat membantu anda. Apa tunggu lagi? Rancang percutian idaman anda untuk cuti akan datang.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti: