7 Chalet Tepi Sungai Di Selangor Yang Menarik
Mencari tempat penginapan bercuti menarik dan mendamaikan fikiran. Jom datang ke chalet tepi sungai di Selangor memberikan pengalaman terbaik bersama keluarga.
Selaru Loft House, Serendah
Tempat yang amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti camping bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Chalet yang berdekatan dengan sungai malahan dikelilingi alam semulajadi, mendengar kicaun burung, aliran sungai mendamaikan jiwa bercelaru.
Selaru Loft House , Serendah hanya terletak di Serendah Selanggor chalet yang anda harus pergi kerana konsep pembinaan amat unik iaitu berkonsepkan pondok moden terbuka sangat sesuai kepada peminat adventure semasa bercuti.
Alamat: Selaru Loft House 48200 Serendah, Selangor
The Sticks Guide, Kuala Kubu Bharu
The Sticks Guide, Kuala Kubu Bharu merupakan satu tempat percutian yang anda harus pergi kerana sepenuhnya menggunakan penggunaan alam semulajadi seperti lampu solar, berkonsepkan pondok moden dan menggunakan air sungai yang berdekatan.
Anda akan merasa seperti berada di kampung halaman ,suasana pada waktu malam amat sejuk dan tenang dengan pohon merimbun. The Stiks Guide ,Kuala Kubu Bharu mempunyai beberapa jenis pondok berlainana konsep seperti Bamboo House, Little Pita House, The Ara, serengeti tent dan The Nest.
Tarikan daripada keenakan masakan juga menjadi salah satu faktor pengunjung berminat untuk datang ke sini. Anda juga boleh lakukan aktiviti seperti jungle treking, white water rafting dan mandi sungai bersama kelurga mahupun kawan.
Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Dusun Bonda Hulu, Tamu Batang Kali
Anda mencari tempat percutian berkonsepkan glaming atau disingkatkan camping mahupun berkhemah, disyorkan untuk datang ke Dusun Bonda Hulu Tamu, Batang Kali stayvacation memenuhi citarasa anda semua. Dusun Bonda ini sebuah penginapan yang dikelilingi dengan kesejukan alam semulajadi serta ketenangan air sungai.
Tempoh perjalanan untuk ke Dusun Bonda Hulu Tamu dari kuala lumpur hanya mengambil masa 45 minit atau sejam sahaja. Penginapan ini sedikit terletak dengan perkampungan orang asli, namun jalan untuk menuju ke Chalet dalam keadaan baik dan selamat. Mereka yang kaki ootd anda boleh mengambil gambar sebanyak banyak untuk dijadikan kenangan kerana latar pemandangan amat menarik dan cantik.
Jadi anda harus datang ke chalet ini untuk merasai pengalaman berbeza dalam kehidupan.
Alamat: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Desa Kaloi Farmhouse, Batang Kali
Desa Kaloi Farmhouse ,batang Kali merupakan salah satu tempat percutian yang anda harus pergi bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Hal ini kerana lokasi percutian ini dikelilingi dengan flora dan fauna yang memberikan ketenangan fikiran kepada anda semua. Tidak ketinggalan juga, masalah yang dihadapi akan hilang apabila melihat aliran sungai jernih bersih sekaligus tenang, dapat mendengar kicauan burung malahan aura positif untuk diri sendiri.
Anda juga dapat mandi-manda , berkelah dengan keluarga tersayang tanpa memikirkan masalah dalam fikirian. Ayuh datang ke sini untuk menjadi percutian sebagai terapi ketenangan.
Alamat: 48200 Batang Kali, Selangor
Bamboo Village Hulu Langat
Mereka yang suka percutian berkonsepkan alam semulajadi dan simple, anda disyorkan untuk datang ke Bamboo Village Hulu Langat kerana apabila sampai ke sini , pasti akan terpegun dan terpesona melihat keindahan konsep yang ditawarkan buluh di dalam hutan seperti berada di kawasan perkampungan dan berada di negara Jepun.
Anda tidak perlu jauh untuk merasai suasana percutian seperti di Jepun, boleh datang ke Selanggor pada hujung minggu bersama kawan mahupun keluarga. Tarikan di chalet ini ialah lawati kolam air panas , air terjun serta melakukan aktiviti jungle treking atau riadah bersama keluarga. Pada waktu malam , anda boleh melihat keindahan panorama kuala lumpur dan boleh berkhemah di atas bukit melihat pemandangan dari atas.
Alamat: Jalan Desa Pelangi, 43200 Hulu Langat, Selangor
The Nahara Kalumpang, Selanggor
The Nahura Kalumpang merupakan lokasi percutian yang anda harus lawati bersama keluarga pada hujung minggu kerana berkonsepkan chalet kayu moden dan kawasan penginapan dikelilingi alam semulajadi. Anda boleh berjalan di sepanjang sungai sambil menghirup udara segar dan nyaman.
Aktiviti yang ditawarkan adalah flying fox dan bermain buaian sambil menikmati keindahan floran fauna. Apabila sampai di sini segala masalah, beban dalam fikiran akan hilang serta ingin menetap terus di The Nahura Kalumpamg.
Alamat: Kampung Pasir Putih, 44100, Selangor
Sungai Congkak Chalet
Sungai congkak merupakan lokasi percutian yang berlatarkan alam semulajadi, bukit bakau merupakan salah satu tarikan utama pelancong datang bercuti. Kemudahan yang ditawarkan adalah tempat meletak kenderaan yang luas, penginapan , tempat makan dan aktiviti juga disediakan untuk pengunjung.
Oleh itu, apa kata pada hujung minggu anda datang ke chalet sungai congkak, habiskan masa yang terluang bersama keluarga mahupun kawan-kawan dengan aktiviti menarik yang dapat dilakukan bersama.
Alamat: Lopoh Waterfront Chalet & Homestay, Sg. Lepok, Batu 22 Kg Kuala Pangsun, 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor
Setelah habis bercuti di chalet tepi sungai di Selangor, apa kata anda semua singgah ke:
Rujukan
1.The Nahara Kalumpang https://dusuntua.com/review-the-nahara-295.html
2.Senarai resort& chalet tepi sungai yang menarik di Selanggor http://www.budakpacak.com/2021/09/senarai-resort-chalet-tepi-sungai-di.html
3. Tempat menarik di selanggor 2021 https://mypt3.com/tempat-menarik-di-selangor