20 Aktiviti Indoor di KL Mesti Cuba Tahun Ini
Jika anda mencari aktiviti indoor di KL, kami kongsikan 20 tempat menarik buat pilihan anda.
Kuala Lumpur sangat sinonim dengan pembangunan yang pesat dan jika ditanya tentang apa yang menarik di sini, salah satu jawapan dari pengunjung semestinya sektor pelancongan dan pusat membeli-belah yang banyak. Tak cukup dengan itu, Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat hiburan termasuklah permainan indoor.
Ramai memilih untuk melakukan aktiviti indoor kerana ada yang tidak selesa dengan cuaca panas dan selamat ketika hujan. Kebanyakan aktiviti indoor yang kami kongsikan di bawah adalah lasak dan memerlukan tenaga yang banyak. Ada juga beberapa aktiviti santai serta aktiviti yang memerlukan anda berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Apa yang pasti, aktiviti-aktiviti ini tidak akan membosankan anda malah membuatkan anda pasti ingin datang semula. Tak tahu nak ke mana pada hujung minggu? Jom ajak pasangan, keluarga mahupun rakan ke tempat berikut:
SuperPark Malaysia
SuperPark Malaysia terletak di tingkat 4, Avenue K. Tiga zon iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall memberikan kepuasan bermain sama ada untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Paling best, ada 24 jenis aktiviti yang boleh dilakukan tanpa had masa!
Bukan sahaja boleh berseronok, malah dapat mengeratkan hubungan bersama tersayang dan dapat menyihatkan badan melalui aktiviti yang dilakukan. Di SuperPark, pengunjung boleh berlari, melompat, memanjat dan lain-lain menerusi permainan seperti Ninja Track, Trampoline Platform, Air Bag dan sebagainya.
Alamat: Unit 4-1, Level 4, Avenue K, Shopping Mall, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-7.30 pm)
Berjaya Times Square Theme Park
Berjaya Times Square Theme Park pernah menempa nama dalam Malaysia Book of Records dengan taman tema indoor terbesar di Malaysia. Berada dalam pusat membeli-belah, pengunjung boleh bermain sepuasnya tanpa mengeluarkan peluh yang banyak kerana berada di tempat berpendingin hawa.
Supersonic Odyssey antara permainan utama yang dinanti-nantikan ramai pengunjung. Ini merupakan roller coaster terpanjang di Asia Pasifik dan boleh berpusing. Kelajuannya mencecah 80 KM/J dengan perjalanan 800M. Kalau anda seorang yang berani, anda memang perlu cuba permainan ini.
Banyak lagi tarikan lain yang best termasuklah PSVR2, Haunted House dan Spinning Orbit. Harga tiket adalah RM 60 untuk dewasa, RM 50 untuk kanak-kanak dan RM 22 untuk warga emas. Sangat berbaloi dengan pelbagai tarikan dan kemudahan yang disediakan.
Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12.00 pm-8.00 pm)
EnerG X Park
Anda seorang yang suka akan cabaran dan aktiviti lasak? Anda juga perlu ke sini kerana lebih banyak aktiviti lasak yang ada. Terletak di pusat membeli-belah Mytown, setiap permainan sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Electric Go-Cart, Trampoline Wipeout, Tubby Ride dan Ninja Obstacle antara akiviti yang perlu anda cuba. Anda boleh meluangkan masa sepanjang hari di sini kerana lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah surau, tandas, restoran dan Wi-Fi.
Alamat: No. 6, Jalan Cochrane, Cheras, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-8.00)
Camp5 @ Jumpa & Beast Park
Camp5 dan Beast Park berada di kawasan yang sama. Aktiviti-aktiviti di sini tidak kurang hebatnya kerana pengunjung boleh menguatkan segala otot. Di Camp5 adalah tempat di mana anda boleh memanjat. Ada angan-angan nak jadi Ninja Warrior? Tempat ini sangat sesuai untuk anda! Harga tiket untuk ahli adalah RM 42, RM 55 untuk Try Climbing manakala RM 150 untuk Basic Wall Course.
Aktiviti di Beast Park pula berlainan di mana pengunjung perlu lalui pelbagai jenis Obstacle Course seperti E-Walls, Ninja Course, Fun Cave dan Lil’ Beast. Harga tiket adalah RM 29 untuk hari biasa manakala RM 39 untuk hujung minggu dan cuti umum. Harga tiket terhad untuk satu sesi iaitu selama 90 minit. Aktiviti di Beast Park sesuai untuk kanak-kanak berumur atas 5 tahun.
Alamat: 55100 Federal Territory of Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jln Sultan Ismail
Waktu operasi: Selasa-Jumaat (10.00 am-10.00 pm) | Sabtu& Ahad (10.00 am-8.00 pm)
Xction Xtreme Park
Aktiviti indoor di KL seterusnya adalah Xction Xtreme Park. Tiada had umur bagi sesiap yang ingin melakukan sebarang aktiviti di sini. Pengunjung berpeluang untuk melompat, memanjat, bergayut, menggelongsor dan lain-lain tanpa had masa!
Pengunjung bebas bermain di tiga zon berlainan iaitu Sky Glider, Tubby Ride dan Free Jump. Namun kebanyakan aktiviti memerlukan tenaga yang banyak untuk anda melompat di trampoline yang disediakan. Harga tiket pula berbeza mengikut masa.
Alamat: 4-021, Sunway Velocity Mall,Lingkaran SV, Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Sunway Sk8te City
Ada yang berminat dengan sukan roller skate? Di sini pengunjung boleh belajar dan bermain kasut roda di tempat yang tertutup. Apa yang lebih menarik, gelanggangnya bertemakan kelab 80 an yang dihiasi tekan lampu neon, disco ball dan groovy beats.
Jika ada yang mahukan kelas untuk belajar roller skate, anda boleh belajarnya du sini serendah RM 130 untuk satu sesi. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM 50 manakala RM 40 untuk kanak-kanak dan warga emas selama tiga jam. Beli tiket masuk untuk seharian lebih jimat iaitu RM 80 untuk dewasa manakala RM 70 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Alamat: L3-1, L3-41, Sunway Putra Mall, 3rd Floor, L3, 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
VAR Live Theme Park
Bagi yang mahu berhibur dengan santai dan tidak menggunakan sebarang tenaga yang banyak, anda boleh datang ke VAR Live Theme Park iaitu taman tema di VR atau maya terbesar di Malaysia. Kesemua aktiviti iaitu dari 13 tarikan ini adalah secara maya sahaja.
Walaupun secara maya, peralatan canggih yang digunakan membuatkan pengunjung seperti berperang di alam nyata. Permainan yang disediakan memerlukan penyelesaian masalah, menyelamatkan diri dan ada juga yang perlu melawan zombi!
Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No.6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Rollerwa Malaysia
Di Malaysia, terdapat satu cawangan Rollerwa di Kuala Lumpur iaitu bertempat di LalaPort. Dua cawangannya lagi berada di IOI City Mall dan 1 Utama. Bagi peminat K-Pop khususnya, anda dapat bermain kasut roda dengan vibe-vibe seperti di Korea.
Mana tidaknya, Rollerwa yang mempunyai cawangan utama di Korea ini menyediakan gelanggang skate dengan latar musik K-Pop. Tempat ini juga kelihatan eksklusif dengan lampu-lampu neon. Kaki ootd pasti suka berada di sini kerana terdapat banyak port yang Instagrammable.
Tiket keseluruhan adalah RM 50 untuk dewasa manakala RM 40 untuk kanak-kanak selama 2 jam. Bagi newbie yang tidak tahu bermain kasut roda tetapi mahu mencubanya, anda boleh menyewa skate aid yang berharga RM 20 per jam.
Alamat: Lot 1-39 & 1-40, Ground Floor, Wangsa Walk Mall, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am- 9.30 pm)
Bomb Battle
Memasuki pertarungan bom ini bukan sahaja menguji mental, malah fizikal dan semangat bekerja dalam kumpulan juga turut diuji. Nak datang ke sini, pastikan anda datang berkumpulan dengan minima 4 orang dan maksimum 8 orang. Ajak keluarga mahupun rakan baik pasti lebih seronok.
Jika ada yang tidak tahu, Bomb Battle sebenarnya tempat permainan video imersif dengan konsep bom cat terbesar dan yang pertama di Asia. Yang penting sememangnya aktiviti indoor di KL yang sangat menyeronokkan dan lain daripada lain.
Pemain perlu menyelesaikan 5 misi selama 75 minit dan jika tidak berjaya, pemain akan dibomkan dengan cat berwarna-warni! Dari Laser Maze, Power Grid, Melody Hack, Decrypt It hinggalah ke Circuit Cracker, tahap kesukaran adalah berbeza. Harga tiket serendah RM 89 per pax mengikut pakej yang anda ambil.
Alamat: Lot 07-96, Level 7, East wing, Berjaya Times Square, Shopping Mall, 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-9.30 pm)
PLSC Drift
Tak cukup mencabar? Sertai pula aktiviti go-kart yang pasti membuatkan adrenalin anda mencanak naik! Kebiasaannya aktiviti ini diadakan di ruang terbuka namun lain pula di seluruh cawangan PLSC yang diadakan di ruangan tertutup.
Di Kuala Lumpur, PLSC Drift berada di Berjaya Times Square dan Shamelin Mall. Harga tiket sangat murah iaitu serendah RM 18 sahaja. Drift dengan track 300 meter, dipenuhi dengan lampu neon serta berada dalam pendingin hawa, memang berbaloi!
Alamat: Lot No. L3-02 & 03, Level 3, 1, Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Ahad-Khamis (1.00 pm-12.00 am) | Jumaat & Sabtu (1.00 pm-1.00 am)
Blue Ice Snow
Ada penggemar luncur ais atau ice skating? Di Kuala Lumpur, anda boleh bermainnya di Blue Ice Snow yang terletak di Pavilion Bukit Jalil. Untuk luncur ais, tiket serendah RM 40 sahaja manakala Snow Park harga tiket adalah RM 60 per sesi. Setiap sesi mengambil dua jam dan terdapat 5 sesi dalam satu hari.
Uniknya di Blue Ice Snow Pavilion ini, pengunjung berpeluang bermain salji di Snow Park. Jika tidak berkesempatan ke luar negara untuk bermain salji, cukup sekadar ke sini dan bermain sepuasnya. Bawa anak-anak ke sini pasti mereka seronok bermain gelongsor salji dan membina snowman.
Alamat: Lot 5.01.00, Level 5, Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Ahad-Khamis (10.00 am-10.00 pm)
Museum Of Illusion
Nak cari tempat untuk percutian santai tetapi menyeronokkan dan aktiviti indoor di KL? Muzium Ilusi pasti tidak akan menghampakan jangkaan anda. Setiap sudut atau zon memang membuatkan ramai terpukau. Bilik Ilusi, Pemasangan hingga ke bahagian Imej, ada sudut yang tak terjangkau di fikiran.
Harga tiket untuk dewasa adalah RM 45, warga emas adalah RM 40 manakala RM 35 untuk kanak-kanak. Muzium Ilusi sesuai buat pengunjung yang suka meluangkan masa dengan aktiviti luar biasa dan penggemar ootd!
Alamat: Level 1, Ansa Hotel, Wilayah Persekutuanalaysia, 101, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Breakout
Breakout merupakan Escape Room di mana pemain akan dikunci di sebuah bilik misteri dan mencari klu serta menyelesaikan masalah untuk keluar dari bilik tersebut. Permainan yang disediakan memang menguji minda.Jadi, sesiapa yang suka menyelesaikan masalah, anda memang perlu datang ke Breakout.
Breakout memerlukan pemain secara berkumpulan dengan minima 2 orang dan maksima 8 orang. Pemain dikehendaki memilih jenis atau tema bilik. Setiap bilik adalah berbeza mengikut tahap kesukarannya. Setelah memilih bilik, pemain perlu memilih jenis karakter yang mempunyai peranan tersendiri. Kemudian, pemain boleh mula bermain dan mencari jalan keluar. Menarik bukan?
Harga tiket mengikut bilangan peserta di dalam kumpulan. Makin ramai bilangan peserta, makin rendah harga tiket.
Alamat: KLCC & NU SENTRAL
Art & Bonding
Nak aktiviti yang lebih santai dan menenangkan? Jom serlahkan kreativiti anda dengan melukis dan mengecat. Tidak mengapa jika tiada bakat kerana semua orang berpeluang untuk menjadi pelukis. Di Art & Bonding, mereka mengadakan beberapa program termasuklah Sip & Paint, Family Bonding, Art Jamming dan Workshop.
Alamat:22-3, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am – 11.00 pm)
PartyBox 360
Di PartyBox 360, lebih banyak permainan menyeronokkan yang terdiri daripada tiga tarikan iaitu dewan VS yang mempunyai lebih 49 jenis permainan interaktif, Rage Room serta Escape Game. Rage Room pula sesuai untuk mereka yang mahu menghilangkan tekanan dengan cara menghentak atau memusnahkan barang yang disediakan.
Bagi anda sukakan cabaran yang memerlukan penyelesaian masalah, apa kata cuba Escape Game dimana pemain akan dikunci disebuah bilik yang penuh dengan perangkap dan perlu mencari jalan keluar dari salah satu bilik misteri yang dipilih.
Tiket masuk adalah berbeza mengikut jenis permainan yang dipilih serta tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang maklumat lanjut,layari PartyBox 360.
Alamat: Mitsui Shopping Park Lalaport KL (BBCC L2-11b, 2, Jln Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-9.30 pm)
Fun Scape
Berada di Sunway Putra Mall, Fun Scape mengumpulkan pelbagai jenis permainan arked yang menyeronokkan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah dewasa juga turut bermain riang di sini. Walaupun arked sudah lama tercipta, namun masih ramai yang gemar memainnya hingga sekarang. Dari mesin lumba kereta, pool, merry-go-round dan pelbagai lagi mesin permainan yang menyeronokkan, ada di sini.
Alamat: L4-6, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Supreme Cosmic Bowl
Bowling merupakan permainan biasa yang dilakukan kebanyakan orang sewaktu cuti. Namun bermain bowling di Supreme Cosmic Bowl lebih seronok kerana mereka menawarkan suasana yang berbeza dari pusat bowling yang lain.
Dengan konsep Glow In The Dark, pengunjung dapat bermain bowling di tempat yang lebih eksklusif, penuh dengan lampu neon dan lampu disco. Apa yang lebih menarik, bukan sahaja bowling, pengunjung juga boleh bermain Dart, Pool, Air Hockey dan Big Punch!
Alamat: Lot T-003 Mezzanine Third Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Ahad-Khamis (10.00 am-12.00 am) | Jumaat & Sabtu (10.00 am-1.00 pm)
Aquaria KLCC
Aquaria KLCC memang perlu dimasukkan ke dalam senarai tempat best aktiviti indoor di KL kerana sesuai untuk semua peringkat umur. Sesekali melihat pelbagai jenis hidupan marin memang seronok. Secara tidak langsung, pengetahuan tentang hidupan ini akan bertambah.
Di Aquaria, terdapat lebih 5000 hidupan akuatik dari spesis dan habitat yang berbeza. Aquaria terbahagi kepada beberapa zon termasuklah Living Ocean, Evolution Zone, Underwater Shipwrecks dan The Stream. Jika berkesempatan, kunjungi sewaktu pameran atau feeding time. Jadual feeding time boleh dilihat melalui website Aquaria KLCC.
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-8.00 pm)
Escape Room
Escape room memang banyak di Kuala Lumpur dan Selangor. Satu lagi escape room yang perlu anda cuba adalah di Berjaya Times Square. Pemain boleh memilih enam jenis tema yang terdiri daripada seram, pengembaraan, fantasi dan misteri.
Setiap tema berbeza tahap kesukarannya. Apa yang pasti, permainan ini memerlukan minimum 2 penyertaan dan mengambil masa 45 minit untuk menyelesaikan semua tugas. Jom ajak rakan-rakan atau keluarga untuk mengikuti pengembaraan yang mendebarkan! Aktiviti indoor di KL yang ini sesuai untuk anda yang lasak.
Alamat: Level 7, Berjaya Times Square Mall 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Khamis (11.00 am-8.00 pm) | Jumaat – Ahad (11.00 am – 9.00 pm)
Hauntu
Bagi pecinta filem seram atau paranormal, anda memang perlu datang ke Hauntu dan rasai sendiri pengalaman yang menyeramkan! Kanak-kanak berumur 8 hingga 14 tahun boleh memasuki Hauntu dengan pengawasan dewasa.
Kisah seram di Hauntu The LINC KL berdasarkan kisah yang dikumpul dari 50-an, 80-an dan 90-an di Hotel Colle Eastern. Pengembaraan selama 60 minit anda di sini penuh dengan pengalaman seram yang diiringi jumpscare dan pencahayaan yang malap. Bukan itu sahaja, pengembaraan melibatkan aktiviti fizikal seperti merangkak dan memanjat.
Setiap sesi terhad untuk 10 orang sahaja. Harga tiket masuk pula adalah RM 65 bagi setiap pemain. Tiket dan slot boleh dibeli melalui laman web Hauntu.
Alamat: Level 2, The LINC KL, 360, Jln Tun Razak, Pudu, 50400 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat (2.00 pm-10.00 pm) | Selasa (4.00 pm-10.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am-10.00 pm)
Dah ada aktiviti indoor di KL yang berlegar di fikiran? Ajak pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan pasti lebih seronok untuk lakukan sebarang aktiviti tersebut. Jom isikan masa anda dengan aktiviti yang mencabar dan penuh pengembaraan.
Secara tidak langsung, hubungan akan menjadi lebih akrab, dapat memenuhi masa dengan lebih berfaedah dan menyihatkan badan dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Sebelum pergi, pastikan anda tahu waktu operasi, tiket dan buat persediaan yang rapi agar perjalanan anda ke sana berjalan lancar. Selamat bercuti!
Jom baca artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda yang ingin bercuti di Kuala Lumpur seperti hotel di KL view KLCC, tempat menarik di KL untuk kanak-kanak dan tempat menarik waktu malam.