15 Tempat Menarik Di Yangon Harus Anda Tujui [Destinasi Percutian]
Yangon adalah bandar terbesar dan merupakan bekas ibu negara Myanmar. Kota ini terletak di pertemuan sungai-sungai yang jauhnya lebih kurang 30 km dari Teluk Martaban. Nama Yangon adalah hasil gabungan dua perkataan iaitu Yan dan Gon yang membawa maksud musuh dan berundur.
Menurut bancian pada tahun 2007, penduduk kota ini hampir 5 juta orang. Yangon adalah tempat yang menjadi tumpuan pelancong sekiranya mereka berkunjung ke Myanmar selain dari Bagan dan Inle. Ia terkenal dengan ciri kebudayaan dan sejarahnya tersendiri. Kali ini, jom lihat 15 tempat menarik di Yangon yang boleh anda lawati.
1. Shwedegan Pagoda
Tempat menarik di Yangon ini juga dikenali sebagai Golden Pagoda kerana struktur bangunannya disaluti emas. Shwedegan Pagoda dibina dengan struktur tengah yang ditutupi daun emas dan disusun dengan batu permata seperti berlian dan rubi.
Oleh kerana destinasi ini merupakan tempat keagamaan, ia mempunyai kod pakaian yang harus anda patuhi. Anda harus mengenakan sekurang-kurangnya seluar panjang dan berpakaian sopan serta perlu menanggalkan kasut.
2. Chinatown
Struktur seni bina di kawasan ini juga amat berlainan daripada kawasan lain di Yangon. Kawasan ini juga dikelilingi beberapa tempat tarikan pelancong. Di sekitar Chinatown ini menyediakan hotel, hostel dan tempat penginapan buat pengunjung.
3. Inya Lake
Tempat ini menjadi destinasi pilihan penduduk tempatan dan pelancong untuk bersiar-siar. Tempat umum tanpa sebarang bayaran ini selalunya didatangi pengunjung ketika matahari terbit atau tenggelam. Itulah saat yang indah untuk melihatnya dari tepi tasik.
4. Sule Pagoda
Selain strategik dari sudut geografinya, Sule Paya juga strategik dalam sejarah Myanmar moden, ideologi dan politik. Kawasan ini juga sering menjadi tempat untuk melakukan demonstrasi. Anda hanya perlu membayar 2 usd untuk masuk ke sini.
Seperti kebiasaannya tempat suci agama, anda diminta untuk menjaga adab dan sopan. Di sekitar tempat menarik di Yangon ini, boleh dikatakan ia adalah kawasan pelancongan kerana terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata.
5. Maha Bandoola Park
Pelbagai tarikan yang terletak di taman ini adalah seperti Monumen Kemerdekaan Myanmar, City Hall dan High Court. Jika anda melawat tempat menarik di Yangon ini, jangan lepaskan peluang untuk berfoto. Datanglah ketika matahari sedang naik ataupun saat matahari tenggelam. Pemandangannya cukup indah sekali untuk anda saksikan.
6. Martyrs Mausoleum
Di samping itu, di sini juga terdapat makam Ratu Suphayalat yang merupakan isteri kepada raja terakhir Myanmar serta tokoh yang lain seperti bekas Setiausaha Agung U Thant dan penulis Thakin Kodaw. Namun, tempat ini hanya akan dibuka pada 19 Julai setiap tahun kerana ini adalah cuti umum untuk mengingati pembunuhan Aung San.
7. National Museum Yangon
Anda akan dapati pelbagai jenis artifak Burma serta galeri yang dipenuhi dengan barang-barang antik dan pakaian sejak dari zaman Dinasti Konbaung berada di sini. Tempat menarik di Yangon ini sangat bersejarah dan penting untuk anda lawati.
8. Kandawgyi Lake
Jika beruntung datang pada masa yang tepat, anda pasti akan disajikan dengan kumpulan muzik yang membuat persembahan di sekitar kawasan tasik. Terdapat satu jalan yang diperbuat daripada kayu, sesuai untuk jogging dan bersiar-siar.
9. Bogyake Aung San Market
Di dalamnya terdapat hampir 2000 gerai menjual pelbagai cenderahati dari Burma seperti tekstil, kraftangan dan lukisan. Bagi penggemar batu akik, anda boleh dapatkan di sini memandangkan Myanmar adalah salah satu pengeluar batu akik terbaik di dunia. Tempat menarik di Yangon ini sangat ideal buat anda membeli ole-ole.
10. Botataung Pagoda
Rambut ini dikatakan dimiliki oleh Buddha dan yang dibawa dari India kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Rambut itu masih dipelihara di pagoda walaupun ia tidak dipamerkan kepada orang ramai, namun ia dijaga rapi kerana merupakan salah satu monumen agama yang paling penting di Yangon.
Anda boleh melihat segala barang yang dicerita di sini. Ia adalah sebahagian daripada sejarah zaman dahulu kala. Suasana kawasan ini juga amat indah untuk bersesi fotografi.
11. Kaba Aye Pagoda
Patung ini adalah seni bina yang unik boleh anda lihat di tempat menarik di Yangon ini. Seperti yang anda maklum, kesemua tempat suci di Myanmar ini, anda tidak boleh memakai kasut di pagoda. Anda juga dinasihatkan supaya cuba untuk melawat pada waktu pagi atau petang kerana tempat ini sangat panas ketika waktu tengah hari.
12. Yangon Zoological Garden
Selain itu, di sini juga terdapat akuarium terbesar di Myanmar, Museum of Natural History di bahagian selatan dan Amusement Park. Tiket masuk hanya sekitar USD 10. Anak-anak pasti suka dan gembira berkunjung ke sini. Tambahan pula, jika mereka meminati haiwan.
13. Shah Zafar Grave
Bahadur Shah Zafar juga merupakan penguasa terakhir Dinasti Timurid dan selepas Pemberontakan India pada tahun 1857, dia diasingkan ke Yangon. Hari ini anda boleh melawat makam dan mempelajari mengenai sejarah Maharaja yang dianggap sufi ini.
14. Aung San House
Kini, anda boleh pergi dan melawat rumahnya yang merupakan salah satu tempat menarik di Xinjiang serta tarikan pelancong ini. Anda dapat mengetahui lebih lanjut mengenai peranannya dalam penubuhan Myanmar moden serta mendapatkan maklumat di sini. Selain itu, pelbagai barang peribadi milik Aung San terdapat di sini seperti kereta lama, pakaian dan perpustakaan.
15. Maha Wizaya Pagoda
Kesimpulannya, itulah 15 tempat menarik di Yangon, Myanmar yang sesuai anda kunjungi bersama rakan dan keluarga. Kesemua tempat ini merangkumi tempat bersejarah, makan, membeli belah, keagamaan dan penginapan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk melawat kota Yangon jika datang ke Myanmar.
Jom baca juga tempat menarik di Valencia, tempat menarik di Xiamen China, tempat menarik di Wales dan tempat menarik di Xinjiang.