13 Tempat Menarik Di Ho Chi Minh Sangat Indah Dan Penuh Khazanah
Ho Chi Minh atau nama lainnya iaitu Kota Saigon adalah sebuah bandar yang terbesar di Vietnam. Kota ini menyimpan banyak sejarah bermula dari zaman pemerintahan Dinasti Nguyen dan zaman penjajahan Perancis hinggalah peperangan Vietnam. Walaupun banyak peristiwa-peristiwa pahit yang telah berlaku di sini, bandar ini beserta bangunan-bangunannya mampu membangun dengan maju sehingga kini.
Para pecinta sejarah amat menyukai kota ini kerana kebanyakan tempatnya berkisarkan sejarah yang terjadi pada abad ke 20. Dari seni bina Perancis hinggalah kapal perang Amerika, semuanya boleh dikatakan sebagai tempat menarik di Ho Chi Minh. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan bidang, semua boleh bercuti di sini.
Anda pasti teruja untuk bercuti di Ho Chi Minh kan? Sememangnya banyak tempat menarik di Ho Chi Minh yang boleh anda lawati. Pasti anda takkan dapat lupakan setiap saat berkunjung ke sini, semuanya amat indah dan menyeronokkan.
1. Bit Exco Tower
Di atas menara tempat menarik di Ho Chi Minh ini, terdapat pad pendaratan untuk helikopter. Aktiviti ataupun tumpuan pengunjung menara ini adalah Skydeck yang terletak di tingkat 48. Dari sini, anda dapat melihat 360 darjah pemandangan bandar dan Sungai Saigon.
Pemandangan pada waktu malam dengan cahaya lampu yang menyinari bandar sangat menakjubkan. Selain itu, menara ini juga menyediakan restoran dan kedai cenderamata buat pengunjung. Bolehlah anda mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang dan mengisi perut di sini.
2. War Remnants Museum
Dokumen-dokumen, gambar dan pameran terdapat di dalam muzium ini sungguh menyayat hati dan menceritakan bagaimana tentera Amerika yang berusaha menewaskan Vietnam. Di samping itu, di sini juga terdapat replika penjara dan alat penyeksaan yang digunakan ke atas banduan perang.
Tempat menarik di Ho Chi Minh ini benar-benar dapat membuka mata tentang kesan sekiranya berlaku peperangan serta membuatkan ramai orang insaf. Perghh, bunyinya amat suspend kan? Apa kata anda berkunjung ke sini memandangkan bakal ke Ho Chi Minh.
3. Chu Chi Tunnels
Di sinilah tentera-tentera bersembunyi dan menjadi tempat bagi meyalurkan bantuan senjata dan alat perhubungan. Pengunjung akan ditayangkan dengan filem yang mempunyai informasi tentang terowong ini disamping dibawa berjalan oleh pemandu arah. Replika dan pemandangan binaan dalam terowong ini dapat membuatkan anda merasa seperti seorang tentera sedang bersembunyi.
Menarik bukan? Walaupun seakan pertahanan, tetapi inilah tempat menarik perlu anda lawati di Ho Chi Minh.
4. San Art Laboratory
Selain dipamerkan tentang karya seni, di tingkat bawah bangunan ini terdapat perpustakaan yang menyimpan pelbagai buku berkaitan dengan seni. Berbaloi untuk anda melawati tempat ini kerana bayaran masuk adalah percuma. Sambil itu, boleh juga anda cuci mata dan mendapatkan pengalaman melihat tempat yang berkonsepkan seni vietnam.
5. Bin Tay Market
Harga barangan di sini sangat berbaloi, walaupun terdapat papan tanda ‘Harga Tetap’, namun jangan takut untuk tawar-menawar. Pasar ini antara tempat menarik di Ho Chi Minh yang paling meriah memandangkan kedudukannya di tengah-tengah kota Ho Chi Minh. Selain menjadi tempat bagi pelancong membeli belah, pasar ini juga sering dikunjungi penduduk setempat bagi membeli barangan keperluan mereka.
6. Opera House Saigon
Pada asalnya, Opera yang mempunyai 800 tempat duduk ini mula dibuka pada tahun 1955 sebagai hiburan untuk koloni Perancis. Sebelum datang ke sini, anda boleh melayari laman web mereka Ho Chi Minh City Ballet Symphony Orchestra and Opera untuk maklumat berkenaan pertunjukan yang diadakan di sini.
Sambil berjalan-jalan di tempat menarik di Ho Chi Minh ini, anda boleh juga menonton opera.
7. Fito Museum
Jangan terkejut kerana anda bakal melihat hampir 3,000 koleksi berkenaan perubatan tradisional Vietnam sama ada peralatan, manuskrip, dokumen dan lain-lain lagi di muzium yang tampak kecil ini. Tempat menarik di Ho Chi Minh ini sebenarnya agak luas. Di samping itu, pengunjung juga dapat mencuba pakaian-pakaian doktor tradisional.
8. Ho Chi Minh Central Post Office
Oleh hal demikian, anda akan melihat seni bina bangunan ini dipengaruhi Gothic, Renainsance dan Perancis. Pelbagai gambar, peta dan sebagainya dipamerkan di dalam pejabat pos ini untuk tontonan pengunjung. Selain itu, di dalam bangunan tertua di Vietnam ini juga terdapat kedai yang menjual poskad dan cenderahati.
9. Phu My Hung
Bagi pasangan yang ingin berbulan madu di Ho Chi Minh, anda amat disyorkan untuk datang ke sini merasai suasana romantisnya. Pada awalnya, tempat ini kurang mendapat sambutan, namun selepas usaha daripada Phu My Hung Corporation melalui karya Architectual Masterpiece mereka, tempat ini terus dipenuhi pengunjung.
Pemandangan dan persekitaran tempat menarik di Ho Chi Minh ini cukup bersih dan indah. Disamping bersiar-siar di Starlight Bridge, pengunjung juga gemar pergi membeli belah dan kafe sekitar tempat ini.
10. Fine Arts Museum
Pengunjung bakal disajikan dengan hasil seni domestik dan antarabangsa di tingkat satu bangunan ini. Manakala di tingkat 2 pula terdapat arca dan lukisan yang menjadi hasil tangan daripada penggiat seni dari dalam dan luar negara. Tingkat terakhir menempatkan pelbagai koleksi sejarah dari abad ke 7 hingga abad ke 20.
11. Water Puppet Show
Lokasi yang sering diadakan persembahan ini adalah The Golden Dragon Water Puppetry dan Villa Song Siagon. Persembahan ini memaparkan kekayaan budaya, tradisi dan mitos masyarakat setempat. Walaupun ia dipersembahkan dalam bahasa mereka sendiri, namun pengunjung tetap akan faham alur ceritanya melalui gerakan-gerakan boneka. Kebiasaannya persembahan ini berlangsung selama 50 minit.
12. Chatedral Notre Dame
Di hadapan bangunan bertemakan seni bina roman ini terdapat patung besar yang dikenal orang sebagai Virgin Mary ataupun Notre Dame. Sememangnya ia adalah tempat beribadat bagi mereka yang bukan beragama Islam, tetapi anda boleh berkunjung ke sini untuk bersiar-siar, bergambar atau melihat maklumat yang dipaparkan.
13. Suoi Tien Amusement Park
Sebuah patung Buddha gergasi dan beberapa patung haiwan mistik menjadi mercu tanda bagi taman ini. Kemudian, yang menjadikan taman tema ini lebih menarik adalah terdapat sebuah bangunan yang disejukkan dan di dalamnya terdapat salji buatan yang pastinya menjadikan taman ini lain daripada taman tema yang lain.
Jom baca juga tempat menarik di Venice Italy, tempat menarik di Austria dan tempat menarik di Hungary.