15 Tempat Menarik Di Hokkaido Unik Dan Indah Wajib Anda Kunjungi
Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan wilayah utara yang terbesar. Dari perayaan musim salji dunia yang terkenal sehinggalah ke arah bunga dan lavender. Meneroka keindahan alam semulajadi di sini adalah sesuatu yang tidak boleh anda terlepas pandang apabila berada di Jepun.
Pelbagai aktiviti boleh anda alami di Hokkaido dan sememangnya ia adalah kenangan terbaik buat anda. Pasti anda juga sudah tidak sabar lagi untuk berkunjung ke sana. Jom lihat 15 tempat menarik di Hokkaido wajib anda kunjungi sepanjang berada di Hokkaido.
1. Gunung Hakodate (Mount Hakodate)
Terdapat banyak cara untuk sampai ke puncak Gunung Hakodate yang mempunyai ketinggian 334 meter ini, antaranya adalah anda boleh mendaki naik ke sana dalam masa lebih kurang tidak sampai 60 minit. Sebagai contoh, ada laluan khas untuk pejalan yang santai dimana anda boleh cuba laluan yang disyorkan untuk mencapai puncak. Sambil-sambil lalu di situ, bolehlah anda melihat Gunung Hakodate yang indah ini.
Anda juga boleh melihat bas-bas pelancongan dan bas terus dari Stesen JR Hakodate ke puncak. Namun, perjalanan ke puncak Gunung Hakodate dengan menaiki gondola besar adalah salah satu pengalaman yang indah.
2. Stadium Lompatan Ski Okurayama (Okurayama Ski Jump Stadium)
Bukan hanya untuk kegunaan melompat ski semata-mata tetapi tempat menarik di Hokkaido ini juga merupakan tempat dimana anda boleh menghilangkan tekanan dan berseronok. Stadium ini dibuka kepada orang ramai apabila tiada acara atau latihan yang dilakukan. Anda boleh sampai ke puncak dengan menggunakan lif yang telah disediakan.
3. Gunung Moiwa (Mount Moiwa)
Pemandangan indah dimana anda boleh melihat pemandangan panorama Sapporo yang mempersonakan dari puncak Gunung Moiwa yang berketinggian 531 meter. Selain itu, pemandangan 360 darjah bandar yang terdapat di sini juga boleh anda lihat.
4. Ladang Lavender Farm Tomita
Ladang lavender nombor satu di Jepun ini sangat terkenal dengan lavendernya dan setiap tahun, terdapat ramai pelancong datang dan melawat untuk menikmati aroma bunga dan kecantikan pemandangan ladang ini. Ladang Lavender Farm Tomita juga merupakan ladang tradisional yang mempunyai sejarah paling lama di Jepun.
5. Kolam Biru (Blue Pond)
Kolam mistik yang bersinar kebiru-biruan di Pekan Biei, Hokkaido ini mempunyai tarikannya yang tersendiri dimana lokasinya berada jauh sedikit dari kawasan bandar dan amat menenangkan jiwa bagi sesiapa sahaja berada di sini. Udara kawasan ini juga amat segar serta suhunya yang sejuk membuatkan suasananya begitu mengasyikkan.
6. Tasik Toya (Lake Toya)
Tasik Toya yang turut dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat menarik di Hokkaido ini merupakan salah satu tempat pelancongan utama yang telah diiktiraf untuk pemandangan indahnya serta telah dipilih sebagai salah satu daripada ‘100 Keajaiban Terbesar di Jepun’.
Tasik ini mempunyai status sebagai tasik kaldera ke 3 terbesar di Jepun serta tempat yang indah untuk melihat Gunung Usu, Gunung Showashinzan, dan juga Gunung Yotei.
7. Resort Ski Perkampungan Niseko
8. Kami-no-Koike
9. Kilang Keju Furano
Tempat menarik di Hokkaido ini merupakan tempat pembuatan keju paling lazat yang pernah dihasilkan di Hokkaido. Jika anda pencinta keju, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke kilang keju Furano tau apabila datang ke Hokkaido nanti.
10. Kuil Hokkaido
Pada setiap 14 Jun sehingga 16 Jun, terdapat acara perayaan Sapporo diadakan di sini dan ianya cukup meriah dengan pelbagai alatan musik dan paluan gendang yang sememangnya amat sesuai untuk anda yang sukakan keseronokkan.
11. Muzium Penjara Abashiri (Abashiri Prison Museum)
Terdapat juga makanan ataupun hidangan ala-ala tahanan penjara yang mirip semasa era Meiji. Macam pelik je kan? Nak tahu dengan lebih lanjut, datanglah sendiri untuk merasai pengalamannya.
12. Taman Jem Furano (Furano Jam Garden)
Ia terletak kira-kira 20 kilometer jauhnya dari pusat bandar Furano di Kampung Rokugou yang menjadi terkenal kerana drama drama popular “Kita no Kuni Kara”. Anda boleh memilih 38 jenis jem di kedai hadiah untuk dibeli dan dibawa pulang. Nak rasa jem kat sana pun boleh je.
Di sudut kafe, terdapat juga ais krim dengan jem terbaik di lapisan atasnya. Selain itu, terdapat juga maskot Taman Jem Furano yang digelar “Auntie Jam” telah dicipta oleh Takashi Yanase iaitu pelukis anime bertajuk ‘Anpanman’. Pada tahun 2000, kedai Anpanman telah dibina di taman ini dan menjual patung watak anime tersebut dan sebagainya.
Tahukah anda, Furano merupakan salah satu kampung terbaik yang dikunjungi pengunjung di Jepun. Jadi, memang untung sangat jika anda berkunjung ke tempat menarik di Hokkaido ini.
13. Gudang Bata Merah Kanemori
Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Hokkaido ini juga telah diiktiraf sebagai Daerah Pemuliharaan untuk Kumpulan Bangunan Bersejarah malah turut dikenali sebagai tapak pelancongan terkenal di bandar Hakodate yang telah didaftarkan sebagai tapak warisan di Hokkaido.
Gudang elegan ini juga telah digunakan untuk menempatkan restoran dan pusat membeli-belah supaya golongan muda tidak hanya menikmati landskap tetapi mereka juga gembira dengan pelbagai makanan dan juga barangan berbelanja. Khas buat anda yang gemar berbelanja, jom singgah di sini nanti!
14. Menara TV Sapporo (Sapporo TV Tower)
Semasa acara seperti Tahun Baru diadakan, menara ini diterangi dengan pelbagai warna supaya ia disyorkan sebagai tempat fotografi. Ia tidak hanya memenuhi peranan sebagai menara siaran televisyen, tetapi juga merupakan kemudahan komersial di mana anda boleh menikmati pusat membeli-belah dan pusat makanan.
15. Taman Nakajima (Nakajima Park)
Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, ia kaya dengan kehijauan alam sekitar. Tidak kira musim yang anda lawati, gunung-gunung sekitarnya membantu mewujudkan pemandangan yang indah. Terdapat juga burung-burung liar yang menghiasi panorama di Taman Nakajima.
Jom baca juga tempat menarik di Greece, tempat menarik di Hungary dan tempat menarik di Da Lat.
Rujukan