15 Tempat Menarik Di Teluk Intan Terbaik Untuk Anda Kunjungi, Memang Best!
Bandar Teluk Intan yang terletak di negeri Perak adalah pusat pentadbiran dan merupakan Bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Teluk Intan ini dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson ini merupakan Bandar ketiga terbesar dengan populasinya kira-kira 120,000 orang.
1. Menara Condong Teluk Intan
Tempat menarik di Teluk Intan ini kemudiannya sedikit demi sedikit menjadi condong akibat tampungan beban tangki air dan kerana asas tanahnya yang lembut. Luarannya kelihatan seolah-olah seperti mempunyai 8 tingkat namun kenyataannya cuma ada 3 tingkat saja di dalamnya.
Pengunjung yang hadir boleh menaiki sehingga 110 anak tangga untuk naik ke atas tangki air ini. Menara ini kelihatan lebih menarik apabila tiba waktu malam di mana terdapat lampu berwarna-warni yang akan dinyalakan. Ia amat sesuai untuk para pengunjung bergambar.
2. Pusat Rekreasi River Front Teluk Intan
Selain beriadah, pusat rekreasi ini juga sangat sesuai untuk berfoto kerana pemandangannya yang indah bersama lanskapnya yang dijaga dengan sangat rapi, terutamanya semasa matahari melabuhkan tirainya di waktu senja. Ada juga jeti-jeti di sepanjang pusat rekreasi ini yang juga sangat indah sebagai koleksi gambar anda.
3. Balai Polis Teluk Intan
Ia kemudiannya bertukar menjadi balai polis kerana faktor kedudukannya yang strategik dan berada di tengah Bandar. Reka bentuk bangunannya sangat unik dengan nilai sejarahnya yang tersendiri maka anda wajib singgah ke sini untuk bergambar sebagai kenangan.
4. Sungai Perak
Tambang untuk menaiki bot ini murah sahaja iaitu cuma 50 sen sahaja untuk satu kepala. Tambang sebanyak 50 sen yang telah anda bayar ini akan membawa anda ke sepanjang Sungai Perak ini dengan perjalanan sekitar 10 ke 15 minit. Sekiranya anda menyewa moto di Teluk Intan, anda juga boleh membawanya menaiki bot penambang ini dengan kadar tambangnya hanya 60 sen sahaja.
Dengan menaiki bot disediakan, anda akan dibawa ke Jeti Penambang Kampung Cina di mana anda boleh bersiar-siar untuk melihat sendiri kehidupan para nelayan sebelum pulang ke tebing Sungai Perak.
5. Memorial Peringatan Perang Batu Bertenggek
Kisahnya bermula apabila seorang perajurit Inggeris telah menempatkan batu ini di atas kekakinya. Dahulunya batu ini dipercayai hanya bersaiz sebuah kotak mancis namun telah membesar sehingga menjadi saiz sebuah kereta kecil yang boleh dilihat kini.
Terdapat ramai pengunjung yang hadir ke tempat menarik di Teluk Intan ini untuk menghargai peristiwa pahit perang masa lalu dan juga untuk bergambar sebagai kenangan.
6. Pasar Besar Teluk Intan
Waktu terbaik untuk berkunjung ke Pasar Besar ini adalah pada awal pagi buta di mana produknya datang segar dari ladang atau perairan. Jika berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk melawat Pasar Besar ini sebelum anda meneruskan perjalanan pulang.
7. Jeti Stesen Telimetri di Kampung Terengganu
8. Restoran Udang Galah Teluk Intan
Terdapat juga menu lain di sini seperti ikan bakar, kerang dan sayuran tempatan dengan masakan gaya Melayu tradisional yang sangat sedap. Anda boleh memilih menu udang galah anda mahu dimasak bagaimana sama ada masakan kari, goreng, masak merah atau lain-lain.
Restoran ini sangat terkenal dalam kalangan para pelancong kerana kualiti makanannya yang tersaji enak sehinggakan para pengunjung sanggup beratur panjang untuk makan tengah hari di sini.
9. Restoran Mastan Ghani
Kuah mi rebus tersebut diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti cili, serbuk cili, rempah ratus dan rahsia resepi mereka yang tersendiri yang membuat rasa mi rebus di sini enaknya lain dari yang lain. Restoran ini sangat unik dan disukai oleh ramai pengunjung.
Pembukaan restoran ini pada mulanya hanya sebuah kedai tetapi kini sudah mempunyai beberapa buah cawangan di sekitar Teluk Intan. Jika anda seorang yang meminati sajian mi rebus, anda harus mencuba mi rebus versi Teluk Intan ini. Untungnya jika anda dapat merasai sendiri kelazatannya yang tidak terhingga. Anda harus datang awal supaya tidak perlu beratur panjang.
10. Beting Beras Basah
Tempat menarik di Teluk Intan ini adalah sangat penting buat kerabat diraja Perak bagi mengadakan istiadat yang juga merupakan susur galur daripada kesultanan Melayu Melaka. Beting Beras ini juga dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di situ.
Setiap kali pertabalan Sultan Perak, bakal sultan tersebut haruslah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.
11. Cendol Durian Teluk Intan
Gerainya kelihatan biasa-biasa sahaja namun siapa sangka gerai ini menyajikan makanan yang tidak kurang enaknya untuk santapan makan tengah hari mahupun petang. Gerai ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang.
12. Gerbang Malam (Uptown Teluk Intan)
Konsepnya adalah sama iaitu bazar yang menjual pelbagai barangan pada larut malam. Pelbagai barangan yang boleh anda dapatkan di sini seperti pakaian, tudung, aksesori, kasut, barangan runcit, makanan dan sebagainya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa jika anda ingin mendapatkan harga yang sedikit murah, anda boleh berkunjung dan membeli barangan di sini pada penghujung waktu operasi Gerbang Malam ini iaitu pada lewat tengah malam.
13. Restoran Singgah Selalu
Buat pencinta makanan barat, inilah tempat menarik di Teluk Intan yang harus anda kunjungi. Sajian seperti chicken chop, lamb chop, meatballs sememangnya sudah tidak asing lagi bagi semua restoran masakan ala barat.
Anda boleh mendapatkan pelbagai masakan barat yang sangat enak di sini. Pizza dan sphaghetti juga turut tersaji di sini. Restoran ini selalunya sangat meriah terutama menjelang waktu malam dan ramai pengunjung memilih restoran ini sebagai destinasi berbuka puasa apabila tiba bulan Ramadhan. Restoran ini dibuka dari 4:30 petang sehingga 1:00 pagi.
14. Coffee Lab
Jika anda mencari sarapan pagi yang sedap ala barat maka anda wajib berkunjung ke sini. Pasti anda tidak akan menyesal. Waktu operasi Coffee Lab ini adalah dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam.
15. Kuil Hock Soon Keong
Candi Hock Soon adalah titik tengah semua orang Cina Hokkien di Teluk Intan semasa era kolonial British. Orang-orang Hokkien tempatan akan berkumpul di kuil untuk menyelesaikan semua masalah dan memberi bantuan kepada golongan miskin untuk menyelesaikan pertengkaran antara puak-puak.
Kuil ini dibina dengan seni bina Cina Selatan, ciri yang paling terkenal adalah buaian yang indah. Terdapat juga masjid lama yang bertentangan dengan kuil ini yang sering disebut sebagai penggambaran harmoni agama di Malaysia.
Rujukan: