20 Tempat Makan Di Kuantan Marvellous Dan Menarik Wajib Anda Singgah
Makanan yang sinonim dengan nama Kuantan atau Pahang adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Sekiranya berkunjung ke Kuantan, jangan lepaskan peluang menikmati makanan terbaik tempat makan di Kuantan ini.
1. Aniq Steamboat
Terdapat pelbagai jenis pilihan di sini untuk anda pilih. Jika anda penat berjalan sehari suntuk, tempat makan di Kuantan ini adalah tempat yang amat sesuai menghilangkan rasa lapar seharian anda berjalan. Tempat yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Mereka juga menyediakan tempat masak yang baik dan agak klasik, ruang yang luas dan keadaan yang selesa.
2. Bombay Restaurant
Terdapat aneka lauk pauk yang dihidang di atas daun pisang yang diadaptasi idea dari spicy of india. Selain dari nasi daun pisang, terdapat juga lauk atau hidangan yang menarik seperti kari kambing, kari daging dan kari kepala ikan. Anda juga boleh mendapatkan menu yang agak santai seperti kuih kesari atau kuih tepung suji. Pasti ia tidak menghampakan anda!
3. Warung Bay Rout
Terdapat beberapa makanan sarapan yang berat di sini seperti nasi dagang,nasi lemak, nasi lemak ikan, laksam, lontong, laksa, nasi minyak, nasi goreng dan sebagainya. Hidangan makanan tengahari yang tidak kurang hebatnya juga terdapat di sini. Antara menu yang ada untuk hidangan tengahari di sini adalah ulam ulam, gulai kawah dan banyak lagi. Namun, sudah pasti menu utama di Kuantan ini adalah ikan patin masak tempoyak. Terliur bukan?
4. Restoran Brotherhood Western & Grill
Jika anda menggemari suasana seperti berbulan madu, modern dan gaya mewah, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Dengan makanan yang amat sedap ini, pasti membuatkan anda dan pasangan berpuas hati.
5. Mail Ikan Bakar
Seperti yang anda tahu, pilihan kedai makan ikan bakar di sini memang banyak dan tidak terpilih untuk anda memilihnya.namun jika anda datang bertandang disini, anda tidak akan rasa kecewa.
Kedai inisangat luas tidak sempit dan selesa untuk anda menjamu selera. Di sini juga disediakan makanan laut yang segar mengikut menu yang anda inginkan.
6. T’Station Food Court
Antara menu utama yang terdapat di sini adalah Dimsum, satay, roti canai, nasi arab, char kuey teow dan pelbagai lagi. Kedai ini juga mempunyai ruang untuk anda menunaikan tanggungjawab 5 waktu anda serta mempunyai tandas yang bersih.
7. Restoran Akob Patin House
Salah satu tempat masak ikan patin paling digemari di Pahang ini yang terletak di Lorong Haji Abdul Rahmah 1, Kuantan Pahang. Selain menu Ikan Patin Masak Tempoyak, terdapat juga banyak menu masakan kampung di kuantan seperti Ikan Kerai Goreng, Gulai Udang Galah Tempoyak,Daging Masak Lemak Cili Api dan sebagainya.
8. Jungle foodcourt
Jika anda bercuti di sini dan tiada idea mencari tempat makan, datanglah ke sini kerana terdapat banyak menu yang menarik untuk anda cuba. Antara menu menarik di sini adalah segala masakan melayu, nasi arab, murtabak Singapore, nasi kukus, nasi minyak, nasi dagang serta sizling dan makanan barat.
Jungle Foodcourt menyediakan pentas karaoke yang menjadi pentas untuk para pengunjung menyanyi selepas menjamu selera. Amat menarik jika anda seorang kaki karaoke atau sukakan hiburan!
9. Kula Cakes
Tempat makan di Kuantan ini amat sesuai jika anda ingin mecari menu makan petang untuk seisi keluarga dan rakan-rakan. Lokasi yang sangat strategi dimana ia berada di tengah bandar Kuantan. Sekiranya anda menginap di hotel bandar Kuantan ini, lokasi kedai ini adalah berdekatan dengan hotel seperti Hotel Mega View dan Hotel Kuantan Sentral.
10. Restoran Dallah Nasi Arab
Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, datanglah ke sini kerana keluasan kedai ini agak normal, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Ia berdekorasi seperti ala-ala Arabic dan mempunyai reputasi yang sangat bagus untuk anda menikmati makan malam di sini mahupun makan tengahari.
11. Joe Mee Chalong Dan Keropok Berserah
Mee Chalong ini diletakkan bebola ikan, telur separuh masak dan bahan bahan lain yang pastinya menyelerakan. Keunikan tempat makan di Kuantan ini adalah mereka menggunakan bahan utama mereka iaitu bebola ikan. Bebola ikan yang dibuat sendiri oleh tuan kedai khas untuk menjadi kelainan dan keunikan menu dalam masakan.
12. Restoran Dapur Mama
Kesedapan nasi kukus terletak pada kelembutan kepanasan nasinya dan juga rempah karinya. Terdapat 3 jenis kuah yang boleh anda campurkan seperti anda menikmati menu nasi kandar atau nasi campur yang lain di sini. Amat sesuai jika anda membawa keluarga anda menikmati makanan tengahari atau makan malam di kedai ini.
13. Mustafa Cendol
Semua bahan cendol ini dibuat sendiri oleh pengusaha cendol Mustafa ini malah Cendol Mustafa juga menjadi pembekal untuk cendol bagi penjaja dan penjual yang lain di sekitar lokasi berkenaan. Selain cendol, terdapat menu sampingan lain seperti rojak campur, rojak buah, rojak ayam, mee goreng mamak dan banyak lagi.
14. Restoran Sara Thai Kitchen
Terletak di Jalan Gambut, bersebelahan Hotel Grand Continental Kuantan, nama menu yang terdapat di restoran ini adalah tidak asing dari kedai thai yang lain. Sama ada tomyam, lauk masakan panas atau sebagainya, semuanya tersedia di kedai ini. Apa kata kali ini, anda cuba rasai keenakan menu di sini pula!
15. Terminal Satay Zul
Jika anda lebih sukakan kuah kacang, suka menghirup kuah kacangnya, destinasi ini adalah unik dan lain dari yang lain kerana jika kuah kacang anda habis, anda boleh tambah seberapa bamyak anda mahu dengan percuma.
Anda juga boleh menikmati makan malam selain dari satay kerana terdapat beberapa menu sampingan seperti goreng-goreng dan lain lagi.
16. Restoran Mabiq 2
Tempat makan di Kuantan ini terletak di kawasan rumah kedai dan berlokasi di hujung lot ,akan tetapi kedai ini berkonsepkan ala pantai kerana ia terletak di tepi pantai dan terbuka.
17. Lili Wadi Restoran
Tempat makan di Kuantan ini berkonsepkan restoran yang cantik dan agak romantis, sesuai untuk anda yang datang untuk menikmati makan malam berdua bersama yang tersayang.
18. Restoran Anna Ikan Bakar Petai 3
Ia mempunyai keluasan kedai makan yang memberangsangkan, mempunyai ramai pekerja yang membantu menyediakan makanan dengan pantas dan servis yang amat memuaskan. Destinasi ini sesuai untuk anda yang berkeluarga atau datang dengan sahabat juga kumpulan yang besar.
19. Restoran Jaman Tory Resipi
Selain menu utama iaitu ikan bakar masak tempoyak, kedai ini juga mempunyai menu seperti char kuey teow, daging salai, juga terdaat sizzling, burung puyuh, makanan barat dan sebagainya. Jika anda baru sampai di Kuantan, datanglah ke sini kerana ia mempunyai makanan untuk tengah hari mahupun makan malam.
20. Restoran MaBiq
Restoran ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Mahaad Bahasa & ilmu Al-Quran yang terletak di Tanjung Lumpur. Sangat mudah ditemui dan mempunyai tempat parkir kereta yang sangat luas.
Selamat menjamu selera di tempat makan di Kuantan yang telah disenaraikan tadi. Jom baca tempat menarik di Terengganu , tempat bersejarah di Selangor dan tempat makan menarik di Kota Kinabalu juga.